Wednesday 6 May 2009

Hari Ketiga: Topkapi, Basilica Cistren & Hippodrome

Hari ketiga kami merancang untuk masuk ke istana Topkapi. Selesai sarapan pagi kami mula berjalan menuju ke perkarangan istana dan berjalan-jalan sebentar di taman istana itu. Bunga tulip kelihatan dimana-mana sekitar taman itu.


Selesai sesi mengambil gambar di sekitar bunga-bunga tulip, kami mula berjalan menuju ke pintu masuk istana topkapi. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 20 lira.


Di dalam istana topkapi terdapat beberapa gelanggang 'court' yang menempatkan khazanah peninggalan pemerintahan othmaniah.


Yang paling utama adalah melihat khazanah pedang dan panah rasullulah s.a.w, pedang sahabat-sahabat nabi, tongkat nabi musa, serban nabi yusuf dan banyak lagi barangan kepunyaan nabi-nabi terdahulu yang disimpan di sini. Sejenak mata terpesona melihatkan setiap khazanah yang dipamerkan itu. Seolahnya tidak prcaya mampu dilihat di depan mata. Terdapat banyak ruangan pameran yang terdapat di istana Topkapi yang mempamerkan banyak barangan dari pinggan mangkuk, harta, hadiah-hadiah, baju, senjata dan pelbagai lagi dipamerkan untuk tatapan umum. Namun kami dilarang untuk mengambil gambar setiap kahazanah yang dipamerkan itu.

Sambil berjalan-jalan kami sempat menikmati pemandangan indah di sekitar istana yang terletak berhampiran dengan laut marmara.
Selesai melawat sekitar kawasan istana, kami mula bergerak keluar untuk makan tengahari dan merancang untuk singgah ke tempat seterusnya.
Selesai makan kami putuskan untuk melawat ke Basilica Cistern.

Basilica Cistern atau turut dikenali sebagai Yerebatan Sarnici/ Yerebatan Sarayi merupakan kawasan takungan air terbesar di Istanbul yang dibina pada kurun ke 6 semasa pemerintahan Byzantine.

Deretan tiang-tiang.. puas jugalah mengambar gambar dalam ruangan yang gelap samar-samar itu.

Terdapat 2 tiang yang berbentuk kepala Medusa dan kedua-duanya berada dalam kedudukan terbalik dan disengetkan. Hingga kini tidak ada sesiapa pun yang tahu mengapa ia diletakkan sebegitu rupa. Kesimpulan kami.. agaknya orang yang angkut kepala tuh malas kot.. maka diorang main letak ikut suka jelah hehehe..
Hippodrome of constantinople- merupakan kawasan lumba kuda semasa zaman empayar Byzantine dahulu. Ia berbentuk pusing U dimasa disekitar Hippodrome ini suatu ketika dulunya terdapat arena tempat duduk bertingkat bagi memudahkan rakyat melihat perlumbaan lumba kuda itu. Kini yang masih kekal adalah tiang-tiang hippodrome di tengah track perlumbaan itu manakala.. laluan untuk pelumba kuda itu kini adalah merupakan jalan raya..

Bersama ini aku letakkan video dari Youtube berkenaan Bandar istanbul yang aku tonton di Channel World History 'Cities of the underworld'. Sedikit sebanyak ia memberikan gambaran tempat-tempat yang telah aku lawati.





Selesai berjalan di sekitar Hippodrome, kami mula bergerak untuk solat di Masjid berhampiran Sultanahmet dan mula bergerak balik untuk makan malam. Berehat untuk keesokkan harinya.


7 comments:

ibundo said...

Cantiknya bunga tulip tu. Kenapa kau tak begamba macam heroin cerita hindustan hehe..

Oh Istanbul.... pasti satu hari akan ku jejakkan kakiku dibumi mu.

julietchun said...

pelik ye tgk kepala medusa yg terbalik tuh. Mungkin btl kata ko dorang sebenarnya slh ltk, nak pusing balik dah malas,kekekee.

iina said...

Kak Pah

Yo kak Insyallah mana tau sok2 akak smpai lak kan ;)

Juliet

hehehehe yelah sebab kan berat benda tuh.. diorg malas nak betulkan.. letak ikut suka jek ;)

DUN Behrang 2020 said...

Dia tak nak rosakkan rambut medusa tu kot...bsyukur la dapat kesempatan lawat tmpt2 cantik ciptaan Allah...pastikan kongsi lagi k!

iina said...

Dun

ye kot ;) Insyallah

KTS said...

wooooo... menawan... cantik... sejuk mata memandang..



hehehehehe... tentulah bukan ko..
perasan sungguh perempuan ini kan bunga tulip kan..

hehehehe..

azmi yusof said...

seronok dapat tengok gambar2 ni...nak sampai sana ntah bila la..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin