Wednesday 15 June 2011

Warna & Cahaya 3

Cove Beach,
Argyll & Bute, Scotland
Hari yang panas dengan langit yang membiru

Bila melihat kepelbagaian bentuk dan warna batuan dalam foto di atas..
Aku teringat satu nasihat yang aku terima di awal tahun pengajianku..
Aku pernah menyatakan kepada penyelia pengajianku tentang kekeliruanku dalam mencari maklumat & pengetahuan terhadap bidang kajian yang sedang aku lakukan..
Semakin banyak ilmu dan maklumat yang aku temui.. Semakin banyak yang aku baca.. Semakin keliru aku jadinya..
Maklumat itu terlalu banyak dan agak sukar untuk aku nilai yang mana penting dan yang mana tidak..
Dia lalu berkata padaku..
Mencari maklumat dan ilmu itu ibarat batu-batu di tepian pantai..
Semakin jauh kita berjalan.. Semakin banyak batu yang kita temui..
Walaupun begitu.. kita sebenarnya mampu menyusun dan memilih batu-batu itu mengikut bentuk dan warna pilihan kita..
Yang utama kita harus sabar dan lakukan dengan tekun..
Pasti nanti kita akan berhasil mengasingkannya mengikut yang kita kehendaki..


Ibnu Taimiyyah berkata "Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuan, maka saya akan beristighfar kepada Allah lebih kurang seribu kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar"

Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian" 
(Nuh: 10-11)

Salah satu ketenangan hati dan fikiran adalah beristighfar kepada Allah. Dengan beristighfar sesuatu yang tadinya dianggap mudarat, tapi justeru mendatangkan manafaat. Setiap qadha' pada dasarnya baik, meskipun maksiat termasuk di dalamnya.

Dalam Al-Musnad karya Imam Ahmad, disebutkan:
Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hambanya, kecuali qadha' itu baik baginya.

ketika ditanya kepada Ibnu Tamiyyah: "Meskipun (ketetapan itu) maksiat?" Ibnu Taimyyah menjawab: "Ya, jika maksiat itu disertai dengan taubat dan penyesalan, istighfar dan kesedaran."

Abu Tamam berkata tentang masa-masa bahagia dan susahnya:

Tahun-tahun bahagia telah berlalu
Seolah-olah kita telah bertahun-tahun
tinggal dalam istana kebahagiaan
Lalu hari-hari kesedihan datang sesudahnya
seolah lama sekali kita di dalamnya
Lalu hari-hari itu usai
begitu pun orang yang ada di dalamnya
seolah hari dan orang hanya ada dalam mimpi..



... janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.... 
(At-Taubah: 40)

Jangan Bersedih
-Kitab La Tahzan-

Dugaan itu mengajar kita erti ketabahan dan kecekalan..
Musibah mengajar kita erti keinsafan dan muhasabah diri..
Hadapi hari dengan senyuman..
InsyAllah semoga semuanya baik-baik sahaja..
Moga hari-hari kita juga sentiasa dalam lindungan rahmatNya..

Dah lama tak buka kitab 'La Tahzan' nie..
Selalunya bila rasa demotivated atau rasa sedih2 rindu gitu..
Membaca buku ini sedikit sebanyak mampu mendidik hati menjadi lebih sabar dan kuat..
Buku ini telah dipinjam oleh rakan dan akhirnya setelah beberapa bulan dia bermusafir..
Akhirnya dia pulang ke tangan tuannya..
Bila kita rasa sedih..
Bacalah buku ini..
InsyAllah.. 
Sedikit sebanyak ia mampu mengubati hati kita..

22 comments:

Acik Erna said...

iina..insyaallah mudah2an semuanya baik baik dan dirahmati allah sentiasa..

sindiketsulit said...

baiklah,
saya akan cuba untuk senyum sepanjang hari ni (:

iina said...

Acik erna

InsyAllah kak.. semoga semuanya baik2 sahaja

iina said...

Wos

Alhamdullilah bagus tuh..

KTS said...

tolong kutipkan batu2 tu utk aku. 5 cukup aar



.
.


.
.


nak buat main batu seremban. :D

time kasih....

julietchun said...

kita main batu 7 la kts :P

Mulan said...

masyaAllah cantiknya pemandangan..

senyum tu sedekah... senyum dengan ikhlas hati... moga kita semua dibawah lindungan Yang Esa selamanya...

iina said...

KTS

5 jek?? ok pastikan ko main batu seremban tuh kat seremban.. lokasi lain diharamkan?? sanggup?? hehehe

iina said...

Juliet

Batu 7 yang aku tahu kat sijangkang dekat2 kg aku tuh... sini batu 7 takde lak.. Aku dedulu main tudung oren jek ahaks ;)

iina said...

Mulan

Setuju sangat2.. senyum itu sedekah.. kena datang dengan hati yang ikhlas dan redha ;)

ibundo said...

ulat dalam batu pun boleh hidup kan?
tapi den tak ponak lak jumpo ulek duk dalam batu..
batu lam ga,mbar tu tak boleh bawak balik ko. cantik la..

iina said...

Kak Pah

Den jumpo kepah duk celah batu hehehe.. takdo lak ambik batu tuh bwk balik.. tapi mmg kat pantai tuh.. penuh ngan batu2 camtu.. warna warni.. siap ada kepah lagik.. tapi semua tak berani ambik..

ucubakery said...

Salam ziarah...tq add link ucu di blog list...Aku dan Gasgow dah ucu letak link D ILMU & Cerita di ucubakery...tq sekali lagi

Lee said...

Hi iina, thats a great shot of the lake. Can do fishing there?
Every time I see rivers or lakes, laut will think of fishing, ha ha.
Love the angle of the pic. You must have knelt down get this shot.
Have fun.
lee.

Kaktiny said...

Setiap bait kata-kata dari ayat mula sehingga ayat akhir aku ambil, aku renung, aku tenung, aku hadamkan dan aku sematkan dalam minda, jiwa dan sanubari aku agar menjadi panduan dan pegangan, sepanjang hidup!.

Jazakillahu Khairan Khathira dear.. kerana menitipkan ayat2 ini utk azimat dan panduan..

Aku doakan semoga ko temui jalan keluar dari kebuntuan, dapat merungkai selirat yang menjalar, dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. ameen.

<3

iina said...

Ucu Faridah

Sama2 ye ;)

iina said...

Uncle Lee

During the trip.. we don't see anyone fishing.. but last 2 weeks my hubby been fishing around the coast.. and probably again this weekend.. ;) Fishing is fun I guess but it's more fun when u catch the fish hehehe ;)

iina said...

Tiny

InsyAllah my dear... InsyAllah.. still doing it everyday.. every single day..

Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dan sentiasa doakan aku.. ;)

Luv u beb ;)

Kak Mahh said...

Tuan blog...
Bagi akak semakin banyak menuntut ilmu akak rasa semakin banyak yang perlu dipelajari.

iina said...

Zmah

Sebenarnya lagi banyak ilmu yang kita cari.. semakin banyak cabang ilmu yang kita tidak tahu.. bila kita tak mencari ilmu kita tak nampak cabang2 ilmu yang sedia ada.. tapi bila kita mula meneroka cabang ilmu itu.. makin banyak cabang dan bahagian ilmu yang kita temui... dan memang benar.. makin banyak yang perlu dipelajari.. tapi pada masa yang sama tidak semua kita mampu pelajari ;)

absolutely emy said...

Wah.. entry kali ni buat saya semangat semula nak mencari dan menyusun ilmu..

actually skrang saya tengah down.. mungkin saya akan exam lagi 2 bulan.. ada 2-3 buku saya kena baca 2-3 kali.. ada teori kena carik.. ada document nak kena susun.. ada MOM nak kena buat.. semoga baik2 belaka.. sama2 kita hadapi dengan senyuman.. :)

iina said...

Emy

InsyAllah.. jangan putus asa.. teruskan perjuangan.. carilah motivasi diri ye ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin