Sunday 28 June 2009

Celaan dan Harapan


Sudah beberapa hari ini tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog sendiri.. Sibuk dengan acara pagi dan petang pada hari sabtu dan ahad ini.. yang semua bercirikan makanan.. kena menyediakan & memasak untuk acara Hari Aspresiasi Sekolah Malaysia Glasgow dan memenuhi permintaan rakan-rakan (yeah.. yeah.. cikgu-cikgi cuti masa nie.. jumpa lagi bulan 9 nanti ya).. Petang pula sibuk bertandang ke rumah rakan yang mengadakan majlis keluarga dan urusan komuniti.

Letih.. rasanya itu biasa bila tiba hujung minggu.. berehat seketika bila berkesempatan tapi pada masa yang sama juga ada urusan-urusan lain yang turut meminta perhatian dan keperluan. Membantu terdaya yang mampu dan seikhlasnya.. Begitulah bila hidup dalam lingkungan komuniti.. yang terdaya dan termampu cuba dibantu sebaiknya.. dan dipermudahkan selancarnya.. kerana kadangkala tiba juga masa apabila kita pula yang memerlukan bantuan.. mereka juga akan meluangkan masa membantu semampu mereka..

Esok bakal bermula lagi rutin harian yang sama.. tugasan.. tanggungjawab tersedia menunggu untuk dilaksanakan dan diselesaikan.. Termasuklah rutin harian yang melibatkan keluarga dan juga apa juga.. another day.. another way.. another weather.. Harapannya.. hari-hari seterusnya berterusan panas dan cerahnya.. Bolehlah berjalan lenggang kangkung tanpa jaket.. atau hanya sekadar berjaket nipis sahaja..

Tahun ini menyaksikan musim panas yang berpanjangan panasnya.. Terasa perbezaan yang ketara berbanding tahun lepas yang musim panasnya dilalui dengan hujan dan angin sejuk silih berganti.. boleh dikira dengan jemari berapa sangat hari yang panas.. dan berapa hari sangat yang mampu dirasai berjalan tanpa jaket di badan.. selebihnya.. dengan payung di tangan dan jaket hujan yang menutupi kepala dan separuh badan..

Seketika teringat juga tanahair.. Satu ingatan yang pastinya tidak pernah lepas dari rasa rindu buat semua yang merantau dan bermusafir di sini.. Tanyalah sesiapa sahaja.. Sebut sahaja nama tanahair.. Pastinya semua punya ingatan tentang sesiapa.. apa.. mengapa.. yang ada di sana.. Itu perkara biasa.. Nanti bila dah pulang ke sana pula.. ingatan di bumi ini pula yang akan dikenang semula.. dan tiba pula rasa rindu mahu kembali ke sini.. Seperti mana yang pernah aku alami selepas pulang dari Edinburgh dulu.. Dah namanya ingatan.. manakan dapat dilupakan.. Hanya mereka yang tidak pernah mengalami.. tidak pernah merantau.. bermusafir sahaja yang tidak mampu memahami semua yang pernah dan sedang kami lalui.. Maka kadangkala keluarlah pelbagai tuduhan dan kata-kata yang tidak masuk akal dengan apa yang kami rasakan dan lalui.. Kadang kesempatan itu dijadikan sebab musabab untuk mencipta satu alasan dan penyebab terhadap sesuatu yang mampu melukakan hati..

Kadangkala mengenangkan semua itu hati aku sendiri pernah banyak kali terluka.. tiap kali bila ada rakan-rakan yang mula membuat pelbagai andaian tentang kehidupan di sini.. katanya kita mewah.. katanya kita hebat.. katanya kita sudah lupa diri.. katanya kita sudah kaya.. katanya kita lupa asal usul.. dan lebih dahsyat katanya kita lupa tuhan dan tidak pernah tahu bersyukur.. Aduh.. sedihnya kala membaca semua itu.. kerana yang melihat tidak akan sama dengan yang mengalami.. yang memikul takkan sama dengan yang memandang.. semua itu takkan sama.. sebab mereka tidak melalui itu semua.. dan mereka juga tidak menghadapi semua itu..

Kadangkala juga orang melihat kesenangan orang.. tapi sama sekali lupa dengan kesenangan sendiri dan hanya melihat kesusahan diri sahaja.. walhal manusia itu setiapnya ada kelebihan sendiri.. Allah berikan setiap manusia itu kelebihan masing-masing.. dan rezeki masing-masing.. Adakah kita tidak percaya bahawa Allah itu adil??? Dia hanya memberi kelebihan pada orang tertentu sahaja.. sudah tentu tidak.. Setiap kita punya keistimewaan.. mungkin orang itu tidak ada rezeki dari satu sudut.. tapi dia ada rezeki dari sudut yang lain.. dan janganlah kita rasa cemburu dan dengki dengan kelebihan itu.. kerana kita juga ada kelebihan pula dari sudut yang lain..

Yang penting kita saling memahami.. mengerti.. menghormati.. menyokong.. dan membantu sedaya upaya dan termampunya.. Selebihnya andai kita tidak mampu.. tolaklah dengan cara yang baik.. Andai rasa tidak mampu dan tidak selesa.. tak usah dipaksa hati dan kehendak.. kerana tidak ada sesiapa boleh memaksa kita melakukan sesuatu yang diluar kehendak diri.. melainkan perkara yang berkaitan dengan akidah dan agama..

Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami akan termasuk orang-orang yang soleh." Akan tetapi, setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling, dan memanglah mereka itu orang-orang yang selalu membelakang (kebenaran).
(At-Taubah:75-76)


Jangan bersedih dengan penghasilan yang sedikit, maka sesungguhnya yang sedikit itu ada bersamanya kesejahteraan..

Seorang penyair berkata

Aku berkata kepada diriku sendiri.
Lemparkanlah kedukaan itu sejauh-jauhnya.
Berbahagialah
sebab kedukaan itu sesungguhnya tidak pernah ada.


Ertinya: Manakala sebuah peristiwa terjadi pada diri anda atau anda mendengar tentang suatu bencana, maka anda tidak perlu resah, cemas dan jangan bersedih. kerana sesungguhnya kebanyakan berita-berita itu tidak sama dengan kejadian yang sebenarnya. Jika ada yang mampu mengubah takdir, pastilah ia akan mencarinya. Sekiranya tidak, maka bagaimana takdir itu harus anda tangani.

Ali bin Jabalah berkata:

Semoga kebahagiaan menjelma.
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan.
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan.

-La Tahzan-

Buat semua sahabat..
Hadapilah hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah..
Semoga memperolehi kesejahteraan dan keberkatan..
Dalam apa jua tindakan dan perbuatan..
May Allah Bless You..
Insyallah

8 comments:

kakpiah said...

skarang pon aku nih perantau kecil-kecilan jer kak.. dr taiping merantau ke kl.. hehehe.. tapi ada gak keinginan nak merantau secara besar-besaran nih.. tp tadek rejeki lagi..

eh? relevan ker komen aku nih kak??
heheheheee...

ibundo said...

Paneh kau ke sanun samo tak dongan paneh kitorang kek sini. Maso menaip ni pun poluh akak tongah moncieh-cieh ni. Sodang borangan-angan gak ni ha, bilo lah mesia ni nak ado salji wakaka...

julietchun said...

panas kat sana tu suam2 kuku je agaknya.kita tak buleh nak puaskan ati semua org,buat tak tau sudahlah kalo ada yg keluarkan stetmen camtu.

iina said...

Piah

belasah yolah akak xkisah ye.. ok ler tuh tetap merantau gak.. taklama lagik merantau dari umah kecik sekangkang kera ke umah besar sekangkang kingkong heheheh

Kak Pah

Tak samo kak.. tapi paneh kek sini sakit kepala sebab panas dia memerit.. sakit muka tangan badan bila kena.. paneh kak mesia ada aircon kak.. kek sini mano ado..

Juliet

Yup agree.. mmg tak layan.. tapi kira2nya buat peringatan dan bagi warning sikit ahaks.. kot ada yang terasa ler.. kot ada... kot2..

aNIe said...

Salam Iina...memang kadang2 manusia melihat apa yang ada pada kita...tapi jarang dpt menyelami apa yang kita rasakan...dan manusia sering membuat andaian sendiri...biarkanlah...nama pun manusia...

Kaktiny said...

salam sahabatku sayang..

dek kerana aku takut teringat di sana terkenang di sini.. maka aku tak jadi sambung PhD kat sana... aku sambung kat sini jer (InsyaAllah bulan 12 ni... doakan dipermudahkan rezeki aku yer...)..

aku tak mau otak dan hati aku rindu-rinduan banyak-banyak... heheheheee....

Jadinya biarlah aku terus di sini menunggu kepulangan ko kembali ke tanahair kita ni yer... hihihi...


...Aku rindu hanya pada yang SATU...

Mak Su said...

itulah tu, maksu pun tak suka bila orang plaks terlebih2 nak komen pasal kita. macamlah depa pandai sangat baca hal peribadi orang lain.... padahal cakap jer lebih. teruja tak tentu hala

iina said...

Kak Anie

Camtulah kak.. cuma kdg2 terfikir juga.. mereka tuh pun ada kelebihan diri juga.. dan ada juga kekurangan diri.. setiap kita sama ada lebih dan kurang.. jgn kerana kita lihat yg lebih.. kita rasa mereka itu dah senang.. dan bila tgk org tuh susah.. kita bangga pulak sebab kita lebih senang.. payah ler gitu kan kak

Tiny

Ikut mana yang ko selesa.. sebab takde sapa leh paksa diri ko andai benda tuh ko tak nak buat.. sebenarnya rindu ada kat mana2 sama jek.. ;) merantau itu juga ada berkat dia.. bermusafir ada istimewanya.. ;)

Mak Su

Selalu gitu ler kan.. letih melayan.. malas nak fikir.. yg utama teruskan hidup.. susah senang.. kita juga yang tanggung semua tuh.. bukan org lain ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin