Wednesday, 8 April 2009

Gembira dimanakah dikau??


Gembira
Aku mencarimu
kala kepala penuh tepu
kala hati penuh rindu
kala jiwa berlagu sendu

Gembira
kemanakah dikau bertamu
ke sana sini situ
aku mencarimu
aku intai dedaun pintu
aku selak lembaran kalbu
aku usap gemalai tanganmu
aku peluk tubuh sasamu
aku kucup pipimu yang mulus itu

Gembira
bagaimana mahu aku tafsirkan rasa suka
rasa tenang ketawa bahgia
rasa seronok gelak teruja
rasa lucu senyuman istimewa
bukan tidak pernah aku rasa
gembira datang acapkalinya
datang menyulami indahnya jiwa
datang menyimpan kenangan selamanya

Hari ini
aku mencari dikau semula
dimana??.. dimana??
kemana?? kemana??
jangan lama bersembunyi bersama duka
bertapa bersama kecewa
berkawan bersama bosan lara
datanglah ke sisi walau untuk sementara
kerana itu sudah cukup bermakna
untukku jadikan azimat tenaga
kala jiwa bertebaran lariannya
kala fikiran menerawang langkahnya
kala badan menanggung bebanan tenaganya

Datanglah gembira
supaya bibir mampu tersenyum semula
supaya muka berseri bak purnama
supaya hati berbunga cinta
supaya kepala mampu menjelajah mindanya
supaya tangan bergerak pantas membuat cubitannya
supaya kaki berlari sepantasnya

Gembira
dimanakah dikau ini
jangan sembunyi lagi
aku sudah ada di sini
menanti dan terus menanti
setia menahan diri
sesungguhnya amat aku hargai
dari dulu hingga kini

emosi sedikit bercampur-campur..
ada rentetan emosi jiwa otak fikiran rasa..
ada kisah yang dicoretkan buat muhasabah diri..
jangan mudah menghukum andai tidak mampu mengerti
jangan mudah menuduh andai tidak tahu hujung pangkal diri
biarlah masa mengubati hati..

10 comments:

nahmy said...

mmg sukar mencari 'gembira'. kekadang rasa cam 'hampir' sgt, namun selalunya entah di mana...namun pastinya dia tetap ada..di mana-mana & di waktu bilamana pun...

CikguZue said...

moga cepatla si gembira datang menceriakan rasa yg bercampur2 itu. ada masa 'dia' datang, ada masa 'dia' bersembunyi. sabar la yea.
jom datang ke Lampeter. hehe...

iina said...

Nahmy

ya betul.. kdg2 cam nak gembira tapi rasa serba salah pula.. mmg dia ada.. tapi buat masa ini cam tak nampak muka ;)

Cikgu Zue

Insyallah.. sedang dicuba sedaya upaya.. dtg lempeter?? wahh org dah offer boleh ler pergi kan.. Insyallah nnti nk pergi sana saya calling2 ye

kakpah said...

weh, semenjak dua menjak ni asek berpuisi bermadah bagai kau ina. Kpah tongah lotih ni nak bergabung dalam emosi mu. haha.. balik dulu lah yo.

iina said...

Kak Pah

kepala berserabut nie kak.. mmg tongah tak stabil ;).. balik mano tuh kak? kalau mkn ikan bakar mkn utk den sekali yo ;)

julietchun said...

Dalam berduka pun ko bleh buat sajak gini? Mmg fisrt klass ler.

arryani said...

Aku bertanya
GEMBIRA di manakah dikau?
dan gembira menjawab
aku di sini.
di dalam diri mu sendiri.
aku tak boleh munculkan diri.
andai kau sendiri tidak mahu mengakui.
bahawa aku telah kau miliki
di sini.
di dalam diri mu sendiri.....

Salam persaudaraan dari saya...semoga kita2 dianugerahkan kegembiraan itu.

jane said...

salam puan,

have a break.....! have a kit kat...apa kelas kit kat kan ? cari cokolat lain di sana!! take k dear!!

Mak Su said...

gembira oh gembira
di manakah engkau menyorokkan wajahmu?

iina said...

Juliet

time berduka tuhlah senang nak buat puisi sebab aku rasa susah nk luah apa dlm hati aku. Time happy idea kering pulak ;)

Arryani

ya gembira ada dalam diri setiap insan.. tapi rasa sedih.. rindu.. kecewa.. juga ada bersama.. mereka juga menuntut rasa adil saksama.. silih berganti terpaksa.. cuma kadangkala bila diminta ada yang tak mahu muncul mukanya ;)

Salam saudara juga.. thanks ya.. Insyallah

Jane

Cokolat melambak dalam laci meja.. kitkat pun ada.. sebut jelah nak cokolat apa hehehe ada stok lagik

Maksu

Time musim bunga nie dia nak main nyorok-nyorok balik pokok kot.. alah2 tarian hindustan ;) kejap ada kejap takde.. pelbagai aksi hehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin