Sunday, 24 May 2009

Takziah

Dalam gembira ada duka
Dalam ketawa ada lara
Mata melihat dunia
Hati teringat peristiwa
Jiwa terasa sayunya
Tika teringat pertemuan lama
Dia pergi buat selamanya
Seketika ingatan menjelma
Malam tadi yassinan bergema
Al-fatihah buat tok tercinta

Tok bandar tinggi pulang ke rahmatullah malam tadi. Takziah buat kekanda, walaupun nampak tenang tapi aku tahu dia berduka.
Teringat kali terakhir berjumpa dengan tok, masih terbayang ingatan pada pertemuan itu. Hati jua teringat arwah tok sendiri yang telah pergi 9 tahun yang lalu.

Al-fatihah

Aku yang masih dalam kembara jalanan.

8 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

takziah:
dah jauh tak sempat la balik...

lupekanje said...

takziah jua...
alfatihah dan doa buat arwah moga rohnya di rahmati Allah...

DUN Behrang 2020 said...

Takziah....

Al-Fatihah, semoga rohnya di tempatkan bersama roh org2 yg beriman.

kakikereta said...

takziah.....

http://kakikereta23.blogspot.com/

julietchun said...

dunia ini hanya pinjaman,sabarlah.

kakpah said...

salam ina. Al fatihah buat yang telah pergi.
Ko sehat ke..

aNIe said...

Salam iina...al-Fatihah buat yang pergi dan takziah buat yang kehilangan....

iina said...

Cikgooden

terima kasih ya .. Dah jauh beginilah

Acik, Dun, kaki kereta, juliet, kak pah dan kak anie

Terima kasih semua ya..

kak pah

den selemo sikit raso nak demam pun ado nie ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin