Wednesday 27 May 2009

Tanyalah dirimu sendiri


Jangan bersedih, Tanyalah dirimu sendiri tentang Hari ini, kemarin dan esok

Tutuplah pintu besi masa lalu dan masa depan, dan hiduplah dalam detik-detik hari ini.

1. Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan kebun yang indah di esok hari?

2. Apakah saya harus menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dengan membayangkan hal-hal yang telah terjadi di masa lalu, yang telah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?

3. Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk menggunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah yang sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam ke depan?

4. Apakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian detik demi detik dalam kehidupan hari ini?

5. Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Minggu depan? esok? Atau, hari ini?



Hari-hari akan terus berputar

Diriwayatkan bahawa Ahmad bin Hanbal Rahimallahu pernah mengunjungi Baqi' bin Mukhallad yang sedang terbaring sakit lalu menyapa Baqi': "Wahai Abu Abdur Rahman, bergembiralah dengan ganjaran yang Allah janjikan, baik pada hari-hari sihat ketika tidak ada rasa sakit di dalamnya mahupun pada hari-hari sakit ketika tidak ada lagi kesihatan di dalamnya..."

Maksudnya, pada saat merasakan sihat tidak pernah terlintas dalam benak manusia akan adanya masa sakit. Hal ini menyebabkan semangat manusia menjadi semakin kuat, harapannya semakin banyak, keinginan yang hendak dicapai semakin tinggi. Sebaliknya, pada saat merasakan sakit, tidak pernah terlintas akan menjadi sihat. Hal ini menyebabkan jiwa diliputi harapan yang tidak berdaya, semangat yang melemah, dan keputusasaan. Perkataan Imam Ahmad ini berdasarkan pada firman Allah

Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku", sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga. Kecuali orang-orang yang sabar(terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar
(Hud:9-11)


Berjalanlah di Bumi Allah yang luas ini

Seorang bijak bestari mengatakan: "Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan berbagai kesedihan."

Al-hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang dapat diperolehi darinya. Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu, bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut:

"Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara (untuk menuntut ilmu) mengetahui betapa ni'matnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan keni'matan yang dirasakan oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanafaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru,

pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saat mengenal bentuk muka baru, pada saat melihat keajaiban berbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat istirehat di bawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid, minum di lembah-lembah dan tidur dimana pun saat malam tiba; pada saat berteman dengan siapa saja yang dicintainya kerana Allah tanpa memandang faktor kerabat dan keluarga;

ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan, dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat denan apa yang dia inginkan, kerana tercapainya maksud yang dia dambakan, kerana keberhasilannya menembus majlis yang dia dambakan, dan kerana kemampuannya menaklukkan semua rintangan.

Semua ini memberikan pelajaran kepadanya bahawa keni'matan dunia ini terhimpun dalam keindahan semua peristiwa itu, dalam kemanisan pemandangan-pemandangan itu, dan kemampuan mengambil semua faedah yang ada. Semua itu bagi orang yang gemar mengadakan perjalanan, nilainya jauh lebih indah daripada bunga-bunga yang sedang mekar di musim semi, dan lebih berharga daripada segudang emas murni, yang tidak boleh dirasakan oleh si tukang cela itu dan orang-orang yang memiliki pandangan sepertinya:
"

Singkir semua tandu dari kumpulan manusia
yang membuat engkau terhina
Jauhi pula kehinaan
sebab kehinaan memang seharusnya dijauhi


Petikan dari La-Tahzan (Jangan bersedih) buat muhasabah diri saat berada kejauhan dari keluarga dan tika melalui apa jua cabaran dan dugaan dalam kehidupan..

Perjalanan menuntut ilmu ini ibarat perjuangan mendidik hati, fikiran, jiwa semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.. Jihad menuju kecemerlangan ilmuan sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

Kadangkala mengembara juga menjadi terapi muhasabah diri.. tatkala melihat keindahan alam ciptaan tuhan hati lantas terdetik betapa agung dan besarnya kekuasaan tuhan.. Kadangkala manusia mudah membuat tafsiran yang bukan-bukan tentang perjalanan dan tujuan kita.. Yang utama niat kita.. usah dipeduli apa juga kata orang.. kerana yang rugi mereka dan bukan kita.. Yang baik diteruskan dan yang buruk ditinggalkan.. Yang mencerca.. menghina.. mengutuk.. abaikan.. walaupun kadangkala hati sedikit terasa tersentuh.. itu lumrah sebagai manusia yang punya perasaan.. Yang utama.. bagaimana kita membawa diri.. dan bagaimana kita menentukan perjalanan dan tanggungjawab kita yang sepatutnya.. Insyallah...

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita semua.. Insyallah..

Sedikit tazkirah diri yang aku baca dari buku La-Tahzan untuk dikongsikan bersama..


9 comments:

ibundo said...

yang akak slalu takutkan, waktu ke depan ni tak sampai pun 24 jam sedangkan kita belum pun sempat mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Adui....

DUN Behrang 2020 said...

Kejauhan mengajar kita erti 'rindu'!

Cikgooden said...

iina:
dah baca kesah nenek kat n3 bawah..dan kisah tok Pakwe hang...moga dia tabah!...walaupun kontrol, pasti terdetik sedih di jiwa..aku faham sangat...

dan pasal menuntut ilmu, betul kata hang ada nikmatnya..aku juga merasa..
ha ha ha...bila sesekali balik..NIKMAT...haih,
ha ha ha...

julietchun said...

jika nawaitu kita betul,pegilah ke benua mana pun kita akan dapat lalui semua dugaan dgn mudah walau menuntut sedikit kesabaran dan kecekalan.

KTS said...

hidup ini penuh dgn warna warni sperti yg terlakar pd kanvas..
walaupun tidak cantik, ia tetap mempunyai sejuta makna..
.
.
.
.
.
ko nak gi bermusafir lagi ke??

aNIe said...

iina...terima kasih dengan entry yang begitu banyak membuat akak berfikir...berfikir dan menilai diri...semoga kita akan terus berusaha utk menjadi insan berguna dan lebih baik dari 'semalam'

Unknown said...

slm....akhir zaman org Islam sudah tinggal 2 prkara iaitu solat dan iman...yang semuanya sudah hancur.....

faqir said...

ehms

iina said...

Kak Pah

kita cuba laksana termampu kita kak..

Dun

Dekat juga ada rindunya.. terutama yang telah pergi takkan kembali ;)

Cikgooden

Oklah tuh kira musafir juga kan.. menuntut ilmu di negeri berbeza hehehehe.. Insyallah.. so bila gik nak p oversea?? smbg study ler.. bukan takat tgk bola jek wakakakah

Juliet

ye aku setuju.. tetiba jek aku terpegun dengan ayat-ayat jiwang ko hehehehe

KTS

aku tetap cantik walau apa pun kanvas digunakan wakakkakah.. budak comot kalau lakar kat kanvas mmg bertambah comot ahaks..

aku nie dah kira musafir ler nie.. tinggalkan bumi malaysia.. dtg sini.. tinggal keluarga.. jejln mengembara itu heheheh tgh survey2.. tulah ko lambat sgt nk htr kad jemputan dah aku terpaksa kensel sponsor percutian kat glasgow nie

Kak Anie

Insyallah kak.. sama2..

APS

Ya tapi selagi kita tahu tujuan dan tanggungjawab kita. insyallah

Faqir

;P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin