Thursday 28 August 2008

Luahan rasa

Kadangkala banyak sungguh rasa dan luahan yang ingin dicoretkan.. ingin juga ditulis dan diluahkan.. malah banyak juga ingin dikongsikan.. mulanya blog ini dihasilkan atas dasar mengisi masa lapang.. mencorat coret cerita suka duka.. dan segalanya..

Namun mengenali dunia blog ini.. sejak beberapa insiden.. aku mula mengerti dan berhati-hati dalam menutur kata bicara.. walaupun kadang kala aku terlepas juga luahan rasa.. kerana ketika jari jemari ini mula menaip.. ia seakan begitu asyik menari tanpa hentinya.. aku kadang seolah terlalu asyik meluahkan apa yang terbuku dihati.. dan jari pula semakin seronok menekan setiap huruf di papan kekunci..

Kadangkala aku terpaksa simpan sebahagian apa yang ada dihati ini.. kerana aku tidak mahu segala yang aku luahkan dijadikan suatu kesempatan.. dan juga begitu mudah untuk dijadikan bahan untuk menilai siapa aku dan peribadiku..

Tapi yang pasti.. cara kita menulis.. menunjukkan peribadi diri kita sebenarnya.. cara kita menitip ayat dan kata juga mempamerkan cara rasa jiwa seseorang itu..

Kenapa isu ini pula menjadi bahan entri kali ini?? entahlah hanya untuk meluah rasa.. aku seolah merasakan tidak ada kebebasan lagi dalam menulis di blog ini.. risaukan macam-macam.. risaukan penerimaan orang.. risaukan kesempatan yang akan diambil oleh orang lain.. dan sebagainya..

Yang pasti selagi terdaya.. blog ini insyallah.. pasti akan diteruskan selagi terdaya.. selagi termampu jari-jemari ini terus menitipkan bicaranya..

Biarlah yang rahsia itu aku simpan di sudut hati dan tatkala berbicara depan mata.. Itu lebih baik.. dan lebih telus luahan jiwanya.. yang pasti.. aku tahu di luar sana ada sahabat-sahabat baikku.. yang sentiasa ada bersama.. susah senang.. duka gembira.. ceria nestapa.. walau apapun cabarannya :)

6 comments:

julietchun said...

Tak semua bleh diluah disini,bimbang tkt ada yg slh fhm,tp aku sk blog nih.

iina said...

julitchun> betul tu..thanks kerana sudi singgah dan baca tulisan saya ;)

Akak said...

Salam Iina...

Mmg kita tak boleh meluahkan semuanya dlm blog, maklumlah kita yg membaca nie insan biasa nanti ada yg tersalah tafsir..tapi akak suka singgah kat blog Iina..

iina said...

salam akak,

Thanks sebab singgah.. betul tu akak.. tak semua orang faham apa yang kita tulis.. dan sering disalah ertikan.. tapi tetap juga tulis buat release tension hehehe

Abahnajwa said...

Iina....

Pada abah..tak salah untuk Iina meluahkan apa yang terbuku di dada..yelah..abah faham benar apa yang Iina hadapi..tinggal di rantau orang..jauh dari sahabat handai yang biasa kita berhubung kan? Jadi di medan blog inilah kita mencari kepuasan..meluahkan apa yang tak terlahir dari kata2..

Kengkadang kan..kita ni terlalu sangat menjaga hati orang kan Iina? hati kita takdapun yang ambil tahu..

Pada pandangan abah..Iina tulis aja apa yang Iina rasa ingin Iina luahkan...ini medan kita..orang lain ada hak untuk memberi ulasan..itu jua hak mereka..

Abah doakan yang terbaik untuk Iina ya..

p.s - Mehlah datang Liverpool..bukak posa kat sini nak?

iina said...

Salam abah,

Thanks atas kata-kata abah.. memang betul kadangkala kita lebih fikirkan hati orang.. bukan apa abah.. penah juga menulis secara terbuka dulu.. tapi ada kesempatan yang diambil pula.. terima kasih doakan .. saya doakan kita semua dapat selesaikan study kita dengan cemerlangnya..

buka pose kat liverpool? cam menarik je heheh akan dipertimbangkan insyallah.. jika ada kesempatan nanti.. terima kasih jemput

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin