Saturday, 31 May 2008

Lauk kari dan tingkap dapur

Cuaca cerah hari ini.. ketika memasak kari untuk lauk tengahari ini.. terlihat diluar tingkap dapur cuaca begitu cerah sekali.. namun malas pula nak keluar rumah..


Lebih baik berehat di rumah dan petang nanti ada jemputan baca tahlil dan yasinan di tingkat atas rumah Azril dan Jaslina.

Lauk kari ayam, pulut kuning dan ayam goreng KFC.. jangan jeles ye..

Ikatkan sehelai pita kuning untukku

Artikel ini diterima daripada seorang sahabat.. telah lama tersimpan dalam inbox emailku

Pada tahun 1971 sebuah surat khabar New York Post telah menulis sebuah kisah benar mengenai seorang jejaka yang hidup di sebuah pekan kecil di White Oak, Georgia, Amerika. Jejaka ini berkahwin dengan seorang wanita yang cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Dia sering pulang lewat malam dalam keadaan mabuk, lalu memukul anak dan isterinya.

Satu malam dia memutuskan untuk menngubah nasib ke bandar besar, New York. Dia mencuri wang simpanan isterinya, lalu dia naik bas menuju ke utara, ke bandar besar, ke kehidupan yang baru. Bersama-sama beberapa temannya dia memulakan perniagaan baru. Untuk beberapa ketika dia menikmati kehidupan yang mewah. Seks, perjudian dan dadah. Dia menikmati semuanya.

Bulan berlalu. Tahun berlalu. Perniagaannya gagal, dan ia mulai kerugian dan kesempitan wang. Lalu dia mula terlibat dengan perbuatan jenayah. Ia menulis cek palsu dan menggunakannya untuk menipu wang orang. Akhirnya pada suatu hari, dia ditangkap polis. Dia dimasukkan ke dalam penjara, dan dihukum penjara tiga tahun.

Menjelang tahun akhirnya di penjara, dia mula merindukan rumahnya. Dia rindukan isterinya. Dia rindukan keluarganya. Akhirnya dia memutuskan untuk menulis surat kepada isterinya, untuk menceritakan betapa menyesalnya dia. Bahawa dia masih mencintai isteri dan anak-anaknya. Dia berharap dia masih boleh kembali. Namun dia juga mengerti bahawa mungkin sekarang sudah terlambat, oleh karena itu ia mengakhiri suratnya dengan menulis,

"Sayang, engkau tidak perlu menunggu aku. Namun jika kau masih ada perasaan padaku, mahukah kau nyatakan? Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai pita kuning untukku, pada satu-satunya pohon oak yang di tengah pekan. Apabila aku melaluinya dan tidak melihat sehelai pun pita kuning itu, tidak mengapalah. Aku akan tahu dan mengerti. Aku tidak akan turun dari bas, dan akan terus menuju ke Miami. Dan aku berjanji aku tidak akan lagi mengganggu kau dan anak-anak seumur hidupku"

Akhirnya tiba hari dia dibebaskan. Dia merasa sangat gelisah. Dia tidak menerima walau sepucuk pun surat balasan daripada isterinya. Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau membaca suratnya. Adakah dia mau memaafkannya?

Dia lalu menaiki bas menuju ke Miami, Florida, yang akan melalui kampung halamannya, White Oak. Dia merasa sangat sangat gugup. Seluruh penumpang bas itu mendengar ceritanya, dan mereka sendiri meminta kepada pemandu bas itu,

"Ketika melalui pekan White Oak, harap pandu dengan perlahan-lahan...kami ingin lihat apa yang akan terjadi..."

Hati jejaka itu berdebar-debar ketika bas mendekati pekan White Oak. Dia tidak berani untuk mengangkat kepalanya. Peluh dingin mengalir deras.

Akhirnya dia melihat ke arah pohon oak itu lalu air matanya mengalir...

Dia tidak melihat sehelai pun pita kuning...

Tidak ada sehelai pita kuning....

Tidak ada sehelai......

Melainkan ada seratus helai pita-pita kuning....bergantungan di pohon oak itu...

Ooh... seluruh pohon itu dipenuhi pita kuning...!!!!!!!!!!!!

Kisah benar ini telah menjadi sebuah lagu hits nombor satu pada tahun 1973 di Amerika.

Pemandu bas berkenaan telah menelefon surat khabar new york post dan menceritakan kisah ini.

Seorang penulis lagu juga telah menuliskan kisah ini menjadi lagu, "Tie a Yellow Ribbon Around the Ole Oak Tree", dan ketika album ini dilancarkan pada bulan Februari 1973, ia menjadi lagu hits pada bulan April 1973.

"Tie a Yellow Ribbon Round the Ole Oak Tree"

I'm coming home
I've done my time
And I have to know what is or isn't mine
If you received my letter
Telling you I'd soon be free
Then you'd know just what to do
If you still want me
If you still want me
Oh tie a yellow ribbon'Round the old oak tree
It's been three long years
Do you still want me
If I don't see a yellow ribbon 'Round the old oak tree
I'll stay on the bus,forget about us
Put the blame on me
If I don't see a yellow ribbon 'Round the old oak tree
Bus driver please look for me
'Cause I couldn't bare to see what I might see
I'm really still in prison
And my love she holds the key
A simple yellow ribbon's all I need to set me free
I wrote and told her please
Oh tie a yellow ribbon 'Round the old oak tree
It's been three long years
Do you still want me
If I don't see a yellow ribbon
'Round the old oak tree
I'll stay on the bus, forget about us
Put the blame on me
If I don't see a yellow ribbon
'Round the old oak tree
Now the whole damn bus is cheering
And I can't believe
I see A hundred yellow ribbons
'Round the old, the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree
Tie a ribbon 'round the old oak tree

Friday, 30 May 2008

Sebuah Pertemuan di Dataran George Square

Ketika kaki melangkah di dataran George Square seperti hari-hari biasa menuju ke department.. entah dari mana datangnya lalu aku ditegur oleh seorang lelaki tua.. berkaca mata hitam.. berjaket labuh dan berjambang hitam dan putih.. Mulanya aku seperti tidak begitu pasti untuk berhenti.. tetapi soalan yang ditanya membuatkan aku terus berdiri di situ

"Are you Muslim?"

"Yes I am"

"Alhamdullilah.. do you know any mosque nearby"

"Yes there is a big mosque here.. also known as central mosque"

"Alhamdullilah.. can you show me the way.. I just arrived in glasgow. Is it far from here?"

"Not really.. it just over the river.. if you cross the bridge not far from here you can see the mosque on your left. Do you have a map?"

"Yes, I do" lantas pakcik tua itu mengeluarkan secebis kertas yang mengandungi peta glasgow

Lalu aku pun menerangkan arah tujunya ke central mosque berdasarkan peta yang diberikan

Lantas terjadilah perbualan kami selama hampir 40 minit.. kami lalu duduk dikerusi panjang yang terdapat di dataran itu.. akhirnya aku tahu nama pakcik itu.. Jalal.. merupakan seorang bekas profesor di sebuah universiti di Morrocco.. pakar dalam bidang undang-undang islam tetapi lebih menjurus kepada ekonomi dan politik.. sudah pun pencen.. sekadar datang ke UK untuk berjalan-jalan.. merupakan kali pertama ke glasgow.. sebelum ini dia tiba di London.. tinggal dirumah kenalan di airdie.. menaiki train hingga ke queen street station.. dan teraba-raba mencari arah... lalu terserempak denganku..

Mulanya dia cadangkan kami berbual dimana-mana cafe sambil minum kopi.. tetapi memandangkan aku baru sahaja selesai sarapan di rumah.. dan perut juga masih penuh .. perlawaan itu aku tolak dengan baik.. lagi pun teringkatkan janjiku pada kak haizan tengahari ini untuk makan bersama di cafe chopstick.. serba salah juga sebenarnya tetapi hatiku begitu berat sekali untuk minum bersamanya..

Sambil itu kami juga sempat berbual tentang negara masing-masing.. dia tanya aku dari mana.. lantas aku katakan aku dari Malaysia.. katanya dia pernah mengerjakan umrah dan haji di Mekah.. dan pernah bertemu dengan mereka dari Malaysia.. jika jemaah yang lain bertolak-tolak.. tetapi kebiasaannya jemaah dari Malaysia atau Indonesia tidak begitu.. baik dan tertib..

Dalam kesempatan itu juga aku dapat menjelaskan serba sedikit tentang malaysia.. budayanya.. agamanya.. ku katakan sebuah negara islam.. tetapi mempunyai 3 bangsa yang agak besar.. Dalam pada itu juga dia tanyakan padaku tentang Dr Mahathir Mohammad.. bekas perdana menteri yang dulu.. betapa diingati nama Dr Mahathir ini kan.. lantas aku jelaskan kini ada sedikit pergolakan isu politik apatah lagi selepas pilihanraya pada bulan februari yang lalu. Sempat juga aku beritahu perdana menteri yang terkini Abdullah Badawi.. lantas 1 soalan ditanya padaku

"Is he a rich man?"

Alahai apa nak jawab nie.. "Yes he is.. I think so"

"Where did he get his money from?"

"I think from his business.. from his son and daughter I guess" sambil otakku laju memikirkan jawapan seterusnya.. bukan apa aku hanya sekadar membaca khabar-khabar angin dan isu-isu yang pernah dibangkitkan berkenaan keluarga pak lah.. tetapi soalannya membuatkan aku terfikir juga.. mungkin dia pernah mendengar atau membaca sesuatu berkenaan pak lah sebab itu timbulnya soalan sebegitu

Seterusnya sesi perbualan kami diteruskan dengan isu poligami.. cara islam dipraktikkan di malaysia.. pengaruh media dan internet.. kebebasan undang-undang media.. wahh banyak juga yang sempat kami bincangkan walaupun pertemuan itu singkat namun pakcik Jalal mampu bertanyakan padaku banyak juga soalan berkenaan Malaysia dan cara hidup.. bahkan cara hidup di Glasgow juga ditanyakan.. sudah tentu siapa aku.. belajar apa.. berapa lama di sini.. suami buat apa.. semua juga ditanyakan.. Sempat juga aku tinggalkan nombor contact dan juga emailku kepadanya.. kataku.. aku lebih selesa jika dihantar email.. mungkin dia mahu terus berhubunganku.. katanya aku pelajar bijak.. universiti.. mungkin kita boleh saling berbincang lagi di masa akan datang..

Sekali juga dia mempelawaku untuk minum kopi.. malangnya sekali lagi aku terpaksa menolaknya.. bukan apa mengenangkan poster yang perlu disiapkan.. dan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan.. akhirnya aku putuskan untuk menunjukkannya jalan ke central mosque.. yang penting jalan utama ke situ.. alhamdullilah.. semasa aku membawanya ke jalan glassford street.. dari tempat kami berdiri, kubah masjid sudah pun kelihatan dari situ.. lantas aku tunjukkan padanya itulah masjid.. (aku pun tak pernah perasan yang kubah masjid berwarna emas itu boleh aku lihat di penghujung jalan glassford itu)

Seronok dan teruja pakcik Jalal melihatkan masjid berkenaan rupanya tidaklah jauh sangat.. lagipun kan hari jumaat.. untuk menunaikan solat jumaat zohor ini kan.. Lantas aku katakan di kiri dan kanan jalan itu ada banyak kedai-kedai.. bolehlah berhenti-henti untuk membeli barang-barang.. yang utama harus melalui jambatan dan menyeberangi sungai.. Lantas aku katakan aku bekerja tidak jauh dari central mosque itu.. hanya berdepan dengan central mosque tersebut dan pakcik Jalal sekadar tersenyum mendengarnya..

Akhirnya pakcik Jalal meninggalkan aku di tepi sebuah traffic light.. aku terpaksa pergi pada arah bertentangan.. namun aku masih ingat kata-katanya..

"I wish you all the best in your life and in your study.. Insyallah"

Lantas aku balas dengan senyuman dan berkata "I hope you the same thing in life.. Insyallah"

Aku pergi dengan senyuman.. sebuah pertemuan.. sebuah perbualan.. walaupun singkat namun penuh bermakna..

Thursday, 29 May 2008

Apa itu SCORM?

Hari ini aku bertungkus lumus menyiapkan posterku.. sebenarnya sudah siap.. Hanya belum dikomen oleh George dan John sahaja.. Namun aku sempat juga meminta Richard menyemak bahasa ku.. kebanyakannya tidaklah terlalu kritikal sangat.. namun apabila aku ditanya berkenaan dengan apa itu SCORM terus membuatkan aku berfikir.. bagaimana agaknya untuk aku jelaskannya dalam bentuk visual.. Apatah lagi permintaan Richard untuk aku ilustrasikan apa itu SCORM dalam posterku..


Apa itu SCORM.. Sharable Content Object Reference Model.. satu garis panduan dalam menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran yang berbentuk web atau e-learning. Satu kriteria standard yang diperakui oleh IEEE dan ditadbir oleh ADL institute.. dimana pada asalnya adalah dibawah ministry of defence USA. Itu dalam bentuk teks.. bagaimana nak diterangkan pula dalam bentuk visual nie.. emm... nanti aku fikirkan semula..

Aku hanya berjaya menghasilkan ilustrasi SCORM requirement dalam bentuk bunga matahari .. (Suthanya siap jeles dengan gambar sunflower aku nie.. katanya nampak sangat yang buat poster nie perempuan.. yeke?? lelaki tak leh lukis bunga ke? tambah Suthanya lagi.. posternya nampak sangat dibuat oleh budak lelaki.. Orang tengok poster ambil kira ke lelaki ke pompuan yang buat?? muskil nie..)

Mungkin esok aku temui idea untuk mengilustrasikan pula makna SCORM itu..

Wednesday, 28 May 2008

My Last Day .. Bye Haslina

Sewaktu memasuki ruangan pejabat di tempat kerja.. dalam sibuk mengutip dan menyalin plastik sampah.. ku lihat semua staf yang ada seolah riuh rendah sahaja.. apatah lagi melihatkan Leaan sedang berkata-kata sesuatu.. Seperti biasa aku lakukan rutin seharian tanpa mempedulikan sangat apa yang berlaku.. tetapi sapaan Nicky membuatkan aku tersentak dan terus memandangnya.. It's my last day.. I'll not be around.. bye Haslina.. sambil melambai-lambai ke arahku.. Lantas ku jawab dengan senyuman.. "Bye.. hope to see you around someday"

Pada minggu lepas juga.. semasa sedang membersihkan dapur di hujung penjuru sayap kiri.. Diana juga memaklumkan denganku yang dia juga akan mengakhiri waktunya bekerja di bangunan legal house.. Masih aku ingat perbualan aku dengannya.. "I'll be leaving the college next Wednesday, I'll be out in the field now" Mengingati kata-kata itu.. hari ini aku terlihat diana di makmal komputer berhampiran dengan dapur.. Hanya senyuman sahaja yang mampu aku berikan.. Malah aku tahu hari ini merupakan hari terakhirnya di Bangunan legal House..

Sekejap sungguh masa berlalukan.. dalam masa hampir 9 bulan bekerja di bangunan tersebut.. kini satu demi satu staf yang aku kenali meninggalkan bangunan tersebut.. walaupun aku hanyalah seorang cleaner di situ.. namun kehadiranku selama ini tidak pernah dianggap asing oleh staf di situ.. tidak pernah sekali-kali pun mereka memandang hina atau mengherdik aku.. malah dilayan sama seperti mereka yang lain.. Mungkin juga kerana mereka tahu statusku sebagai pelajar PhD membuatkan mereka tidak menganggap aku seperti golongan kelas bawahan yang lain.. Bezanya.. sifatku yang tidak suka mengambil kesempatan atau mengambil mudah setiap kerja yang aku buat.. jarang sekali juga membantah apa-apa.. sikapku biasa lebih memfokus kepada kerja yang perlu dibuat.. tidak banyak cakap.. hanya bicara bila ditegur itupun jika boleh sesingkat cuma.. bukan apa.. kerja lain masih banyak yang menanti untuk diselesaikan..

Namun ucapan tadi sudah cukup juga menghibakan hati.. manusia silih berganti pergi.. itukan lumrah hidup.. sedikit sebanyak turut membekas disanubari.... Adakah suatu hari nanti ucapan sebegitu akan menjadi milikku pula.. saat selesainya mengenggam ijazah PhD yang diharapkan.. Aku juga bakal mengucapkan kata-kata yang sama.. "It's my last day in glasgow.. Last day in UK.. Bye.. everyone "

Mungkin jugakan.. suatu hari.. walau sepayah dan sesukar manapun.. aku akan tetap teruskan perjuangan hingga akhirnya.. Moga kata-kata itu juga bakal aku ucapkan.. ketika itu bukan lagi berbaur sedih dan pilu.. tapi gembira dan teruja.. Insyallah

Presentation ILab


Pagi ini aku dapat email dari Ian.. Sebenarnya aku dapat tahu dari Suthanya yang beliau sibuk mencari aku sejak tengahari semalam.. sudah kerap kali juga dia datang ke bilik malangnya tak bertembung masa pula.. akhirnya emailnya menyatakan untuk meminta aku membentangkan topik semasa mesyuarat i-lab pada hari ini.. Sepatutnya pembentangan itu dibuat pada bulan April yang lepas namun sering tertangguh sahaja atas sebab-sebab kesibukan dikalangan pensyarah yang ada..


Sebenarnya tajuk asal sudah lama siap tetapi memandangkan garis panduan pembentangan yang lebih berbentuk visual dan bergambar maka aku putuskan untuk membentangkan pengalaman aku dan Suthanya semasa ke seminar dan pameran Internet World 2008 di London pada penghujung bulan lepas.


Hanya aku dan Michelle sahaja yang membentangkan tajuk kami.. Tajuk Michelle lebih berbentuk penjalanan karear beliau.. manakala aku.. satu tajuk yang santai yang penuh dengan gambar-gambar semasa berseminar.. senyum simpul juga mereka yang melihatkan pembentangan ku.. ada yang lucu ada yang menarik.. selesai sahaja pembentangan George malah bertanya padaku.. betul ke pergi seminar nie.. hehehe..

Mulanya Suthanya yang agak cemas kerana terdapat beberapa keping gambar yang aku masukkan adalah gambar kami berdua atau dia seorang.. namun seperti janjiku pada Suthanya.. "Don't worry.. I will not put anything funny for people to laugh at" Risau sangat si Suthanya jika ada gambar-gambar yang lucu yang memungkinkan orang akan ketawakan dia.. takkanlah aku sekejam itu pulak.. kan presentation dalam group research..

Apa pun.. dengan tajuk yang begitu santai.. akhirnya aku selesai membentangkan tak sampai 10 minit.. bersama ini aku sertakan beberapa keping gambar kami semasa seminar berkenaan..


Sunday, 25 May 2008

Carbot Lanark dan Picnic


Sejak semalam aku dah janji dengan kak haizan untuk ke carbot lanark.. (tumpang kereta edah.. thanks tumpangkan kami) kebiasaan carbot di tengah padang rumput ini hanya wujud semasa penghujung musim bunga hinggalah ke awal musim gugur. Cuaca begitu cerah dan panas hari ini.. orang yang ada jangan cakaplah semuanya berpusu-pusu membelek barangan termasuklah aku :)





Seronok juga ke carbot ini. Apatah lagi kali terakhir aku pergi ke situ adalah pada tahun lepas.. memborong pinggan dan barangan kristal kerja kami.. yang best aisyah siap dapat pinggan arcopal (20 piece) dengan harga 3pd sahaja.. mulanya ingatkan pinggan terpakai.. rupanya masih baru dan belum pernah digunakan.. wahh.. kami berdua jeles manjang hehehe.. siap sound aisyah.. kalau tak nak kitaorang ambik heheheh...








Selesai berjalan di carbot.. kami singgah ditepi sungai berpicnic.. seronok juga melayan makan BBQ.. nasi lemak.. mee goreng.. bingka.. kerepek pisang.. keropok.. ayam panggang.. lamb chop dan macam-macam lagi..


Sebenarnya tidak dirancang untuk ber bbq pun.. tapi kebetulan ramai pulak rakan-rakan yang ke sana.. dan akhirnya kami singgah sambil makan-makan dan bertanya khabar.. yang seronok.. aku siap ditanya oleh kak Pah.. "Nampak cam zaidi berisi dah.." aku siap jawab.. "Memang pun kak balik 2 minggu dah naik 4 kg camna tak nampak berisinya" "Itu baru balik 2minggu.. kalau balik sebulan apatah lagi.. " sambil disampuk oleh shima.. "Sebab tu saya tak nak balik lama-lama.. entah berapa kg pulak yang ditambahnya"


Tulah betul kat malaysia susah sikit nak diet.. asyik makan je.. sampai aku sendiri pun dah tak mampu nak makan.. apa taknya kan.. mak masak.. mak mertua masak.. itu belum lagi pergi makan kfc ler.. mcd ler.. nasi goreng ayam ler.. sate ler.. mee kari ler.. nasi lemak ler.. uihh tak yah cakaplah.. Balik ke glasgow barulah diet seimbang semula.. makan banyak pun.. setiap petang pastinya exercise 3 jam di legal house.. dapatlah mengurangkan lemak yang ada :)

Dalam pada itu kak haizan sempat juga request dengan aku " Na.. lain kali kita boleh datang lagi.. ko kan boleh drive..." hai kak.. cam dah plan-plan nak pergi lagi je.. kalau nak boleh je takde masalah.. setakat nak suruh jadi driver pergi carbot lanark tu okay je.. kita tinggalkan anak-anak kat rumah suruh ayahandanya yang jaga.. sesi berpoye-poye kaum ibu dan wanita :)

Dalam pada itu sempat juga dirancang untuk diadakan aktiviti main netball dikalangan kaum wanita dan ibu-ibu.. kami semua okay je.. setakat jadi pengurus bak kata edah.. dan pengadil (shima dah cop dulu).. center (kak haizan)..siap ada pernah jadi state player gik (nani.. uihh gerun nie nak main ada bekas state player) kami semua setuju je dengan cadangan tu..



Rasanya ini sesi berbincang nak bentuk kumpulan main netball kot :)









Seronok juga berpicnic ramai-ramai di tepi sungai.. insyallah akan datang boleh kita berpicnic lagi kan ..

Saturday, 24 May 2008

Seteguh Tekad

Semasa balik ke Malaysia, aku sempat singgah ke komplek PKNS di Shah Alam. Sebenarnya turutkan kehendak hati pakwe yang hendak singgah ke kedai buku mencari bahan bacaan atau kamus elektronik untuk dibawa semula ke Glasgow.

Sudah lama aku tidak membelek buku-buku motivasi.. dulunya aku rajin menyelak dan membelek buku-buku motivasi.. baik tulisan Dr Tuah atau sesiapa sahaja.. yang utama bahasa yang santai dan juga harga berpatutan.. aku agak kurang gemar membeli buku motivasi yang diterjemahkan ke bahasa melayu.. yang mana agak banyak dipasaran.. aku lebih selesa membaca buku tulisan tempatan.. dan jika inginkan yang berbahasa english aku lebih selesa membelinya di sini.. lebih murah.. dan originaliti.

Dalam membelek-belek buku tersebut.. aku terjumpa sebuah buku yang agak menarik tulisan Prof Dr. Sidek Baba.. bekas seorang Timbalan Rektor di UIAM.. malah punya rentetan jawatan, akademik dan pengalaman yang banyak.. melihatkan harganya yang murah dan cara tulisan yang begitu santai aku begitu tertarik membacanya. apatah lagi sinopsis yang menceritakan autobiografinya sepanjang perjalanan hidupnya yang menuntut ilmu.. kepayahan dan kesusahan hidup.. keperitan dan kedukaan.. yang seolah seiring dengan perjalanan dan perjuangan ilmu yang sedang aku lalui kini..



















Semalam aku terlintas untuk membaca otobiografi berkenaan.. sudah lama juga rasanya tidak membaca tulisan berbahasa melayu.. walaupun hanya baru sahaja memulakan pembacaanku namun gaya bahasa serta tulisannya sungguh berbekas dihati.. apatah lagi beliau juga merupakan anak didik Anak Kandung Suluh Budiman.. membaca rentetan pengalaman beliau semasa berada di Maktab Perguruan Sultan Idris.. yang kini telah pun bergelar Universiti Pendidikan Sultan Idris.. membuatkan aku terpegun dan khusyuk dalam mengingati semula setiap kawasan dan nama bangunan yang beliau sebutkan.. ada sesetengah nama tersebut masih kekal tetapi ada juga yang telah ditukar.. namun membaca kisah MPSI dan pengalaman beliau membuatkan aku terfikir sejak.. bak kata-kata beliau dalam buku tersebut..
"Kampus MPSI memang unik bukan sahaja dari sudut geografinya yang strategik dengan deretan banjaran titiwangsa yang hijau dan banyak memberikan ilham kepada pendidik perantau tetapi ia juga meninggalkan kesan dalam meniupkan kesedaran kemerdekaan serta perkembangan bahasa dan sastera. Anak didik lulusan SITC atau MPSI bertaburan di seluruh alam melayu memberikan didikan kesedaran terhadap anak bangsa. Kesedaran nasionalistik selalunya menjadi latar bagi pelajar-pelajar yang belajar di sana

"M
PSI bukan sahaja sebuah maktab melatih guru-guru tentang ilmu pendidikan tetapi pensyarahnya juga sering meniupkan kesedaran nasionalistik terhadap perjuangan mengisi kemerdekaan. Konsep Ibu Kandung cuba ditanamkan oleh pensyarah supaya obor kesedaran Ibu Kandung dapat menyalakan semangat kami untuk terus berjuang sehingga martabat bangsa dapat ditebus kembali. Itulah kesedaran yang tertanam kuat di hati kami untuk keluar sebagai pendidik yang budiman.

"
Ibu Kandung tetap ku kenang dalam suka duka yang menjadikan aku lebih mengenal erti diri dan kehidupan. Dan aku meninggalkan Ibu Kandung dengan azam untuk menyebar ilmu pengetahuan kepada bangsaku yang amat memerlukannya"
Sebenarnya kata-kata Ibu kandung dan Anak Kandung adalah merupakan kata-kata keramat bagi semua anak didik atau tenaga pengajar yang pernah berada di MPSI atau SITC suatu ketika dulu.. hingga kini pun lagu Ibu Kandung Suluh Budiman masih menjadi lagu rasmi UPSI..

Begitu agung kalimah kata dan penghargaan bicara yang dititip oleh Prof Dr. Sidek Baba tentang pengalaman beliau dalam menimba ilmu menjadi seorang pendidik semasa di MPSI.. malah aku kira ramai lagi insan yang yang turut menimba ilmu di situ.. malah tidak ketinggalan ayahandaku sendiri juga pernah menuntut ilmu di Tg Malim.. di MPSI.. sebab itulah ayahku hingga kini kerap berulang-alik ke rumah ku di Behrang 2020.. aku tahu dia lebih selesa setiap kali ke sana. Mungkin kerana mengarap dan menitip semula semua kenangan zaman ayahku menimba ilmu.. kini mungkin juga dia berasa gembira kerana aku pula dipilih menjadi salah seorang tenaga pendidik di UPSI.. tempat yang suatu ketika dulu merupakan gedung ilmu mencari pengetahuan..

Walaupun buku autobiorgrafi itu baru ku baca .. namun jalan ceritanya membuatkan aku terus terpesona untuk membacanya.. sedikit sebanyak ia membuatkan aku berfikir.. hidup seharusnya ada dugaan dan cabarannya.. yang utama kita harus berani dan tabah menghadapinya..

Ibarat prakata daripada Datuk A. Samad Said mengenai otobiografi Prof. Dr. Sidek Baba
"Sebuah otobiografi tidak mungkin dapat menangkap sejarah penuh kehidupan seseorang. Kenangan manusia sangat mengalir dan meluntur, apalagi setiap insan memang sukar sempurna. Rupa-rupanya Masjid Tanah Melaka, dalam senyap, telah sempat menghantar seorang pendakwah dan ilmuan gigih ke tengah tanahairnya"

Andai yang berminat bolehlah cari buku ini untuk dibaca dimasa lapang sekadar untuk mengetahui kisah manusia.. membakar semangat.. mengutip kisah.. meneladani kebaikan dan menyempadani kesilapan.. dengan harga sekadar RM13.00 aku kira amat murah sekali jika dibandingkan dengan nilai kisah dan pengetahuan yang akan diketahui..

Friday, 23 May 2008

Tawa ketika Hujan

Seorang anak perempuan baru saja diajak ibunya berbelanja di sebuah komplek membeli belah. Umurnya lebih kurang 6 tahun, dengan rambut merah yang indah dan raut wajah yang manis. Hujan turun dengan lebat seolah air yang mengalir deras mencurah-curah dari langit hingga memaksa kami berteduh di bawah atap berdekatan pintu keluar komplek tersebut.

Kebanyakan kami sedang menunggu hujan reda. Ada yang sabar ada juga yang gusar karena mereka harus segera meneruskan perjalanan. Ketika itu saya seolah terpukau melihat hujan yang turun. Saya leka melihat langit yang mencurahkan air bagai menghapus debu dan kotoran di bumi. Ingatan saya juga kembali sewaktu masih anak-anak, kenangan bermain hujan di luar rumah. Ingatan yang sejenak itu seolah mampu menghapus segala kekuatiran dan kekusutan hidup.

Ditengah lingkungan ribuan macam perasaan itu bersama sesaknya di kalangan kelompok manusia yang sedang menunggu hujan reda, tiba-tiba suara gadis kecil itu memecah keheningan. Lantas menarik perhatian dari semua orang, “Mama, jom kita harungi hujan,” katanya.

“Apa?” kata ibunya.

“Ayuh ma kita harungi hujan!” kata gadis kecil itu mengulangi permintaannya.

“Tidak sayang. Kita akan menunggu hingga hujan sedikit reda,” jawab ibunya.

Gadis kecil itu menunggu beberapa saat dan berkata lagi, “Ma, ayuh kita harungi hujan.”

“Nanti kita akan basah kuyup,” kata ibunya.

“Tidak, kita tidak akan basah kuyup Ma. Itu tidak seperti yang Mama katakan tadi pagi,” kata gadis kecil itu sambil menarik tangan ibunya.

“Pagi ini? Bila Mama katakan kalau kita harungi hujan kita nanti tidak akan basah?”

“Apa Mama lupa? Waktu mama katakan pada Ayah, Mama kata, “Jika Tuhan menolong kita mengharungi masalah ini, maka Tuhan akan menolong kita melewati masalah apa pun!”

Semua orang yang sedang berteduh di situ terdiam seketika. Saat itu kami tidak mendengar suara apa pun kecuali bunyi hujan yang turun. Sunyi senyap. Tidak ada juga yang bergerak dalam beberapa minit.

Si Ibu tersentak seketika pabila mendengar butir kata yang keluar dari mulut anak perempuannya. Orang pasti akan mentertawakannya andai dia menyangkal kata-kata itu. Mungkin juga ada yang akan mengabaikannya. Tetapi bagi si ibu, ini adalah saat yang menentukan kehidupan seorang anak, dimana suatu kepercayaan yang sudah diajarkan kepadanya diuji. Apabila kepercayaan ini terbukti, ia akan berbuah menjadi sebuah keyakinan dalam kehidupannya nanti.

“Sayang, kata-katamu memang benar. Ayuh kita berlari mengharungi hujan"

Jika TUHAN mengizinkan kita basah kuyup, yang kita perlukan hanyalah mandi dan membasuh baju,” kata ibunya.

Mereka berdua lalu berlari mengharungi hujan.

Kami semua di situ hanya sekadar mengamati, tersenyum dan akhirnya tertawa saat melihat mereka berlari menuju ke kereta melewati hujan dan genangan air. Mereka menutupi kepala dengan beg plastik barangan, namun tubuh mereka tetap basah kuyup. Tetapi di tengah lebatnya suara hujan, sepanjang berlarian menuju ke kereta, kami turut mendengarkan suara teriakan dan tawa mereka seperti saat anak-anak bermain hujan.

Dan akhirnya saya pun mengikuti jejak langkah mereka. Saya juga berlari mengharungi hujan. Yang saya perlukan hanyalah mandi dan membasuh baju ...

Dari kiriman email sahabat lama.. Benar bagai dikatakan anak kecik itu "Jika Tuhan menolong kita mengharungi masalah ini, maka Tuhan akan menolong kita melewati masalah apa pun" Insyallah...

Kerja..

Hari ini di department seperti hari-hari biasa.. apatah lagi dah hari jumaat .. hari terakhir setiap minggu dan ditambah dengan cuti pada hari isnin.. bertambah lagi mood untuk bercuti..

Keluar dari bilik saat menunggu lif di tingkat 11.. bila terbuka pintu lif.. adalah seorang mamat nie (scottish).. ramah tamah pulak dia.. siap tanya aku nak pergi mana? mula cam terpingga-pingga juga.. eehh aku kenal ke? rasa cam tak kenal je.. dengan selamba aku cakap nak p lunch.. dah lewat.. walhal hakikatnya aku nak p kerja.. saje malas nak beritahu orang yang aku tak kenal.. seterusnya dia yang beritahu aku yang dia nak pergi jumpa client.. uihh dahsyat gak nie.. ada client.. tapi aku buat tak tahu jelah kan.. sepanjang menunggu lif tiba ke groundfloor.. kami diam sahaja.. tapi dalam pada itu otak aku terus berjalan dan berfikir.. adakah aku kenal mamat nie.. atau dia mistaken aku dengan someone else.. bila tiba di tingkat bawah.. saja aku lambatkan langkahku bukan apa malas nak berjalan saing dengan mamat tadi..

Ingatkan aku dah tak jumpa dia.. tup-tup bila tiba di bustop aku jumpa lagi mamat tu.. aisehh.. senyum tension je aku.. yang lagik best.. mamat tu terus berjalan berdiri dekat aku.. walhal aku saje duk jauh-jauh.. ingatkan selamat ler.. tapi alhamdullilah.. tak lama bas pun sampai.. saje aku tanya dia naik bas nombor berapa.. rupanya 204.. kebetulan bas no 12 pun tiba.. apa lagi aku pun cakap I got to go.. sempat lagi dia tanya aku.. nak pergi mana.. aihhh tension lagik aku jadinya.. pergi mana pun nak tanya gak ke.. akhirnya aku jawab p victoria road.. terpingga-pingga lagik mamat tu.. aku pulak cepat-cepat naik bas.. rasa semakin pelik juga.. pesal ler mamat nie ramah bebeno dengan aku.. agaknya dia mistaken aku dengan kawan dia kot.. aku rasalah.. takkan pulak tergoda dengan aku hehehe.. muskil betul.. tapi aku tak dapat nak lupa gaya cakap dan pertanyaan dia tadi.. semacam je..

Kerja.. seperti biasa.. cuma terasa agak ringan sedikit kerana tak banyak tempat yang perlu dibersihkan.. apatah lagi hari ini hanya 1 bilik sahaja digunakan untuk training.. kebanyakan bilik yang lain tidak terusik pun.. menyebabkan tak banyak benda yang perlu aku buat.. dapatlah hari ini aku buat buffing lantai.. selalu mesti tak sempat nak buffing sebab kesuntukan masa.. entah bagaimana.. hari ini Janice dan Rowena datang ke tempat aku kerja.. sajalah tanya khabar berita.. kan aku balik malaysia hari itu.. memang aku beri alasan mak aku tak berapa sihat.. so tadi sekadar bertanya khabar berita.. akhirnya kedua-duanya.. dengan ikhlas.. cakap.. "We really glad that you're back" uih... terpegun juga mendengar ucapan ikhlas itu.. cam tak sangka je.. hehehhe.. agaknya Janice realise kot.. sepanjang aku takde camna bentuk dan gaya aku kerja selama ini.. rasanya kalau orang lain entahlah.. mungkin minta 2 orang kot untuk kerja kat tempat aku tu. selama nie aku buat seorang diri diam-diam je.. susah letih semua seorang diri..

Alhamdullilah.. syukur.. mood kerja dah balik seperti biasa.. mood study pulak yang masih on off.. takleh nie.. kena bersemangat juga.. insyallah

Thursday, 22 May 2008

Sahabat Wanita

Secara tiba-tiba pagi ini aku teringatkan email yang pernah aku terima satu ketika dulu berkenaan dengan sahabat wanita.. entah mengapa aku secara tiba-tiba mengingatinya.. mungkin kerana kebenaran kata yang ada.. dan pengalaman lalu juga banyak mengajar aku akan kebenarannya..

Pada suatu hari, seorang wanita muda yang baru saja menikah mengunjungi ibunya di Bukit Timah. Mereka duduk di sebuah sofa dan menikmati segelas air yang dingin.

Ketika mereka sedang berbincang-bincang mengenai kehidupan, pernikahan, tanggung jawab dalam hidup serta kewajipan, sang ibu dengan perlahan menaruh seketul ais batu ke dalam gelasnya dan menatap wajah anak perempuannya.

"Jangan lupakan sahabat-sahabat wanitamu." nasihatnya, sambil mengacau-gacau teh di bawah gelasnya.

"Mereka akan menjadi orang yang penting bagimu ketika usiamu makin tua. Tidak peduli seberapa dalam kau mencintai suamimu, seberapa banyak anak-anak yang kau miliki, kau masih tetap harus memiliki sahabat wanita. Ingatlah untuk berjalan-jalan bersama mereka, melakukan hal bersama-sama dengan mereka. Dan ingat bahwa mereka bukan hanya sekadar sahabat wanitamu, tetapi mereka akan menjadi saudara, anak dan yang lainnya.

Kau akan memerlukan wanita yang lain. Wanita selalu begitu." "Sungguh nasihat yang aneh," fikir si wanita muda.

"Bukankah aku baru saja menikah? Bukankah aku baru saja mengharungi dunia pasangan-pasangan muda? Sekarang saya adalah seorang isteri, seorang dewasa, bukan anak perempuan kecil yang memerlukan teman mahupun perempuan lainnya! Tentu saja keluarga yang akan kami bina dapat membuat hidup saya lebih bererti."

Tetapi, dia tetap mendengarkan nasihat ibunya. Dia terus berhubungan dengan sahabat-sahabat wanitanya dan bertemu dengan mereka dan semakin banyak sahabat setiap tahun. Ketika tahun demi tahun berlalu, dia mulai merasakan betapa benar nasihat yang diberikan ibunya. Ketika waktu dan keadaan mengubah keadaan mereka sebagai wanita dengan segala misterinya, sahabat-sahabat wanitanya tetap berada dalam kehidupannya. Setelah hidup selama 50 tahun dalam dunia ini, inilah fakta-fakta yang saya dapatkan dari memiliki sahabat wanita:

Sahabat wanita membawakan kau makanan dan menggosok kamar mandimu ketika kau memerlukan pertolongan.

Sahabat wanita akan menjaga anak-anak dan rahsiamu.

Sahabat wanita akan memberikan nasihat ketika kau memerlukannya. Kadang-kadang kau menerimanya, kadang-kadang tidak.

Sahabat wanita tidak selalu mengatakan apa yang kau lakukan benar, tetapi mereka biasanya bersikap jujur.

Sahabat wanita akan terus mengasihimu, meskipun ada perbedaan pendapat. Sahabat wanita akan tertawa bersama-sama denganmu, dan kisah lucu yang kosong sama sekali tidak diperlukan hanya untuk sebuah gelak ketawa.

Sahabat wanita akan mengeluarkanmu dari kesulitan.

Sahabat wanita akan menolongmu keluar dari hubungan-hubungan yang buruk.

Sahabat wanita menolongmu mencarikan rumah tinggal yang baru, membantu mengemas dan memindah barang.

Sahabat wanita akan membuat sebuah pesta untuk anak-anakmu ketika mereka menikahi atau memiliki anak, manapun yang lebih dulu terjadi.

Sahabat wanita akan selalu berada di sampingmu, dalam suka maupun duka.

Sahabat wanita akan menempuh badai, taufan, panas, dan kegelapan untuk mengeluarkan kau dari keputus-asaan.

Sahabat wanita akan mendengarkan luahanmu ketika kau kehilangan pekerjaan atau seorang kawan.

Sahabat wanita akan mendengarkan ketika anak-anakmu mengecewakanmu.

Sahabat wanita akan mendengarkan ketika keadaan orang tua kita semakin uzur.

Sahabat wanita akan menangis bersamamu ketika orang yang dikasihimu meninggal.

Sahabat wanita menghiburmu ketika kau dikecewakan oleh banyak lelaki di dalam kehidupanmu.

Sahabat wanita membantumu untuk bangkit kembali ketika lelaki kau cintai pergi meninggalkanmu.

Sahabat wanita senang ketika mereka melihatmu bahagia, dan bersedia mencari dan melemparkan apa yang tidak membuatmu bahagia.

Waktu berlalu.

Kehidupan berjalan.

Jarak memisahkan.

Anak-anak beranjak dewasa.

Cinta hilang dan pergi.

Hati yang hancur.

Karier berakhir.

Pekerjaan berganti.

Orang tua meninggal.

Rakan-rakan melupakan kebaikan.

Si jejaka tidak menelepon ketika mereka berkata mereka akan melakukan sesuatu (misalnya saat berpindah ke lain hati).

TETAPI, sahabat-sahabat wanita akan terus mendampingimu, meskipun waktu dan jarak yang terpaut sangat jauh. Seorang sahabat wanita tidak akan lebih jauh dari orang-orang yang memerlukan. Ketika kau harus berjalan melewati lembah sendirian, sahabat wanitamu akan terus berjalan bersamamu di atas puncak lembah, menyusuri jarak bersamamu, menghiburmu, mendoakanmu, menarikmu, dan menanti dengan tangan terbuka di hujung lembah ketika perjalanan berakhir.

Terkadang, mereka pun harus melanggar peraturan untuk dapat berjalan bersamamu. Atau bahkan memimpinmu.

Anak, saudara, ibu, ipar perempuan, ibu mertua, makcik, sepupu perempuan, keluarga jauh, dan para sahabat perempuan saya telah membuat kehidupan saya lebih bererti! Dunia tidak akan sama tanpa kehadiran mereka, dan begitu juga saya.

Ketika kita memulai petualangan kita sebagai wanita dewasa, kita tidak tahu tentang kesukacitaan atau kedukaan yang akan terjadi di masa depan. Atau seberapa jauh saya dan mereka akan saling memerlukan. Tetapi saya tahu, saya masih tetap memerlukan mereka setiap hari.

Pertama kali membaca email ini membuatkan aku terfikir akan kebenaran kata-katanya.. tetapi apabila pengalaman lalu banyak membuatkan aku terfikir sejenak kebenarannya.. memang benar disaat suka dan duka.. sahabat wanitalah yang paling banyak berkongsi suka dan duka.. menemani kita saat sakit dan gembira.. menenangkan perasaan, mengucapkan tahniah serta saling menyokong satu sama lain.. memanglah suami adalah insan yang paling rapat namun.. luahan hati wanita hanya lebih difahami oleh wanita juga.. kebenaran itu yang aku tetap percaya hingga kini.. syukur pada tuhan aku diperkenalkan dengan rakan-rakan wanita yang hingga kini masih setia dan rapat bersama.. susah mahupun senang.. lelah atau pun payah.. segalanya.. semoga persahabatan ini akan tetap bersama hingga ke akhir hayat kita.. Insyallah

Wednesday, 21 May 2008

Kerja..

Hari ini sepanjang tengahari aku sibuk menyiapkan dan merekabentuk poster. Abstrak yang ku hantar untuk university research day telah pun diterima dan ini bermakna aku harus menyediakan poster untuk hari tersebut. Saat melangkah masuk ke bilik Suthanya sibuk menceritakan yang dia sedang sibuk merekabentuk posternya malah turut menawarkan aku beberapa template poster yang telah didownload.. melihatkan dia sungguh beria-ria.. maka aku pun minta template berkenaan.. kebetulan semua kami aku, suthanya, mas dan richard akan turut terlibat dengan pameran poster sempena university research day.. so mood hari ini lebih kepada menyiapkan rekabentuk poster masing-masing.. seronok juga kerana kami saling bertungkus lumus untuk mempamerkan poster masing-masing.. kecoh juga Suthanya bila posternya sudah siap.. abis dikhabarkan satu bilik.. senyum jelah aku melihatkan telatahnya.. dalam pada itu aku pun mula menyiapkan posterku.. namun hanya separuh jalan kerana masih memikirkan isikandungan yang perlu dimasukkan..

Hari ini kerja seperti biasa.. namun terasa bebanan kerja kurang sedikit.. mungkin kerana sudah 2 hari aku bertungkus lumus membersih.. so kebanyakan kawasan hari ini hanya memerlukan sedikit perhatianku.. toilet hanya perlu dibersihkan serba sedikit sahaja.. kerana sudah 2 hari aku membuat pembersihan habis-habisan.. dalam pada itu aku turut bertanyakan dengan James.. siapa agaknya yang mengantikan tempatku sepanjang aku tiada.. rupanya Janice.. emm terkejut juga.. ingatkan budak-budak cleaner yang lain dari bangunan sebelah.. rupanya janice seorang yang take over.. itu pun hanya sekadar 2 jam sahaja.. kerana waktu selebihnya dia terpaksa berada di bangunan sebelah.. lagipun budak-budak lain tidak mempunyai disclosure scotland.. terkejut juga.. bukankah mereka dulu awal-awalnya telah pun mengisi borang disclosure berkenaan.. kira disclosure aku seorang sahajalah yang diiktiraf.. sebab tidak seorang pun budak-budak tu yang boleh mengantikan tempat aku..

Sebenarnya untuk bekerja di bangunan legal house.. walaupun seorang cleaner harus mempunyai pengesahan tentang sebarang rekod jenayah (jika ada/tiada) dan akan dicatat dalam borang disclosure.. aku awal-awal telah pun mempunyai status semakan rekod jenayah di dalam borang disclocure berkenaan.. bukan apa.. hanya untuk memastikan tiada sebarang rekod jenayah kerana aku bekerja dibangunan kerajaan.. apatah lagi pusat latihan untuk peguam, polis dan hakim.. semua staf dipejabat itu adalah kakitangan kerajaan yang memberikan latihan guaman dan kuatkuasa undang-undang.. kadang fikir bagus juga bekerja disitu.. andai satu hari nanti rasa nak ambil sebarang nasihat atau tindakan undang-undang.. aku dah ada rakan-rakan yang boleh membantu..

Dalam pada itu James juga khabarkan pada aku yang shower penuh dengan daki merah.. pelik juga kata james kenapa berlaku begitu.. aku beritahu jika tidak dibersihkan sentiasa.. maka daki itu akan mula naik.. maka aku beritahu James yang aku telah pun menyental shower tu.. dah takde daki merah tu.. putih bersih dah tempat shower tu..

Sebelah petang secara tiba-tiba Janice datang.. terkejut juga aku.. katanya nak pinjam bin liner.. nasib baik juga dia mengaku yang dia patahkan kayu mop aku.. senyum jelah aku.. teringat masa hari pertama aku datang kerja semula.. Mandy siap beritahu aku "Lina, Janice will be very glad that you're back" masa tu aku cam pelik juga kenapa mandy beritahu aku begitu.. rupanya ada sebab.. baru dia tahu camna kerja aku selama 3 jam itu.. kerja non stop 3 jam.. elok jugakan.. takdelah dia nak bising-bising lagi.. baru dia tahu camna aku kerja selama nie seorang diri selama 3 jam..

Takpelah.. sekurangnya akhirnya dia mengerti juga.. aku pun dah ok sikit kerja sebab tak rasa letih sangat seperti 2 hari yang lepas.. so far kerja pun dah ok.. dan tersusun.. John pulak cuti 3 minggu.. so lama lagi lah aku nak jumpa dia.. harap esok kerja pun seperti hari ini.. insyallah

Tuesday, 20 May 2008

Panas hari ini

Hari ini cuaca panas dan membahang.. sewaktu melangkah keluar rumah ke bus stop.. matahari memancar terang benderang.. apatah lagi aku sejak pukul 5.00pg dah bangun dan mula menyiapkan sarapan pagi.. Sejak aku balik ke glasgow terasa ada sedikit perubahan.. pokok-pokok kini dipenuhi dengan daun yang menghijau malah pokok di luar tingkap dappur juga kini telah penuh dengan daun.. sebelum balik ke malaysia rasanya baru nak berpucuk je daunnya.. kini ia penuh dengan daun yang hampir menutupi separuh tingkap dapur..

Mood study.. setakat menyelak mana yang ada jelah.. untuk fokus.. ambil masa.. jumpa george tadi bincang berkenaan dengan review yang lepas adalah beberapa isu yang dibangkitkan.. apatah lagi hari ini aku seperti takde mood sangat.. panas yang membahang membuatkan aku seolah pening kepala.. sebenarnya sejak balik dari malaysia .. kepala aku sering berdenyut-denyut dan pening.. leher dan bahu sakit semacam.. pelik juga..

Sebelum ke tempat kerja aku singgah di Poundland.. beli berus penyental, sarung tangan dan kain mengelap.. sepatutnya aku boleh sahaja call spectrum untuk barang-barang tu. tapi mengenangkan pasti ambil 3 4 hari untuk sampai.. sedangkan aku nak guna urgent.. maka aku pun beli guna duit sendiri je.. takpelah fikir sedekah jelah.. setakat 4 pound apa nak kira sangat.. lagipun alhamdullilah.. walaupun aku cuti.. gaji tetap masuk.. terkejut juga bila check bank akaun.. alhamdullilah.. so sebab itu aku tak berkira sangat.. sampai danny dan james pun pelik tenguk aku duk bawak kayu dan berus penyental semasa sampai..

Apa lagi operasi hari ini... menyental shower.. semalam sental dengan mop sahaja.. hari ini aku sental abis-abisan.. putih bersih tempat shower.. semua daki merah dah takde.. dengan lantai toilet pun aku sental sekali.. hanya kayu mop je yang kena order.. sebab kayu penyental tu tak sesuai dengan mata mop yang ada.. emm ingatkan boleh guna.. terpaksalah guna mop merah tu lagi.. tapi esok terpaksalah order..

Dah 2 hari bekerja aku lihat muka aku mula merah terbakar.. mungkin kerana letih dan panas.. terasa muka membahang panas.. pelik juga selama kerja nie takde pulak camtu. mungkin juga sebab cuaca di luar yang panas dan juga kerja yang teruk.. letih jangan cakaplah.. tapi aku buat setakat yang mampu.. so far semua kerja utama dapat diselesaikan..

Moga esok aku lebih bersemangat lagi.. kepala dah mula berdenyut-denyut semula.. entahlah.. time untuk rehat..

Monday, 19 May 2008

Isnin yang meletihkan

Hari ini keluar rumah agak lewat sedikit badan rasa semacam je.. berbahang.. mungkin kerana sudah hampir ke musim panas.. dan dengar cerita semasa aku tiada di glasgow.. cuaca disini dikatakan panas hingga mencecah ke 21 darjah celsius. Hari ini kepala rasa seolah berpusing-pusing.. mungkin masih jetlag lagi.. muka juga terasa membahang.. namun aku teruskan juga langkah ke universiti apatah lagi setelah bercuti selama 2 minggu..

Dalam perjalanan .. aku singgah sebentar ke seroang rakan.. takde pula minah nie.. bukan apa teringatkan kaya yang dia kirim sebelum aku balik ke malaysia.. ramai pulak yang mengidam nak makan sri kaya nie.. baik di amang dan si kumar.. semua duk teringin.. malangnya dia takde.. so aku sekadar tinggalkan nota dan kaya itu di atas meja..

Mood untuk study masih on off.. disamping menyemak dan membaca email-email.. aku pun turut email george tanyakan annual review aku yang lalu.. insyallah esok tengahari aku akan jumpa george esok.. untuk dapatkan laporan bertulis review aku tempohari..

Masuk kerja seperti biasa.. lama sungguh rasanya tak kerja.. 3 minggu cuti sakan.. siap melambai-lambai pada semua staf yang ada.. masuk kerja tengok kebanyakan kawasan tidak dicuci dengan bersih.. toilet.. aihhhh berabuk22 seolah-olah tidak pernah dilap.. itu belum lagi bekas air yang sampai berkulat.. menggeleng kepala jelah aku.. dan yang paling teruk aku ler.. membersihkan toilet.. menyental dan mengelap dengan detail.. nie mesti kes diorang buat sambil lewa je nie.. begang juga..

itu belum lagi kisah mop lantai yang dah patah kayunya.. pulak tu mop itu untuk kegunaan biasa.. mop ada 2.. warna merah untuk toilet dan warna biru untuk lantai dapur.. menggelang lagi kepala aku.. terpaksalah gunakan juga mop merah untuk mop dapur.. abis dah itu je mop yang tinggal.. terpaksalah esok aku order kayu mop yang baru.. itu belum lagi sarung tangan yang dah hilang entah kemana.. begang lagi.. sebab bila nak bersihkan toilet aku akan pakai sarung tangan tu.. dah terpaksa gunakan tangan semata.. begang lagi.. emm aku hanya mampu menggeleng kepala sahaja.. teruk betul diorang buat kerja nie. memang sah malas betul.. buat kerja sambil lewa je.. akhirnya dekat pukul 6.10 ptg barulah aku keluar dari tempat kerja.. keluar lewat kerana banyak sungguh benda yang kena buat.. cukup tak puas hati betul aku.. lantai dapur yang seolah tidak pernah dilap.. toilet yang berabuk-rabuk.. shower yang seolah tidak pernah dicuci penuh dengan daki merah.. teruk menyental juga dengan mop.. sampai sakit pinggang aku kerja hari ini.. muka pula makin terasa membahang.. kepala pun dah mula pening... apatah lagi dah bercuti 3 minggu tak buat kerja berat.. terasa sungguh letihnya hari ini..

Mungkin kerana baru mula kerja.. menyebabkan aku rasa begitu letih.. ditambah dengan kerja teruk yang perlu aku buat.. esok aku akan detailkan lagi kerja hari ini.. biasanya aku agak detail sikit bila buat kerja.. kalau susunan broucher atas meja.. aku pasti akan susun dengan kemas sebaris.. susunan cawan kertas pun harus berada dalam ketinggian yang sama.. malah plastik bakul sampah juga akan aku pastikan diikat kemas dan disimpul ke dalam.. dan diletakkan dengan kemas.. masuk kerja hari ini.. semua benda-benda itu dibuat seperti tunggang langgang.. menggeleng jelah kepala aku.. dan terpaksalah aku kemas semula satu persatu.. mungkin penghujung minggu ini barulah susunan dan kemasan akan balik seperti yang biasa aku buat.. cukup tak puas hati betul aku.. yelah.. yang teruk aku juga.. sebab semuanya dah bercampur aduk..

Balik ke rumah terasa satu badan sakit-sakit.. itu baru hari pertama kerja.. itu belum pakwe lagi yang kerja 3 kerja hari ini.. nanti nak kena tanya jugalah.. larat ke tak larat.. ke sama je macam aku hehehe.. oklah nak rehatkan diri..

Sunday, 18 May 2008

Gambar sepanjang di Malaysia

Semasa di airport Dubai

(Penat tau tunggu transit selama 9 jam.. tidur pun tak selesa.. alhamdullilah dapat peluang makan sebanyak 2 kali.. tak perlulah sibuk-sibuk nak beli makanan)






















Semasa di Tg Malim



Selepas plaza tol Tg malim



Pekan Tg Malim

















Semasa di Kuala Lumpur

Ahad di Glasgow

Hari ini awal pagi lagi aku sudah bangun.. semenjak tidur seawal pukul 8mlm semalam.. apatah lagi perjalanan yang jauh.. tidur di dalam flight tidak pernah nyenyak.. maklumlah tidur duduk.. itu belum lagi ditambah dengan sakit leher dan bahu yang aku tanggung sepanjang penerbangan dari KLIA ke Glasgow..

Bermula pukul 9.30 pagi.. telefon di rumah tidak berhenti-henti berdering.. macam tahu-tahu je kami dah balik.. heheh.. yang pasti semua panggilan untuk pakwe.. maklumlah kekawan semua tercari-cari.. ada yang ajak ke blochairn ler.. ajak lepak di chicken cottage ler.. macam-macam hal.. itu belum lagi yang dah call kata nak datang rumah.. akhirnya aku putuskan untuk duduk di rumah sahaja.. malas pula nak kemana-mana.. apatah lagi malam ini dah ada yang janji nak datang rumah.. lebih baik berehat sahaja.. apatah lagi esok dah mula study semula.. dan petang kerja seperti biasa.. maklumlah dah 3 minggu cuti dari bekerja.. ada lagi ke skill aku sebagai cleaner nie.. heheheh.. rasanya belum lupa lagi..

Awal pagi aku call rusdi.. sepanjang di malaysia ada juga cuba call rupanya aku call nombor yang lama.. akhirnya terpaksalah aku check semula email dan ambil nombor terkininya.. sebenarnya dia sudah ada di Malaysia sejak bulan hujung bulan februari lagi.. dan pada bulan julai ini barulah dia akan kembali ke sheffield.. Insyallah.. bila dia balik semula ke UK.. akan saling berkunjunganlah kami nanti kan..

Sepanjang di malaysia agak sukar juga untuk access internet.. rumah di kampung tak pernah ada talian internet.. mungkin nanti aku akan minta adik bongsuku untuk masukkan talian internet tersebut.. Kadang bagai tak sangka aku dah balik semula ke sini.. semasa berada di Malaysia.. hari-hari kami penuh dengan jalan ke sana sini.. sepanjang 2 minggu itu juga aku cuti masak.. yelah dah mak dan mak mertua yang masak.. sampai aku sendiri pun dah tak larat nak makan lagi.. bukan makan banyak mana pun.. tetapi.. dek kerana ulangan makan itu agak kerap.. perut pun tak sempat nak lapar.. lagipun aku pun takdelah sangat yang teringin makan sangat.. awal-awal lagi aku dah niat tak nak terlalu ikutkan hati pasal makan nie.. bukan apa takut nanti tak dapat kecewa pula.. namun.. dalam tidak merancang.. dapat juga aku makan semua yang aku pernah rancang nak makan.. baik orang belanja.. atau mak yang masak.. pakwe bukan main lagi seleranya.. hinggakan petang terakhir di Malaysia... masih sempat lagi ajak aku makan ke sana sini.. siap tanya aku nak makan apa.. perut pun masih kenyang lagi.. dah tanya nak makan apa.. pening jugalah melayan kehendaknya.. beli durian ler.. kuih ler.. soto ler.. nasi lemak ler.. macam-macam pulak..

Saat melepak depan TV tadi.. terkenang sejenak.. betul ke aku dah balik ke Glasgow nie.. dan betul ke aku balik ke Malaysia.. yelah sekejap sangat masa berlalu.. seolah aku tidak kemana-mana pun.. mood dan semangat masih sama.. cuma kali ini ketenangan dan semangat juang hadir dengan lebih kuat insyallah.. Hari ini rasanya mak dan ayah ke Behrang 2020.. membersihkan rumah ku.. aku hanya sempat balik 2 kali sahaja ke Tg Malim.. dan dapatlah tidur sejam di rumah tersebut.. selebihnya sibuk dengan urusan bank.. beli barang-barang dan jumpa rakan terdekat.. itu pun sekadar ke rumah kak Ramlah dan Modi sahaja.. itupun kerana rumah mereka berdekatan sahaja dengan rumahku.. pertama kali melihatkan rumah buatkan aku terkejut.. mana tidaknya.. sudah penuh dengan pokok bunga kiri dan kanan rumah.. sekali pandang memang takde sesiapa sangka rumah itu takde orangnya.. yelah bunga semua elok segar bugar bagaikan dijaga elok.. bukan sekadar diluar rumah.. malah di dalam rumah pun ada pokok daun 2 pasu.. rumah pun dikemas elok dan tersusun.. luar rumah macam-macam pokok ada.. pokok bunga. daun.. mangga.. mangis.. serai .. daun kari.. cili api.. bunga kertas.. dan macam-macam lagilah.. puas juga menghitung pokok yang ada.. lagipun hasil kerja tanaman tangan ayah.. bak kata mak.. tangan ayah sejuk.. semua yang ditanam menjadi.. sebab itulah rumah penuh dengan pokok-pokok.. baik di dalam pasu atau yang ditanam atas tanah..

Alhamdullilah.. rumah pun terjaga elok.. sebab itu aku sayang nak sewakan pada orang.. biarlah.. tidak disewa.. namun rumah terjaga elok dan rapi.. lagipun adalah tempat untuk mak dan ayah berehat dan berjalan-jalan..

Namun perjalanan pulang ke Malaysia bagaikan terapi aura bagiku.. banyak juga perubahan yang aku lihat.. baik dari cara berpakaian.. style baju.. tudung.. cara diri.. cara hidup.. cerita di TV.. (asyik cite indon je manjang nie..) itu belum lagi dengan rancangan tempatan yang banyak berasaskan nyanyian.. hiburan.. cerita mistik.. misteri.. dan macam-macam lagi.. papan iklan yang berwarna-warni juga menghiasi sepanjang jalan samada melalui lebuhraya.. jalan biasa.. maklumlah perjalananku banyak menuju ke KL, shah alam, Tg Malim.. jelebu.. agak kerap juga aku ke KL.. baik ditemani pakwe2.. hehehe.. namun yang pasti aku tidak memandu sendirian.. semua dijemput dan diambil.. hanya bagitau je mana nak jumpa.. adalah yang datang mengambil dan menghantar.. seronok juga.. boleh buat lagi kan.. kan..

Dalam pada itu terasa juga betapa masa 10 hari itu tidak cukup sebenarnya.. penat ke sana sini pun tidak abis lagi.. mungkin jika sebulan barulah semuanya lebih tersusun.. maklumlah ada 2 kampung .. itu belum rumah sendiri lagi. rumah kawan-kawan.. namun sekurang-kurangnya kaum keluarga yang terdekat semuanya dapat dikunjungi.. dapat juga berjumpa..

Oklah masa untuk berehat.. pakwe awal lagi sudah diajak orang keluar ke sana sini.. aku sahaja yang malas nak kemana-mana kerana esok sudah mula sibuk semula..

Saturday, 17 May 2008

Selamat Sampai semula ke Glasgow

Alhamdullilah.. selamat semuanya perjalanan dan urusan ku.. akhirnya aku tiba semula ke Glasgow.. cuti yang hanya 10 hari itu.. memang banyak mengambil masa dan kebanyakan lelah dan penat ke sana sini.. hinggakan hari terakhir di tanahair.. aku masih lagi keluar ke sana sini.. makan apa yang teringin.. beli barang apa yang masih dicari.. dan penuhi hajat yang diingini..

Semalam.. pagi aku sempat pergi mengurut ditemani mak dan pakwe.. kali ini kami berdua berurut badan.. sekadar untuk membetulkan urat-urat dan perjalanan darah dalam badan..

Alhamdullilah.. perjalanan balik ini tidak sia-sia.. hasrat utama insyallah.. dan alhamdullilah diperkenan Allah..

Namun walaupun singkatnya masa.. alhamdullilah banyak juga perkara utama yang dapat aku laksanakan.. urusan kereta.. urusan bank.. urusan kad.. urusan rumah.. kebanyakan seolah bertepatan dengan masa yang aku balik.. sempat juga berjumpa dengan rakan-rakan terdekat.. namun ada juga yang tidak dapat aku temui.. sebab kesuntukan masa.. insyallah ada peluang dan masa hadapan insyallah.. pertemuan pasti akan terjadi juga..

Syukur ku panjatkan pada Allah s.w.t. alhamdullilah.. perjalanan dan niat asalku untuk balik ini.. sedikit sebanyak.. ada juga sinar bahgia yang datang.. syukur.. banyak juga urusan yang dapat diselesaikan walaupun masanya sesingkat cuma.. Saat dalam kapal terbang untuk kembali ke Glasgow.. mengalir juga airmataku.. teringatkan emak.. ayah.. kerinduan yang ku sangka dapat ku leraikan.. namun rupanya.. kerinduan itu juga semakin menebal lagi.. kadang aku seolah tidak sangka pelukan erat emak sudah lama aku tinggalkan.. jari jemari ayah yang tua yang telah kucium .. airmata emak.. seolah baru tadi aku lihat ia mengalir.. pelukan dan ciuman mak juga.. bekal kekuatan semangatku.. walau apa juga yang terjadi.. niat buruk atau baik.. hasad dan cemburu.. umpatan dan kejian.. kini aku sudah tidak gentar lagi.. Insyallah.. yang penting aku tahu niat dan hasratku.. andai yang datang itu buruk dan membinasakan.. aku mohon ia dijauhkan.. andai yang datang itu baik dan terpuji.. semoga allah juga kekalkan ia bersama dalam diri.. insyallah..

Aku akan sentiasa rindu dan sayang pada tanahair.. hujan emas dinegara orang.. demi ilmu yang dicari.. Saat aku jejaki semula bumi malaysia.. serasa seolah aku tidak pernah pergi meninggalkannya dan kini saat kaki ku jejakkan kembali ke Glasgow.. aku rasa seolah aku tidak pernah meninggalkan bumi ini.. 2 destinasi.. 2 negara.. 2 perjalanan.. hati.. kasih dan sayang aku sentiasa ku tinggalkan di Malaysia.. Namun semangat, kekuatan, kesabaran sentiasa aku pegang dan ku gengam di Glasgow.. Insyallah semoga hari seterusnya.. Allah permudahkan laluan hidupku.. insyallah..

p/s Lagu purnama merindu ini adalah permintaan kak ina.. sorry kak sebelum balik malaysia tak sempat nak upload.. enjoy kak :)

Tuesday, 13 May 2008

Seronok dan letih Di Malaysia

Alhamdullilah cuti selama seminggu lebih ini banyak perkara dan urusan yang perlu dilakukan. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik.. Insyallah hujung minggu ini sampailah aku semula ke Glasgow..

Maaf tak dapat nak menulis dengan panjang kerana batasan masa yang kadang kala menyukarkan untuk aku menulis. Itu belum lagi dengan urusan yang perlu diuruskan..

Dalam kesibukan ke sana sini.. adalah juga cerita-cerita yang aku dengar dari orang di sana.. hanya sekadar senyum sahajalah yang aku dapat berikan.. usah dilayan sangat pun nanti.. buat pening kepala je.. yang pasti.. andai kita dipihak yang benar kenapa perlu nak takut dan kenapa perlu juga menakutkan dan kelam kabut... diam kerana benar.. bukan diam kerana takut.. apa juga.. aku serahkan pada allah sahaja.. yang baik datangnya dari allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan manusia itu sendiri..

oklah.. untuk rakan semua.. semoga anda semua berada dalam lindungan allah s.w.t dan semoga dijauhkan dari hasad dengki.. niat buruk dan segala perkara yang tidak elok dalam hidup.. insyallah.. aminnn...

Saturday, 3 May 2008

Balik ke Malaysia

Insyallah dalam 20 minit lagi aku akan bertolak ke airport Glasgow.. penerbangan dari Glasgow ke Dubai akan berlepas pada pukul 2.05petang.

Pagi ramai juga yang menelefon mengucapkan selamat balik ke Malaysia.. Alhamdullilah.. rasa seronok juga dengan setiap ucapan yang diberikan.. itu menandakan bahawa masih ada orang yang ambil berat..

Awal pagi lagi aku sudah menelefon mak di kampung memaklumkan yang aku akan balik insyallah hari ini dan akan sampai ke Malaysia pada pukul 11.30 malam hari ahad. Perasaanku? Seronok dan bersyukur.. alhamdullilah..

Jika ada peluang dan kesempatan akan aku update blog ini semasa berada di Malaysia.. jika tidak tunggu sahaja 2 minggu selepas aku balik ke sini kembali.. semoga perjalanan balik ini mudah dan dijauhi dari semua bencana dan musibah.. amin..

Friday, 2 May 2008

Terbayang wajah bonda dan ayahanda

Selesai solat asar tadi, sejenak aku teringatkan mak dan ayah. Sejenak datang bayangan melihat raut muka emak dan ayah.. sayu sungguh rasa dihati dan seolah semakin dekat juga pelukan buat mak dapat aku rasakan. Setahun setengah begitu lama tidak aku tatap wajah mereka.. rindu tidak usah dikata.. hanya doa sahaja yang sentiasa mengiringi mereka setiap hari..

Esok aku akan pulang ke tanahair.. niat paling utama.. mak dan ayahlah tujuan utama.. kerana mereka aku balik.. dan sebab mereka aku kembali ke malaysia.. demi Allah juga perjalanan itu aku ambil.. semoga perjalananku esok diberkati.. dan selamat hingga tiba ke destinasi... semoga kekuatan semangat yangku cari.. akan aku perolehi insyallah nanti..

Bagaimana agaknya pelukan mak buat aku nanti.. adakah seeratnya pelukan mak semasa menghantar aku pergi setahun setengah yang lalu.. masih samakah muka emak seperti dulu.. masih ada lagikah senyuman manis mak seperti yang sentiasa aku ingati.. masih kuat lagikah ayah.. masih lembut dan tegas lagikah wajah ayah.. masih susut lagikah tubuh badan ayah.. masih elokkah langkah ayah.. bagaimanakah agaknya riaksi mereka.. semua itu seolah datang dalam bayanganku.. bahgianya hati andai dapat memeluk mereka dan mencium tangan mereka seperti yang aku selalu lakukan tiapkali balik ke kampung... masih samakah senyuman mak seindah dan setenangnya.. Tidak ada yang lebih mengembirakan dan membahgiakanku selain melihat mereka gembira..

Rindu dan kasih sayangku tidak pernah berubah walau sedikit pun.. walau sejauh mana langkah ini pergi.. walau kemana juga aku berlari.. walau setinggi mana juga gunung yang didaki.. walau sehebat mana beban dan tanggungjawab yang aku pikul.. namun sehingga akhir hayat.. hanya mereka sahaja emak dan ayahku.. tidak dua.. dan tiada ganti.. Insyallah.. semoga perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan laluannya.. aminn..

Hari ini entah mengapa aku tersenyum dengan kata-kata seorang insan ini.. walaupun kata-kata itu bukanlah sesuatu yang indah.. namun.. kesungguhan katanya aku hormati juga.. membaca tulisannya membuatkan aku seolah ketawa sendirian.. entah apa agaknya yang dia mahu.. tapi kata-kata coretan terus juga dihantar .. biarlah jika itu dapat melegakan hatinya.. jika itu juga dapat memuaskan hatinya.. semoga kepuasan dan kelegaan itu dia perolehi.. semoga dia dapat yang baik dari itu.. walaupun coretan kata itu mungkin tidak seindah bahasanya..

Tidak sangka juga ada juga orang yang begitu prihatin dengan blog ini.. terima kasih.. walau apa juga komen yang diberikan.. baik dipaparkan atau tidak.. aku tetap hargainya.. Insyallah.. aku doakan anda dapat yang terbaik seperti yang anda mahukan.. semoga juga hidupmu juga diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bahgia yang anda akan perolehi.. hanya doa yang baik-baik sahaja aku utuskan untukmu.. aminn

Sampai semula ke Glasgow

Pagi ini aku sudah pun tiba ke Glasgow semula. Perjalanan semalam amat meletihkan apatah lagi aku begang giler dengan 2 orang mamat india yang duduk di depan kami. Asyik nak turun kerusi je tanpa fikir perasaan orang kat belakang.. berkali-kali juga aku sound.. akhirnya kerana begang sangat aku beritahu driver bas dan dia pun warning 2 orang mamat tu.. tetapi kami masih geram lagi.. akhirnya kami buat tak tahu jelah..

So far selain insiden dengan mamat tu.. hanya aku sahaja rasa agak letih dan kaki pun mula rasa cramp dan tidak selesa.. badan juga rasa seperti nak demam dan tekak juga mula terasa sakit.. apatah lagi cuaca di london yang begitu sejuk sekali kerana hujan turun hampir setiap hari.. hanya semalam cuaca agak panas sedikit namun pada petang harinya turun juga hujan namun tidak lama..

Perjalanan ke London kali ini.. hampir setiap ruang masa yang ada terisi dengan pelbagai aktiviti.. seminar dari pagi hingga ke petang.. kemudian berjalan-jalan dan mengambil gambar pada belah petangnya hinggalah ke malam hari. Disebabkan disekitar Bayswater kedai-kedainya buka hampir ke pukul 11.00 malam maka kami ambil peluang juga untuk berjalan dengan membeli cenderamata..

Semalam kami berjalan sehari suntuk.. selesai sahaja seminar tengahari kami pun makan tengahari dan mula berjalan ke tempat-tempat menarik.. semuanya atas permintaan Suthanya.. katanya untuk mengambil gambar-gambar menarik di situ kerana kunjungannya yang lepas dia tidak dapat mengambil gambar dengan banyak.. apatah lagi dia baru sahaja membeli kamera digital yang baru.. maka memang ambil peluang sungguh merakamkan gambar dengan begitu banyak sekali..

Ttengahari juga aku akan ke department.. banyak juga urusan yang perlu dilihat.. Isnin depan cuti May Day.. dan esok pula aku akan balik ke Malaysia.. insyallah..

Thursday, 1 May 2008

Hari terakhir di London

Kini aku dalam perjalanan balik ke Glasgow. Bas sudah pun bergerak keluar dari central London.

Sejak pagi tadi kami sudah check out dari hotel tetapi disebabkan hotel berkenaan menyediakan kemudahan luggage store maka kami ambil kesempatan utk tinggalkan beg. Hari ini cuaca panas berbanding semalam yang hujan sepanjang hari. Pagi tadi kami sempat ke Hyde Park ambil gambar dan berjalan-jalan seketika. Selepas itu kami pun terus ke tempat seminar.

Seminar tamat pada tengaharinya. Kami ambil kesempatan utk ambil gambar di sekitar tempat pameran. Sepanjang hari kami asyik berjalan ke portobello road, tower bridge, house of parliment, big ben, london eye. Singgah sebentar di downing st dan akhirnya tiba di hotel hampir ke pukul 9.30mlm.

Kepenatan dan cemas mula datang kerana bas balik ke Glasgow bertolak pada pukul 10.30 mlm. Alhamdullilah kami sempat tiba ke victoria coach station pada pukul 10.15mlm. Penat tak dapat digmbrkan. Tapi yg utama kami berjaya smpi pd masanya.

Oklah masa utk rehat dan tidur.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin