Soalan ini pastinya satu soalan yang biasa ditanya. Kenapa kita nak berblog ekk?? Jika ditanya pada setiap blogger pastinya jawapan yang diberikan berbeza.. dan mungkin juga ada yang kedengarannya sama..
Kebiasaannya setiap penulis blog mesti mempunyai 1 blog.. kadang ada yang punya 2.. kadang ada yang punya 3 blog.. atau 4 atau 5.. ikutlah.. dimana setiap blog itu mempunyai fungsi yang berbeza-beza.. Aku sendiri punya 2 blog di blogspot.. blog kedua dilahirkan atas permintaan seorang rakan.. sebuah blog perjalanan kembara aku.. mudah untuk aku coretkan semua kisah pengembaraan yang telah, sedang dan bakal aku lalui..
Aku berblog sebenarnya dah lama.. sejak 5 tahun yang lalu.. tetapi lebih bersifat peribadi.. tidak pernah aku jadikan ia sebagai bacaan awam.. cukup untuk bacaan sendiri.. tiap kali aku tensen.. ingin meluah rasa.. di situ aku menulis.. kini 'blog provider' itu juga telah ditamatkan riwayatnya..
Aku mula berblog secara suka-suka selepas 6 bulan kembali ke bumi UK ini.. tahun 2007. Seingat aku sehari sebelum hari lahir aku rasanya.. Sebenarnya tujuan berblog ketika itu lebih untuk berkongsi aktiviti yang aku lalui.. terutama bila ada aktiviti bergambar.. bukan apa sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan yang ada di merata dunia ini.. selalunya kami sering menghantar email untuk bertanya khabar dan menghebahkan apa yang kami lakukan.. Sebenarnya aku berblog setelah melihat blog seorang rakan di Sheffield.. hahaha.. rasa teruja nak mencuba blog dengan lebih terbuka..
Awal aktiviti berblog aku hanya sekadar membuat laporan aktiviti.. lama kelamaan.. aku mula menulis lebih bersifat peribadi.. banyak juga perkara yang aku luahkan.. hinggalah satu insiden pahit yang aku lalui pada pertengahan tahun 2008.. atas sifat terbukaan aku dalam menulis.. Blog ini dijadikan bahan untuk sasaran beberapa individu.. Heboh jugalah ketika itu.. dan masa yang sama pengunjung blog bertambah dengan mendadak sebab ramai yang nak tahu apa yang jadi hahahaha... Pernah juga terlintas untuk berhenti menulis.. tapi aku masih percaya hayat blog ini masih panjang.. Alhamdullilah.. berkat sokongan beberapa rakan blogger dan pembaca senyap.. aku masih terus menulis hingga kini.. walaupun sudah tidak lagi sekerap seperti dulu..
Aku rasa sesiapa pun pernah melalui insiden begini.. kadang orang menilai kita hanya berdasarkan apa yang kita tulis.. bak kata sahabat aku Tiny.. kadang kita enak menulis dengan nada kita.. tapi bila dibaca orang.. orang itu membaca dengan nada dia.. dan mengundang satu kesimpulan yang jauh berbeza dengan apa yang hendak kita sampaikan.. so hasilnya silap tafsiran.. salah dugaan.. dan sebagainya.. aku dah cukup masak dengan insiden begini..
Untuk apa kita berblog?? Untuk aku.. sekadar suka-suka.. cuma ia dijadikan sebagai satu platform untuk aku meluah rasa.. selalunya aku suka menulis secara simbolik untuk mengambarkan apa yang aku rasa.. sebab maknanya boleh menjadi apa sahaja.. selalunya sering aku nyatakan dalam kebanyakan sajak atau puisi yang aku hasilkan.. kadangkala aku menulis monolog hati.. dalam coretan "Semalam.. Hari ini.. Esok" itu adalah luahan aku secara tidak langsung.. mudah menulis dalam gaya monolog begitu dari menulis secara terus terang..
Dalam blog aku jarang sangat aku coretkan aktiviti memasak seperti kebanyakan blog-blog wanita yang lain.. hahaha.. kadang-kadang ada jugalah terselit sekali sekala.. bila ada resepi tertentu yang ingin aku kongsikan.. ini bukan bermakna aku tak masak atau tak pandai masak ya!!! hehehehe.. cukuplah pakwe aku di rumah itu tahu sejauh mana kepandaian aku memasak.. dan tidak ketinggalan dia juga pandai masak.. kiranya kami setanding lah.. ;)
Walaubagaimanapun.. walaupun blog itu kepunyaan kita.. tapi sudah lama aku akui.. ada yang perlu dan ada yang tidak perlu kita tulis dalam blog itu.. ada perkara yang perlu dirahsiakan atau disimpan.. Sebab kadang bukan semua orang dapat memahami apa sebenarnya hasrat yang cuba disampaikan.. Biasalah.. sedangkan bila kita berbual dengan orang pun.. dengan nada suara dan gaya badan yang jelas kelihatan di depan mata pun.. masih boleh disalah ertikan oleh orang.. apatah lagi menulis di blog yang tidak punya nada suara dan gaya tubuh badan yang jelas kelihatan..
Namun yang pasti.. ramai yang kadang singgah ke sini kerana mahu mendengar lagu-lagu yang berkumandang di sini.. Ini aku akui dan ketahui sangat sebab sudah ramai rakan-rakan di sini yang berkata begitu dengan aku.. Aku hargainya.. sebab itulah aku.. aku sememangnya suka mendengar lagu.. dan kebanyakan lagu itu dipilih berdasarkan mood dan citarasa aku..
Kenapa anda semua berblog?? Mesti ada jawapan yang menarik untuk soalan ini kan?

13 comments:
saya berblogging sbb saya tak reti bercerita secara lisan dan malas pula tulis diari pakai tgn.
tapi taip...lajuuuuu!
hahaha
berblog dulu hanya suka2 sbb nak abadikan kenangan dalam hidup.. sbb kalau tak dokumentasikan nanti susah nak cerita pada anak cucu.. kita pun boleh baca balik.. appreciate the technology la kekdahnyer hihi..
skrg dah jadi hobi.. cuma lately kehilangan idea nak berblog..
btol3x...
knp sy berblog..reasonnya sama mcm akak..itu cara saya nak luahkan rasa suka,duka,hepi dan mcm2 lagi..
dan sy dh alami,org slh tafsir dgn apa yg sy maksudkan. akibatnya..my fren become stranger to me..huhu
but..wateva happenn, i'm still love blogging..!!
sy berblog, terpengaruh ngan kengkawan. tapi cerita lite-lite jer... malas nak jujur sgt kat blog.. seolah2 cakap sensorang, tapi ada orang lain mendengar... hahaha, pelik ek.
berblog utk suka2 saja, nasib baik ada blog buleh kenal ko,hehehehe.
berblog satu..
konon cam nk tulis diari la.. tapi diari ni buleh bagi orang baca.. tapi bila org tak suka, mula balik kata ni diari sendiri..
tapi sebenarnya, lebih kepada nak berkawan.. nak share dan menjalinkan ukhwah.. (tapi tak buleh nak paksa org baca dgn rentak kita kan kan kan.. terpaksa akur dengan kenyataan kehidupan.. huhuhu)
berblog dua... lepas geram.. luah perasaan.. lepas lelah.... taknak share ramai2.. TAKUT!!!... hihihi (in fact.. sorang jer tahu.. kehkehkeh)
berblog tiga... utk hubby jer.. TAPI!!!... DIA TAK TAHU!!hahaaaa.... kalau dia tahu password.. maka jumpalah... kalau tidak.. sampai aku tutup mata ler takder sapa tahu.. warghkahkahkah..
dan lagi... semua blog tuh.. aku harap anak2 aku dapat tengok dpt baca dpt kenang dpt iktibar.. DAPAT INSPIRASI..
nak plak kalau2 aku pergi dulu sebelum mereka.. sekurang-kurangnya dapat jugak 'lepas rindu' kat MULUT BISING ibu diorang ni.. hihihi..
Tijah
Hahahah.. mmg ko bab2 tuh mmg laju takde brek.. sungguh menakjubkan ;)
Lady
Hehehe.. ya part of hobi ler nie kan.. mengisi masa yang dah sememangnya penuh.. I lah.. bukan apa just utk lepaskan stress nie ;)
BB
Dik keep on blogging whatever it is.. for fun n friends.. dr blog jugalah akak kenal adik kan.. until now kita still stranger but.. akak dah anggap adik cam adik akak jek ;)
Mak su
hahaha yg lite2 tuh betul.. tapi kdg2 tersesat gak yg heavy2 tuh ;) tapi yg utama dpt tmbh kawan ;)
Juliet
Yup.. sebab tuh kita kenal.. walaupun xpenah jumpa lagik ;)
Tiny
Hehehe.. teruskan berblog.. walau berapa byk blog sekali pun hahaha.. nak maintain n nak nulih tuh kdg2 terlupa sebab byk sgt blog wakakakah.. tapi sekurg2nya dpt lepaskan yg terbuku dihati.. dr ckp dengan org pastu org xfaham.. baik tulis n sendiri baca leh nilai balik benda2 tuh ;)
saya berblog utk simpan gmbr2 dan cerita mengenainya, tapi dah ubah kpd cerita2 yg lebih santai semata2 utk mencari kawan maya
Fa
Secara tak langsung kita dpt kwn ramai kan :) teruskan blogging ya ;)
iina...betul kata iina...kita menulis mengikut nada kita...tapi orang membaca mengikut nada dia...
yg mana kadang lain dari apa niat kita...
Akak berblog untuk menyimpan memori serta tatapan anak2 di masa akan datang
aku berblog slepas pulih daripada sakit. Aku rasa masa aku sakit tu hidup aku kosong, kumal dan rasa putus asa. Tak berhenti-henti sakit. Seolah-olah macam tiada kesudahan. Selalu berfikir tentang dunia yang satu lagi.
Apabila pulih seolah-olah datang semangat baru. Dan bermulah episod memblog sebagai sutu bentuk luahan rasa, dokumentasi pengalaman lampau dan akan datang serta menambah jaringan kenalan dalam dan luar negara.
Hari ini aku memblog kerana aku suka menulis dan akhirnya aku jatuh cinta menulis dan kalau diizinkan tuhan aku akan terus menulis.
Semakin banyak menulis semakin membuka horizon minda terhadap alam dan kehidupan serta pencipta. Betapa luasnya kekuasaan Nya dan bertapa kerdilnya kita yang bernama insan
Kak Anie
betul tuh kak boleh buat buku digital.. saya banyak gak simpan beberapa entri yang pernah saya buat untuk kompilasi buku digital saya ;) boleh baca esok2 bila dah tua
Anjang
Menulis itu terapi sebenarnya.. terapi untuk melepaskan semua yg terbelenggu.. dari dulu itu cara saya.. selain dpt kongsi ngan kwn2.. dpt komen dari mereka pun kdg2 best juga.. dpt layan kepala yg gila2 gak
aku menulis bukan kerna nama..kerna sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku..kita sama semuanya sama..apa yang ada hanyalah kehidupan..hehehehe...aku menulis untuk kepuasan diriku...
Post a Comment