Sunday 31 August 2008

Satay Glasgow dan Puasa

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan jemputan makan tengahari di rumah kak Ina dan juga petangnya untuk meraikan AJK lama dan baru yang selama ini telah bersama-sama menjayakan dan bertungkus-lumus menjalankan semua aktiviti Sekolah Malaysia Glasgow (SMG).. Ia turut untuk meraikan kepulangan beberapa bekas guru-guru SMG ke Malaysia

Projek menyediakan dan mencucuk satay telah bermula sejak rabu lepas lagi.. hingga hampir lewat malam jugalah kami menyediakan bahan-bahan dan seterusnya mula mencucuk satay.. dan membawa pulang beberapa bungkus satay untuk disimpan di rumah.. Alhamdullilah.. hari ini dapat jugalah kami merasa satay yang ada.. dan apa lagi.. aku pun sejak sampai lagi sudah mula berdiri di tepi dapur untuk mengrill satay.. sambil tu hehehe.. makan jugalah secucuk dua.. lagipun perut masih kenyang lagi kerana baru sahaja makan tengahari di rumah kak Ina..

Lama tidak berjumpa rakan-rakan.. memang banyaklah perkara yang disembangkan.. apatah lagi 3 orang bekas guru SMG akan balik ke Malaysia semasa bulan puasa ini.. yang pasti mereka akan pulang sebelum Hari Raya menjelang.. ramai yang cemburukan mereka hehehe.. yelah sambut raya bersama keluarga dan adik beradik di kampung.. mana mungkin tidak rindunya.. sempat jugalah kami bergurau senda.. wahh seronoknya balik raya.. makan kuih raya.. jalan-jalan rumah sedara mara.. tapi apa pun kemeriahan raya di Glasgow ini juga tidak jauh berbeza.. dulu berhari raya hingga hampir ke pukul 12.00malam.. rasanya lebih 10 buah rumah yang kami pergi.. hingga perut pun sudah tidak mampu diisi lagi.. paksa jugalah untuk menjaga hati tuan rumah.. rumah aku pun tidak henti orang yang datang.. apatah lagi aku dah beritahu lebih awal jemputan untuk sarapan pagi.. sejak pukul 9 lagi sudah ada yang berkunjung ke rumah.. meriah dan seronok.. itu yang pastinya..

Puasa kali ini terasa sungguh kemeriahannya.. dulu bukanlah tidak meriah.. meriah juga tetapi mungkin kerana kesibukan masa.. dan kebetulan kami juga baru sahaja pindah ke rumah ini sebelum bulan puasa.. dan kehadiran keluarga abg nordin-kak ina dan nazir semasa pertengahan bulan puasa dan tinggal di rumah kami selama 10 hari.. tidak akan aku lupakan.. berbuka dan bersahur bersama-sama.. rumah yang selama ini sepi.. penuh riuh rendah dengan suara anak-anak mereka.. 10 hari.. lama tempoh tu.. tapi aku tetap seronok.. kerana dapat berbuka dan bersahur dengan mereka.. sudah tentu kenangan ini tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila..

Penutupan acara BBQ pada musim panas ini.. pelbagai juadah disediakan tadi.. satay.. kuah kacang.. masak lodeh.. spagetti.. kuih muih.. agar-agar.. seronok dan meriah suasana yang dirasakan..

Baru sebentar tadi juga aku terima perkhabaran bahawa Glasgow akan bermula berpuasa pada hari Isnin (1 September 2008). Malam ini aku perlu menyediakan juadah untuk bersahur.. masa tidur juga perlu disesuaikan.. kerana perlu bangun lebih awal dari biasanya.. yang lebih menyeronokkan aku bercuti 3 hari bermula esok.. Alhamdullilah.. dapatlah berehat 3 hari ini.. dan esok juga merupakan hari istimewa buat kami berdua..

Aku hampir lupa tarikh keramat ini.. mungkin kerana terlalu sibuk dan tidak sihat beberapa minggu ini.. buatkan aku terlupa.. apabila diminta untuk menghantar email untuk memaklumkan pengumuman puasa pada ahli komuniti di Govanhill/Pollokshields tadi..aku kan setiausaha kampung ;) kenalah menjalankan tugas.. ketika menaip tarikh 1 September 2008.. barulah aku teringat tarikh keramat 1 september ini.. bagaimana pula aku boleh terlupa.. nampaknya esok perlulah aku sediakan juadah yang istimewa sempena sambutan tarikh istimewa ini..

Sekali lagi aku ucapkan.. Salam Ramadhan buat semua warga malaysia dan Muslim dimana sahaja anda berada.. Selamat berpuasa.. moga kita terus diberikan kekuatan dan mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini Insyallah..

Saturday 30 August 2008

Salam Merdeka

Hari pertama minggu persekolahan untuk matapelajaran Bahasa Melayu.. aku diminta mengajar tahap dua.. taklah ramai pun dalam lingkungan 7 orang sahaja pelajarnya.. aktiviti melukis dan mewarnakan bendera malaysia... terangkan makna warna yang terdapat pada bendera itu.. berapa jalur merah dan putih yang ada.. mengapa ada 14 jalur.. sebab ada 14 buah negeri.. merah makna apa? kuning makna apa? biru makna apa? dan putih makna apa?

30 minit yang terakhir sebelum tamatnya kelas.. satu sesi penerangan ringkas diberikan oleh seorang rakan (Azman). Perkataan 'Jajah' disebut dan muka murid-murid semuanya kelam kabur blur sahaja.. hingga ada yang bertanya..

"Cikgu jajah itu apa?"

Terpaksalah diterangkan dengan cara yang paling mudah.. bagi analogi rumah.. "Rumah kita sepatutnya siapa yang jaga?"

Lantas dijawab oleh mereka.. "keluarga kitalah cikgu.."

"Kalau orang lain yang jaga? suka tak?" dan dijawab dengan gelengan kepala setiap mereka..

"Rumah kita mestilah kita yang jaga kan.. takkan nak orang lain jaga.. suruh kita buat benda yang kita tak suka kan" lalu aku sambung lagi

Lebih kurang itulah makna 'jajah' tetapi kita biasa sebut jajah untuk negara" disambung oleh seorang rakan dengan panjang lebar sedikit.. (Terima kasih azman sebab sanggup datang beramah mesra dengan anak-anak murid ini)


Aku minta mereka lukiskan gambar bendera malaysia.. malah siap tuliskan 31 Ogos 1957 tarikh kemerdekaan negara Malaysia.. dan memperkenalkan bahawa negara kita telah 51 tahun merdekanya..

Selepas waktu sekolah.. aku singgah ke rumah Kak Pah/Abg Shah.. hari ini mereka sekeluarga memuat naik semua barangan ke dalam kontena untuk dibawa balik ke Malaysia. Seronoknya.. mereka juga telah merdeka sebahagiannya.. hanya menunggu tarikh untuk viva yang tidak lama lagi..

Sempat jugalah aku tanyakan makna merdeka pada kawan-kawan

Si 'S' : Merdeka pada aku selepas aku dapat ijazah PhD aku

Si 'Z' : Merdeka pada aku setelah aku dapat capai objektif hidup aku..

aku? : Merdeka pada aku.. menemui apa yang aku cari selama ini.. capai matlamat dan harapan.. merdeka dari belenggu perasaan dan fikiran yang menyesakkan..

anda? nanti bolehlah tolong jawab soalan ini pulak kan..

