Friday, 8 May 2009

Scottish??


Pagi ini ketika di dalam bas aku terbaca sebuah ruangan komen pembaca di surat khabar metro UK. Ianya datang daripada seorang yang berbangsa Scottish.. Seketika aku tersenyum membaca pendapatnya betapa dia bangga menjadi seorang yang berbangsa Scottish..

Katanya

Why I'm proud to be Scottish; When travelling I get more respect calling myself Scottish than British. Scottishness is celebrate around the world. Everyone claims to have had a great-grandparent who was Scottish.

My educated Scottish is the purest form of the English language after the Queen's English. I can understand the english accents but they can't understand me. My national flag isn't associated with football hooligans. We may not be world powers in rugby and football but are known for our fair play and sportmanship.

We can stand the cold longer. We are able to laugh at ourselves. We don't hate the French or Germans. We have the best curries in Europe, cleanest drinking water, freshest air, internationally enjoyed drinks and food, and have produced world famous poets and authors.

We started the industrial revolution with the development of the steam engine. Macadamised roads and the pneumatic tyre. Thank God I'm Scottish.


Secara tidak langsung aku turut bersetuju dengan pendapat beliau. Ada bezanya cara hidup dikalangan 'British' dan 'Scottish'. Dulu pernah aku ditanya mengapa tidak sambung pengajian Phd aku di kawasan sebelah England sedangkan aku pernah mengikuti pengajian di Edinburgh dulu. Malah ada juga rakan yang mencadangkan aku supaya memilih salah satu universiti di England. Sejak awal lagi aku sudah menolak dan hatiku lebih selesa berada di Scotland. kenapa?? Sejak hari pertama aku melangkah kaki ke bumi UK ini.. Di bumi Scotland jugalah aku belajar tentang baik budi bangsa Scottish ini.. Apatah lagi dulu aku ada 2 rakan dari bangsa english yang ketara sombong dan bongkak dalam memberikan pendapat. Malah ketika aku ajukan pertanyaan yang sama pada seorang rakan berbangsa Scottish.. Mereka turut mengakui bahawa bangsa english ini sememangnya sombong. Malah mereka juga tidak suka dengan mereka..

Jika kita berjalan ke sebelah England.. kebanyakan mereka agak kurang senang beramah mesra.. berbeza dengan mereka di Scotland.. Namun aku juga percaya tidak semua bangsa English ini sombong.. masih ada yang baik hati dan ramah.. Cuma buat mereka yang sudah biasa tinggal di bumi scotland ini.. Pastinya dapat membezakan sikap dua bangsa ini secara terperincinya..

Yang pasti juga aku juga bangga menjadi anak malaysia.. Bangsa malaysia.. Tanah tumpah darahku.. Tempat aku dilahirkan.. dan kini aku sudah lama mengangkat bumi Scotland sebagai rumah kedua.. dan aku lebih selesa di bumi ini.. Paling utama.. air di sini sungguh segar dan lebih sedap rasanya dari di sebelah england.. malah air di sini boleh diminum secara terus dari paip air.. Teringat semasa ke London dulu.. aku tidak berani untuk minum air paipnya. kerana air itu disuling dari sisa-sisa air buangan dan kegunaan harian.. sebab itu jika diminum ketara rasa payaunya..

Yang pasti dan utama.. aku suka pemandangan di sekitar Scotland.. seluas mata memandang dan cukup indah sekali.. Tidak pernah aku jemu melihat setiap gunung ganang, bukit bukau, sungai, laut dan tasik-tasik yang ada di sini.. walau berapa kali pun kunjungan dibuat.. Pastinya ada sahaja yang istimewa pada tempat itu..

Ada yang merancang nak datang ke Scotland ke??? hehehehe

6 comments:

julietchun said...

mungkin untuk berbulan madu nanti,kakakkakakakakaakakka.

Tijah said...

tak. saya rancang nak gi kole klawang jer. huhuhu...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Aku dah hayati N3 kat bawah...Best la kau...dapat menjejak Sejarah. Aku cemburu. nanti ada rezeki, aku juga akan ke sana....

terima kasih meng upload gambar...


tunggula, phd aku mungkin kok belah sana jugak, sapa tahu!(sembang tak jatuh, walau Master pun terkial-kial..ha ha ha..aduiii.)

ku tak sempurna said...

errr... err...

haaaiiihhh segan plak nak ckp ngan ko... kang ko kata aku temberang plak...

ckp je la eh..

setelah aku rujuk salasilah keluarga aku, ternyata
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

moyang aku ada darah scottish la...

betul.. betul.. 223 generasi yg dulu...

hik hik hik... tak tipu..

tp aku tetap bangga jadi anak malaysia berdarah scottish.. boleh gitu?? :P




psstt.. tolong carikan sedara mara aku kat scotland boleh??

kakpah said...

haha aku nak tegelak baca komen kts. Apahal... haha

bangsa kita ni pun tak kurang juga sopan santunnya kan ina. Tapi ramai jugak yang main belasah je.

Akak? memang sopan habis wakaka...

iina said...

Juliet

Bila tuh?? ko jgn janji jek!

Tijah

yoko?? bilo tuh?? den kim salam yo bole?

KTS

Bg postcode sedara mare ko tuh.. leh aku tolong carik guna goggle map.. Patutlah kecomotan mu cam aku kenal jek.. rupa2nya.. ada sebab ahaks..

Kak Pah

yo kak den tau uwan datin pah manjang yo sopan.. maklumlah datin ahaks... kts biasalah minah tuh kan glemer femes.. den numpang sopan akak yolah leh ko?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin