Tuesday 30 June 2009

Bunyi yang punya makna


Suatu hari, seorang lelaki dari sebuah desa datang mengunjungi temannya di kota. Bunyi bising kenderaan dan hiruk pikuk orang yang lalu-lalang membuatkan lelaki itu tidak selesa. Kedua mereka kemudiannya berjalan-jalan dan tiba-tiba lelaki desa itu berhenti, sambil menepuk bahu rakannya dan dia berbisik, "Berhenti sebentar. Apakah kamu mendengar bunyi yang aku dengar?"

Temannya itu menoleh ke arah rakan dari desa itu sambil tersenyum, dan kemudian berkata, "Yang saya dengar hanyalah suara deruman kenderaan serta suara orang lalu-lalang. Apa yang kamu dengar?"

"Ada seekor cengkerik dekat sini dan saya boleh mendengar suara nyanyiannya."

Rakan dari kota itu mendengar dengan penuh kehairanan, lalu menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata, "Saya fikir kamu silap. Tidak ada cengkerik di sini. Dan seandainya ada, bagaimana kamu dapat mendengar bunyinya di tengah-tengah kebisingan jalan raya ini? Kamu rasa kamu boleh dengar bunyi cengkerik itu? Mustahil.."

Rakan dari desa itu berkata, "Ya! Ada seekor cengkerik sedang bernyanyi berhampiran dengan kita sekarang ini."

Orang desa itu berjalan beberapa langkah ke depan , lalu berdiri di tepi tembok sebuah rumah yang besar. Di situ ada tanaman yang tumbuh memanjat. Rakan dari desa itu memetik beberapa helai daun tumbuhan itu, dan di atas daun itu terdapat seekor cengkerik yang berbunyi dengan kuat sekali.

Teman dari kota itu terkejut melihatkan cengkerik itu. Malah dia juga dapat mendengar suara nyanyiannya.

Ketika mereka kembali berjalan-jalan, orang kota itu berkata kepada rakan desanya, " Kamu mampu mendengar bunyi cengkerik itu lebih baik daripada kami."

Orang desa itu tersenyum dan kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, "Saya tidak setuju dengan pendapatmu. Orang desa tidak boleh mendengar lebih baik daripada orang kota. Saya akan menunjukkannya kepada kamu!"

Lalu, orang desa itu mengambil duit syiling dan menjatuhkannya di atas jalan raya yang sibuk. Bunyi duit logam itu membuat ramai orang menoleh ke arahnya. Kemudian orang desa itu memungut duit logam itu dan menyimpannya kembali di poketnya, dan kedua mereka kembali berjalan-jalan.

Kata orang desa itu, "Tahukah kamu sahabat, suara duit logam itu tidaklah sekuat nyanyian cengkerik tadi. Meskipun sedemikian, ramai orang di sekeliling tadi mampu mendengar dan menoleh ke arahnya. Sedangkan tadi, saya adalah satu-satunya yang mampu mendengar suara cengkerik itu. Oleh itu, ini bermakna orang desa bukanlah yang mampu mendengar lebih baik daripada orang kota. Tidak sama sekali. Sebenarnya kita selalunya mendengar dengan lebih baik bunyi-bunyian atau sesuatu terhadap hal-hal yang biasanya kita perhatikan."

Seringkali ketika kita dalam masalah, kita sering memohon pertolongan daripada Tuhan, dan kita merasakan Dia diam saja.

Sebabnya bukan kerana Tuhan tidak menjawab, tapi kerana kita lebih fokus pada diri kita sendiri dan permasalahan kita daripada fokus kepada Tuhan dan pertolonganNya.

Kita memasang telinga agar Tuhan menjawab dan memakbulkan semua keinginan dan permintaan kita. Sedangkan pada masa yang sama kita menolak dan tidak menyedari bahawa Dia menyediakan jalan-jalan lain yang lebih baik daripada apa yang kita minta itu.


Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah: 155)

Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kami meminta-minta agar disegerakan kedatangannya.. (An-Nahl:1)

... dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurniaNya... (Yunus:107)

Buat apa anda menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana intimidasi?
Serahkan saja semua itu sepenuhnya
kepada Tuhan Yang Maha mulia
kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

-La Tahzan-

Kala jiwa penuh resah
hati turut sama gelisah
kepala turut sama berpinar susah
fikiran turut sama menayang kisah
semua anggota tubuh turut sama ingin berpisah
airmata mengalir di pipi yang basah
mengakhiri semua yang mengundang rebah

Kala rasa menjadi tak tentu
sudah pasti pelbagai yang datang melulu
bertandang mengetuk bertalu-talu
rantaian hasrat dan linangan sendu
untaian kehendak dan keinginan bersatu
pastinya dipujuk dengan doa pada yang Satu
saat tiada sesiapa mampu membantu
memujuk dan menenangkan rasa pilu
tawakal dan sabar menjadi pegangan jitu

Kala diri rasa sendiri
jangan sekali berhenti
teruskan percaya pada Allah Maha Mengasihani
usah sekali putus daya peribadi
setiap yang ditentukan terjadi
punya hikmah buat manusiawi
supaya kita terus terdidik bersendi
berpasak pada iman di hati
bukan hanya berpegang pada duniawi
kerana semua itu takkan lama berdiri
setiap kita pasti akan pergi
bila tiba masa dijemput ilahi..

9 comments:

Kaktiny said...

salam iina..

aku setuju sangat dgn cerita tu...
kita cuma nak tahu apa yg kita ingin dan yg kita mahu tahu... maka itu fokus kita.. dan kita lupa bahawa ada yg keperluan yang perlu diberi lebih keutamaan daripada kehendak hati sendiri...

I learn something from this.. thanks for sharing..

luv u..

ibundo said...

wah bagus tazkirah kau ina. tersentuh plak hati den ni.
kekadang kito ni bedoa pun sambil lewo gak kan? Pehtu merungut apasallah doa tak makbul. ramai gak yang boharap bondo yang kito mintak tu flop....jatuh ko ribo. padohal Allah dah tunjuk jalan dah tapi taknak pulak bosusah-susah.

julietchun said...

sesekali bila ada cengkerik sesat berlagu tepi longkang terasa sungguh indah iramanya.

KTS said...

chriiitt.. chriiittt..

kalau dapat cengkerik, mmg aku takkan lepaskan.. hahahaha
.
.
.
.
.
.
.

kat tmpt ko ada cengkerik tak??

kakpiah said...

baca dan paham.

bila baca entri2 ko ni kak.. sejuk jer pewot aku yg moncet nih..
:D

iina said...

Tiny

Betul tuh.. aku dkg2 gitu gak.. tapi lama2 kita kena bertawakal dn redha itupun seharusnya selepas kita sudah berusaha sedaya upaya

Kak pah

Tulah kdg2 saya pun jadik gitu gak bila mengharap sesuatu tapi lama2 fikir balik mesti ada sebab mengapa belum lagi dimakbulkan.. Allah lebih mengetahui ;)

Juliet

ko bior betul suar cengkerik pun ko kata merdu.. his222.. apatah lagik suara aku nie kan lagik merdu wakakakah

KTS

bukan ko fobia ngan serangga ke.. terutama ulat cam belalang tuh kan.. sejak bila lak ko jadik berani nie

Piah

wakakakah.. weiii cover2 sikit.. seksa tgk tau

DaliaLiyana said...

salam..
thnks ina..
wpun malam2 baru sempat bca entry u...tp tenang je rase..terus segar bijik mata ni....:)

faqir said...

'cengkerik' merantau jauh ke kota Glasgow..moga2 'cengkerik' balik dgn sebuah kejayaan ye..

iina said...

Dalia

Thanks sebab sudi baca entri nie dan sama kasih ;)

Faqir

Takdo doh akak jadik cengkerik.. abis camno lak nak balik mesia sok.. Insyallah.. ko doa2 kan akak cepat selesai dengan kejayaan ;) amin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin