Tadi ketika cuba melelapkan mata dan merehatkan badan yang seram sejuk serasa mahu demam ini.. Aku tidak dapat lena.. Haba panas dari badan dia di sebelah membuatkan aku semakin tidak selesa apatah lagi ditambah dengan bahang haba dari badan sendiri.
Secara perlahan-lahan ingatan dan kenangan lama seolah berdesup-desup singgah meminta aku mengenangkan semua itu. Entah mengapa hati terasa sayu seketika.. Kali ini ia datang bersama dengan bayangan.. walau cuba aku lenyapkan.. bayangan itu tetap datang dalam ingatan aku..
Rumah itu masih kukuh dan gagah berdiri di tanah setengah ekar itu. Jarak yang hanya dipisahkan oleh sebuah rumah sahaja dari rumah mak dan ayah.. Memudahkan kami untuk saling menjengah antara satu sama lain.. Sejak umur aku 9 tahun lagi aku sering berulang alik ke situ dari rumah mak.. Setiap petang sering juga kami bertandang ke tanah itu untuk bermain ting-ting.. baling selipar.. menjerat pepatung.. memanjat pokok rambutan gading.. memetik daun 'so' buat ulam.. berkejaran di sekeliling tanah sambil bermain polis entri.. mandi di perigi lama di sudut kiri rumah itu.. berehat dan berbual di bawah rumah dimana ada perbaringan kecil yang dibuat dari kayu... duduk diberanda sambil memerhatikan sepupu bermain layang-layang.. atau hanya bersantai di tangga rumah itu..
Rumah itu sudah lama ku kira.. dibesarkan sejak ayah masih bujang lagi.. ketika itu kata ayah.. rumah itulah antara yang paling besar di kampung itu.. duit gaji ayah yang disimpan digunakan untuk membuat rumah itu.. Asalnya rumah itu kecil sahaja.. maklumlah rumah kecil habuan mereka yang meneroka tanah di kampung itu. Seingat aku.. ayah pernah menceritakan yang mereka sekeluarga berpindah dari johor ke selangor untuk meneroka tanah di situ.. dan setiap mereka mendapat habuan tanah untuk mendirikan rumah.
Aku sendiri tidak tahu mengapa secara tiba-tiba beberapa kenangan lama datang.. semuanya berkaitan dengan arwah atok dan nenek.. entahlah mungkin berita pemergiaan yang baru sahaja di terima ahad yang lalu masih meninggalkan kesan pada aku.. Mungkin juga ia minta untuk dicoretkan di sini buat bacaan dan pengkongsian.. ahh.. aku sendiri tidak tahu.. mengapa..
Lewat kepulangan yang lepas.. aku singgah semula ke rumah itu.. sudah jauh berbeza rumah itu.. dapurnya sudah diluaskan.. tidak ada lagi kerusi kayu panjang dan meja panjang di sudut tengah dapur itu.. dulu di kerusi panjang berkayu itulah kami duduk beramai-ramai ketika pagi raya.. menikmati rendang, ketupat dan kuah kacang hasil tangan arwah nenek.. atau mak lang atau mak ngah andai mereka tiba lebih awal ke kampung. Di meja itu jugalah pastinya akan ada kopi hitam manis dalam teko besi di susun dalam dulang bersama cawan-cawan kaca. Tidak pernah tidak ada kopi itu di atas meja.. setiap kali kunjungan pastinya kopi itu akan diletakkan di situ buat tegukan sesiapa yang datang.
Berhampiran dengan susunan meja dan kerusi kayu itu juga, terdapat sebuah bilik air yang bersambung dengan dapur.. pintunya dibuat daripada zink dan disendikan dengan kayu berat. Kolam dalam bilik air itu ditutup dengan zink juga dan air sentiasa ditadah untuk memastikan kolam itu penuh. Ada kepala paip kecil di bahagian bawah kolam itu. Di situ pastinya ada beberapa besen merah besar kecil untuk menadah air buat mandian atau membasuh pinggan mangkuk andai ruangan sinki dapur itu tidak cukup. Bersebelahan dengan bilik air disebelah kanannya, ada pintu kecil. Di situlah terletaknya dapur arang kayu.. kadangkala juga digunakan untuk memasak air atau apa sahaja. Jarang sekali ia digunakan.. tapi bekas-bekas para arang kayu itu masih ada.
Berhampiran dengan pintu itu terletaknya sinki dapur.. dan di atasnya ada para-para yang dibuat daripada kayu untuk menyimpan segala barangan dapur.. baik dari periuk.. kuali.. pinggan.. mangkuk.. cawan.. gelas.. dan sebarang perkakasan yang lain.. di tepi sudut itu pula terletaknya dapur 2 tungku yang menggunakan gas. Di hadapannya adalah 2 tingkap kayu yang perlu ditolak dari dalam untuk membukanya..
Ruang dapur itu tidaklah luas.. tapi juga tidaklah sempit.. bersimen yang menggerutu dan ada juga tempat-tempat tertentu simen itu kelihatan sudah pecah sana sini.. di ruangan sinki itu sering diletakkan kertas surat khabar bagi mengalas air yang tumpah dari basuhan pingan mangkuk. Bersebelahan kiri bilik air itu juga ada pintu.. mudah untuk keluar masuk dari sudut kanan rumah itu.. di situlah selalunya arwah tok akan membuat kerja-kerja tukangnya.. Dulu bila sahaja selipar atau kasut tercabut tapak atau putus ikatannya.. Pada arwah toklah kami akan pergi untuk memintanya membaiki selipar atau kasut kami. Di situ jugalah aku sering memerhatikan dia mengasah parang.. cangkul.. sabit.. untuk persediaan ke kebun untuk mengait kelapa bali (kelapa sawit) dan kadangkala juga dia ambil peluang untuk memotong kayu buat membaiki apa sahaja yang perlu....
Beberapa tahun selepas pemergian arwah tok.. arwah nenek sendirian bersama 2 orang sepupuku.. sejak mereka dari kecil.. mereka telah tinggal bersama dengan mereka.. mereka adalah anak-anak mak lang.. 3 beradik semuanya.. ketiga-tiga mereka lelaki.. Ketika arwah tok meninggal sepupuku yang sulung itu telah berkahwin dan tinggalkan 2 beradik lagi yang masih tinggal bersama arwah nenek..
Anak yang kedua mak lang itu adalah sepupuku yang paling rapat.. hingga kini jika sekali sekala bertemu pastinya perbualan kami akan bertambah rancak mengimbas semua kenangan lama bersama.. manakan tidak.. kami membesar bersama.. bermain bersama.. kadangkala belajar bersama.. hanya laluan pendidikan kami sedikit berbeza namun itu tidak pernah menjarakkan hubungan kami.. masih bujang.. aihh.. bila agaknya dia nak kawin ya.. selalu sangat aku ingatkan berkali-kali.. hahahha.. rasanya sudah bertahun aku tak bertemu dengannya.. masih di IJN lagikah? atau sudah berpindah kerja agaknya..
Di kerusi dan meja kayu itu jugalah aku sering duduk bersama arwah nenek melayannya bercerita tentang kisah-kisah lama zaman remaja dan mudanya.. kisah zaman perang jepun.. kesengsaraan mereka zaman itu.. kisah ayah.. mak ngah.. mak lang dan pak usu semasa mereka kecil juga kadangkala dijadikan bahan bualan kami.. selalu juga arwah nenek menceritakan kisah ayah pada aku.. zaman kecil ayah.. zaman muda.. zaman remajanya.. tiapkali jika aku pulang ke rumah mak.. pastinya petang itu juga aku akan terus berjalan kaki atau kadangkala menaiki kereta ke rumah itu.. bukan jauh pun.. tapi kadang-kadang tu.. sengaja mahu membawa kereta.. hahahaha.. sampai diperli oleh sepupu yang lain.. "dekat sepelaung pun nak bawak kereta ke??"
Teringat semasa aku baru pulang dari Edinburgh.. aku sampai ke rumah mak petang dalam lingkungan pukul 4.. 5 petang begitu.. tidak lama arwah nenek sampai berjalan kaki.. dia tahu kami sampai kerana diberitahu oleh adik.. ketika itu kaki arwah nenek sudah mula berdengkut-dengkut jalannya.. dia datang kerana mahu berjumpa dengan cucunya.. Aku sambut tangan arwah nenek dan menciumnya.. itu sudah menjadi adab kami sekeluarga.. Selesai berbual panjang.. ayah meminta adik bongsu lelakiku untuk menghantar arwah nenek pulang dengan menaiki motor.. masih jelas di ruangan mataku.. bagaimana arwah nenek naik di belakangnya dan menghilang dari pandangan..
Entah mengapa aku sukar untuk membuang imbasan bayangan rumah itu saat ini.. masih segar lagi bentuk rumah itu pada ingatan aku.. Walaupun telah diubahsuai hiasan dalamannya.. namun kedudukan asal dan ciri-ciri asal itu tetap ada.. Pokok rambutan gading di sebelah sudut kiri rumah sudah lama ditebang.. di situlah solat jenazah untuk arwah nenek dilakukan.. di beranda rumah itu jugalah aku dan mak memandikan arwah nenek.. hanya kami berdua sahaja dari kelompok keluarga yang memandikannya.. baik mak lang... mak ngah.. keberatan untuk memandikan arwah nenek. Kali ini imbasan itu datang lagi.. seolah baru semalam sahaja ia terjadi.. seolah masih terasa basahnya baju jubahku dek air mandian itu.. Masih lagi ternyiang-nyiang.. suara rakan-rakan mak yang menyuruh kami menjirus dan mengosok perlahan bahagian badan arwah nenek.. Masih jelas juga wajah arwah nenek dalam pandangan mataku.. dan akhirnya dibalut kemas dengan kain putih yang setiap kita akan pakai bila sampai masanya..
Kini yang masih tinggal hanya uwan di sebelah mak kanda sahaja.. Pastinya berita pemergian arwah tok sebelah ayahnya itu sedikit mengusik hatinya.. Apatah lagi mereka adalah adik beradik.. ya mak dan abah adalah sepupu.. sebab itu keluarga kanda rapat.. Kadangkala menjengah wan bila balik ke kampung jelebu mengingatkan aku pada arwah nenek.. kedua-dua mereka suka bercerita.. sama sahaja rasanya orang tua.. kebanyakannya suka bercerita kisah silam mereka..
Namun sedikit sebanyak juga.. kehilangan ini pada aku tidak dapat ditandingi dengan mereka yang hilang ibu ayah serta adik beradik.. mahupun anak sendiri.. pastinya kehilangan itu lebih terasa pedihnya.. apatah lagi jika kehilangan itu adalah ayah dan ibu yang rapat dengan mereka.. pastinya rasa kehilangan itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata..
Harapnya dengan coretan ini.. dapat aku tutup semua kisah lama.. dan aku simpan buat memori.. Setiap kita akan pergi.. setiap kita akan bertemu dengan pencipta.. Allah s.w.t.
Cuaca yang tidak menentu sekarang ini juga sedikit sebanyak mungkin mempengaruhi keselesaan badan waktu ini.. selsema.. batuk.. dan bahang-bahang panas demam sudah mula terasa.. Dah nak habis lemsip yang dibeli.. Agaknya bila badan tidak menentu begini.. mudah sangat fikiran turut sama terawang-awang..
Malam ini operasi buat kek pisang... Ada sapa-sapa nak tolong ke?? Jangan tolong makan jek.. tolong buat sekali ler ;)
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
11 years ago
8 comments:
baco entry ko ni buatkan akak tokonang kek ghumah kampung. Dah tinggal macam tu je. Nak buek camano. Kito pun dah ado ghumah sondiri. Harapkan balik sekali sekalo jo lah. Tapi konangan tu totap topahat kek minda.
Sotiap konangan yang manih tu kito simpan ina. jangan dibuang. Kalau tak ado maso lalu, tak ado lah maso kini.
acikpun udah tk de uwan dah...ni tgh dok mikir nk suh Kak Pah tu ha jadik uwan angkat acik...huhu..
makan kek pisan tu ingat2la kat acik kat sini ha...siannn...kener makan bubur jer...ssrrrooott...srroott...(hembus selemo nih...)
kalau nak jadi sepupu ipar ko buleh ke?ekekekeke.rajinnya ko buat kek pisang, kat sana takde jual yg halal ke?
salam kakak..
semoga keadaan cuaca tidak menjejaskan kesihatan akak.
btw..baca entry ini rasa mahu berada di situasi itu. Sri x berpeluang merasanya...
akak, kawan yang kat dublin kes murtad tu akan kembali ke Malaysia Ogos. (DOAKAN SAMA YE KAKAK)
rindu mu terlalu berat... meluahkan di blog adalah sgt bagus, moga lepas ni tak berat lagi rasa di hati :)
Kak Pah
Biasalah kan kak.. tokonang tuh selalu sgtlah.. mano kan dapek lupo kan kak.. baik manih baik pahit..
Acik
hahaha kak pah jadik uwan angkat?? den pun nak numpang samo lah.. dapek uwan Pah jadik uwan kito best ooo.. masak sodap.. duit rayo pun sure dapek ini tahun hahahaha.. alah cik.. kek pisang leh boli yolah.. kek pasar malam bukan byk ko org jual
Juliet
kalau ko tanya aku boleh jek.. anytime anyday.. senang sikit aku nak suruh2 itu ini ahaks.. mana de kek pisang kek sini (ado tapi raso lain ler).. sini kek dia lain jenis lak.. buat sendiri jek sonang yo
Sri
Alhamdullilah jika kawan sis dah nak balik esok.. semoga allah berikan limpahan kesedaran pada dia.. insyallah dan juga sebagai sahabat teruskan memberi sokongan
Mak Su
rindu sentiasa ada.. hanya kadangkala itu berat atau ringan jek.. tapi badan den yo tak moh ringan2 de.. camno nie maksu heheheh
aku boleh siap lukis rumah tu dan persekitarannya...
rasa2nya betul dah..
nak tengok??
anta kek pisang kat aku dulu..
hehehehe
KTS
ikut firasat aku.. gambo yg ko lukis tuh rumah lain.. ahahah.. so kensel jelah kek pisang utk ko
Post a Comment