Apa jua.. salam merdeka dariku di sini.. buat masa ini aku belum merdeka lagi.. diri masih dijajah dengan pelbagai perkara.. walaupun kadangkala cuba juga keluar dari jajahan minda dan perasaan ini.. bilakah merdekanya semua itu..

Merdeka.. merdeka.. merdeka.. ibarat jeritan kuat anak-anak murid aku.. walaupun aku tahu.. mereka pastinya masih belum pasti dan tahu makna merdeka itu.. lalu diberitahu oleh seorang rakan..

"Takpelah kalau tak tahu .. nanti 10 tahun tahulah maknanya.. "

Aku? adakah pasti 10 tahun akan terjawab makna merdeka itu? entahlah.. mungkin makna secara teori dan definisi sahaja.. hakikatnya.. merdeka itu.. hanya diri sendiri sahaja yang dapat menafsirkannya..



Salam merdeka buat semua..

Tanggal 31 bulan 8, 57.. hari yang mulia.. hari bahagia.. sambut dengan semangat merdeka..... Aku nyanyi lagu merdeka ini dengan anak-anak muridku..

Friday 29 August 2008

Sepinggan spagetti dan sebuah kenangan

Jumaat.. sekejap sahaja hari berlalu.. bermula isnin.. kini masuk pula hari Jumaat.. esok dan lusa pula sabtu dan ahad.. cuti hujung minggu.. 2 hari.. tapi seperti minggu-minggu yang lalu.. sudah hampir sebulan ini hujung minggu penuh dengan pelbagai aktiviti .. esok mula mengajar bahasa melayu di sekolah malaysia.. petangnya ada majlis yasinan.. ahad pula jemputan makan .. emmm.. entah bila agaknya aku dapat rehat nie.. tak mengapalah.. berjumpa rakan-rakan dan bertanya khabar.. dan juga bersama-sama sukarela bersama rakan-rakan.. kesempatan ini bukannya selalu dapat dilalui..

Tinggal 2 hari sahaja lagi insyallah akan bermulanya puasa.. tahun ini tahun kedua kami berpuasa di rantau orang.. tapi merupakan pengalaman kali 3 kami berpuasa dan beraya di negara orang.. entah mengapa kali ini semakin hampirnya bulan ramadan.. hati semakin sayu dan rindu.. sedangkan tahun pertama dulu.. puasa aku lalui dengan rasa yang biasa.. hanya bila tibanya bulan ramadan.. selalunya hatiku lebih tenang dan bahagia.. kedatangan ramadan seolah membangkitkan rasa tenang dan tawaduk yang sungguh mendalam..

Tahun lepas juga bulan puasa ku lalui seperti biasa.. entah mengapa.. solat asar tadi rasa itu datang lagi.. suatu rasa ketenangan yang sukar untuk aku gambarkan.. sama seperti rasa yang pernah aku alami ketika bulan puasa dulu.. bukanlah bermaksud selama ini tidak pernah hadirnya rasa sebegini.. namun.. rasa tenang kali ini amat berbeza sekali.. mungkin kerana bulan yang mulia.. Allah berikan rasa dan nikmat yang tidak terhingga kepada umatnya.. Insyallah kan..

Sepinggan spagetti menjadi santapan aku hari ini.. lebihan semalam masih ada bersisa di dalam periuk.. Lama juga aku tidak memasak spaggeti ini.. dulu semasa di Malaysia hampir setiap bulan.. jika tidak pun 2 minggu sekali pasti aku akan sediakan menu ini.. buat pelepas rindu sebuah kenangan semasa di Edinburgh dulu..

Menu ini pertama kali disediakan semasa berada di Edinburgh... masih aku ingat lagi.. buku masakan barat italian cooking yang aku beli mengandungi resepi ini.. lantas hati teragak untuk mencubanya.. cubaan pertama rasanya agak tawar dan hambar.. yelah 100% ikut menu.. lepas itu aku ubah suai ikut citarasa sendiri.. dan sejak itu.. walaupun sekembalinya aku ke Malaysia setahun selepas berada di Edinburgh.. menu ini menjadi wajib buat kami sekeluarga..

Hanya bila berada di sini aku jarang sekali menyediakan menu barat.. entahlah.. dulu rajin juga mencuba.. mungkin dek kesibukan masa dan peluang.. serta keletihan.. aku lebih banyak menyediakan menu malaysia.. dulu.. memasak hanyalah kadangkala sebulan sekali.. itu pun hanya hujung minggu sahaja.. kini.. pagi petang wajib .. hanya sekali sekala sahaja.. bila aku sudah bosan.. pakwe dipaksa take over.. hehehe.. sebenarnya dia masak sedap lagi..(nak ambik hati nie) cuma.. kena tahan lah pedasnya.. boleh tahan jugalah.. kalau tak biasa.. memang menyingau pedas..nak buek camno.. kawan orang nogori.. sejak kebelakangan ini.. kalau pakwe masak je mesti pedas yaa amat.. pesal tah.. rindu masakan nogori yang pedas2 ke.. pelik juga.. bukan sekali dua.. dan beerkali-kali dah.. muskil niee..rindu nak makan pedas-pedas ke apa.. emmm... kena buat spotcheck nie ;)

Pastinya akan ada menu-menu kuih muih yang sedap dan manis buat santapan semasa berbuka puasa.. terlintas juga dihati untuk membuatnya.. tapi entahkan sempat atau tidak.. dan aku juga sudah mula berkira-kira untuk mengadakan jemputan berbuka puasa.. puasa belum lagi.. tapi dah rancang nak buat berbuka puasa.. advance betul hehehe.. bukan apa ada beberapa rakan yang akan pulang ke malaysia semasa bulan puasa ini.. lagipun ada jugalah beberapa pertanyaan dari rakan-rakan rapat... Ina tak nak buat buka puasa ke? nanti leh akak datang... heheheh.. macam kena buat je nie.. Tahun lepas aku jemput satu kampung berbuka puasa... sampai penuh sendat rumah.. tahun ini?? tak tahu lagi.. tengok ruang masa dan tempat dan tenaga.. jika ada yang sanggup nak tolong masak bersama.. mungkin juga akan aku pertimbangkan rancangan ini.. Insyallah..

Selamat berpuasa semua.. semoga hari-hari mendatang diberikan limpahan kekuatan dalam menjalani kehidupan..

Thursday 28 August 2008

Luahan rasa

Kadangkala banyak sungguh rasa dan luahan yang ingin dicoretkan.. ingin juga ditulis dan diluahkan.. malah banyak juga ingin dikongsikan.. mulanya blog ini dihasilkan atas dasar mengisi masa lapang.. mencorat coret cerita suka duka.. dan segalanya..

Namun mengenali dunia blog ini.. sejak beberapa insiden.. aku mula mengerti dan berhati-hati dalam menutur kata bicara.. walaupun kadang kala aku terlepas juga luahan rasa.. kerana ketika jari jemari ini mula menaip.. ia seakan begitu asyik menari tanpa hentinya.. aku kadang seolah terlalu asyik meluahkan apa yang terbuku dihati.. dan jari pula semakin seronok menekan setiap huruf di papan kekunci..

Kadangkala aku terpaksa simpan sebahagian apa yang ada dihati ini.. kerana aku tidak mahu segala yang aku luahkan dijadikan suatu kesempatan.. dan juga begitu mudah untuk dijadikan bahan untuk menilai siapa aku dan peribadiku..

Tapi yang pasti.. cara kita menulis.. menunjukkan peribadi diri kita sebenarnya.. cara kita menitip ayat dan kata juga mempamerkan cara rasa jiwa seseorang itu..

Kenapa isu ini pula menjadi bahan entri kali ini?? entahlah hanya untuk meluah rasa.. aku seolah merasakan tidak ada kebebasan lagi dalam menulis di blog ini.. risaukan macam-macam.. risaukan penerimaan orang.. risaukan kesempatan yang akan diambil oleh orang lain.. dan sebagainya..

Yang pasti selagi terdaya.. blog ini insyallah.. pasti akan diteruskan selagi terdaya.. selagi termampu jari-jemari ini terus menitipkan bicaranya..

Biarlah yang rahsia itu aku simpan di sudut hati dan tatkala berbicara depan mata.. Itu lebih baik.. dan lebih telus luahan jiwanya.. yang pasti.. aku tahu di luar sana ada sahabat-sahabat baikku.. yang sentiasa ada bersama.. susah senang.. duka gembira.. ceria nestapa.. walau apapun cabarannya :)

Wednesday 27 August 2008

Buku percuma..

Ketika sedang sibuk mengutip sampah dari setiap tong sampah kecil dari satu bilik ke bilik semalam di pejabat 'staff development service', aku terlihat sebuah bakul sampah ini yang begitu penuh sekali kandungannya.. beberapa buah buku dicampakkan ke dalam bakul sampah ini.. dalam pada itu aku sempat jugalah jeling-jeling mata melihatkan tajuk buku-buku ini sambil memindahkannya ke dalam plastik sampah hitam..

Beratnya.. kata hatiku ketika mengangkat plastik sampah hitam itu.. bila selesai semua bakul sampah itu dikosongkan dan dibersihkan.. aku bawa plastik sampah ini ke tepi bilik stor.. aku belek satu demi satu buku-buku yang dibuang itu.. kebanyakannya adalah buku-buku pengurusan.. ada yang tebal.. ada yang nipis.. ada yang kecil.. ada yang lama.. ada juga yang baru.. aku menggeleng kepala.. sayang sungguh buku-buku ini dibuang begitu sahaja.. kandungannya masih elok dan pastinya memberi manafaat kepada mereka yang berminat..

Apa lagi sesi memunggah buku.. aku belek-belek setiap buku-buku itu.. dan aku simpan di dalam sebuah kotak dalam bilik stor.. sayangnya.. berkali-kali kata-kata itu hadir dalam hati dan fikiran aku.. agaknya kerana buku-buku ini begitu mudah dan murah didapati di sini.. mungkin sebab itu begitu mudah sekali di tong sampahkan..

Sebenarnya sejak aku berada di sini. sudah banyak buku-buku percuma aku perolehi.. ketika mula-mula berada di CIS.. sudah banyak juga buku-buku komputer yang aku ambil kerana kebetulan ketika itu.. library yang terletak di sebelah bilik study aku ini akan dikemas kini dan banyak buku-buku lama akan dibuang dan diganti dengan buku-buku baru.. masa itu.. apa lagi aku ambil peluang membelek dan mengambil buku-buku komputer.. bertuah juga.. dari buku tentang AI, database, Info system, programming dan macam-macam lagi.. aku ambil dan simpan di rak bersebelahan dengan meja study aku..

Itu pun kadangkala.. kami juga sering terima email dari pensyarah-pensyarah di sini yang sedang mengemaskini bilik masing-masing.. jika ada buku-buku yang ingin mereka buang.. kebiasaannya mereka akan email dan memaklumkan kepada kami untuk mengambil buku-buku berkenaan.. selalunya aku dan Suthanya pasti akan sepantas kilat heheheh.. pergi dan membelek satu demi satu buku-buku yang kami minat.. kalau di Malaysia setiap buku-buku itu pasti berpuluh atau beratus harganya.. di sini.. orang buang-buang dan sedekah sebelah mata je..

Apa pun.. masih ada baki 2 buah buku lagi yang aku tinggalkan di bilik stor di Glasgow Universiti. yang lainnya telah aku angkut dan bawa ke CIS.. dan aku letakkan sederet dengan buku-buku komputer di dalam rak berkenaan.. sejak dulu memang aku suka mengumpul buku-buku yang tidak mengira genre dan kategori.. asalkan menarik dan boleh dibaca.. melihatkan deretan buku-buku ini mengingatkan aku tentang sebuah rak buku di rumah mak di kampung.. sejak aku kecil lagi.. rak buku itu telah ada di situ.. semua buku-buku sejak dari zaman sekolah ayah.. ayah simpan dalam rak buku berkenaan.. dan kebanyakannya terdiri daripada buku-buku sastera zaman sekolah ayah.. buku-buku hikayat.. seperti merong mahawangsa.. hikayat hang tuah.. hikayat malim deman.. dan banyak lagi.. dulu buku-buku itu aku khatam membacanya entah berapa kali.. kadang sampai hafal setiap kejadian dan peristiwanya.. itu belum lagi buku-buku puisi.. sajak.. sejarah malaysia.. dan sebagainya.. sikap ayah yang suka mengumpul buku.. dan membawa pulang buku-buku dari perpustakaan sekolah (ayah aku kan cikgu) untuk kami baca di rumah menyebabkan kami adik beradik jadi hantu buku.. tiap kali ayah bawa pulang naskah-naskah buku itu.. pasti kami akan berebut-rebut untuk membacanya.. dan sikap itu terus menjadi ikutan kami hingga dewasa..

Cuma kini bila menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.. masaku untuk membaca buku-buku genre santai.. novel.. dan sebagainya agak terhad.. bukan apa.. sebab rutin harian membaca jurnal... paper konferens.. artikel ilmiah sudah cukup membuatkan aku letih untuk membaca buku di rumah.. cuma kadangkala aku lebih gemar membaca buku masakan.. kerana sekurang-kurangnya aku ada idea untuk mempelbagaikan masakan di rumah..

Siapa yang tak nak buku-buku percuma kan.. dan sikap mensedekahkan buku ini padaku adalah satu amalan yang cukup baik dan bijak.. kadang melihatkan pelbagai buku yang terbuang begitu sahaja.. pernah juga terbit rasa dihati untuk kutip semua dan sedekahkan pada sekolah-sekolah di malaysia.. sekurang-kurangnya ada juga manafaatnya.. nantilah jika ada buku-buku percuma lain.. Insyallah akan aku kumpulkan.. dan bawa pulang ke tanahair.. jika aku tidak lagi mahu menyimpannya.. akan aku sedekahkan pula pada perpustakaan sekolah.. atau balai-balai raya di kampung yang ada.. sekurang-kurangnya.. ilmu itu berterusan dan tidaklah terhenti setakat dalam tong-tong sampah di UK ini..

Tuesday 26 August 2008

Kisah bulan puasa

Hari ini aku masih ke tempat kerja petang tadi..

Ketika sedang sibuk menukar plastik sampah di meja boss baru.. (selalu memang time nielah diorang suka sembang dengan aku.. sebab masa nielah aku akan pergi dari satu meja ke meja.. masa inilah diorang ambil kesempatan nak borak dengan aku), dalam kesempatan berbual itu.. aku sempat juga beritahu dia tentang kedatangan bulan ramadan yang akan bermula pada minggu depan.. sebenarnya kebanyakan mereka tahu tentang bulan ramadan ini.. kerana ketika aku sebut fasting month.. terus boss ini sebut ramadan.. aku iakan kembali..

Seperti biasalah pasti soalan bagaimana aku boleh lalui seharian tanpa setitik air dan makanan akan ditanya .. lantasku jawab.. Kebanyakan kami telah dilatih sejak kecil lagi.. dan ini sudah menjadi kebiasaan bagi kami.. kataku.. jika aku sendiri, bermula puasa pada usia dewasa ini.. pasti aku pun akan menghadapi sedikit sebanyak kesukaran untuk berpuasa.. Sudah tentu pada pandangan mereka berpuasa itu kelihatannya agak sukar untuk dilaksanakan apatah lagi melaluinya seharian selama sebulan.. Apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah melalui pengalaman seperti ini.. pasti akan ada rasa kemuskilan yang tinggi.. Aku mengerti persoalan itu.. Namun aku masih ingat kata-katanya.. sudah tentu aku melalui kewajiban berpuasa ini atas dasar 'faith' pada agama yang aku anuti.. dan sudah tentu juga.. atas sebab itu.. pastinya ada limpahan kekuatan 'strength' yang akan dikurniakan oleh tuhan kepada mereka yang berpuasa.. aku jadi terpegun mendengarkan komennya.. seorang bangsa asing yang berlainan agama juga mampu berfikir begitu.. Mendengarkan penjelasannya yang begitu berhikmah.. buatkan aku lebih hormati boss baru ini.. dalam hatiku lantas berkata.. pastinya dia juga antara mereka yang kuat beribadah.. aku tersenyum mendengarkan kata-katanya..

Dalam pada itu juga sempat jugalah aku ceritakan serba sedikit suasana berpuasa di Malaysia.. kemeriahan pasar ramadan yang menjual pelbagai makanan.. yang hanya boleh dilihat pada bulan ramadan.. kemeriahan membeli belah beberapa minggu sebelum menjelangnya hari raya.. Lantas dia katakan tidak jauhnya persamaan itu buat mereka apabila tibanya sambutan hari X'mas.. lantas aku akui kesamaan itu.. sempat jugalah aku ceritakan suasana malam beberapa hari sebelum hari raya.. kemeriahan.. lampu 7 liku yang pasti akan dipasang oleh adik lelakiku.. keseronokan bermain buang api.. mercun.. pesanan mak setiap kali malam raya untuk aku sediakan beberapa kek raya.. yang mana semua itu tidak dapat aku rasai dalam tempoh 3 tahun ini..

Dia yang mendengar kisahku itu sungguh teruja sekali... katanya ini pertama kali dia mendengar cerita begini.. lantas dia kata apa pun.. pengalaman berpuasa dan berhari raya di negara orang pastinya satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku.. dan aku setuju sangat dengan pendapatnya..

Secara tidak sedar aku telah memperkenalkan serba sedikit tentang budaya rakyat malaysia pada seorang scottish.. perbualan tadi sungguh bermakna sekali.. aku terus jadi rindu dengan kampung halaman.. namun aku tetap berasa bangga kerana mampu menceritakan kisah bulan puasa dan hari raya itu kepada seseorang yang berbangsa lain, beragama lain dan pastinya mereka yang bukan tinggal di Malaysia.. dia juga teruja mendengar kisahku tadi.. katanya ini adalah satu cerita yang menarik untuk diceritakan pada staf yang lain.. aku tersenyum kembali..

Apa juga aku rasa bangga.. bila berkelana di negara orang ini.. sedikit sebanyak kita lebih menghargai budaya.. agama.. dan kemakmuran negara sendiri.. selama ini tidak pernah terfikir pun untuk berkongsi pengalaman sendiri pada bangsa lain.. tetapi apabila berada di negara asing.. dan mampu menjelaskan dan menceritakan keseronokkan perayaan.. pengalaman.. dan turut juga menjelaskan sebab dan musabab mengapa terhadap sesuatu perkara itu.. pastinya satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan

Malah apabila aku ditanya mengapa harus berpuasa.. dan secara tidak langsung.. otak aku laju memikirkan jawapan.. dan terus menjelaskan sebab dan alasan mengapa kita diwajibkan berpuasa.. manafaatnya.. selama ini bukanlah tidak tahu.. kebanyakan sebab itu telah lama diketahui tetapi oleh kerana pertanyaan begini tidak pernah ditanya oleh orang lain, kenapa dan mengapa.. secara tidak sedar kita mengambil sikap tidak ambil peduli.. tetapi bila persoalan begitu ditanyakan.. barulah kita menyedari dan muhasabah diri.. atas mengapa itu wajib dilakukan..

Aku bersyukur.. berkelana ke negara orang menjadikan aku berfikir kembali akan asal usul sesuatu perbuatan dan kejadian.. aku mendapat peluang untuk bermuhasabah dan memikirkan sesuatu perkara yang selama ini sering aku ambil mudah.. bila kita jadi jauh dari keluarga dan negara.. memang benar kita jadi lebih menghargai..

Apapun.. aku gembira dengan perbualan petang tadi.. aku tersenyum mengenangkannya.. sedikit sebanyak.. sedikit ilmu dan maklumat telah aku sampaikan pada insan lain.. dan aku juga belajar dari perbualan tadi.. aku juga belajar dari apa yang ada di sekelilingku.. dan Insyallah moga Allah bukakan lebih banyak ruang dan peluang untuk aku terus belajar dan menghargai setiap sesuatunya..

Monday 25 August 2008

Rasa dan terasa?

Isnin.. permulaan hari bekerja dan belajar.. bila tiba je hari isnin nie mood pun mulalah tak menentu.. maklumlah 1st day kan.. namun gagahkan jugalah untuk bertandang ke CIS.. buat terkejut lagi.. aku orang yang pertama sampai ke bilik (bilik lain rasanya dah ada orang).. masih banyak ruangan yang masih gelap.. hanya sekali sekala kedengaran suara mesin kopi menghancurkan biji kopi yang datangnya dari bilik 'pantry' di hadapan bilik ku..

Cuaca hari ini hujan semula.. ketika melangkah kaki keluar pintu rumah.. kelihatan hari demi hari semakin lewat terangnya.. selalunya apabila keluar pada pukul 5.50pg.. selalunya pagi agak cerah.. hari ini nampaknya masih agak gelap.. lama kelamaan... pastinya pada waktu itu.. pagi akan menjadi semakin lewat cerahnya..

Isnin selalunya kami akan habis kerja lebih awal.. pukul 9.00pagi berbanding dengan hari lain yang tamatnya pada pukul 9.30pg.. selalu jugalah terkejar-kejar untuk menaiki bas pukul 9.31 atau 9.32.. selalunya kami takkan sempat mengejar bas itu.. nak tak nak tunggulah bas lain selepas 10 minit.. selalunya kami akan berkira-kira siapa yang sampai dulu ke bus stop tu.. selalunya aku pasti sampai agak lewat.. yang lain-lainnya pastinya lebih awal.. hairan juga dengan diorang nie.. berlari ke apa hehehe.. rasa kadangkala tu macam dah keluar awal dah.. tapi mesti sampai antara yang terakhir ke bus stop tu ;) takpelah.. janji dapat naik bas sama-sama.. kan

Cuaca yang mendung, suram, hujan dan berangin seolah sealunan dan serentak dengan mood aku hari ini.. semenjak sedang dalam proses baikpulih badan dari demam, batuk, selsema, asma.. mood juga jadi tidak menentu.. macam-macam rasa datang bertandang.. selera makan juga kurang.. teringin jugalah untuk makan macam-macam.. tapi nak memasak malas.. leceh.. dan sebenarnya tak larat sangat.. minggu lepas aku terbaukan kuah kacang dan rendang ketika sibuk bekerja petang.. entah mengapa bauan itu begitu kuat sekali menusuk ke liang deria bauku.. terus teringatkan mak di kampung.. teringatkan lauk pauk itu yang pastinya mak akan masak bila menjelangnya raya.. aih.. puasa pun belum lagi.. aku dah nak raya dulu ke apa.. entahlah.. aku memang begini.. bila nak baikpulih dari demam sahaja pasti ada sahaja yang teringin untuk dimakan.. dan mulalah badan dan fikiran melayang-layang memikirkan banyak perkara.. selalunya bila baik demam aku pasti akan mencari susu coklat buat minuman.. wajib.. mesti kena beli.. dah semenjak minggu lepas lagi dah berbotol-botol susu coklat ini aku beli untuk mengembalikan seleraku.. sudah terbiasa semenjak remaja.. bila baik demam je.. mesti kena beli susu coklat.. tapi sayangnya susu coklat di sini rasanya agak kurang sedap.. dan juga tidak banyak pilihan dan jenama.. lainlah jika di Malaysia.. jenama dutchlady atau nespray.. pasti menjadi pilihan aku setiap bulan.. inilah.. kan dah kata.. aku dah mula teringin macam-macam..

Sebenarnya.. lewat petang semalam aku sedikit terasa hati dengan seseorang.. entahlah sebenarnya aku malas nak melayan sangat rasa dan terasa hati ini.. kita dah kenal lama.. dah tau perangai masing-masing.. dan apa ada dalam hati masing-masing.. cuma kadangkala hubungan persahabatan itu memang banyak cabarannya.. banyak dugaannya.. kadang teralpa jua.. cuma janganlah berfikir yang bukan-bukan pintaku.. sebenarnya aku kini sudah menjadi orang yang malas untuk terlalu memikirkan sesuatu.. nanti hati ku gundah gulana.. semenjak banyak insiden berlaku.. aku terus ambil sikap malas dan buat tak tahu sahaja.. bukan tidak mahu memikirkan.. cuma kadangkala aku perlu tahu mana yang penting dan mana yang tidak.. dan aku juga perlu utamakan mana yang perlu.. kalau semua nak aku fikir pada masa yang sama.. emmm entahlah.. mahu aku takkan dapat lenakan mata buat beberapa minggu.. yelah semua nak kena fikir kan..

Aku tahu kadangkala aku mendiamkan diri tanpa khabar berita sekian lama.. itu bukan bermakna aku lupa.. cuma kadangkala masa dan keadaan membatasi segala-galanya.. Kadang aku hanya mahukan sedikit pengertian tentang kehidupan aku di sini.. itu sahaja.. cara hidupku di Malaysia dulu dan kini sudah banyak bezanya.. keperluan hidup.. tuntutan tanggungjawab.. rasa dan fikiran yang sedia ada.. kerisauan.. sudah terlalu banyak.. risau dihatiku sudah terlalu banyak sebenarnya.. bebanan perasaan tentang keluarga di kampung sudah cukup buat aku kadangkala lesu dan letih.. bebanan study.. apatah lagi.. kerisauan hati.. jangan cakaplah.. rasanya perkara-perkara ini pernah aku ceritakan dulu.. sebenarnya cerita terkininya tidak banyak berubah masih sama.. cuma aku sudah jarang sekali menceritakan semuanya.. kenapa? kerana aku malas untuk terus memikirkannya..

Biarlah aku tamatkan hari ini dengan rasa untuk ceria dan bertenang lenang.. walau apa juga yang mendatang itu.. seharusnya terus dilalui.. terus dihadapi.. bulan puasa pun tidak lama lagi kunjungnya.. rutin kehidupan juga terpaksa diubah lagi.. masa juga terpaksa dibahagi-bahagikan.. keperluan juga perlu difikirkan.. yang lepas itu lepaslah.. jangan terasa hati sangat.. jangan dilayankan sangat perasaan itu.. dan bak kataku dulu kan.. usah dilayan rasa rajuk dihati.. nanti cepat tuanya ;)

Saturday 23 August 2008

Cinta dihatimu

Semalam kami berbual panjang tentang kehidupan.. setelah sekian lama menghilangkan diri dari ruangan bilik itu.. Kesempatan itu kami gunakan untuk berbual seketika.. Agaknya dia rindukan perbualan harian kami.. telah beberapa hari aku tiada di bilik itu.. pastinya dia rasa bosan dan dikesempatan itu entah bagaimana sahabat baikku seorang ini membangkitkan persoalan cintanya padaku.. katanya selama ini dia begitu malu dan takut dengan lelaki.. malu untuk mengenali mereka.. segan.. dan acapkali jua ingin melarikan diri..

Ku katakan padanya.. berkawanlah dulu.. ibaratkan bagaimana dia mula mengenaliku.. pastinya pandangan pertama itu berbeza.. lalu komennya tentang diriku pada pandangan pertamanya.. katanya aku terlalu serius.. raut mukaku begitu serius.. aku ketawa.. aku katanya ini bukan kali pertama aku mendengarnya.. sudah kerap kata-kata ini diucapkan kepadaku.. lantasku katakan.. nah.. itu penilaianmu kali pertama.. tetapi pabila kita sering bersama.. dan masa berlalu.. kita jadi rapatkan.. dan kini aku pasti dia lebih mengenali sifatku.. dan juga tidak mustahil dia akan jatuh cinta denganku.. mulanya aku sahaja menguji.. tapi bila berulangkali ku katakan.. "Do you think you will fall in love with me? if I'm a guy?" lalu dibalas dengan anggukan kepalanya.. lalu ku katakan begitulah rasa cinta mampu hadir.. bila kita rasa selesa..rapat.. seronok.. tidak mustahil rasa cinta itu mampu ada dalam diri.. semuanya mengambil masa..

Untuk mencintai sudah tentu ambil masa.. ia tidak mungkin berlaku sekelip mata kecuali cinta pandang pertama.. aku sendiri tidak pasti pengalamannya.. kerana aku sendiri tidak pernah ada satu cinta yang mampu ku katakan pandang pertama dan terus jatuh cinta.. selalunya cinta yang pernah hadir mengambil masa.. aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta.. tetapi aku mudah jatuh cinta bila mengenali seseorang sekian lama.. mengenali hati budinya.. sikapnya.. tingkah lakunya.. pendiriannya..

Aku faham.. setiap yang ingin bercinta dan mencintai pastinya ada ciri-ciri yang diletakkan pada insan yang ingin dicintai.. tapi percayalah.. padabila jatuh cinta kadangkala tidak semua ciri-ciri itu dipenuhi sepenuhnya.. mungkin sebahagian sahaja.. mungkin sedikit sahaja.. mungkin juga tidak ada satupun diantaranya.. namun mungkin juga memenuhi semua ciri itu.. tapi mencari kesempurnaan ke semua ciri itu tidak semudahnya..

Cinta memerlukan pengertian.. perlukan pengorbanan.. perlukan restu... perlukan kejujuran.. perlukan keikhlasan.. perlukan juga persefahaman.. dan perlu juga ada keselesaan.. Apa juga definisi dan keperluannya.. itu pasti berbeza bagi setiap mereka..

Aku katakan pada sahabatku.. janganlah terlalu lama menantikan cinta.. jangan juga terlalu memilih-milih dan berkira-kira.. andai jumpa yang sesuai dan selesa di mata dan hati.. mintalah restu keluarga.. pasti kita semua mahukan kesudahan yang bahgia dan baik untuk kehidupan masa depan.. aku ulangi kata-kata perliku padanya.. jangan tunggu umur 60tahun untuk bercinta Suthanya.. nanti aku sudah terlalu tua untuk ke majlis perkahwinanmu.. aku tidak mahu bertongkat ke situ.. ku katakan begini kerana dalam gurauannya.. dia katakan dia mahu berkahwin dalam usia 50 atau 60 tahun.. aduisss kawan aku sorang nie.. nak kawin dah tua-tua pulak.. ;)

Berulangkali juga ku katakan padanya.. jangan mendoakan dan mengatakan sesuatu yang tidak elok untuk diri sendiri.. kerana dia sering kata tiada sesiapa ingin bercinta dengannya.. nanti dah tua baru nak kawin.. dah bertongkat baru nak naik pelamin (siap dengan gaya nenek tua terbongkok-bongkok berjalan dia tayangkan depanku) aku tergelak-gelak sambil menggeleng kepalaku melihatkan lakonan kawanku sorang nie.. selalu juga aku ingatkan.. katakan yang baik-baik sahaja, kata-kata itu adalah doa.. With God willing.. I believe you will meet someone who will love you.. take care of you.. be with you.. and stay with you forever.. aku sering doakan yang terbaik untuknya..

Apa juga cinta di hati setiap insan punya tafsiran tersendiri.. punya makna dan erti sendiri.. aku juga punya definisi cinta yang sendiri.. walau apa juga ertinya cinta di hati punya pemiliknya.. Cinta di hatimu milik siapa? Pasti anda semua ada jawapannya..

Cinta...

Adakala sukar untukku ertikan maknanya..
Bahgiakah aku dengan rasa cinta ini..
Gembirakah aku..
Tiada siapa yang mampu mengupas makna disebaliknya...

Kasih..

bersama rasa cinta kau wujud bertakhta..
mengetok pintu hatiku..
dengan rasa cinta bertaut indah..
ku usap wajah indah mu..
dan ku peluk hatimu...
bersama rasa kasih dan cintaku
dengan impian yang menggunung agarku tetap bersamamu
hingga ke akhir hayatku di sisimu..
dari dulu, kini dan buat selamanya..

Sayang...

ucapan itu ku sebut saban hari..
kerap ku tanya untuk ku tahu hatimu..
ikhlaskah kau menyayangi ku..
selebar dan seluas manakah sayangmu..

wahai kekasih..

mampukah kau gambarkan pada ku..
supaya resah dihatiku tidak terus beraja..
dan keyakinanku pada rasa sayangmu akan sentiasa utuh disanubari..

Cinta.. kasih.. dan sayang..

ku cuba gabungkan semua rasa itu..
supaya dapat kusebatikan
dalam hati dan sanubari..
dan tinggal kekal bersama jiwaku ini..
mungkinkah ia dapat ku satukan.. dapatkah
atau hanya dapat ku gapai salah satu darinya sahaja...
adakah begitu.. ku harap tidak..
biarlah yang ku sangka panas sepanjang hari akan kekal begitu..
dan biarlah hujan datang keesokkan harinya..
ku panjatkan doa kepada-Nya..
agar rasa itu akan kekal bersama dalam hidup kami...
jua dalam hidup semua insan yang bergelar manusia...
dan bersemadi kukuh dalam diri sahabat-sahabatku..
yang ku anggap kawan baik buat selamanya....

Sajak iniku tulis pada awal bulan disember 2005.. hampir 3 tahun sajak ini ku simpan kemas dalam entri sebuah blog yang dirahsiakan.. pernah aku paparkan seketika.. dan ada juga pernah membacanya sebelum ini.. entah mengapa kali ini aku ingin kongsikan rasa hatiku ini setelah sekian lama..

Cinta, kasih dan sayang.. aku pasti ada yang mengerti hatiku.. hanya mampu ku katakan.. rasa-rasa itu tetap kekal ada di hati..

Friday 22 August 2008

Pukul 6.00petang di Bandar Glasgow

Selesai waktu kerja aku terus bergegas ke city centre.. pakwe minta aku keluarkan duit petang ini juga.. dahlah tu kena keluar note english..

Selalunya di bahagian scotland ini duit pound adalah dalam notes scotland.. masih laku sebagai pound sterling tetapi kebanyakan urusniaga di daerah scotland ini.. duit notes scottish lebih laku dan banyak digunakan.



Sambil berjalan menuju ke HSBC bank..

Aku terlintas untuk merakam suasana petang di bandar besar Glasgow ini.. selalu dah berjalan-jalan di sekitar bandar tetapi aku tidak pernah merakam sekeping pun gambar di sekitarnya.. maka tadi aku ambil kesempatan untuk mengambil beberapa gambar.

Di sepanjang jalan Buchanan street
Gelagat Manusia dan kebanyakan mereka pulang dari kerja dan membeli belah

Ketika menunggu bas untuk ke Sauchiehall street.. deretan kedai di Glasgow ini terlalu panjang.. malas nak berjalan kaki..

Sekitar tempat tunggu bas..



Aku rakamkan gambar bangunan berhampiran


Di sepanjang Sauchiehall Street (selepas turun dari bas 20 di hope street menuju ke Sauchiehall street)

Deretan cafe..



Starbuck coffee


Menuju ke Buchanan Galleries dan John Lewis

Kedai Arts berhampiran


Bangunan Glasgow Royal Concert Hall



Kedai berhampiran

Sainsbury Central Glasgow.. nak beli air dan buah sikit..




Ke University of Strathclyde Sport Centre, temujanji untuk main pingpong..



Akhirnya kami bermain pingpong selama 1 jam.. lama tak beriadah..

Seronok walaupun tak reti sangat main hehehe.. terlebih kuasa lak.. sampai asyik kena smash je.. tapi bagus untuk daya tumpuan sebab kena fokus bola tak boleh keluar dari meja pingpong tu.. menyeronokkan walaupun asyik kena kejar bola pingpong yang terkeluar kawasan hehehe. biasalah baru belajar main.. seronok.. dan akan ada lagi temujanji begini untuk isi masa lapang..

Takziah

Pagi ini aku terima email dari Rusdi memaklumkan tentang berita kematian dan kemalangan yang menimpa sahabat sekerjaku di Malaysia yang turut dipaparkan dalam surat khabar Kosmo. Disamping komen dari madam lieza tentang perkhabaran yang sama. Ya Allah sedihnya mendengar perkhabaran ini.. semoga dia kuat untuk menghadapi hari-hari dan Allah jua tempatkan suaminya di kalangan orang yang beriman.

Meninggal selepas selamat anak

ALOR STAR - "Dalam keadaan tersepit arwah sempat hulurkan anak lelakinya kepada orang ramai sebaik keretanya terjunam ke dalam terusan bagi mengelakkan bayinya lemas.''

Demikianlah cerita Azmi Din, 56, ahli keluarga kepada tiga beranak yang menaiki Proton Wira yang terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan Wan Mat Saman di Batu 5, Tandop pagi semalam.

Menurut beliau, orang ramai kemudian menghubungi bomba dan sama-sama cuba menyelamatkan Mohd. Akashah Abdullah, 28, dan isterinya Asmawati Ariffin, 28, yang tersepit dalam kereta.

Bagaimanapun, katanya, malang bagi Akashah dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Azmi, bapa saudara kepada Asmawati memberitahu, Asmawati dirawat di ICU.

Bagaimanapun, ujar beliau, anak Asmawati, Mohd. Omar, 1, tidak cedera tetapi dia perlu diberi pemerhatian doktor.

Katanya, keluarga malang itu dalam perjalanan dari Tanjung Malim untuk pulang bercuti di rumah keluarganya di Jalan Pegawai dan Taman Serindit di Jalan Langgar di sini.

Dalam masa sama, mereka juga bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka serta menziarah sepupu yang baru berkahwin pada minggu lepas.

Tambah Azmi, Akashah menetap di Tanjung Malim dan arwah bekerja sebagai pegawai bank di situ manakala isterinya merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Ada sedikit pembetulan nama beliau yang sebenarnya adalah Asma Hanee bukan Asmawati.. Sedikit sebanyak perkhabaran ini juga mencuit rasa dan membangkitkan rasa sayu dan sedih. Semoga Asma kuat menghadapi dugaan ini.. usianya pun masih muda.. Tabahkan hati.. dan aku juga tiada kata-kata untuk diucapkan lagi.. semoga Allah berikannya kekuatan..

Thursday 21 August 2008

Selsema dan Perjuangan

Hari ini selepas kerja aku ke CIS.. ketika menunggu bas 44 untuk ke city centre aku terima SMS ini

How r u? I did not see u many days. U are not well? Hope u get well soon. Someone miss u ;)

Aku tersenyum panjang.. hehehhe.. sampai kak Ina yang duduk sebelah aku tegur.. "Sms dari siapa Na"

"Alah kawan baik ler kak sapa lagi"

"Suthanya ke?"

"Ahah dialah" Lalu aku tunjukkan sms itu kepada kak Ina..

Rindu pulak minah nie dengan aku.. yelah dah 4 hari aku tak ke CIS.. sejak Jumaat lepas.. sebab demam. Selasa pula aku ke universiti tetapi aku ada kelas pagi itu hingga ke pukul 3.30ptg.. sepatutnya aku rehat selama 1 jam untuk makan tengahari.. tetapi malangnya student yang ada di situ tak nak rehat.. tension ye aku.. terpaksalah aku melayan kerenah mereka.. ada yang nak buat assessment ler.. nak minta aku tunjukkan solution ler.. nasib baik juga aku bawa sushi yang aku beli dari tesco.. aku hanya makan di dalam lab sahaja.. penat dan letih usah dikatalah.. Lagipun memandangkan kelas yang terakhir.. dengan bilangan pelajar yang 11 orang itu.. macam-macam kerenah.. email tak success ler.. formula tak reti guna ler.. insert picture tak boleh ler.. photo tak appear ler.. terkejar-kejar aku dari satu meja ke meja yang lain.. uihh.. membuatkan aku teringat zaman muda-muda masa mula mengajar dulu (macam ler dah tua bebeno ye). Apa juga.. tua pada umur.. tapi muda dihati hehehe..

So aku pun reply sms Suthanya.. "I'm on my way to university. I know you miss me. So you have to buy me lunch today"

Tak lama bas pun sampai.. dan aku panjangkan langkahku ke CIS selepas beberapa hari menghilangkan diri.. sempat jugalah aku buat minuman hot coklat dan instant sweatcorn sup yang sedia ada dalam laci study aku.. melayan jugalah kerenah Suthanya sekejap.. berbual seketika.. katanya dia bosan kerana hanya dia dan Richard sahaja di bilik.. Mas sedang bercuti mengelilingi eropah selama 2 minggu mengikuti tour Kelana Convoy. Aku pulak badan tak berapa sihat sangat.. so aku lebih banyak duduk di rumah study dari rumah sahaja.. bukan apa sebab bila tenghari je mesti badan semacam je.. batuk dan selesema menjadi-jadi.. sebab itu aku lebih suka duduk di rumah.. at least kalau nak cari ubat semua ada di dapur..

Seperti aku katakan tadi.. tengahari je.. batuk dan selsema aku datang balik.. waaa tensen ye aku.. tahan tak tahan.. akhirnya aku ambil keputusan balik rumah.. bukan apa tiba-tiba kepala menjadi terlalu berat.. dan rasa mengantuk datang tanpa boleh ditahan-tahan lagi.. aku seolah-olah mamai sangat.. aku ucapkan selamat tinggal kepada Suthanya dan aku terus balik ke rumah.. sedang menunggu dan duduk dalam bas pun aku boleh terlelap.. aku betul-betul tak tahan.. pelik sebab rasanya aku tidak mengambil sebarang ubat selsema.. yang jenis mengantuk tu.. tapi rasa mengantuk itu terlalu kuat.. sampai rumah.. salin baju.. aku terus tidur.. dengan tak makan tengahari.. aku lena hampir ke pukul 3.00ptg.. masa untuk pergi kerja.. aku gagahkan diri juga.. esok aku harus berikan jawapan untuk keputusan aku kepada John.. sebab itu aku gagahkan diri juga.. andai esok aku berhenti.. sekurang-kurangnya aku tidak mengambil kesempatan untuk ponteng kerja.. aku bukan jenis yang main tinggal kerja begitu sahaja.. aku lebih suka cara baik.. kalau nak berhenti pun.. biar semua pihak puas hati.. aku tidak mahu bertindak terburu-buru.. Insyallah.. esok aku harus putuskan keputusan itu..

Esok juga merupakan hari terakhir James di Legal House.. dia akan berpindah ke Edinburgh.. tidak ada lagi kawan yang berbual dan rajin bertanya tentang aku lagi di legal House.. sedih juga.. selama hampir setahun di situ.. Jameslah satu-satunya yang sering tegur aku.. kadang kala siap tinggalkan makanan lebihan daripada kursus latihan yang dijalankan untuk aku.. tiada lagi lah kata-kata "How you doing Lina" yang saban waktu aku dengar dari James.. kadangkala bila letih.. melihat muka James yang sentiasa tersenyum mampu membuatkan aku sedikit lega dan tersenyum.. Perpindahannya ke Edinburgh menyebabkan aku bakal kehilangan seorang rakan yang baik.. namun aku pasti itu adalah untuk kebaikannya.. dia sudah bosan berulang-alik setiap hari.. kos perjalanan yang hampir ratusan setiap bulan.. keletihan dan masa yang terbuang oleh perjalanan yang jauh.. kini semua itu dapat dielakkan dan dijimatkan. Aku tumpang gembira untuk James.. tadi juga James ajak aku dinner malam esok.. katanya esok malam selepas waktu kerja dia dan beberapa staf di Legal House akan keluar minum di Pub.. Katanya selepas waktu kerja.. lagipun aku tamat kerja pukul 6ptg.. mereka mungkin keluar lebih awal lagi.. serba salah juga untuk menolak pelawaan itu.. tapi memikirkan untuk masuk ke Pub.. melihat mereka minum arak.. wine.. champagne.. beer.. whisky.. membuatkan aku lagi serba-salah.. pening kepala aku bila terpaksa berhadapan dengan situasi begitu.. pengalaman dinner di sebuah pub di Aberdeen semasa konferens tahun lepas sudah cukup bagi aku.. itu belum lagi mata yang memandang sinis.. seorang gadis muslim bertudung masuk Pub.. itu sudah tentu.. sudah banyak insiden minum arak ini aku hadapi.. semasa majlis x'mas party tahun lepas juga.. air-air ini juga disajikan.. baik di legal house dan juga di universiti (di bawah department learning services untuk meraikan kami yang menjadi tutor). Namun jika ikutkan hati aku memang teringin untuk pergi atas dasar meraikan perpindahan James itu.. lagipun dia rapat denganku.. kalau orang lain.. jangan haraplah aku nak pergi.. tapi.. aku tak pasti.. kemungkinan besar untuk aku pergi mungkin tidak akan terjadi.. mungkin sekadar aku ucapkan selamat maju jaya sahaja petang esok.. semoga kami berjumpa lagi.. Kawan datang dan pergi kan.. tapi kenangan bersama mereka sentiasa ada di sanubari..

Aku terlupa.. pagi tadi aku terima satu email daripada kak Ramlah memaklumkan kemalangan yang dihadapi oleh seorang rakan di tempat kerja di Malaysia. Kami sama fakulti. Suaminya meninggal dalam kemalangan itu.. dan dia sendiri juga sedang dirawat.. Innalillahirojiun.. Semoga arwah suaminya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Sedih mendengar perkhabaran ini.. rasanya mereka berkahwin dalam tempoh kurang dari 5 tahun.. mendengarkan perkhabaran begini, membuatkan aku terfikir juga.. andai itu yang terjadi pada diriku.. bagaimana pula penerimaanku.. Takziah untuk keluarga Asma Hanee..

Apa juga kehidupan harus diteruskan.. Jodoh, pertemuan, hidup dan mati adalah hakikat yang harus dihadapi oleh semua yang hidup.. itulah dugaan dan cabaran kehidupan.. adakalanya duka nestapa.. gembira ceria. Semua itu untuk menguatkan semangat kita.. meneruskan kehidupan.. berjuang menuju kejayaan.. kemanisan kejayaan itu lebih bermakna jika semua dugaan dan cabaran itu kita mampu lalui dengan sekuat dan secekal mungkin.. Dulu aku juga pernah menangisi kehidupan dan nasib diri.. tapi bila tahun berganti.. dan masa berlalu.. rasa-rasa itu sudah menjadi terlalu tepu dan lali.. putus asa.. alhamdullilah hingga kini masih belum mampu singgah kekal dalam diri.. hanya sekali sekala ia singgah sementara dan aku jadi hanyut seketika.. itu lumrah sebagai insan biasa.. tidak sentiasanya kita kuat dan cekal.. tapi bila leka dan alpa.. aku syukur kerna punya sahabat, teman, kekasih dan keluarga yang sentiasa mengingati dan menyokong setiap perjalanan itu.. kadang tidak dinafikan aku juga jatuh dan rasa tidak mampu bangun lagi.. tapi melihatkan dan mengenangkan bahawa semua itu ada hikmahnya.. ada sebabnya.. ada alasannya.. aku teruskan juga kehidupan.. teruskan juga senyuman.. teruskan juga perjuangan.. kadang singgah juga rasa dan fikiran yang cuba merobek harapan dan meruntuhkan semangat.. namun.. cuba sedaya mungkin untuk disingkirkan..

Insyallah.. kuatkan semangat.. fikirkan yang manis dan keindahan.. aku tepis kekusutan dan segala yang buruk untuk singgah kekal dalam diri.. Insyallah.. buat semua sahabat.. teruskan hidup.. cekalkan jiwa.. kuatkan semangat.. kita teruskan perjuangan.. teruskan impian.. dan terus mengejar harapan..

Wednesday 20 August 2008

Hujan Lagi

Sudah beberapa hari ini hujan turun tanpa henti.. kadangkala turun sebentar.. berhenti seketika.. panas membahang namun petangnya hujan turun semula dengan lebatnya.. atau ada ketikanya.. rintik-rintik kecil yang sentiasa disertai oleh angin sejuk yang menggila dinginnya..

Hari ini hujan turun lagi.. kini payung menjadi teman setia saban hari.. pasti ada didalam beg.. tidak boleh ditinggalkan lagi.. hujan datang setiap hari.. hendak atau tidak.. suka atau tidak.. ia pasti hadir..

Hujan itu rahmatkan.. saban hari juga menjadi topik perbualan kami di sini.. kebanyakan mereka sungguh sensitif dengan cuaca setiap hari.. bila hujan sahaja.. mereka semua pasti merungut.. leceh.. sejuk dan macam-macam.. kadangkala aku menyampuk juga.. ku katakan hujan di Malaysia lebih lebat.. payung sekecil ini tidak mampu menampung curahan hujan yang begitu lebat.. itu belum lagi dengan bunyi petir dan guruh yang saling sabung menyabung..

Apa juga aku bersyukur.. hujan walaupun hadir.. dengan nama sebutan "shower rain" dikenali.. turunnya hujan seolah-olah percikan air yang turun dari penyembur air mandian di bilik air.. agak-agaklah jika mereka menerima hujan seperti mana lebatnya di Malaysia.. mahu ada yang merungut lebih-lebih lagi..


Hujan.. datang bersama rahmatnya.. Musim hujan begini.. seolah mengamit rasa mengantuk untuk beradu.. malah turut membuatkan aku rindu kampung halaman.. Rindukan keindahan selepas hujan.. dan rintik-rintik hujan yang tinggal di dedaunan..

Segar.. Indah dan istimewa

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin