Saturday 5 September 2009

Iftar; Break fast


Kemarin aku singgah ke rumah seorang rakan dengan hajat untuk memberikan murtabak hasil tangan sendiri.. Mulanya sekadar mahu singgah seketika.. lantas aku diajak berbuka puasa bersama mereka.. Memandangkan jarak rumah kami yang hanya berselang 4 pintu sahaja.. Maklumlah sudah dekat menjadi jiran tetangga.. Aku terima ajakan itu dengan tangan terbuka.. Segan tidak ada dalam kamus hidup aku antara aku dan dia.. yelah rumah aku pun dia dah biasa tidur makan.. apatah lagi rumah dia hehehe..

Berbuka alah kadar.. biasalah berbuka di perantauan begini.. walaupun kedengarannya seolah sedih berada jauh dari tanahair.. takde pasar ramadhan.. tapi pada aku kemeriahannya lebih-lebih lagi dari di tanahair.. Hampir setiap minggu ajakan berbuka puasa di rumah rakan-rakan adalah perkara biasa.. kadangkala aku sendiri buat berbuka puasa.. yang datang kadang lebih 10 keluarga.. dan seperti tahun-tahun lepas.. terlintas juga untuk mengajak rakan-rakan yang lain.. tapi bila dihitung-hitung semua.. menghampiri 20 keluarga semuanya.. bukan apa.. semua itu rakan-rakan seuniversiti.. sekerja.. AJK kampung.. cikgu-cikgu SMG.. nak buat berperingkat-peringkat aku malas.. lagipun bila ada acara berkumpul beramai-ramai begini inilah peluangnya untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang masing-masing sibuk dengan urusan belajar dan kehidupan..

Tahun ini jiran tetangga sekitar blok rumah aku juga bertambah.. aku ada 4 jiran baru.. semuanya berdekatan.. dulu di blok itu hanya rumah aku sahaja.. kini.. sudah bertambah 4 keluarga dalam tempoh 2 bulan ini sahaja.. malam raya bertakbir juga akan meriah sama.. nak beraya pun apatah lagi.. lepas rumah aku.. boleh ke rumah jiran-jiran yang berdekatan..

Berhari raya juga meriah.. amat meriah.. dari satu rumah ke satu rumah.. bermula lepas solat raya.. tamat hingga ke tengahmalam.. bayangkan di sekitar sini sahaja ada 45 46 keluarga melayu.. untuk ke semua rumah itu memang tak sempatlah.. kadang dah pergi ke 10 buah rumah perut dah mula terlalu kenyang.. tapi kaki tetap juga melangkah berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain..

Itu belum lagi rakan-rakan di kawasan kampung yang lain.. kadang dalam masa 1 hari sahaja jemputan berbuka puasa sampai 5 6 rumah.. seperti tahun lepas.. hampir setiap minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka.. tahun ini?? walaupun ramai yang menjangkakan sambutan agak kurang meriah kerana ramai yang balik ke tanahair.. tapi buat masa ini hanya 4 keluarga sahaja yang ada di sana.. bakinya masih dalam lingkungan 40 buah keluarga.. Cuma.. minggu pertama berhari raya, ramai rakan-rakan mengambil peluang tambang murah untuk bercuti keluar negara.. menjelajah negara-negara europah.. Malah ada 2 keluarga juga yang akan beraya di London.. Aku?? masih setia untuk beraya di Glasgow.. apatah lagi ada beberapa rakan rapat akan menyambut raya kali terakhir di Glasgow.. tahun hadapan mereka dah pulang ke tanahair..

Inilah nikmatnya beraya dirantau orang.. walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara.. tapi kehadiran rakan-rakan dan sahabatlah yang menjadikan suasana meriah dan seronok.. Pakwe pun sudah mengambil cuti panjang untuk raya tahun ini.. dapatlah kami beraya bersama tanpa terkejar-kejar.. dan minggu pertama berhari raya itu juga pastinya penuh dengan pelbagai agenda harian..

Walaupun tidak ada juadah berbuka puasa di pasar ramadhan.. dan majlis berbuka puasa di hotel-hotel.. cukuplah dengan jemputan berbuka puasa ke rumah rakan-rakan.. sudah cukup memenuhi rutin harian kami.. sejak hari pertama berpuasa.. alhamdullilah.. sudah ada jemputan berbuka puasa.. Seronok kerana dapat berbuka dengan rakan-rakan rapat..

Yang di Malaysia takde yang nak menjemput berbuka puasa?? KTS?? Juliet?? Kak Pah?? Ara?? ;) Janganlah malu-malu ya..

9 comments:

ibundo said...

kakpah dari kocik dah cakap buko poso. Tak ghoti nak cakap iftar ko apo ko. Somo tu macam bondo baru plak bagai akak yang dah season ni hehe..

Bobuko poso dan borayo di perantauan memang satu konangan manih. kalau kek obersea tu molayu sesamo molayu macam sodaro. Tompek akak marinlah. sesamo pak arab pun cam tu gak.

slalu e kalau ado gathering tu kitorang buek potlak yo.

iina said...

Kak.. majlis berbuka pose ler tuh kak.. mmglah meriah sini.. tapi sini area pakistan.. so meriah sesama ngan org2 paki ler nie.. samolah klu buek buko poso tuh mmg buek potluck yo.. sonang tuan rumah ;)

arapink said...

alahai kak iina sayang, apakan daya tangan tak sampai nak menghulur gulai lemak rebung, kerabu pucuk paku ataupun lepat pisang.....

nanti ara dok selang 2 pintu, kita berbuka sama-sama yer :-)

Cikgooden said...

betul....menjalani puasa di perantaun mmg best..kawan2 yg ada di sekelliling, umpama kaum kerabat, sanak saudara sendiri, rapatnya...

pernah juga masa di sabah, (kira obesi jugak la)...yg ada kawan2 ja.....sedara mara jauh sekali...kawan2 yang berkeluarga selalu buat open house...siap naik senarai lagi di papan notis...geng2 bujang....siap hafal. setiap hari ada saja open house....bukan kedekut atau berkira, tapi kemesraan di perantauan itu menjadi sangat bermakna.....


selamat aidil fitri, iina....takut tak dan nak ucap...aku ucap dulu la..

iina said...

Ara

Ko saje jek nk bg akak jeles ye.. takpe2.. tadi akak buka nasi ayam.. lompat tikam.. kuih keria.. popia basah.. apam balik.. kuih lopez.. hahahaha.. lgik dahsyat.. semua tuh free jek potluck ;)

Cikgooden

Salam aidilfitri sekali lagi mmg kemeriahan bersama rakan.. walaupun dah balik ke tempat sendiri takkan dapat sama seperti di tempat org.. nak2 pulak dah sibuk kerja.. cam saya kelas pg ptg n malm.. bulan pose ke.. kelas tetap jln cam biasa gak ;)

arapink said...

hamboiiihhh...kuih-kuih ngalahkan ara berbuka kat sini lak...hahaahah. lagi tak tahan sbb preeee lagi tuh...

bukan nak bagi jeles tapi mcm tu ler...

ni ler org yg tak pernah berpuasa jauh dari mak koi...semua ada jer...muahahaha

faqir said...

kak..aku kek sini rajin gaks wat kueh mueh ni...byk gilers aku buek kuih tunjuk2..best kak..mcm2 ado..murtabak ayams daging perghs..ayam percik..ikan bakar..mnyumss..nasi kerabu..nasi ayam..nasi lomak..lauk pauk campur..perghss mcm2 kuih ada...kecur liur...blom masuk satay..sup ekor gear box tulang perghss slurpss..ayam golek madu...ikan keli masak lemak tempoyak..ehhmsss aahhsss byk lagilaaa

badakbiru said...

hamboih3x..meriah dia kt sana eh.. x nak ajak sy skali ke iftar sesama..?hehe...cm best je duk obersea nieh, nk g duk gak lah. baru org mesia akan rindu-rinduan kt kite eh..hehe

iina said...

ara

kenalah merantau kot.. xpe sok2 dah kwin klu dpt jodoh jauh ahh semua kena buat sendiri hehehe ;)

Faqir

semua dlm list ko tuh akak dh mkn ler.. main order jek semua dpt heheheh.. walaupun xde pasar ramadhan kudrat utk buat sendiri leh afdal dari beli kat pasar ramadhan.. suci dan terjamin halal ;)

BB

Dik..klu dekat dah akak ajak dah.. hehehe cari ler peluang mana tau ada ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin