Saturday, 24 May 2008

Seteguh Tekad

Semasa balik ke Malaysia, aku sempat singgah ke komplek PKNS di Shah Alam. Sebenarnya turutkan kehendak hati pakwe yang hendak singgah ke kedai buku mencari bahan bacaan atau kamus elektronik untuk dibawa semula ke Glasgow.

Sudah lama aku tidak membelek buku-buku motivasi.. dulunya aku rajin menyelak dan membelek buku-buku motivasi.. baik tulisan Dr Tuah atau sesiapa sahaja.. yang utama bahasa yang santai dan juga harga berpatutan.. aku agak kurang gemar membeli buku motivasi yang diterjemahkan ke bahasa melayu.. yang mana agak banyak dipasaran.. aku lebih selesa membaca buku tulisan tempatan.. dan jika inginkan yang berbahasa english aku lebih selesa membelinya di sini.. lebih murah.. dan originaliti.

Dalam membelek-belek buku tersebut.. aku terjumpa sebuah buku yang agak menarik tulisan Prof Dr. Sidek Baba.. bekas seorang Timbalan Rektor di UIAM.. malah punya rentetan jawatan, akademik dan pengalaman yang banyak.. melihatkan harganya yang murah dan cara tulisan yang begitu santai aku begitu tertarik membacanya. apatah lagi sinopsis yang menceritakan autobiografinya sepanjang perjalanan hidupnya yang menuntut ilmu.. kepayahan dan kesusahan hidup.. keperitan dan kedukaan.. yang seolah seiring dengan perjalanan dan perjuangan ilmu yang sedang aku lalui kini..



















Semalam aku terlintas untuk membaca otobiografi berkenaan.. sudah lama juga rasanya tidak membaca tulisan berbahasa melayu.. walaupun hanya baru sahaja memulakan pembacaanku namun gaya bahasa serta tulisannya sungguh berbekas dihati.. apatah lagi beliau juga merupakan anak didik Anak Kandung Suluh Budiman.. membaca rentetan pengalaman beliau semasa berada di Maktab Perguruan Sultan Idris.. yang kini telah pun bergelar Universiti Pendidikan Sultan Idris.. membuatkan aku terpegun dan khusyuk dalam mengingati semula setiap kawasan dan nama bangunan yang beliau sebutkan.. ada sesetengah nama tersebut masih kekal tetapi ada juga yang telah ditukar.. namun membaca kisah MPSI dan pengalaman beliau membuatkan aku terfikir sejak.. bak kata-kata beliau dalam buku tersebut..
"Kampus MPSI memang unik bukan sahaja dari sudut geografinya yang strategik dengan deretan banjaran titiwangsa yang hijau dan banyak memberikan ilham kepada pendidik perantau tetapi ia juga meninggalkan kesan dalam meniupkan kesedaran kemerdekaan serta perkembangan bahasa dan sastera. Anak didik lulusan SITC atau MPSI bertaburan di seluruh alam melayu memberikan didikan kesedaran terhadap anak bangsa. Kesedaran nasionalistik selalunya menjadi latar bagi pelajar-pelajar yang belajar di sana

"M
PSI bukan sahaja sebuah maktab melatih guru-guru tentang ilmu pendidikan tetapi pensyarahnya juga sering meniupkan kesedaran nasionalistik terhadap perjuangan mengisi kemerdekaan. Konsep Ibu Kandung cuba ditanamkan oleh pensyarah supaya obor kesedaran Ibu Kandung dapat menyalakan semangat kami untuk terus berjuang sehingga martabat bangsa dapat ditebus kembali. Itulah kesedaran yang tertanam kuat di hati kami untuk keluar sebagai pendidik yang budiman.

"
Ibu Kandung tetap ku kenang dalam suka duka yang menjadikan aku lebih mengenal erti diri dan kehidupan. Dan aku meninggalkan Ibu Kandung dengan azam untuk menyebar ilmu pengetahuan kepada bangsaku yang amat memerlukannya"
Sebenarnya kata-kata Ibu kandung dan Anak Kandung adalah merupakan kata-kata keramat bagi semua anak didik atau tenaga pengajar yang pernah berada di MPSI atau SITC suatu ketika dulu.. hingga kini pun lagu Ibu Kandung Suluh Budiman masih menjadi lagu rasmi UPSI..

Begitu agung kalimah kata dan penghargaan bicara yang dititip oleh Prof Dr. Sidek Baba tentang pengalaman beliau dalam menimba ilmu menjadi seorang pendidik semasa di MPSI.. malah aku kira ramai lagi insan yang yang turut menimba ilmu di situ.. malah tidak ketinggalan ayahandaku sendiri juga pernah menuntut ilmu di Tg Malim.. di MPSI.. sebab itulah ayahku hingga kini kerap berulang-alik ke rumah ku di Behrang 2020.. aku tahu dia lebih selesa setiap kali ke sana. Mungkin kerana mengarap dan menitip semula semua kenangan zaman ayahku menimba ilmu.. kini mungkin juga dia berasa gembira kerana aku pula dipilih menjadi salah seorang tenaga pendidik di UPSI.. tempat yang suatu ketika dulu merupakan gedung ilmu mencari pengetahuan..

Walaupun buku autobiorgrafi itu baru ku baca .. namun jalan ceritanya membuatkan aku terus terpesona untuk membacanya.. sedikit sebanyak ia membuatkan aku berfikir.. hidup seharusnya ada dugaan dan cabarannya.. yang utama kita harus berani dan tabah menghadapinya..

Ibarat prakata daripada Datuk A. Samad Said mengenai otobiografi Prof. Dr. Sidek Baba
"Sebuah otobiografi tidak mungkin dapat menangkap sejarah penuh kehidupan seseorang. Kenangan manusia sangat mengalir dan meluntur, apalagi setiap insan memang sukar sempurna. Rupa-rupanya Masjid Tanah Melaka, dalam senyap, telah sempat menghantar seorang pendakwah dan ilmuan gigih ke tengah tanahairnya"

Andai yang berminat bolehlah cari buku ini untuk dibaca dimasa lapang sekadar untuk mengetahui kisah manusia.. membakar semangat.. mengutip kisah.. meneladani kebaikan dan menyempadani kesilapan.. dengan harga sekadar RM13.00 aku kira amat murah sekali jika dibandingkan dengan nilai kisah dan pengetahuan yang akan diketahui..

6 comments:

norzu said...

seronok baca crite akak...ckit2 jadi juga pendorong utk saya supaya lebih berhati-hati memilih sahabat-sahabat yg betul2 sahabat..:D..good luck!!

iina said...

Alhamdullilah norzu.. berkawan biar seribu.. selagi mampu berbuat baik kita buat.. tapi andai terjumpa sahabat yang mengajak kita membuat kemungkaran baik dijauhkan sahaja.. Insyallah.. yang utama niat asal kita.. tak perlu diharap balasan dari manusia.. cukuplah Allah sahaja yang membalas dan lebih mengetahui :)

zany said...

saya pun dah baca buku ni, memang sedih part Prof Dr ke skolah naik basikal tu. Dalam blog saya pun ada saya ceritakan. happylife-zany.blogspot.com

iina said...

Zany.. salam perkenalan.. memang buku tu bagus untuk dibaca.. thanks for sharing with me :)

mashi said...

Ina, lepas ko baca, ko nak kirim kat aku pulak ke?

iina said...

kalau dekat aku dah bagi.. nie nak kena pos.. fikir gak hehehe.. kena charge nie...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin