Wednesday, 22 October 2008

Selamat tinggal

Aku kini sedang menunggu di boarding gate 31 utk menaiki flight ke Dubai.

Ramai sungguh orang di tempat menunggu ini dan hanya kami sahaja rakyat Malaysia di sini.

Selamat tinggal Glasgow.

Hatiku kini sudah mula merasa berdebar dan resah. Perjalanan kami masih jauh namun demi permintaan keluarga kami harungi juga.

Suara pengumuman telah berkumandang.

Aku perlu berhenti. Insyallah ada peluang akan aku sambung entri bila ada kelapangan.

Take care everyone. May Allah bless you

Ku tinggalkan Glasgow buat sementara

Aku sedang menunggu masa untuk turun ke bus stop menunggu bas untuk ke tempat kerja sebentar lagi.. selalunya aku akan ambil masa beberapa minit ini untuk update blog atau moderate komen yang ditinggalkan..

Aku ambil kesempatan ini untuk menulis entry terakhir sebelum aku berangkat balik ke Malaysia.. Flight ke Dubai akan bertolak pada pukul 2.15 petang nanti.. namun seawal pukul 11++ pagi aku akan ke Airport.. dan selesai waktu kerja nanti aku pastinya akan sibuk mengemas rumah.. kemas beg.. siap-siap apa yang patut dan takkan dapat nak update blog pada waktu itu..

Aku tidak pasti jika aku ada kesempatan untuk update blog semasa balik ke Malaysia nanti.. dengan capaian Internet yang tidak ada baik di kampung aku dan kampung pakwe.. memungkinkan aku mungkin tidak berpeluang.. 2 minggu blog ini akan aku tinggalkan sepi.. tapi mana tau kot aku rajin dan dapat mengelat akan aku update jika berkesempatan..

Apa jua doakan perjalanan pergi dan balik ku kali ini selamat dan lancar semuanya..

Aku ku jejaki balik bumi Malaysia kembali.. akan ku tinggalkan bumi Glasgow buat sementara waktu.. Rindu pada dua negara ini tidak dapat aku nyatakan.. aku gembira untuk balik berjumpa mak dan ayah.. tapi masa yang sama aku juga rindu dengan tanggungjawab dan cuaca sejuk Glasgow yang bakal ditinggalkan..

Semasa kembali ke sini nanti.. masa juga telah berubah lewat satu jam bermula sabtu ini.. harus juga aku set semua jam di rumah sebelum aku balik.. dan Minggu raya juga akan berakhir pada minggu depan di sini.. aktiviti sambutan hari raya peringkat Glasgow juga akan diadakan dan kali ini aku tidak dapat meraikan bersama rakan-rakan..

Yang seronok.. aku dapat meraikan minggu terakhir hari raya di Malaysia.. kesibukan menguruskan kenduri kendara.. dengan jet lag yang entah dapat aku tanggung tidak aku ketahui.. Namun itulah pengorbanan yang harus aku lalui..

Selamat tinggal semua.. Aku tinggalkan blog ini sepi buat sementara.. dan Insyallah dengan keizinan Allah s.w.t, aku akan kembali mengisi ruang-ruang ini dengan cerita ceriti apa juga nanti..

May Allah bless my journey back home.. eventhou I still have up and down feeling about what going on and things that I have to do here and there.. I know that I should enjoy life and the moments that Allah given me.. and chances to visit home once more again.. Insyallah..

Goodbye Glsgow for a while and wait for me Malaysia.. I'm on my way home ;)

Tuesday, 21 October 2008

Pulang


Aku seolah tidak percaya yang aku akan pulang esok.. masih ada lagi barang-barang yang belum dikemas lagi.. namun sudah 80% barangan utama dan penting yang telah aku kemas sejak petang tadi..

Telefon rumah pula sejak dari pukul 8++ sudah mula berdering.. ramai sungguh yang membuat panggilan.. semuanya ada tujuannya.. beg aku masih banyak kosongnya ku kira.. sebab kali ini aku hanya membawa banyak coklat dan sedikit barangan yang dikirim oleh teman-teman.. sejak petang tadi juga aku mula membeli sedikit barangan untuk mak dan mak mertua.. dan juga untuk anak buah aku.

Namun.. yang pasti untuk balik ke sini aku sudah mula menerima banyak pesanan.. dari notebook hinggalah ke tudung, brooch, barangan bayi dan pelbagai lagi.. sampai aku kena buat list takut nanti terlupa.. yang kirim daun palas pun ada.. itu pun kalau ada jual lagik kat pasar.. ada juga yang kirim tempoyak.. adeihh kome nie..

Aku dah terbayang beg nak bawa balik ke Glasgow.. uihh pasti penuh dan sendat dengan barangan.. apa juga aku kena pergi ke Plaza Low Yat KL.. aku kalau dah ke sana.. mahu satu hari aku duduk situ survey apa yang patut.. itu pun dah aku rancang untuk beli beberapa barangan komputer (biasalah dah aku major komputer kan..) Ada dah yang kena teman aku pergi nie.. kena paksa temankan aku ;)

Mood nak balik ke Malaysia kali ini agak kurang meriah rasanya.. tidak seperti kali pertama dulu.. entahlah.. mungkin kerana tempohnya antaranya tidak jauh membuatkan rasa rindu itu agak kurang barangkali.. bukan aku tidak rindu keluarga.. rasa rindu itu tetap ada.. cuma tidaklah sehebat kali pertama ketika aku pulang dulu.. kali ini kepulangan penuh dengan pelbagai rasa.. aku sudah membayangkan masaku yang cukup padat dan sendat dengan aktiviti kenduri.. berlari ke sana sini untuk balik 2 kampung.. menjenguk rumah di Behrang 2020 kalau sempat.. dan perlu juga ke beberapa tempat lain juga..

Insyallah.. esok pagi aku masih bekerja.. masih juga perlu mengeluarkan duit untuk bayar sewa rumah.. mengemas rumah untuk saat akhir.. dan mengemas barangan saat akhir juga.. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.. Insyallah..

Oklah aku nak tidur.. kepala aku masih banyak memikirkan perkara-perkara yang masih belum selesai.. rumah.. study.. duit.. akaun bank.. topup hp.. kunci rumah.. barangan kiriman.. adeihh.. mau tak leh tidur aku malam nie..

Dari Highland ke Lautan 3

Hari kedua kami bergerak keluar dari pekan Elgin..

Kami menyusuri jalan tepi pantai ke Cullen..

ke Banff..

ke Macduff

dan berehat seketika di Fraserburgh..

Kemudian kami teruskan perjalanan kami ke Aberdeen..

Kami berhenti seketika di tepi pantai.. ketika ini angin cukup kuat sekali.. mahu terbang tudung kepala aku.. itu belum lagi rasa sejuk yang tak dapat aku tahan-tahan lagi.. bak di tiup angin air batu..

Kemudian kami teruskan perjalanan kami ke Dundee..

Melalui Stonehaven dengan menyusuri laluan pantai dari Aberdeen ke Dundee..

Memang mengasyikan melalui jalan tepi laut.. seronok dengan pemandangan ladang rumput dan ditepinya pula lautan luas terbentang..

Kami berhenti makan tengahari di Dundee.. ketika ini aku sudah terima panggilan telefon dari seorang rakan.. dengan pertanyaan

"Bila nak datang rumah aku nie?? datang ler sekarang"

Aku nak jawab pun serba salah "Yelah aku nak datang ler nie.. tapi lewat sikit dalam pukul 6++ nanti k"

Itu pun dapat sms dari seorang lagi rakan menjemput datang ke rumah beraya.. sebenarnya aku malas nak war-warkan yang kami pergi berjalan.. lagipun perancangan disaat-saat akhir.. yang 100% dirancang oleh pakwe.. aku langsung tak ambil tahu.. dimana nak tidur.. kemana.. buat apa.. semuanya aku serahkan pada pakwe untuk buat perancangan perjalanan kali ini..

Elok juga sebab aku dah malas nak fikir.. sebab kepala pun tengah berserabut dengan urusan kerja.. study.. rumah dan pelbagai lagi.. apalagi kali ini peluang untuk aku biarkan dia merancang segalanya.. Alhamdullilah.. laluan perjalanan kali ini tercapai juga..

Insyallah selepas ini kami akan menyusuri laluan ke Highland pula.. yang mana akan singgah di beberapa buah pulau.. dan beberapa tempat yang belum pernah aku pergi lagi.. Insyallah..

Gigi

Hari ini aku ada appointment dengan doktor gigi lagik.. dah nak balik malaysia pun pergi jugalah tampal gigi aku tu..

Aku terlupa masa yang dijanjikan.. 10.30 ke 10.45.. aku sampai takde sesiapa pun dikaunter.. lama jugalah tercangak kat situ.. masa tu dah lewat 10 minit.. lepas tu datang adik receptionist kata aku dah lambat 10 minit.. angin sat jugalah sebab aku kata aku dah tunggu kat situ "I have been waiting for a while you know"

Akhirnya aku dapat jugalah jumpa doktor.. dia tampal semula gigi aku dengan filling yang kekal sebab temujanji sebelum nie dia hanya tampal gigi tu guna filling sementara sahaja..

Yang tak best.. yang buat aku terkejut.. bila selesai proses penampalan.. kena bayar.. kalau sikit takpe.. tapi kena £100++ aduihhh tensen aku sat.. rasa menyesal pergi pun ada... alahai.. terbang lagik duit aku tu.. sabar.. sabar aku cakap dalam hati kalau kat mesia kalau aku convert ler nilai duit tu.. aku leh buat gigi palsu cantik mantik lagik.. so nak tak nak bayar jelah.. nasib aku ada debit card.. so tolak dari akaun bank aku jelah terus.. adeihhh tensen aku..

Lepas nie aku duk fikir pulak.. nak pergi lagi ke tidak jumpa doktor gigi nie.. cabut gigi murah je.. tampal lak yang mahal.. balik nie nanti mahu aku ambil peluang service gigi aku..

Masih terbayang-bayang duit aku yang dah melayang tu.. takpelah.. nasib juga aku kerja.. kalau harap duit elaun aku je.. mahu aku termenung nangis keluar bayar duit tu tadi.. lepas nie kena apply ler NHS certificate.. tapi dengar-dengar itu pun belum tentu dapat rawatan gigi percuma.. camno tu??

Sabar jelah.. aku akan fikir benda nie lepas aku balik dari malaysia nanti.. adeihh.. tensen sat..

Monday, 20 October 2008

Dari Highland ke Lautan 2


Kali ini aku ceritakan pengalaman perjalanan kami..

Laluan yang bertanda merah adalah laluan yang kami ikuti selama 2 hari..

Bermula dari Glasgow kami ke Fort william ke Inverness ke Nairn ke Eligin (dimana kami bermalam) kemudian kami meneruskan perjalanan ke Barnf ke Macduff kemudian ke Fraserburgh.. dan terus ke Aberdeen.. berhenti seketika menikmati pemandangan tepi laut aberdeen.. kami teruskan perjalanan ke Dundee.. berhenti untuk makan tengahari dan terus ke Glasgow kerana perlu mengejar jemputan beraya di 6 buah rumah.. namun hanya sempat kami pergi ke 5 buah rumah sahaja.. semuanya Alhamdullilah dapat kami penuhi.. walaupun sudah hampir lewat malam..

Kami bertolak dari Glasgow ke Fort William mengikut laluan Loch Lomond.. Setiap kali perjalanan ke highland kami rancang, pastinya aku akan pilih laluan ini samaada dalam perjalanan pergi atau balik.. kenapa? sebab pemandangan ketika melalui jalan ini amatlah menakjubkan

Dari Glasgow ke Loch Lomond melalui Tarbet.. ke Ardlui dan tiba ke Crianlarich yang merupakan simpang ke Highland menandakan akan bermulanya mendaki kawasan pergunungan..

Kami berhenti di sebuah simpangan di pergunungan.. ramai turut berhenti di sini mengambil gambar serta menikmati secawan kopi panas dan turut mengambil gambar bersama pakcik yang bermain begpipe.. pemandangan di sini sejauh mata memandang.. Sebenarnya pakwe ada niat kat sini.. dulu kami pernah singgah di sini 5 tahun yang lalu..

Kami teruskan perjalanan kami ke Fort William.. berhenti seketika untuk berehat dan makan tengahari..


Kami sempat juga berjalan di pekan kecilnya.. membeli air minuman buat bekalan tambahan..




Kebanyakan tulisan jalan di sini ditulis dalam bahasa Gaelic.. iaitu bahasa penduduk scotland..

Kami teruskan perjalanan kami ke Inverness.. sekadar melalui dan berhenti seketika.. lagipun aku sudah 4 kali bermalam di sini.. jadinya tidak ada sangat yang hendak kami cari lagi..

Maka kami teruskan perjalanan ke Nairn berhenti menikmati pemandangan tepi laut



Sambil melihat kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhannya..


Kami terus ke Eligin.. memandangkan sudah masuk maghrib.. kami putuskan untuk bermalam di sini

Akan aku sambung perjalanan kami hari kedua kemudian nanti..

Hadiah dari Training Division


Pagi ini selesai kerja aku ke Legal House semula..

Mulanya aku agak terkejut kerana tiada seorang pun pekerja di pejabat..

Puas jugalah aku ke sana dan sini.. akhirnya aku lihat kebanyakan mereka sedang mengikuti kursus..

Tak dapatlah aku jumpa mereka semua.. namun aku sempat berjumpa dengan John..

Dia serahkan sekeping kad dan sebungkus beg berwarna pink..


Aku tidak dapat berkata apa-apa.. hanya sekadar meluahkan rasa terima kasihku..

John juga memintaku untuk memaklumkan padanya semula.. andai aku mahu bekerja di situ lagi.. bila-bila masa dia sanggup menerimaku semula.. walau apa juga keadaan.. dia akan sentiasa terbuka menerimaku..

Aku??? Aku tidak mahu berjanji apa-apa.. aku telah bulat tekad.. biarlah.. aku berehat dahulu.. jika ada keperluan atau kesempatan lain.. mungkin.. siapa tahu kan.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Aku keluar dari bangunan itu dengan rasa yang pelbagai.. Namun aku rasa seronok..

Hari ini juga buat pertama kalinya aku berbaju kurung ke Universiti.. sahaja mengambil rasa dan mood raya sebelum balik ke Malaysia..

Setelah sampai ke rumah barulah aku buka hadiah tersebut.. 2 botol barangan spa adalah hadiah yang diberikan.. yang utama bertulisan "Bidadari" Terkejut juga membaca perkataan itu.. Namun aku pasti ianya produk dari Indonesia berdasarkan gambar pada botol berkenaan.. apa juga aku tetap terharu..

Sunday, 19 October 2008

Dari Highland ke Lautan..


Kami berjalan sejak semalam.. bermula dari Glasgow mengelilingi kawasan pantai sekitar Scotland..

Sudah lama kami teringin berjalan menyusuri pantai-pantai scotland.. walaupun tidak semuanya.. namun kami rasa seronok kerana mampu menyusuri kenangan lama dulu..


Banyak tempat yang kami singgah punya kenangan masa lalu.. kali ini kami menyusuri dari tasik ke lembah ke pergunungan dan akhirnya ke lautan..


Musim gugur kali ini sungguh indah.. banyak pemandangan yang memukau pandangan mata.. namun masih ada beberapa tempat lagi yang masih belum kami jejaki.. beberapa pulau berhampiran akan kami pergi.. terutama beberapa pulau yang pernah kami lewati dulu..

Hingga ada yang seolah tidak percaya kami pergi jua.. walaupun rancangan awalnya beberapa keluarga telah diajak bersama.. namun pada kami itu tidak menjadi masalah langsung.. perjalanan tetap kami teruskan.. walaupun hanya berdua..

Bila lagi kan nak berdating berdua.. masa inilah.. menikmati dan menyusuri lewat kenangan lama.. buatkan kami teringat laluan yang pernah kami lewati dulu..

Thursday, 16 October 2008

Salah faham?

Sejak pagi tadi aku mula terasa letih.. turun sahaja dari bas, aku mula berjalan kaki dari pertengahan Sauchiehall Street hingga ke Buchanan Street.. bila semakin dekat hari untuk pulang.. barulah mood untuk membeli itu dan ini datang.. coklat dah berkotak aku beli.. lepas itu mula teringat untuk membeli sedikit barangan untuk mak dan ayah.. mak dan abah mertua pula.. mulanya tak rancang pun tapi hati pula berkata.. takkan tak nak beli apa-apa.. lalu terpaksa aku fikir balik apa agaknya yang nak aku beli.. tak banyak pun sekurang-kurangnya ada kan..

Namun dalam mencongak-congak apa yang nak dibeli aku mula masuk satu demi satu kedai.. tapi tidak ada yang berkenan di hati pula.. mungkin esok pagi aku akan ke house of frasier atau debenham.. Harapnya jumpalah apa yang aku cari..

Ke CIS pun sudah hampir ke tengahari.. aku terus beli lunch di Sainsbury sahaja.. kiranya aku terus brunch hari ini.. perut sekarang asyik lapar sahaja.. dan sering menyanyi-nyanyi pulak.. mungkin kerana sudah mula sejuk menyebabkan perut cepat lapar..

Seperti biasalah di CIS.. buat kerja apa yang patut email individu yang telah aku dan George bincang semalam.. berbual seperti biasa dengan kawan baik sebilik aku.. mulanya kisah nak lunch.. aku pula rasa mengantuk.. lalu nak buat air kopi.. mesin kopi lak buat hal.. dialah yang layan mesin tu.. bersihkan itu ini.. tekan butang itu ini.. aku buat dek jelah.. malas dah nak layan mesin tu..

lepas tu dari satu tajuk ke satu tajuk kami bercerita.. mula kisah bahasa english.. lepas itu kisah kelas yang dia ikuti.. entah mengapa.. bila aku tanya kena baru join kelas itu minggu ke 4.. tiba-tiba riaksinya terus menjawab..

"I don't know?" dengan nada yang sedikit keras..

aku terkejut.. pesal pulak minah nie.. lalu aku tanya semula "why you don't know" dengan nada bergurau..

dia balas dengan nada marah "Don't ask me so many question okay"

Hai.. aku pelik.. tak puas hati aku tanya lagi.. kali ini dia mula marah-marah aku.. uihhh angin terus aku.. aku tanya soalan mudah je yang dia nak marah tu kenapa.. memang terus aku tepuk meja..

lalu dijawab katanya dia sibuk banyak kerja tolong jangan tanya..

aku pelik lagi naik hantu ke apa minah nie.. oklah.. lalu aku mula kata..

"ok if you feel my simple question is too much for you.. okay next time I will never ever ask you any questions.. I don't want to disturb you anymore.. I think you know me as a friend and I think you understand my intention.. it seem that I'm wrong.."

Aku berkata sambil mengemas meja aku.. aku begang gile.. kot ye pun nak tension tak leh ke cakap elok-elok.. aku tanya soalan mudah camtu pun nak angin ke?? apa ingat aku nie takde kerja ke.. cam dia sorang yang sibuk..

Kelam kabut aku tengok dia datang meja aku.. sambil tunduk kepala dia berulang kali.. aku dah terlalu sakit hati.. sebenarnya aku sedih.. sebab niat aku bertanya tu bukan untuk sakitkan hati dia.. hanya soalan biasa.. lagi pun tadi elok je bual mesra gurau2.. ddah kena angin kus-kus ke apa minah nie..

Aku decide keluar dari bilik tu.. lagi pun Mas dan Richard pun takde.. so baik aku blah je.. lagipun dia kan sibuk banyak kerja.. aku malas nak ganggu.. walaupun sebenarnya aku pun banyak kerja juga.. lagi lepas jumpa george semalam.. aku pun tension gak..

Berulangkali dia minta maaf.. tapi aku terus kemas beg aku.. tutup pc aku.. pakai jaket aku dan blah.. aku sedih.. pesal ler dia tu.. entahlah aku malas nak bertekak.. nanti lagi panjang cerita.. biarlah nak sangat tak nak orang ganggu.. duduklah bilik tu sorang-sorang.. buatlah sesuka hati pun.. seperti kataku padanya

"ok I'll leave you alone.. you can have this room for yourself.. I won't disturb you today.. I'll see you later"

Masa tu suara aku pun dah sayu.. muka dia pun dah berubah nak nangis tapi aku malas nak layan.. biarlah.. dia tengah tension.. bagi peluang dia buat kerja sorang-sorang tanpa gangguan.. malas dah aku nak cakap banyak.. nanti tak pasal-pasal kena sound lagik..

Aku keluar dari bangunan itu dengan rasa sedih.. tapi aku malas nak teruskan fikiran aku.. lagipun dengan kepala yang berat dan badan yang letih.. aku putuskan balik rumah.. dapat tidur walaupun 30 minit pun cukuplah..

Ketika ke tempat kerja.. aku lihat ada 1 miss called dan 1 sms dari dia.. aku tahu dia mesti susah hati.. sebab tak pernah lagi kami selisih faham begini.. tak mengapalah.. sms itu aku biarkan tanpa jawapan.. aku malas nak layan.. mungkin juga hatiku belum sejuk lagi.. esok pun rasa malas nak ke CIS.. benda kecik.. pun nak tension ke.. tah apa-apa tah..

Sabar jelah hati.. emmmm.. aku tak ambil hati sangat pun.. cuma aku sedih je.. malas nak fikir pun sama.. tapi fikir juga.. mesti dia tak leh tidur malam nie.. aku tahu sangat perangai dia.. biarlah bagi masa bertenang dulu..

Wednesday, 15 October 2008

Gugurnya dedaunan

Pagi ini ketika melangkah keluar dari pintu utama Glasgow University.. ku lihat sudah banyak dedaunan kuning gugur di tepi jalan.. malah ketika angin kencang meniup seenaknya.. beberapa kepingan daunan itu turut gugur semula menimpa diri dan mereka yang turut berjalan di kiri dan kananku..

Musim gugur kini sudah tiba.. pemandangan sudah berubah warna dan suasananya.. pepohon dan pokok tua juga sudah mula berselang seli tona warna.. rumput hijau kini juga sudah mula berubah warna.. diselit pula dedaunan kuning dan coklat diantaranya..

Kaki melangkah memijak setiap daunan itu.. fikiran dan hati mula mengocak rasa dan perasaan.. rasa sejuk juga telah mula berkelana hampir setiap hari.. muka dan tangan sudah mula mengebas sejuk.. masih aku tahan untuk tidak bersarung tangan.. malas sebenarnya kerana masih dirasakan terlalu awal.. walaupun sarung tangan itu telah pun dibeli namun entahlah.. mood untuk berselubung kemas dan menutup litup seluruh badan masih belum terasa.. angin sejuk itu seolah sungguh mendamaikan hati.. apatah lagi bila masa fikiran aku mula berserabut dan mula banyak memikirkan banyak perkara..

Sudah lama aku seolah tercari-cari jawapan.. hari ini pertemuan dengan George aku ungkaikan satu persatu apa yang ada dalam benak dan fikiranku.. kerisauanku untuk menambah tahun pengajian turut aku sebut.. tempoh maksimum yang memungkinkan aku boleh berada di bumi Glasgow juga aku sebut.. terpaksa.. supaya dia tahu duduk perkara yang harus aku lalui andai itu perlu dilakukan.. apatah lagi dengan permohonan untuk penambahan tahun untuk visa sudah mula melihat syarat-syarat yang lebih ketat.. prosedur yang lebih rumit.. requirement yang pelbagai pula kali ini.. semuanya aku sebut pada George.. apatah lagi permintaanku supaya biarlah segala urusan study itu aku selesaikan semasa berada di UK.. jika boleh.. Insyallah aku tidak mahu untuk menyambungnya di Malaysia.. tahu sahajalah jika aku sudah balik ke UPSI.. pelbagai kerja sudah sedia menanti.. bebanan kerja yang entah macam-macam.. semua juga aku ceritakan satu persatu..

Sebenarnya aku memang risau sudah lama.. aku takut aku terleka atau mungkin aku tersasar haluan.. maka lebih baik aku nyatakan apa yang ada dalam fikiranku.. pelbagai isu tentang kajian yang turut aku luahkan isunya.. pembinaan tool.. pengaturcaraan yang masih belum nampak lagik bayangnya.. sumber bahan.. sistem e-learning yang perlu aku kaji dan pelbagai lagi..

Namun tadi juga George berikan aku sedikit ilham dan idea.. dan ada 3 orang yang perlu aku hubungi untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sistem e-learning serta bahan pengajaran yang mungkin boleh aku gunakan.. Alhamdullilah sedikit sebanyak aku nampak sedikit laluannya.. jika tidak selama ini aku seolah teraba-raba.. namun aku lihat seolah masih jauh lagi.... tapi aku yakin aku akan cuba mengejarnya.. cuba sebaik dan sedaya mampu untuk memperolehinya.. dengan izin Allah.. aku percaya.. Dia sahaja yang mampu membantuku.. mampu melaksanakan.. dan memberikan apa sahaja..

Cukuplah pasal studyku.. malas sebenarnya aku nak bercerita panjang.. kadang bercerita pada yang tidak mengerti takut nanti salah erti pula.. tapi petang tadi dapat jugalah aku luahkan apa sebenarnya dalam fikiranku pada akak aku sorang tu.. dan terima kasih kerana menyuruh aku berterus terang dengan George tentang duduk perkara biasiswa dan peruntukan jangka masa yang kita ada ini..

Sewaktu ke Legal house. ketika hendak menaiki lif ke tingkat 1.. aku ditegur oleh pakcik Jimmy dan George.. pakcik security guard yang mesti aku tegur setiap hari waktu datang dan balik.. katanya padaku

"When is your last day?"

Aku jawab dengan rasa terkejut " This Friday"

lantas dijawab oleh mereka "We will miss you know.."

Ada riak sedih pada wajah mereka..

Aku memandang mereka dengan rasa sayu.. lalu berkata "I have to go back home next week" lalu berkejar masuk ke lif..

Ketika di dalam lif aku hampir menitiskan airmata.. ku sangka tidak ada sesiapa pun menyedari bahawa aku akan berhenti di situ.. tetapi kata-kata pakcik Jimmy dan George tadi sungguh menyentuh hatiku.. aku silap.. mereka tahu.. dan aku juga tahu mereka ikhlas menuturkan kata-kata itu tadi..

Siapa pun pasti sedih apabila terpaksa meninggalkan sesuatu yang telah menjadi satu kebiasaan untuk sekian lama.. aku juga begitu.. namun seperti pernah aku katakan.. aku perlu membuat perubahan.. dan keputusan ini adalah untuk kebaikan diri sendiri.. walaupun aku sedih dengan keputusan ini.. namun setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.. setiap yang bermula juga pasti ada pengakhirnya..

Akan aku hadapi apa juga yang bakal mendatang.. seperti janjiku pada pertemuanku dengan George... aku perlu mengejar masa.. perlu berbuat sesuatu..

Insyallah.. Moga Allah bukakan jalan dan peluang untukku selesaikan perjuangan ini.. Aku ulang berkali-kali kata-kata itu pada diri.. ya allah permudahkanlah perjuanganku ini.. berikan aku jalan untuk menyelesaikannya.. bukakan ku peluang untuk memperolehi apa yang selama ini aku cari.. Amin..

Teringat aku kata-kata George semasa awal pertemuan kami tentang kajianku.. katanya padaku

"Pencarian itu umpama batu-batuan kecil di pantai.. pelbagai corak dan bentuk batu yang ada.. namun mengumpul apa yang kita cari umpama mencari corak batuan yang seakan sama di pantai itu.. ia tidak mustahil dilakukan hanya mengambil sedikit masa.. jika kita sabar.. pastinya kita mampu mengumpul batuan yang kita kehendaki"

Memikirkan kata-kata itu buatkan aku turut berfikir.. melihat ribuan dedaunan kuning ini, andai ingin mencari daun yang sempurna juga tidak mudah.. namun aku temui juga sekeping daun kuning yang entah bila masanya memasuki beg berwarna oren berisi kain lap tangan untuk dihantar dobi tadi.. kadang tidak perlu kita cari.. kadang secara tiba-tiba ia boleh sahaja muncul begitu sahaja.. tidak ada yang mustahil jika itu ketentuan tuhan.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pencipta

Apa juga aku syukur.. George seorang yang memahami.. dan yang penting aku selesa dengannya.. dan Semoga Allah pelihara hubungan baik aku dan George.. Insyallah..

Doa Buat Amir Yusuf

Aku terima sms ini baru sebentar tadi..

"Salam. Insyallah tghari ini Amir Yusuf akan menjalani pembedahan seterusnya di jantung. Dr memaklumkan ianya agak berisiko dan kritikal. Doakan agar segalanya baik dan selamat. "

Sebenarnya aku telah membaca blog Fajar:Khabar2 semalam, berkenaan pembedahan Amir pada tengahari ini.. terlupa tadi nak ucapkan salam doaku pada Anis dan Fajar selepas waktu kerja tadi.. berkejar-kejaran tadi ke tempat menunggu bas..

Insyallah aku doakan semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar dan selamat.. Mohon juga semua rakan yang membaca blog ini turut mendoakannya keselamatan dan kelancaran pembedahan itu.. Insyallah..

Sayu mengenangkan pengorbanan dan ketabahan hati dan fikiran yang perlu dilalui oleh mereka bertiga.. semoga Allah berikan mereka kekuatan dan kecekalan semangat dan hati.. Semoga Amir Yusuf dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan sihat dan selamat Insyallah.. Amin

Tuesday, 14 October 2008

Ilham dan idea dimanakah?

Sudah beberapa hari ini aku seolah-olah tercari-cari dimanakah ilham dan idea ini.. kemana agaknya menghilang?? kemana pula ia bersembunyi.. kadang sukar benar mencarinya.. seolah berselindung disebalik sesuatu yang sukar untuk aku tembusi pandangan yang menghalangnya..

Sebenarnya ramai yang turut merasakan begitu.. perbualan tentang study Phd nie kalau duduk sehari suntuk pun takkan selesai.. semuanya ada masalah dan pencarian masing-masing begitulah aku..

Risau.. keliru.. bosan.. buntu.. semua itu ada dalam fikiran aku.. namun aku tetap berfikiran positif.. aku pasti dapat melaluinya.. pasti dapat meneruskannya.. pasti dapat menyelesaikannya.. cuma aku masih tercari-cari lagi.. kadangkala aku jadi cemburu juga dengan mereka yang seolah telah nampak bayangan pencarian mereka.. kadang aku juga inginkan semua ini selesai.. kadang aku turut bertanya juga.. untuk apa aku lalui semua ini.. namun aku tahu ini pilihan aku.. aku sendiri yang memilih jalan ini.. maka aku perlu bertanggungjawab sepenuhnya..

Semalam aku bertemu dengan Sudattha.. dia baru sahaja selesai viva PhD.. masih aku ingat lagi ketika aku melibatkan diri dengan final data evaluationnya pada awal tahun ini.. rasa baru sahaja ia berlaku.. kini dia sudah pun selesai dengan thesis PhDnya.. malah telah pun selesai viva.. dan katanya dia juga akan ke Australia penghujung tahun ini dengan kerjaya yang baru.. aku cemburu sungguh dengan mereka yang telah selesai ini.. satu demi satu teman sama department menyelesaikan thesis mereka.. aku?? harapanku cukup tinggi supaya aku dapat melaluinya.. namun pertemuan dengan George esok.. harapanku semuanya berjalan dengan baik.. namun masih ada kerisauan dalam hatiku.. cuba juga aku selesaikan mana yang dapat tapi ilham dan idea seolah buntu di situ..

Memang sesuai sangat aku berhenti kerja petang pada minggu ini.. lebih banyak tumpuan dapat aku berikan pada study sebenarnya.. Insyallah.. malah mood untuk bekerja petang pun sudah tidak ada.. ikutkan hati malas dah nak buat semua itu.. namun aku paksa juga diri sambil menghitung hari dan masa.. tak sabar rasanya nak semua ini selesai.. peliklah kan kalau minggu terakhir nak berhenti kita pulun tunjuk rajin pulak.. macam tak kena je kan.. sebab itu aku pulun tunjuk aku malas.. buat kerja pun antara nak dan tak nak je.. banyak lepak je.. buat pun mana yang dapat.. namun yang pasti semuanya bersih.. tidaklah sampai aku tak buat langsung.. dan kotoran tidak dibersihkan.. yang pasti semua aku buat.. tapi tidaklah tip-top bersihnya..

Apa juga aku ada 3 hari lagi di situ.. kadang rasa seperti terasa hati juga.. John pun seolah buat tak tahu je dengan aku.. agaknya sebab aku dah nak berhentikan.. tak taulah pulak kalau hari jumaat tu ada suprise untuk aku.. wahh aku mengharap ke nie?? entah-entah semasa saat terakhir aku melangkah keluar dari bangunan legal house itu takde seorang pun staf di level 1 hari itu... tak mengapalah.. mungkin nanti aku tinggalkan kad selamat tinggal dan pob (seperti kad security) keselamatan yang telah aku pegang selama 1 tahun.. bernombor 14.. yang selama ini aku simpan bersama kunci rumah dan kunci pintu masuk ke CIS.. pasti aku akan terasa kehilangannya..

Apa juga.. mata aku dah mula mengantuk.. rancangannya aku mahu bangun lebih awal sedikit esok hari.. mungkin dapat aku siapkan sedikit laporan untuk aku tunjukkan pada George...

Bila kena saat begini.. terus kenangan semasa menjadi supervisor untuk pelajar undergrad dan master datang sejenak dalam fikiran.. kini aku pula menjadi studentnya.. baru aku rasa perasaannya bagaimana.. namun selalu juga aku fikir.. dulu aku tidak pernah marah-marah student.. setiap pelajar yang datang pasti akan meninggalkan bilik aku dengan laporan atau bab yang telah disemak depan mata aku.. aku jarang sekali meminta pelajar meninggalkan laporan mereka dan aku semak kemudiannya.. aku lebih suka menyemak laporan atau bab yang mereka bawa depan mata mereka.. jika ada yang tidak aku fahami dapat aku tanya secara terus.. walau selama mana pun masa yang diambil aku pasti akan selesaikan pada hari itu juga.. ahh.. kenangan.. kenangan.. kini aku pula yang merasa debaran dan ketensionannya pula..

Ya Allah semoga ilham dan idea ku datang mencurah-curah esok.. mungkin sempat awal pagi nanti aku akan buat solat hajat.. hanya itu sahaja usahaku saat akhir begini..

Ya Allah permudahkanlah.. temuilah aku dengan apa yangku cari selama ini.. tunjukkan ku jalan dalam mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dinanti dan dikaji.. Amin..

Dari Adykasyah

Terima award nie dari Ady..


Ko nie cam pepaham je perasaan akak ye..

However thanks Ady.. tengah berserabut kepala akak nie.. nak senyum pun takde mood je.. dapat hadiah dari ko.. boleh ler akak nak senyum cikit..

Merci ekk

Jangan Mengeluh

Peringatan untuk diriku sendiri...

Kita selalu Bertanya....................

dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," (I am full of faith to Allah) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA/HAMPA/PUTUS ASA?
QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada KEBENARAN(HAQ)

Email dari George

Semalam aku terima email dari George.. aduhai.. kalau terima je email dari dia dan set appointment adalah detik ketika yang tension sat.. aku rasa semua student kalau ada je appoinment dengan supervisor mesti ngeri sekejap.. yelah kena prepare dengan apa yang nak dibincangkan.. kalau ada.. senang jugalah.. kalau yang takde.. dan terutama pulak tengah blur dan tak jumpa solution.. mesti bertambah tension lagi sebab kena fikir apa nak goreng nie ekk..

Samalah dengan aku.. banyak sebenarnya kerja yang belum disiapkan.. kadang mood yang tak tentu arah.. kadang penyelesaian yang tah apa-apa.. kadang takde progress sangat pun ada.. aku dah kena tahap ini.. selalu juga duk fikir bila agaknya nak selesai nie?? akan kena tambah masa ke??? ohh ini selalu ada dalam fikiran aku.. bila dah menginjak ke tahun 3 tak lama lagik nie.. aku dah mula risau.. teramat risau..

Hari ini aku kena prepare semua yang aku dah tertangguh.. literature review aku yang dah berbulan tak update.. nak mula balik penulisan.. tidak semudah seperti tulis entri dalam blog ini.. senang untuk menulis apa yang dirasa dihati aku.. tetapi menulis ilmiah.. memerlukan aku untuk meneliti dan menganalisa apa yang patut..

Sebenarnya kerana aku telah memberitahu George berkenaan dengan kepulangan aku minggu depan.. maka minggu ini aku kena report progress.. aduh.. sebelum nie report juga tapi biasalah on off je.. kali ini dah masa untuk lebih serius.. kadangkala aku pernah terfikir juga kalau tajuk lama aku masih on.. entah2 kini aku dah mula buat analisa data terakhir aku.. tapi ketentuan tuhan aku redha sahaja perubahan ini.. walaupun kadangkala hati aku berkata dan berfikir andainya... berulang kali.. aku biarkan sahaja fikiran itu di situ dan tidak mahu aku teruskan memikirkannya.. nanti stress..

Study Phd nie mudah sangat stress.. mudah sangat tension.. walaupun tidak lah sampai aku perlu rawatan susulan doktor.. tapi sememang risau hati tak usah dikata..

Moga aku dapat jelaskan apa yang sepatutnya.. Insyallah.. kena kuatkan semangat dan bayangkan yang aku mampu laluinya dengan mudah.. Insyallah

Sunday, 12 October 2008

Open house lagi..

Dah masuk minggu ke2 raya.. tapi bila hujung minggu je mesti ada jemputan openhouse.. tahun ini aku rasa lebih meriah dengan openhouse.. apatah lagi tahun ini 3 kali aku buat openhouse.. dahsyat tu kan.. mula ingatkan bila buat kali kedua tu.. ramai dah yang dijemput tetapi kerana bertembung dengan beberapa orang rakan yang turut buat openhouse pada hari yang sama.. maka terpaksalah kami buat lagi openhouse kali ke 3.. itu pun bila jumpa beberapa geng budak-budak bujang pun kena sound lagi.. "apasal akak buat tak ajak kami..." adeihhh kena buat kali ke 4 ke... tinggal weekend depan sahajalah aku ada di glasgow.. dan weekend depan pun sabtu dan ahad dah penuh dengan undangan beraya.. tak boleh tidak tu mesti kena pergi sebab semuanya adalah rumah kawan-kawan baik..

Tahun ini padaku raya memang amat meriah.. undangan beraya memang banyak kali ini.. lebih banyak dari tahun lepas ku rasakan.. apatah lagi aku pun buat openhouse 3 kali.. tahun lepas 2 kali je.. sampai ada yang menegur..

"uihh lina tu asyik buat openhouse je.. walhal puasa pun buat buka puasa.. rajin betul"

Itu belum lagi anak-anak yang cakap lagi.. "auntie lina tu kaya ler.."

"kenapa?" tanya mak mereka..

"sebab rumah dia ada air gas.. nape rumah kita takde?"

dan lagi ada yang kata..

"rumah dia ada semua channel sky" walhal bukan semua channel ada.. antara channel yang takde channel sport.. sebab takde siapa nak tengok kat rumah nie..

Adeihh tergelak sakan aku.. semua yang bercerita kawan-kawan baik aku..

Kata aku kesimpulannya.. "kalau rumah ada banyak air gas.. dan ada banyak channel sky.. sure budak-budak ingat kita orang kaya"

haii.. macam-macam sungguh.. lantak kome ler kan..

Aku uploadkan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan beraya di rumah rakan-rakan kali ini..

Jamuan ringan malam raya.. untuk takbir raya di rumah.. Maklumlah rumah terakhir.. sediakan yang berat-berat sure tak habis.. nie pun setengah je yang larat mereka makan..

Di hadapan masjid Al-Farouk selesai solat raya.. Ini semua geng-geng perempuan..

Rumah pertama yang aku raya di pagi raya.. Kak Haizan & Shahbuddin.. Suthanya dan Kumar pun datang beraya sama..


Biasalah kalau ambil gambar mesti dengan diorang nie je ;)

Beraya di rumah Nani.. Malam hari raya pertama.. aku beraya sendirian, pakwe kerja dan aku pun baru balik kerja juga masa tu



Malam raya kedua.. Beraya di rumah Anis & Fajar.. Ini geng-geng perempuan



Ini geng-geng lelaki



Openhouse di rumah kali kedua.. geng-geng perempuan di dapur



Open House di rumah kali ke 3



Aku dengan Shima dan Tasya


Geng-geng dari Charles Street.. korang datang raya lagi ekk.. takpe temankan Kak Rai.. aku terima alasan korang ye..



Open house rumah As & Asmie.. time nie test ambil gambar dari iPhone aku ;)



Open house rumah Kak Ahnis & Abg Khush



Gambar beramai-ramai.. antara rombongan dari Govanhill..


Rumah dah penuh dengan orang.. kami lepak bawah tangga.. :)


Open house di rumah Shima & Adil


Nie tangan sapa interfrem nie.. saje ler tu nak tunjuk gelang lawa ye ;)



Spagetti.. hehehe aku ler yang masak tu.. chef jemputan lagik..



Di dapur rumah si Shima.. aku baru je selesai goreng bihun..



Dengan shifa, Shima dan Amang..

Selesai sudahlah aktiviti beropen house di rumah sendiri dan rakan-rakan minggu ke2 hari raya ini.. minggu depan masih ada beberapa lagi jemputan openhouse yang perlu dipenuhi.. Syukur bila berkumpul begini terasa meriahnya sambutan hari raya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin