Tuesday, 2 June 2009

Kek Pisang Sukahati..

Memandangkan ramai yang bertanyakan resepi kek pisang ini..

Aku letaklah resepi nie kat sini.. senang jek nak buat tak susah pun..

Kredit pada Kak Ida, Effa & As.. resepi turun temurun dari diorang nie

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
3 biji pisang
1 biji karot
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara membuatnya:

Campurkan tepung naik sendiri dengan soda bikarbonat. Gaul rata
Lenyekkan pisang tadi
Pukul 3 biji telur bagi kembang sedikit
Parut karot
Masukkan gula dalam lenyekan pisang tadi gaul rata
Masukkan minyak dalam adunan tepung dan gaul.
Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul lagi.
Masukkan pisang dan gula yang telah digaul rata.
Gaul semua bahan hingga sebati dan masukkan parutan karot**.
Biarkan beberapa minit.
Panaskan oven (di sini gas no5)
Masukkan adunan dalam tray pembakar.
Masukkan dalam oven dan tunggu hingga dia naik kembang.
Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek itu tidak melekat pada lidi dan masak elok.

Sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dimakan buat minum petang.
**Selain daripada karot boleh juga masukkan kelapa parut, coklat rice dan sebagainya kalau nak.

Sesiapa nak mencuba.. silalah.. senang jek.. dan sedap dimakan.. ;)

10 comments:

kakpah said...

mesti sodap. resepi ni buek cupcake pun okay ni.. nanti nak cubo lah.

Daffodil said...

miahaha br je nk tanya... mcm tau2 jerk!

ku tak sempurna said...

ya.. mari ramai2 kita mencuba..
.
.
.
.
.
.
.
.

aku nak cuba beli kat kedai je.. tak sempat nak buat.. bukan tak reti tau..
hahahaha

julietchun said...

umah aku oven pun takde, abih camno?ekekekkee. Boli yo lah.

zany said...

wahhh....dah lama tak masuk blog ni, sekali masuk ada kek pulak, sejak bila resepi-resepi keluar menggantikan ayat-ayat berbau cintan cintun, he, he..........

iina said...

Kak Pah

Cubo kak.. cubo..

Mama syahmi & ridwan

akak dah tau dah ko nak tanya tetapi malu2 arnab

KTS

aku rasa beli pun belum tentu ko rajin.. apatah lagi nak buat kek

Juliet

kalau ada pun aku rasa tak buat juga

Zany

hahaha tukar irama sat.. asyik2 jiwang jek tukar ler.. lagipun ramai nor yg tanya resepi kek tuh... letak kat blog lagik senang ;)

tunfrida said...

ooohh.....menarik sungguh kelihatannya!

badakbiru said...

wah, nmpak cam sedap...!
leh lah cuba gak blk kmpg nnt..kt sini x de oven...hehe
kek pisang adalah feveret ku..!

mashi said...

Nak cuba jugak :)

iina said...

Tunfrida

try jgn xtry

BB

dik buat dik.. senang jek

Mashi

senag jek mashi.. lembut texture dia

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin