Friday, 24 April 2009

Masa berlalu..


Dia menoleh ke tingkap di sebelah.. Hujan yang turun pagi tadi sudah hilang ditelan sinaran mentari.. Terang benderang.. panas.. tingkap juga dibuka sedikit.. terasa hawa sejuk menerjah masuk.. sejuknya hingga terasa ke kaki.. sebelah badan terasa sejuk.. seolah tidak sepadan dengan rasa panas yang dilihat disebalik tingkap itu..

Banyak perkara sebenarnya bermain dalam fikiran.. yang kadangkala tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.. dia rasa itu perkara biasa.. setiap manusia pastinya pernah merasa situasi yang sama.. bebanan.. tanggungjawab.. keperluan.. kehendak.. semuanya cuba dilakukan sebaik mungkin.. semampu boleh..

Dia juga sudah mula mengira minit dan jam.. ahhh lama lagikah masa?? Lambatnya waktu berputar ketika ditunggu.. tapi terasa cepat pula bila buat tak tahu..

Pernah dengar tentang teori 'isipadu-tenaga' dalam fizik dimana tenaga bersamaan dengan isipadu darab gandaan dua kelajuan cahaya. Ia merupakan konsep yang memperjelaskan 'matter' dan 'energy' adalah perkara yang sama.. dimana setiap isipadu mempunyai kesamaan tenaga dan sebaliknya (sila betulkan ya.. wahai cikgu cikgi fizik.. sudah lama ku lupa teori ini..)

Ia diterjemahkan dalam bentuk formula

E = m c2
dimana

E = energy/tenaga
m = mass/isipadu
c = the speed of light in a vacuum about 3×108 m/s / kelajuan cahaya dalam hampagas

Hasil dari teori ini jugalah terhasilnya bom atom yang mampu memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki. Teori ini telah diperkenalkan oleh Albert Einstein pada tahun 1902.. beliau telah menulis surat kepada kerajaan USA untuk membiaya penyelidikannya sebelum penyelidikan yang sama dibuat oleh Nazi dan Jepun.. (boleh buat carian sendiri di google ya..)

Ketika menghadiri sebuah bengkel penulisan kendalian universiti untuk pelajar-pelajar postgraduate semasa tahun pertama dulu.. Kami telah ditanya tentang definisi teori ini.. dan dijawab oleh seorang pelajar dengan istilah formulanya seperti yang dinyatakan dalam definisi fizik..

Namun definisi yang diberikan oleh penceramah itu lebih menarik perhatian aku. Beliau menerangkan bahawa teori ini lebih mudah diterangkan dengan 2 kisah..

Kisah pertama ; Bagaimanakah anda rasakan.. bila seorang jejaka atau wanita yang bergaya.. lawa.. cantik atau hensem.. melintas dihadapan anda.. terasa seolah masa itu berlalu dengan cepat sekali.. tak sedar bahawa jejaka atau wanita itu sudah pun berlalu jauh..

Kisah kedua; Bagaimana pula anda rasakan, jika anda terduduk diatas unggun api yang marak menyala? atau mungkin sedang berkurung dalam bilik yang amat panas.. seminit masa berlalu pun kita terasa sungguh lama..

Itulah definisi yang diperjelaskan kepada kami.. dan sedikit sebanyak aku teringatkan kisah itu semasa memikirkan persoalan masa ini..

Jika sesuatu yang indah berlaku dalam hidup kita.. terutama ketika kita jatuh cinta.. saat keluar bersama.. meluang masa.. atau menerima anugerah semasa konvokesyen.. atau anugerah khidmat cemerlang.. Acara itu terasa berlalu dengan pantas sekali kan.. mengapa?? kerana ia adalah detik-detik indah dalam kehidupan..Detik dan waktu itu pastinya kita rasakan berlalu dengan cepat sekali..

Tetapi andai detik yang perlu dilalui adalah sesuatu yang menyakitkan.. seperti bersauna dalam suhu yang panas... seminit pun rasa seperti sejam.. atau berlarian anak di atas 'treadmile' di gym.. nak habiskan 20 minit pun siap mengira saat.. aiii.. lambat lagikah?? Atau terpaksa berhadapan dengan individu yang menyoal siasat kita.. atau perlu membuat pembentangan kerja atau pengajian.. atau VIVA.. ahhh.. pastinya masa itu terasa begitu lambat sekali selesainya...

Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun aku di sini.. cepat sungguh masa berlalu kan.. banyak lagi perkara yang perlu disiapkan.. banyak lagi yang perlu dikejar.. dan banyak juga soalan-soalan menanyakan bila mahu pulang ke tanahair.. ;) terasa bila masuk tahun akhir begini.. soalan bila mahu balik itu kedengarannya agak sensitif sedikit.. bukanlah kerana tidak mahu pulang.. tetapi memikirkan masa yang tinggal itu bukanlah begitu banyak sekali.. Namun aku tetap yakin bahawa.. Insyallah.. selagi terdaya.. perjuangan akan tetap diteruskan.. tetap diusahakan.. tetap dilalui dan dihadapi sedaya mungkin.. sekuat tenaga.. walau berapa kali pun musim sejuk datang silih berganti.. melewati setiap pagi yang terlalu sejuk.. mengigil-gigil tatkala terpaksa menunggu di hentian bas seawal pukul 6 pagi.. Hati tetap juga meneruskan perjuangan.. keletihan duduk seharian di bilik study.. mengadap komputer.. menghasilkan pengaturcaraan sistem yang entah bila siapnya juga masih belum dapat diberikan jaminan bahawa sudah cukup semua itu.. memandang pula tulisan yang masih caca merba bentuk ayat dan perenggan.. menanti juga pengadilan tahun ke3.. yang juga entah bila tiba masa.. hati dan kepala sahaja yang masih nekad tekad.. untuk terus berusaha.. walaupun kadangkala singgah bayang risau.. gementar.. gusar.. semua itu terpaksa ditepis dengan sekuatnya agar ia hanya lalu sahaja tanpa meninggalkan sebarang jejak di minda dan jiwa..

Kadang terasa juga seolah mahu berpusing balik ke masa yang lalu ke tahun pertama.. alangkah seronoknya melalui lewat masa itu.. andai dapat diberikan peluang masa itu.. tapi kan.. masa tetap berlalu tanpa dapat kita menoleh ke belakang semula.. serasa masih lagi terasa eratnya pelukan mak semasa menghantar aku di lapangan terbang KLIA itu.. masih juga bersisa airmata tatkala aku memintanya mendoakan aku agar dapat selesai dengan sebaiknya.. masih terasa kasarnya tangan ayah tatkala aku salam dan cium tangannya.. dan masih lagi segar mimpi malam tatkala aku memeluk erat penuh kerinduan pada arwah nenek ketika dia datang berjumpa denganku.. terasa ingin sekali dia datang bertamu semula namun lewat malam mimpi-mimpi aku sudah tidak ada lagi bayangannya.. rindu aku pada dia sentiasa ada..

Terasa juga masih baru.. Saat mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-sahabat sekerja di tanahair.. Masih juga terasa sisa-sisa kenangan tatkala menerima hadiah seikhlas hati dari mentee pelajar-pelajar yang dididik suatu ketika dulu.. Masih ternyiang-nyiang kata-kata seorang pelajar tahun akhir.. ketika bertemu dia di hadapan dewan SITC selepas sesi bergambar.. 'Saya sentiasa ingat puan dan kelas puan antara kelas yang best'.. ahahahaha aku gelak sendiri bila teringat kata-kata itu.. Masih juga teringat jamuan akhir yang dibuat oleh mereka, pelajar-pelajar IT yang pernah aku.. Mashi.. kak Ramlah ajar semasa mereka di tahun pertama dan kedua.. serasa mereka masih ada di universiti.. Walaupun hakikatnya aku tahu mereka sudah bertebaran di seluruh tanahair mendidik anak-anak bangsa dengan ilmu secukupnya yang dibekalkan di dada..

Masih aku ingat CD nukilan si Sazman.. masih aku simpan di tanahair.. yang penuh dengan gambar-gambar mereka satu kumpulan.. dan aku juga masih ingat ketika mereka pernah dimarahi oleh Mashi kerana lewat datang ke kelas pengaturcaraan pagi itu.. lantas kerana kecewa kelas itu dibatalkan serta merta.. Pagi itu Mashi mengadu pada aku tentang kekesalannya terhadap sikap mereka.. dan tidak lama selepas itu berduyun-duyun geng-geng mereka pula datang ke bilik aku.. Sesi pengaduan seterusnya dibuat.. Hahahaha.. aku hanya pulangkan paku keras pada mereka.. 'buatlah lagi.. jangan main-main dengan Pn Mashi.. sapa suruh bangun lambat??? datang lambat??' Selepas itu sampailah kad-kad minta maaf yang diletak kemas di papan tanda bilik.. Sejenak aku pernah terfikir nak buat perkara yang sama.. merajuk dengan pelajar.. mesti dapat hadiah dan kad kan..kan.. Hehehehe.. dengan aku takpelah.. sebab aku jarang sekali mahu marah dalam kelas walaupun raut muka aku sememangnya serius ya amat dalam kelas hehehehe...

Masih juga aku ingat semasa kejadian salah faham di sebuah sekolah di 'port Dickson' semasa hendak menyelia pelajar praktikum. ketika itu aku baru sahaja balik dari Edinburgh selesai pengajian sarjana.. Pengetua itu sangka aku adalah guru baru hendak mendaftar di sekolah itu.. heheheheh.. Muda sangat kot muka aku nie.. hingga dia ingat aku cikgu baru.. dan bila aku jelaskan tujuan aku datang awal pagi itu.. serba salah pula pengetua itu.. hingga ke sudah selesai sesi penyeliaan.. entah berapa kali juga dia minta maaf.. itu belum lagi kisah-kisah lucu lain tiap kali sesi penyeliaan.. disangka guru sementara.. disangka belum kahwin.. siap tanya dah ada yang empunya ke?? adeihhh... perasan sat... (bab ini selalu sangat kena.. walhal pakwelah yang menghantar pergi sekolah.. dan dia juga yang datang ambil semula.. nak buat camna bang.. awek u nie nampak muda jelita wakakakah..) Semua ini kenangan lama.. dan seperti aku kata.. Masa berlalu dengan cepatnya..

Banyak sebenarnya konflik yang bermain dalam minda dan jiwa ini.. rasa dan perasaan yang dialami ini juga selari dan seiring tatkala perbualan diantara kami dan rakan-rakan dimulai.. Masa berlalu dengan pantas.. cepat beredarnya.. pejam celik.. pejam celik.. hari silih berganti.. mulanya Isnin.. kini sudah Jumaat.. dan akan datang Isnin semula.. dan Jumaat semula..

Doakan semoga perjuangan ini akan ada pengakhiran yang baik.. Tercapai semua hasrat dan impian.. Permudahkan segala urusan dan perjalanan.. Aku nekad.. dan tekad.. hanya akan pulang.. bila semua ini berakhir dengan kejayaan.. dan doakan semoga ia berakhir dengan kejayaan cemerlang.. Insyallah.. Aminnn

Serasa sejak kebelakangan ini ada rasa-rasa yang memanggil aku balik ke tanahair.. Ingatan semasa pengajaran di dewan kuliah dan bilik kuliah tadahan utara & selatan, sentiasa datang kembali dalam ingatan..

Ada yang rindu nak aku balik mengajar ke??? Atau ada yang sebut-sebut bilakah Puan nak balik mengajar nie?? hahahaha.. aku nak perasan sekejap..

Doakan aku balik dengan kejayaan..
Nantikan sahaja pertemuan kita dalam dewan kuliah dan makmal komputer pada tahun-tahun mendatang.. tak lamo doh.. kojap yo..

Masih paparan gambar yang panas... Sila duduk dalam peti ais ya.. ;)
Aku mahu makan aiskrim..Sedappp tau...

6 comments:

julietchun said...

Puan,saya nak bagi kad pada puan, err,err...kad kawin bleh ke?kakakakkaa.

faqir said...

eerrrkk

lupekanje said...

ha..cecepat habih kat sana....cecepat balik lapor diri yer puan...
anak murid tk sesabar nk belajo ngan puan nihh..

pulang lah...huhu..

iina said...

Juliet

Mana kad kwin ko? Esok ko pos kat aku.

Faqir

Ehmm.

Acik

Blum time ler acik. Byk thun lgik lg nk ngajar tuh.

ku tak sempurna said...

aku laa yg duk seru ko tu...
meh kita makan aiskrim :)

iina said...

KTS

Dah nak abis aiskrim kat umah.. cuaca panas nie mkn aiskrim mmg sedap ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin