Wednesday 30 September 2009

Bila sakit & sihat


Sakit selalunya adalah sesuatu yang kurang disenangi oleh semua orang.. Mungkin ada yang suka sakit.. sakit yang dibuat-buat.. sakit yang boleh dapat MC free.. lepas tuh boleh lepas bebas berehat kepala & badan..

Tapi semasa sakit demam selama hampir 5 hari di negara orang banyak mengajar aku tentang erti hidup ini. Rentetan perjalanan yang setiapnya mengambil masa lebih 3 jam.. banyak menyebabkan aku duduk diam di dalam kereta.. tidur duduk.. tahan sakit belakang.. sakit pinggang.. dan segala macam sakit yang terpaksa dihadapi waktu itu..

Antibodi sememangnya dah takde.. ubatan yang ada hanyalah sekadar yang dapat dibeli di farmasi.. ubat panadol paracetamol dan ubat batuk.. sekali kala mengunyah ubat sakit tekak strepsil atau fishermen friends... Batuk masih berbunyi.. mula perlahan.. makin lama makin kuat..

Sepanjang berjalan.. yang aku hanya boleh nyatakan secara terperinci.. hanyalah betapa luasnya ruangan kereta citroen yang kami naiki.. betapa lamanya perjalanan dari satu negara ke satu negara.. empuknya tilam dan bantal di hotel-hotel yang kami duduki.. Selainnya.. aku sendiri seolah hilang deria pemerhati.. sekadar yang ada.. semuanya aku amati sendiri dari hasil snap klik tangan kekasih hati sendiri.

Dalam beberapa malam tidak mampu tidur dengan lena.. yang asyik terjaga dek batuk.. demam kuat.. selsema.. asthma.. Aku sampai tanya pada diri.. Bagaimanakah rasanya ketika sihat.. Ya Sihat itu bagaimana ekk.. Best ke sihat tuh.. Kerana ketika terlalu sakit itu aku sendiri seolah lupa langsung rasa sihat yang selama ini aku lalui..

Itu baru nikmati kesihatan yang ditarik dalam masa 5 hari.. aku sudah diuji dengan satu rasa yang aku sendiri tidak dapat nak luahkan dengan kata-kata.. Itu belum lagi dengan ujian setiap sendi.. urat.. tulang pada tubuh badan bila disentuh sedikit pun sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.. hatta mahu pakai 1 helai pakaian di tubuh, aku terpaksa menunggu hampir 5 minit setiapnya kerana sakit ketika mengerakkan tubuh badan untuk memakai pakaian itu.. menyentap seluruh tubuh badan.. urat di badan serasa ditarik-tarik dan dikoyak-koyak.. tiapkali itu juga aku pasti menjerit.. Paksa juga diri.. tapi bila tiba masa urat sakit itu datang.. aku sendiri tidak dapat mengerakkan diri langsung.

Dulu pernah juga semasa aku sihat walafiat.. Pernah juga soalan yang sama datang pada diri aku.. Bagaimana rasanya sakit.. kerana ketika itu seolah sudah terlalu lama tidak mengalami rasa sakit demam dan sebagainya.. Bukanlah menguji diri dan membangga diri.. tapi apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah.. satu persoalan tentang kehidupan.. Adakalanya kita sihat.. tapi kita pasti tertanya bila melihat mereka yang sakit.. kesian kita melihat mereka.. tapi pada masa yang sama.. sakit yang dilihat pada mata kita.. takkan sama dengan sakit yang dirasa oleh mereka.. Sama juga bila kita sakit.. badan kita menanggung segala kesakitan.. hingga serasa tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa.. Bila sudah terlalu sakit.. hati mula bertanya.. bagaimana pula rasa sihat.. melihat mereka yang sihat mampu ke sana sini.. berjalan bergelak ketawa.. hati turut tertanya.. alangkah bestnya bila sihat.. tapi benarkah bagai apa yang kita rasakan itu.. entah.. hanya mereka yang kita lihat itu sahaja yang tahu.. dan Allah lebih-lebih lagi tahu..

Bila sakit begini juga kadangkala aku juga jadi cemburu dengan dia.. Sebab dia sihat dan tidak sakit.. tapi pada masa yang sama.. dek kerna ada dia.. maka semua boleh dibuat dengan mudah.. cuma dia penat mengurus itu dan ini.. tapi malam hari dia mampu tidur dengan berdengkur dengan lena.. tanpa sedikit pun rasa terusik mimpi-mimpi indahnya.. Ini aku cukup sakit hati.. terutama bila masa aku kena serangan asthma yang teruk.. bayangkan hendak bernafas pun amat seksa sekali.. sekuat mana pun nafas yang disedut.. yang masuk hanya 40-60% sahaja.. Selebihnya kena sedut ikut mulut.. dan entah berapa malam juga mulut aku terlalu kering.. tekak aku bengkak berdarah.. bibir aku pecah kering.. Semuanya terpaksa dihadapi.. Ditambah dengan sakit belakang.. batuk lagi menambah kesakitan urat belakang... rasa bagai ditarik-tarik hingga ke hujung kaki.. ahhh.. itulah rasanya bila sakit.. namun bila sihat?? Adakah kita akan ingat semua ini..

Sakit asthma ini telah aku warisi sejak aku lahir lagi kata mak.. Tapi serangan serius yang pertama aku alami semasa aku di UKM dulu.. kebetulan minggu itu aku sedang jalani latihan 2 minggu intensif untuk acara sukan antara universiti.. Aku mewakili pasukan UKM.. sebelum itu sudah beberapa orang rakan mula demam.. dan aku pun terkena akibat yang sama.. entah mengapa.. ketika itu satu petang sedang sibuk membuat latihan.. hujan turun renyai-renyai.. kami masih tetap teruskan latihan.. apatah lagi aku yang memegang posisi pertahanan tetap terus bertahan menahan dan menghalang rakan-rakan yang ingin menerobos pintu gol kami.. Cuaca bertukar sejuk.. akhirnya kami berhenti sebelum senja.. dan malam itu aku mula batuk.. dan esoknya aku kena serangan asthma yang teruk. Sejak itu asthma tidak pernah tinggalkan aku.. jarang sekali dia datang sebenarnya... kecuali bila terlalu sejuk atau aku terlalu penat.. terutama bila aku mula batuk-batuk dan sejuk sangat.. ini aku cukup hati-hati.. pengalaman berperang dengan asthma setiap malam.. sudah cukup mengajar aku seksanya menahan semua sesak nafas itu.. Buat mereka yang tidak pernah menghadapinya.. seolah rasa cam tidak ada apa.. tapi sakitnya menahan sesak nafas.. dan susahnya upaya untuk tarik nafas sedalam mungkin itu.. hanya mereka yang pernah alami sahaja yang tahu..

Aku sendiri pernah banyak kali nyatakan pada dia.. kadangkala aku teringin mahu dia juga rasa sakitnya bila kena serangan asthma.. supaya dia mampu memahami kondisi diri aku ketika itu.. dia boleh tidur dengan lena di sebelah aku.. tapi tahukah dia aku sedang berjuang sedaya upaya hanya untuk mendapatkan ruangan udara bernafas yang selesa mungkin.. sebab itu dikatakan.. Asthma ini mampu menyebabkan orang mati.. Aku tidak dapat nafikan.. sebab kadangkala pernah juga terbit dalam diri.. Rasa nak mati itu sudah terlalu hampir sangat.. hampir sangat-sangat..

Namun syukur juga.. Alhamdullilah.. setiapkali serangan aku masih mampu terus bertahan.. dan tetap bertahan.. walau sesusah mana pun terpaksa dada aku hadapi.. aku hadapi juga.. walaupun dia hanya mampu melihat dan tolong urut sikit-sikit.. jadilah dari tak buat apa-apa langsung.. sebab yang mampu melegakan sakit asthma aku bila kena serangan serius.. memang kena terus sedut pam sedutan di klinik..

Di sini.. ada rawatan tertentu yang boleh juga diikuti.. tapi seperti biasa perlu ikut giliran.. dan semuanya mengambil masa.. bila kena serangan.. nak jumpa GP.. baik terus pergi hospital je.. pastu tunggulah dalam 2 3 jam sebelum jumpa GP.. sama jugalah..

Itulah sakit sebelum sihat.. dan sihat sebelum sakit.. Setiap kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil.. Kita perlu sabar dan redha.. Jangan lupa diri pula..

Asthma.. tidak ada kaitan dengan saiz badan seseorang itu.. kurus kecil besar tinggi rendah.. tidak ada kaitan sama sekali.. itu selalu sangat kritikan yang aku terima.. walhal masa aku kurus kering.. aktif bersukan dulu pun kena gak asthma gak.. so nothing to do with body size.. Just environment around you.. kena hati-hati.. masa asthma nie.. sebatu pun bau rokok aku dah leh hidu.. masa nie.. kalau dia merokok memang kena halau keluar dari rumah.. bukan apa.. aku pernah kena asthma hanya tersedut asap rokok dari dia.. sejak itu.. memang amaran keras.. ;)


5 comments:

lupekanje said...

selalu masa sakit, baru tringat masa sihat...dan senornya jarang masa sihat, kita memikirkan gimana rsanya kalu sakit..dik sbb kita terleka dengan rsa sihat..adakalanya kita lupa dgn kesihatan yang Allah berikan.

Org yang salu sakit, akan sering dekat dgn TUhan..krna sering berdoa mohon disembuhkan...itu antara hikmah TUhan bagi sakit.

Org yang sihat, sering lalai untuk bersyukur dgn nikmat kesihatan itu.

Aperpun, moga iina diberikan kesihatan, kesabaran dan ketabahan menanggung ujian Allah itu.
Jaga kesihatan...jga pemakanan dan pemantangan...okeh.

arapink said...

seksanya waktu sakit...walaupun hanya selsema. ara rasa sangat tak selesa. badan ni jarang sakit, alhamdulillah. tapi kalo dah mula selsema, tak lama tu datang pulak rakan seperjuangan sakit kepala dan demam. batuk jarang datang, tapi kalo datang, rasa mcm nak pakai pampers...huhuhu....

bila sakit, memikirkan nikmatnya waktu sihat....

semoga kak iina cepat sembuh yer :-)

julietchun said...

bleh guna inhaler utk kurangkan asma kan?

dah dewasa ni kena jaga diri sendiri kan, jgn dok makan eskrem asamboi ok :D

ruzzake said...

tingat arwah nenek.. selalu asthma.. tp mommy xtau pon cane nk tolong dia..dolu2 masa kecik.. lain2 xdak pengalaman..
pe2 pon take care! semoga cepat sembuh ya!

iina said...

Acik

Tulah kan acik.. maso sihat jrg nar kita ingat rasa sakit.. den ponah terfikir sekali.. maso tuh hati kato.. camno ehh rasa sakit.. tapi bila dah sakit hati tanyo gak.. camno rasa sihat.. cam nak nangis gak fikir nak jawab tuh.. Insyallah cik.. dlm recovering

Ara

Insyallah.. biasalah sakit ada sebab dia kan... kenalah lalui.. Insyallah.. tgh pelan2 recover

Juliet

itu hanya utk serangan ringan jek.. kalau dah kena yang heavy cam aku nie.. sedut ler seratus kali pun xjalan gak.. kena p sedut pam sedut besar kat klinik jek

Mummy

Mmg kalau xpenah rasa sakit asthma susah gak nak explain sebab cakap dan rasa 2 benda berbeza.. Insyallah.. harapnya hjg mggu nie dah ok bdn

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin