Wednesday 10 November 2010

Teringat.. maknanya??

Kata orang "Bila kita asyik teringat seseorang itu.. Maknanya orang itu tengah ingatkan kamu". Betul ke?? Boleh percaya ke 'statement' tuh??

"Dik.. Sekarang pukul berapa?" Suara seorang jejaka berambut panjang dan berseluar kulit ketat menegur aku. Dia lantas duduk di kerusi bersebelahan.

Aku pandang wajahnya. Mukaku mula berkerut, lantas aku memandang jam di tangan dan dengan perlahan aku bersuara "Pukul 6.00 petang". Aku pandang semula muka jejaka itu. Dia sedikit tersenyum. Bas bergegar seketika. Badan ikut bergoyang mengikut rentak bas.

Dia melihat aku dengan seribu pertanyaan. Ada rasa hairan di wajahnya. Aku pandang ke hadapan. Kelihatan konduktor bas sedang duduk berbual dengan pemandu bas. Aku mula rasa serba-salah, lalu terdengar jejaka itu bersuara lagi.

"Adik nie anak siapa?"

Aku pandang wajah jejaka itu. Sedikit terkejut. Hati mula berkira-kira untuk menjawab soalan itu. Tapi aku tahu jejaka itu pastinya tinggal sekampung dengan aku. Bas yang kami naiki destinasinya hanya satu. Sesiapa yang naik bas ini pastinya orang kampung aku juga.

Aku kerutkan muka aku. Bibir mula sedikit tersenyum. Aku pandang wajahnya semula dan menjawab dengan perlahan "Saya anak cikgu H..".

Muka jejaka itu pula berkerut. Dia seolah sedang berfikir jauh mungkin mencari-cari atau mengenalpasti nama yang aku sebutkan. Aku tak pasti sama ada dia kenal atau tidak ayah aku, tapi wajahnya seolah masih sedikit keliru dengan jawapan aku.

Dia bertanya lagi "Adik duduk jalan mana?".

Aku tersenyum. Sahlah dia mungkin tak kenal ayah aku. Aku jawab lagi "Jalan rajawali".

Dia berkerut lagi. Kali ini mungkin cuba memikirkan siapa agaknya aku ini. Aku tersenyum lagi. Agak gelihati hati sebenarnya, lalu aku pun berkata "Saya cucu tok Ibot"

Aku lihat ada senyum terukir di wajah jejaka itu. Seolah jawapan yang aku berikan tadi menjawab soalannya. Dengan manisnya dia tersenyum.

"Oh.. Tok Ibot ya.. Abang selalu ke rumah dia dulu"

Aku agak terkejut. Atas urusan apa dia selalu ke rumah atok aku tuh ye. Tapi hasrat untuk bertanya lagi aku matikan.

Dia sambung lagi kata-katanya "Abang kadang minta dia urut atau kadang datang bersembang dengan dia" kata dia sambil tersenyum lagi.

Di situlah perkenalan kami bermula dan seluruh keluarganya menjadi keluarga angkat aku.. Nama aku cukup sinonim dengan panggilan 'Adik'. Mak dan ayahnya sudah aku anggap seperti mak dan ayahku sendiri.

Kisah ini rentetan kenangan awal tahun 90an..
Ketika aku masih di bangku sekolah menengah lagi..
Kini arwah tok pun dah lama meninggal dunia..

Dulu aku kenali jejaka itu zaman rock kapak..
Berambut panjang kerinting hingga ke pinggang..
Berjaket  dan berseluar kulit ketat..
Masa tuh memang agak terkejut juga bila kenal dia..
Tapi aku tidak mudah menghukum orang dengan hanya penampilan diri..
Memandangkan dia kenal rapat dengan arwah tok aku..
Maka aku beranggapan dia mesti orang yang baik-baik..
Tapi benarlah.. dia memang orang yang baik..
Walaupun penampilan cukup brutal..

Jejaka itu pun dah lama berkahwin dan anak-anaknya pastinya sudah belasan tahun..
Oh ya dia berubah penampilan bila berkahwin dengan orang kampung sebelah..
Yang juga aku kenal dan anggap seperti kakakku sendiri..
Malah majlis penikahan dia turut aku hadiri ketika itu..
Lebih 10 tahun aku tidak pernah berjumpa dengannya lagi..
Walaupun kami sekampung..

Dulu mak pernah berkali-kali menyampaikan kiriman salam mak jejaka (mak angkat aku) itu.. Jika mak singgah ke gerainya (dia berniaga di kantin sekolah kampungku) pastinya juadah yang dibeli mak dilebihkan.. Selalu juga mak pesan padaku untuk singgah ke rumahnya.. cuma dek kesibukan masa dan urusan lain, aku sudah tidak ke sana lagi..

Tiba-tiba aku teringat jejaka itu..
Satu-satunya abang angkat yang pernah wujud dalam usia belasan tahunku..
Yang aku kenal seluruh keluarganya..
dan melayan aku seperti anak dan adik mereka sendiri..
Semoga dia dan seisi keluarganya sihat-sihat sahaja..

dan tiba-tiba aku jadi malas nak sambung cerita nie..
Sorry ekk!! ..  ;)


12 comments:

Acik Erna said...

iina..punya la..seronok membaca..eh tiba2 kata malas nak sambung..he he..
iina akak dulu.dikampung kalau sebut anak hamid..camtu jugak..bekerut2 dahi orang dan banyak soal jawab..kalau sebut je..anak bilal..semua orng terus tahu dah..tak banyak soal..tapi ada satu soalan yang timbul..bilal ada anak perempuan lain ke ..selain yang ada dua tu..sian akak kan..

iina said...

Kak Erna

Hehehe.. dulu klu sebut nama ayah saya tuh lama juga org duk agak2.. sebab ayah saya tak ngajar kat situ dia mengajar di klang dan jrg2 sgt join xtvt kg.. tapi klu sebut nama arwah tok saya.. 1 kg mmg semua kenal.. sebab dia antara org awal yg buka tanah kat kg tuh.. tulah kan kak.. tapi skrg klu sebut nama ayah saya semua org kenal sbb dia auditor syarikat kg.. hehehe..

Tak patut ehh org tanya camtu kan.. cam akak nie anak org lain jek hehehehe ;)

Alah kak.. mmg ado raso nak cito pjg.. byk kisah lamo tapi mood nak nulis pepjg maleh lak.. hehehe ;)

ummu said...

salam iina
akak pun senyum2 juga ni
teringat pula kenangan tahun 90-an dulu,zaman remaja belasan tahun

mungkin kot
kalau kita ingat dia dia tengah teringat kita

iina said...

Ummu

Terima kasih sebab sudi singgah ye..

Tulah teringat nie kisah lama sebab dah 2 mggu duk melayan lagu2 90an.. tapi mmg hati saya duk teringat dia kebelakangan nie.. harap2 takde benda yang tak elok jelah.. harapnya dia sihat2 jek.. InsyAllah

KTS said...

mata aku rapat kat skrin nak baca citer last ko tu..

BESARnya tulisan ... taknak bg en.pakwe baca ke?? :P

..
.
.

adik angkat ko nak tak??

errr.. aku boleh jadi adik angkat yg TERBAIK ko pernah ada.. tak rugi! percaya laaa... psstt... nanti nak cekelat lagi eh

hihihi

iina said...

KTS

Tulisan besar tuh nak test mata ko hahahaha... dia tau pasal abg angkat aku tuh.. sebab kali terakhir aku jmpa dia masa hari perkahwinan aku.. sah2 ler pakwe aku kenal..

Adakah ko pasti ko tuh pangkat adik dengan aku?? bukan pangkat kakak?? jangan ko menyesal jek hahahaha.. cekelat?? boleh2 akan dipos secara email ;)

aNIe said...

iina... tengah syok2 baca dia malas nak sambung pulak lah... adoyai...mcm ni pun ade ke? Hehehehe...

iina said...

Kak Anie

Hehehe minta maaf ye kak.. tetiba mood nak tulis cerita panjang terbantut ler kak.. ilham belum sampai lagik hehehe ;)

KTS said...

kakak angkat??

.
.

.
.

ceh!

:P

ko tu , bersedia ke nak jd adik angkat aku :P

iina said...

KTS

Rasanya sampai bila-bila pun tak bersedia sebab nnti tiap2 tahun ko mintak coklat, donut, aiskrim, ngan aku.. susahlahhh.. wakakakakah

Lee said...

Hello iina, thats very interesting, your experiences. And what a coincidence too.
I guess that happens to lots of people.

Scientists have calculated law of averages, we know 6 people strangers when first meet, one will know either a friend or a relative of yours.
Have a nice day, Lee.

iina said...

Uncle Lee

Wow.. I never who about that law of averages.. sound really interesting.. yeah I guess sometimes.. it's true yeah.. people we meet we know somewhere hehe.. you too have a nice weekend ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin