Friday, 14 December 2007

Pening lagi Pala..

Hari ini pukul 10.30 aku ada x'mas party dengan bahagian learning services.. sebab dah confirm kata nak hadir.. terpaksa jugalah pergi.. lagi pun nak kena bagi feedback pasal kelas-kelas UGIT yang aku telah handle semester ini.. jika ada masalah atau komen yang perlu diperbaiki untuk semester akan datang..

ikutkan hati malas juga nak pergi.. kepala pening lagi hari ini.. dari semalam lagi aku dah tak larat.. bangun pagi nie pun rasa nak demam.. tapi kenangkan party nie aku gagah jugalah pergi.. bukan apa.. kenangkan nak bagi feedback pasal kelas yang aku dah mengajar .. dan nak tahu perkembangan kelas semester akan datang pulak.. sebab aku sambung lagi kontrak untuk semester depan..

sakit hati betul dengan sorang kawan aku tu.. orang cakap aku pening pala dia kata aku saja2 malas nak masak lah.. ngada-ngadalah.. geram betul.. ingat aku nie saja-saja nak sakit ke.. semalam satu ari aku training kat department.. penat berfikir.. lepas tu sambung pulak pergi keje.. dahlah sampai lambat sebab ada training tu.. lagipun aku dah bagi tau manager tu yang aku akan datang lewat.. tapi sebab masa keje dah pendek .. so terkejar-kejar jugalah aku nak buat keje.. itu yang petang semalam aku dah mula rasa pening pala dan badan mula rasa seram sejuk nak demam.. balik rumah pun nak makan pun tak lalu.. masak apatah lagi.. terpaksalah pesan kat pakwe makan apa yang ada.. sebab aku betul-betul tak larat.. pagi nie bangun tido pun rasa semacam je.. tak sarapan pun pagi nie.. sebab takde selera.. minum jugalah hot coklat seteguk dua.. lagi pun kenang ada lunch sekali nanti.. so maybe ok jugalah.. ingat lepas party aku nak balik rumah dulu.. tido kejap dan baru pergi keje.. itu pun kalau sempat..

oklah.. aku nak get ready nak p party tu.. harap-harap semuanya ok.. bukan ye apa takut ada apa2 komen pulak pasal kelas aku semester lepas.. sebab ada sesi kena bagi feedback pasal kelas yang aku dah handle.. ok.. peningnya pala.. leh pass kat sapa-sapa tak pening nie.. leh juga sama-sama rasa.. baru tahu camna rasanya..

3 comments:

yyg said...

Mama jgn la penin2. Mama kena jaga kesihatan & makanan tau . Mama kena lajar andai22 kuat semangat . Mama kena cekal hati kuat semangat dlm menghadapi semua cabaran yg mendtg. Mama berusaha berusaha bersungguh22 tau. Yyg pasti mama berjaya cemerlang . Yyg Doakan mama berjaya cemerlang & terus gemilang . Yyg syg mama moahss

Addy said...

Cita & Wawasan

Aku punya cita & wawasan
Aku punya rasa serta keinginan
Aku ingin berjaya serta lebih berjaya
Aku ingin maju serta terus maju


Setiap kali jam berdetik
Setiap kali cita ku mengunung
Setiap kali cabaran dtg mencabar
Setiap kali itu la aku gagahi menempuhi cabaran


Onak duri rintangan serta badai melanda
Onak duri ranjau yang berliku
Onak duri erti kesusahan
Onak duri erti kehidupan

Sering kali kegagalan dtg mengundang.
Sering kali menduga keimanan kesabaran.
Sering kali mencabar sikap kemanusiaan.
Sering kali mengugat ketakwaan.


Aku hanya insan kecil
Aku hanya punya impian
Aku hanya merancangan
Aku pasrah pada mu tuhan

Titik mula kejayaan
Titik mula mengapai impian
Titik mula suatu kebahgian
Titik mula suatu perubahan

Andai kata semua dirancang mudah tercapai
Andai kata tiada insan yg berduka & bercita
Andai kata tiada pengorbanan
Andai kata tiada erti kesudahan


Sikap kita tidak ingin mengalah
Sikap kita tak ingin kalah
Sikap kita pantang dicabar
Sikap kita pasti berjaya


Ilmu harus dituntut
Ilmu harus didalami
Ilmu harus diselami
Ilmu harus dikuasi

Berkat ketabahan hati
Berkat kecekalan diri
Berkat usaha yg tak kenal erti jemu
Berkat itu la diri berjaya cemerlang

Letih diri mengejar ilmu
Letih diri menghambakan diri
Letih diri melalui ranjau berduri
Letih diri melepasi cabaran

Cabaran datang berbagai bentuk
Cabaran datang menguji keimanan
Cabaran datang meruntuhkan kekuatan
Cabaran jua penguat ketabahan serta pengalaman

Resah mengadapi cabaran
Resah jua menghitung hari & waktu
Resah jika gagal menguasi impian
Resah jua hitung kedukaan


Jangan biar kegagalan menguasai diri
Jangan biar emosi negative bermain diminda
Jangan biar keletihan serta peritan
Jangan biar diri terbelenggu

Bangunla diri hadapi cabaran
Bangunla diri kota kan impian
Bangunla diri laksanakan harapan
Bangunla diri buktikan perjuangan

Rahsia kejayaan drp kegagalan
Rahsia kejayaan drp pengorbanan
Rahsia kejayaan drp kecekalan
Rahsia kejayaan drp kesabaran

Tuhan itu mengerti hamba mu berjuang
Tuhan itu memahami erti kasih & sayang
Tuhan itu pemberi segala bahagiaan
Tuhan itu pemberi segala kejayaan

iina said...

Tq yayang.. rajin-rajin p cekolah.. belajar pandai-pandai.. jangan asyik main je.. baca buku tau..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin