Monday, 13 April 2009

Enaknya si bantal Glasgow


Alhamdullilah..

Aku kembali semula ke rumah di Glasgow lewat petang tadi menghampiri ke pukul 8 malam..

Kembara yang sebenarnya dirancang di saat-saat akhir dan asyik bertukar rancangannya berjaya juga membawa kami mengembara ke 3 buah negara antara termahal di dunia..

Sweden (Goteborg), Norway (Oslo) dan Denmark (Copenhagen)..

Kesemua negara itu kami jelajahi dengan menaiki kereta Ford Focus berbentuk waggon yang disewa setibanya kami ke lapangan terbang Goteborg City, Sweden lewat petang jumaat yang lalu..

Selesai urusan menyewa kenderaan itu.. kami terus bergerak ke Oslo (Norway) yang mengambil masa 4 jam lebih dan tiba lewat malam di rumah seorang rakan yang merupakan pelajar Malaysia di sana..

Esoknya, Sabtu, kami jelajahi bandar Oslo melalui semua bentuk pengangkutan.. Tram.. bas.. bot.. berjalan kaki.. dan lewat petang juga kami bertolak semula ke Goteborg untuk bermalam di sana selama 2 malam..

Hari Ahad pula selesai sarapan pagi di Hotel Allen.. kami bergerak terus ke Denmark (Copenhagen) yang mengambil masa 4 jam.. dan tiba menghampiri ke pukul 12 tengahari.. sekali lagi kami jelajahi bandar Copenhagen melalui bas, bot dan berjalan kaki.. Lewat petangnya kami bertolak semula ke Goteborg..

Hari Terakhir.. Hari ini.. kami ambil masa setengah hari untuk menjelajahi Bandar Goteborg Sweden.. sepenuhnya menggunakan kereta, namun sudah cukup untuk kami lihat sedikit sebanyak tempat-tempat menarik di sekitarnya..

Aku mahu menikmati enak dan lembutnya si bantal peluk dan bantal kepala yang setia menanti itu.. Insyallah akan aku kemas kini kisah pengembaraan kali ini..

Jaga diri.. dan terima kasih atas semua ucapan doa dan kata-kata ucapan dari kalian semua.. Tusind Tak..

Aku mahu 'turu' dulu ya.. Gud nite.. Sweat dream.. 1234..

7 comments:

kakpah said...

semua bandar tu dekat-dekat je eh. Agak-agak dari kl ko JB ko. Wih.. sonok e kau ina dapek jalan-jalan cuci taik mato..

julietchun said...

bangun,bangun,aku dtg nak tgk gamba :D

kakpiah said...

alo kak..
haw aa uu tu dei?
aku raser cam mandom sket ko lately nih kan kak?
kembali lah ceria wahai akak kuu...

dan tolong tepek seberapa banyak yg mungkin gegambar sepanjang percutian ko tu kak..

aku sangat suker melihatnya...

Tijah said...

besnyer jln2 cr makannn....

ANEEZ ALI said...

akak...sori la lmbt membls ur comment kat my blog...teman gi berchoti2 ke KK...jadila..nak gi Glasgow jauh beno...hihihihih...dah bg FM pd k.ina ye? kirim thru Pn. Khadijah ke?....nak bayo camne? ke akak bg free? hihihihihi

ku tak sempurna said...

yuhuuuu...

tuan umah tak bangun lagi ke??

peta kat bantal tu dah sampai mana??

ha ha ha hari mau hujan

iina said...

Kak Pah

dokek yo kak.. tapi berkali2 gak berhenti dekat 4 jam drive.. tapi seronok lah.. cuci mato yo kak.. taik mato belum sempat buek laei

Juliet

ada kat kamera aku.. mana ko nieh puas aku tunggu nie.. asyik tinggal flight jek

Piah

ko nie ada ilmu tilik ke?/ cam tetau jek ko ekkk heheheh ;) dah balik bercuti nie ceria sikit ler.. thanks dear.. akan diusahakan tepek sebyk mungkin..

Aneez

kalau ko nak byr akak minta rm1k wakakakah.. takyah ler akak bg free jek kat ko tuh.. sok akak balik belanja akak ;)

KTS

aku dah lama bgn ler sejak kul 5 pagi tau smpi ler skrg aku tak tido lagik..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin