Thursday 9 April 2009

Dia dan kamu


Dia memandang ke langit yang mendung.. Cuaca sejak awal pagi tadi suram dan hujan turun renyai-renyai.. Masih bersisa lagi baki rintik-rintik hujan waktu ini.. Mendungnya cuaca hari ini seolah tidak seiring dengan mood cuti esok hari..

Sejenak mood juga turut berubah mengikuti rentak mentari yang malu di sebalik awan yang gelap. Walaupun hati ini melonjak gembira menikmati cuti hari esok tapi masih bersisa banyak rasa dalam jiwa.. mengusik emosi dalam dada.. mengegarkan minda dalam otak kepala.. Rantaian rasa ini mengundang banyak fikirannya.. menuntut episod janji dan hasrat serta rancangan yang berselirat berbelit berlingkar rupanya.. Cuba diungkai setiap satunya.. makin cuba dileraikan.. makin terasa ketat pula ikatannya..

Dia cuba mengenang beberapa kenangan lama.. makin cuba difikirkan.. makin payah ia hadir dalam ingatan.. Setiap kenangan waktu di tanahair cuba ditayangkan dalam kotak kepala.. cuba dirasa dalam layar hati.. cuba dipegang dalam emosi.. namun semuanya seolah tidak mahu hadir walaupun sesaat detiknya.. Ada halangan yang terbina dalam cubaan tayangan itu.. Ada rasa yang tidak mahu dirindu.. Ada sekelumit dendam yang masih bersisa lama.. Ada rajuk yang masih berterusan di jiwa..

Dia cuba renung ke dalam diri jauh-jauh.. mengimbas kata-kata yang diucapkan terhadap diri.. Mencari kebenaran dan ketelusan maknanya... Mencari keikhlasan dan kejujuran dalam erti perhubungan dan persahabatan.. Mencari kesanggupan dan ketahanan dalam menghadapi perjuangan.. Mencari cinta dan sayang dalam kecintaan pada keluarga dan negara.. Mengejar matlamat dan harapan dalam impian yang masih kukuh dipegang sentiasa.. Melaksanakan tanggungjawab dalam menuntut hasrat peribadi dan jati diri..

Dia masih ingat siapa dia.. Dia juga masih ingat semua yang pernah dilalui.. Dia juga masih sedar akan bumi yang dia jejaki.. Dia masih juga berdiri memegang janji pada tanah yang pernah digenggami.. Semua itu dia masih ingat.. namun tahukah mereka akan semua yang perlu dia hadapi.. Semua keperitan dan kepayahan yang perlu dilalui.. Saat hatinya kadang berirama sendu.. sedih dan sepi.. Pernahkah dia meminta-minta simpati?? Pernahkan dia menuntut janji-janji??

Bila terbit rasa kecewa.. hati yang dulu mungkin masih bersisa simpati mungkin masih dapat memahami.. tapi bila terusan rasa itu hadir saban waktunya.. Sisa simpati kini sudah tiada.. keras dan beku menjadi akibatnya... Dendam apatah lagi agaknya.. Perubahan itulah namanya.. Kita perlu berubah.. dan setiap manusia berubah.. suka atau tidak.. terimalah hakikatnya.. Ia perlu ada..

Langkah yang diatur masih sama.. Pantas perlahannya masih serentak seiring bersama.. Adakala ia mengorak berbeza tariannya.. Mengikut kehendak rasa.. Berubah mengikut suasana.. Mencipta gaya mengikut keperluan masa.. Bersopan santun mengiringi adat budaya..

Dia masih dia.. dan kamu masih kamu.. kita juga masih kita.. dan mereka juga masih mereka.. Dia.. Kamu.. Kita.. Mereka.. Aku.. berbeza sangatkah kita semua??

Hanya setiap kita tahu siapa diri empunya.. dan hanya Allah sahaja maha mengetahui setiap satu kejadian dan hikmahnya..

9 comments:

kakpiah said...

ko pandai menulis la kak...
buleh buat novel nih..

peh tu jgn luper antor kat aku skalik ngan cili kering ek?

:D

julietchun said...

ko taknak cuti ke? Pass kat aku lah kalo cenggitu.:D

KTS said...

ya... ya... aku, kamu, kita mmg berbeza...

tak percaya??

ko pakai kasut saiz berapa?? aku saiz 5
pinggang ko berapa inci?? aku 24 inci... hik hik hik


haa... mesti berbeza ngan aku... aku tau tu.. jauh berbeza... hikksss...


pulang lah wahai iina... kesian aku ngan ko... sodih bonar...

ibundo said...

ekau ni sehat ko tak ni.
Baco ko punyo entry ni toringat lak satu poem jiwang yang memang akak gomar sojak dari sokolah dulu.
antaro kato-kato e:
i do my things
and you do your things
i'm not in this world to live up to your expectations
and you are not in this world to live up to mine
you are you
and i am i
.
.
(ado lagi maleh nak sambung)
so, kau kau, aku aku, dia dia, kita kita. semua ada jalan sendiri.

wehh... apo yang aku merepek ni. Tu lah, akak pun tongah poning ni menguruskan hal sukan tak habih-habih.

iina said...

Piah

apo kono ngeno ngan cili kering ngan wat novel?? kalau ko btul2 nk akak pos dlm mimpi leh? hehehe

Juliet

Aku tgh bercuti ler nie

KTS

eksen ler ko ekk.. blik mesia? tak kot tggu aku abis sok baru aku balik

Kak Pah

cayalah kak..sajak akak tuh..heheheh.. tumpang sekaki ekkk ;)

faqir said...

ni yang jeles den nengok ekau punye ayat dati den nya ayat..blog ekau lagi best dari blog den..ishh ishhh sob sob...menci2 ehhehehe
nanti ekau tulih best2 n jiwengs2 yor
faqirbadai aka bun

iina said...

Faqir

den konfius ahh.. kek mano den konal ekau nie ahh.. tapi takpo.. tak konal pun leh konal yo.. blog den memain yo.. time nieh den tongah nak jiwang tahan karat.. sok time takdo jiwang.. tah apo2 lak kuwa ehh

faqir said...

den pun tak konal ekau ehehehe tapi leh jo..den masuk blog ekau ni dari blog fajar...kisah sedih anakanda AMiR YuSuf..membuekkan hati den meronta2 n menahan sendu airmata...den baco entri dr blog ekau langsung den nangis..den suko jo bilo ekau menulis ayat2 jiwengs...satu lagi persepsi dunia yg berbeza menurut pandangan ekau dapat den selusuri..semoga ekau terus menulis yg best2..take care

iina said...

Faqir..

Insyallah.. tapi den hanya leh nulis jiwang bilo hati den tak keharuan hehehehe kalau time happy tuh tak jadik jiwang lak ;)

Thanks again yo

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin