Thursday, 2 April 2009

Cuaca yang indah

Memandang keluar tingkap.. kelihatan cuaca hari ini sungguh indah sekali.. panas.. cerah.. terang.. kelihatan corak-corak awan yang berwarna putih.. hanya beberapa kumpulan awan diantaranya kelihatan sedikit gelap..

Memandang ke ruangan berwarna hijau yang berpadangkan rumput hijau yang rata.. kelihatan ramai yang mula bersidai diluar.. duduk santai menikmati panasnya cuaca itu.. ada juga yang bermain bola.. ada juga yang melompat-lompat gembira.. ada juga yang saling berkejaran.. tetapi lebih ramai yang baring menikmati sang suria itu..

Dalam bilik yang sedikit gelap.. dari 4 lampu kalimantang hanya 3 sahaja yang masih berfungsi menerangi ruangan ini.. manakala satu darinya.. sudah tamat riwayatnya.. membuatkan bilik ini sedikit kelam.. langsir yang berbentuk 'blind' pula tertutup rapat di tingkap kedua.. manakala tingkap pertama hanya separuh tingkap itu tertutup dengan 'blind' itu. Tangan mula pantas menarik rantai 'blind' dan berlakulah gerakan ke kanan dan bilik menjadi lebih cerah dari tadi..

Seronok memandang keluar.. jam sudah menunjukkan waktu hampir ke pukul 5 petang.. masih berbaki 10 minit.. dan aku juga ingin menunggu masuk waktu asar sebelum bergerak keluar dari bilik ini.. dan sebelum menuruni tingkap 11 bangunan menara ini..

Sejak dari tadi aku hanya bersendirian di bilik.. yang lain hilang entah kemana.. sibuk dengan urusan masing-masing.. dan mata juga sudah terlalu mengantuk.. ahh sejak beberapa hari ini.. rasa mengantuk itu bagai tidak boleh ditahan-tahan lagi.. sempat jugalah aku melelapkan mata.. hanya belum sempat sampai ke tanahair mimpiku tadi...

Jalan juga agak lenggang kelihatannya.. mungkin ramai yang keluar bersantai waktu ini..

Masa untuk keluar mencuci mata dan mencederakan duit sendiri
Perhatian ya.. hanya duit yang bakal cedera parah bukan tuannya ;)

4 comments:

lupekanje said...

damai nampaknya ......
selamat mencederakan duit, tpi jgn sesekali cedrakan diri dan hati sendiri nanti ye...heheh..

kakpah said...

ina, mano murah. shoping kek mesia ko kek sanun.
akak raso mesia pun syurga momboli bolah.

julietchun said...

ko yg rosakkan lampu tu kan.

julietchun said...

kalo ko berjemur kat sini macam2 penyakit bleh dapat,panasnya semacam.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin