Wednesday 15 April 2009

Oslo; Ku jelajahi tanahmu

Kami dibawa oleh adik Hassilah menjelajahi bandar Oslo. Kami mengambil tiket seharian 24jam dengan harga 60NOK dimana semua pengangkutan awam di bandar itu boleh kami gunakan tanpa hadnya.

Perjalanan ke tengah bandar Oslo dilakukan dengan menaiki Tram (Stesen AdamStuen) yang terletak berhampiran dengan rumah mereka. Kami mengambil gambar berhampiran dengan central station Oslo.

Kami juga bergambar di Opera House Oslo.. Berbentuk segiempat yang berwarna putih rekabentuknya berbentuk seperti "Approaching the Oslo Opera house on an overcast day, you may imagine that the building is an enormous glacier sliding into the fjord. White granite combines with Italian marble to create the illusion of glistening ice. The sloping roof angles down to the water like a jagged chunk of ice."

Selepas itu kami mula membeli-belah cenderamata untuk kenang-kenangan sambil berjalan-jalan ke sekitar bandarnya

Kami mula menaiki bot untuk ke muzium Viking..

Malangnya muzium itu tutup kerana cuti Easter. Kami hanya bergambar di luar bangunannya.. masih ada sisa-sisa salji beku di situ

Perut sudah lapar dan kami mula bergerak ke Sazan untuk makan tengahari.. Kedai makan ini terletak di sebelah masjid ;)

Dalam perjalanan balik kami singgah ke Vigeland Park untuk menyaksikan susunan patung-patung ukiran manusia.. kebanyakannya bogel pelbagai aksi gaya bebas.. Hehehehe.. cuci mata lah kan ;)

Lewat petang kami balik ke rumah Kak Rima dan mula bersiap-siap untuk bertolak balik ke Goteborg, Sweden.. Sepanjang perjalanan kami terlihat beberapa buah tasik yang masih beku airnya.. Norway sudah berada di penghujung musim sejuk.. dan masih ada lagi sisa-sia salji beku merata-rata.. malah masih jelas kelihatan di sekitar bandarnya.. Bandar Oslo sungguh menarik dan indah untuk dilawati.. pelbagai bentuk muka bumi boleh dilihat disini.. Yang baru.. yang lama.. semuanya ada..

Yang pasti kebanyakan harga barangan di sini agak mahal jika dibandingkan dengan barangan yang sama di UK. Coklat 'Bounty' antara kegemaranku berharga antara 1.20pound berbanding hanya beberapa sen sahaja di sini.. dan kadangkala boleh diperolehi 4 untuk 1 pound sahaja.. Terasa sungguh perbezaan harga barangan di sini.. apatah lagi bila kami mula menukarkannya dalam nilai pound sterling.. Namun apa yang paling aku suka dengan negara-negara Scandinavia ini.. bandarnya tidak sesak.. malah jalan raya juga legang dan tenang.. Seronok memandu di sini berbanding dengan pengalaman aku semasa ke Andalusia yang lalu.. Apa jua.. satu pengalaman yang indah serta bermakna buat kami..

Terima kasih buat adik Hassilah dan keluarga Kak Rima & Abg Zukri atas budi baik kalian semua.. Kenangan di Oslo takkan dapat kami lupakan selama-lamanya.. Jika ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi.. Jika ada umur yang panjang.. Insyallah kita akan berjumpa lagi ;)

Gambar diedit semula.. memandangkan ada rungutan mengada-ngada dari si Piah.. Akak kesian kek kau tau..

6 comments:

ibundo said...

ina, sakit mato akak tengok gamba patung bogel tu hehe..

ayam tu nampak sodap yo.

Azma Sulaiman said...

Salam Kak!!!
Berjalan sakan nampaknya :)
Ambil peluang selagi adakan ...
TQ for sharing ur moments during ur holiday ya :)

kakpiah said...

arghh tensen aku kak.. gambar kekecit!!!

tetambah yg part patong bugel tu..
ciss..
facebook2 nih aku malas nak layan kak..
ekeke..

lenkali jgn wat ceni dah taw kak..
perasaan ku di permainkan gitu..
:D

julietchun said...

tang patung tu kemain byk ko amik gamba yer,nak buat koleksi ape,kakaka. Ko simpan je dulu sobener tuk aku tuh bebaik.

iina said...

Kak Pah

Sakit mata? heheheh kak. den selamba yo tgk ;)

Azma

Dah cuti easter.. pergi berjalan ler ;) sama2

Piah

Sebab byk sgt tu yg jadik kekecik.. Tak main ke?? ko tak reti guna facebook tuh?? wakakakah.. rugi besar wooo tak reti guna tau.. (akak lebih suka letak kek situ sebab akak tau sapa yg tgk heheheh)

Tak buat lagi?? itulah jenis2 amaran yg lagi akak suka langgar lari wakakakah..

iina said...

Juliet

hehehhee.. itu semestinya bukan senang nak tgk jenis2 patung gitu.. alah nama jek bogel.. bukan real pun.. lebih utk hiasan dan luahan rasa si pencipta patung tuh.. mmg buat koleksi pun heheheh kalau idak tak dpat korg semua tgk ya ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin