Tuesday, 5 May 2009

Hari Kedua: Mengelilingi bandar Istanbul

Istanbul yang turut juga dikenali sebagai konstantinopel suatu ketika dahulu merupakan satu-satunya bandar yang terletak diantara benua asia dan eropah dimana ia mempunyai bandar lama di sebelah eropah dan bandar moden di sebelah asia yang dipisahkan oleh selat Bosphorus. Ia juga unik kerana pernah dijadikan ibunegara semasa pemerintahan 2 empayar besar dunia iaitu Kristian Byzantine dan Islam Othmaniah.

Selesai sarapan pagi dengan roti keras, mentega, timun, tomato, cheese dan salami bersama air teh susu dan jus oren, kami mula bergerak ke Sultanahmet. Ia merupakan kawasan bandar lama dimana terletaknya beberapa tempat sejarah yang menjadi tarikan di Istanbul Blue Mosque, Hagia Shopia, Topkapi dan Yerebatan Sarnici.

Kami merancang untuk menaiki bas 'sightseeing' untuk mengelilingi bandar Istanbul. Hampir 1 jam lebih masa yang diambil untuk mengelilingi semua tempat-tempat menarik di sekitar Istanbul.. Di sekitar kawasan dari Sirkeci ke Sultanahmet
Sirkeci Train Station, suatu ketika dulu inilah merupakan hentian terakhir untuk perkhidmatan keretapi Orient Express yang bermula dari Paris, menerusi Strasbourg di France, Karlsruhe, Stuttgart, Ulm, Munich di Germany, Vienna di Austria, Budapest di Hungary, Bucharest di Romania, Rousse dan Varna di Bulgaria dan berakhir di Sirkeci, Istanbul yang mengambil masa 80 jam sepanjang 3,094 kilometer. Perkhidmatan ini dihentikan pada 19 mei 1977 dan perhentian terakhirnya adalah di Budapest. Kini ia masih digunakan untuk menghubungkan beberapa negara eropah.
Eminonu- tempat berlabuh deretan kapal-kapal
Menyeberangi Galata BridgeAntara monumen lama
Sekitar Komkapi tempat deretan gerai-gerai ikan dan seafood
Berhampiran taman berhadapan dengan blue mosque. Asyik melihat bunga-bunga tulip yang ditanam sekitarnya

Selesai pusingan pertama, kami putuskan untuk makan tengahari dahulu sebelum meneruskan pusingan yang kedua. Iaitu untuk singgah ke Dolmabahce Sarayi (Istana Dolmabahce). Bayaran yang dikenakan untuk melawat istana itu (ruangan admin & Harem) adalah 2 lira sahaja untuk pelajar dan 20 lira untuk dewasa. Nasib bawa kad pelajar kami dapat 90% diskaun.


Kali masuk ke dalam istana ini bersama dengan 'tour guide' mengambil masa sejam. Puas jugalah kami melihat di sekitar istana ini.
Kemudian bersambung ke bahagian 'Harem' untuk kediaman penginapan sultan dan isteri-isterinya.
Selesai menjelajah seluruh pelusuk Istana Dolmabahce, kami bergegas untuk ke masjid biru untuk menunaikan solat jamak zohor & Asar dan terus berada di situ untuk solat maghrib pula.
Terasa berbeza sekali berada di Masjid yang terkenal seluruh dunia ini. Senibinanya tersergam indah, apatah lagi ketika itu sudah mula masuk waktu maghrib, seluruh lampu dalam masjid itu dipasang mempamerkan satu pandangan yang sungguh menakjubkan.
Selesai solat, kami berjalan pulang untuk makan malam dan berehat untuk penjelajahan hari yang ketiga.


7 comments:

kakpah said...

Perjalanan yang membawa sejuta kenangan. Cantik masjid tu.

zany said...

wahhhh, bestnye, berangan dah lama nak ke sana, sampainya belum........

kakpiah said...

*lap2 air lior..*


cantek giler bunga2 tulip tu kak..
masjid biru tu pon cantek..

aNIe said...

Masyaallah iina..cantiknya masjid biru tu...membuatkan akak berkobar2 untuk menjejakkan kaki ke sana...tapi ntah bila tak tau...

Istanbul adalah salah satu dari destinasi impian akak satu hari nanti...

julietchun said...

aku terus terpesona ngan tulip2 tuh.

ku tak sempurna said...

laaaaa... naper masa ko kat Istana Dolmabahce tu ko tak calling2 aku..

aku ada dlm istana tu masa tu..

klu tak, boleh ajak makan sekali..

hik hik hik..

oh kekandaku.. :P

iina said...

Kak Pah

Masjid biru.. mmg cantikkan senibina dia.. masa masuk tuh tergamam kejap tgk dalam tuh

Zany

Insyallah sampailah nanti kan ;)

Piah

masjid ngan bunga jek cantik ke?? akak tak cantik gak ke?

Juliet

Pakwe di sebalik bunga tulip tuh tak terpesona ke??

KTS

pesal lak ko duduk istana yang takde org duduk tuh.. heheheh mmg selayak ye si comot ngan si gelap.. aku setuju sesgt ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin