Saturday 19 September 2009

2 Syawal telah berlalu


Bila menjelangnya bulan Syawal tahun ini.. Hati aku tiba-tiba teringatkan kisah lama selama 2 tahun menyambut syawal di rantau orang.. Ketika sedang asyik membuat kerja harian awal pagi tadi.. Sejenak fikiran aku melayang teringatkan kenangan 2 tahun yang lalu..

Aku bermula bekerja sambilan pada ramadhan tahun 2007. Ketika itu kerja yang lebih pada suka-suka selama 3 jam setiap hari bekerja menjadi rutin harian aku. Aku bermula dengan bekerja di sebelah petang selesai waktu belajar dan tamat menghampiri waktu berbuka puasa. Tahun 2007 menyaksikan buat pertama kali aku bekerja dengan menggunakan kaki dan tangan kerahan tenaga.. Otak tidak diperlukan sangat semasa memikul tanggungjawab itu.. Yang utama tahu membezakan yang mana bersih dan kotor, teknik-teknik pembersihan, cara-cara membersihkan.. kenal apa beza warna kain yang berbeza; merah, kuning, biru & hijau.. setiap warna kain itu mewakili kawasan pembersihan dan tidak boleh dicampur aduk sama sekali.. Pada masa yang sama aku juga memikul tugasan sebagai tutor mengajar teknologi maklumat untuk pelajar sarjana muda di Universiti. Rutin ketika itu saling silih berganti dengan kerja yang memerah otak dan kemahiran.. serta kerja yang memerah tenaga.. Penat usah dikata.. Sanggupkan juga untuk mendapat pengalaman dan tambahan kewangan..

Bekerja di bulan ramadhan sememangnya banyak mengajar aku erti kesabaran dan kekuatan. Mengerah tulang 4 kerat dengan melakukan kerja-kerja pembersihan harian itu cukup mencabar sekali.. ke hulu ke hilir.. turun naik tangga sudah cukup membuatkan tenaga aku kehabisan di saat akhir tamat waktu bekerja.. Sakit kaki.. tangan.. pinggang.. itu adalah perkara biasa.. diam tak diam kini sudah memasuki tahun ke 2 aku lalui semua itu.. Kini yang berbeza adalah lokasinya sahaja.. selama setahun aku di bangunan Legal House.. kini aku berpindah pula ke Universiti.. di waktu awal pagi.. Aku mula belajar bangun awal-awal pagi dan itu juga sudah menjadi rutin harian.. dan selesai bekerja aku lantas bergegas pula ke CIS untuk meneruskan perjuangan seterusnya..

Kini aku bakal lalui lagi syawal ke 3.. dan mungkin juga akan ada syawal ke 4 tahun hadapan.. itu pun jika perjuangan masih lagi perlu diteruskan.. tapi harapanku.. biarlah ia selesai sebelum Ramadhan tahun hadapan.. Insyallah... ketentuan masa hadapan hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui..

Selamat tinggal Ramadhan dan Selamat datang Syawal yang Mulia..

Salam Aidilfitri buat semua sahabat, rakan taulan dan pengunjung setia..

Walau di mana anda berada..

Baik di KL, Klang, Banting, Shah Alam, Tg Malim, Behrang2020, Ipoh, Kulim, Penang, Kedah, Kuantan,Temerloh, Seremban, Jelebu, K. Klawang, Johor, Senawang, Taiping, Bangi dan kawasan sekitarnya..

Tak lupa juga buat sahabat yang berada di Christchurch, Dunedin, Perth, Adelaide, Brisbane, Wollonggong dan dimana sahaja..

Buat sahabat di sekitar bandar-bandar UK ini.. London, Manchester, Birmingham, Sheffield, Bradford, Southampton, Louborough, Durham, Newcastle, Edinburgh, Glasgow, Aberdeen, Dundee dan bandar-bandar sekitarnya..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin..

Andai ada salah & silap.. Terkasar bahasa, tersilap cakap, terguris perasaan, terasa hati, termakan, terminum, terambil, ter.. ter.. apa-apa yang menyakitkan jiwa.. Harap dapatlah dimaafkan segala salah silap itu..

Makan sedap-sedap kat kampung tuh.. ketupat, lemang, rendang, kuih muih tuh.. ingat-ingatlah aku di sini ya..

Jaga diri.. Berhati-hati memandu.. yang naik bas... hati-hati juga jangan sampai tertinggal bas..

Raya pertama selesai solat Aidilfitri.. Jemputlah datang ke rumah ya.. ;)

3 comments:

jane said...

salam hari raya buat puan iina,

puan, selamat hari raya buat puan dan famili nun jauh disana. terima kasih atas ilmu yang puan berikan pada saya selama ini...halalkan semuanya ya! moga puan cepat tamat belajar dan segera kembali. Amin!

wos said...

sib baik akak ada sebot taiping.. baru nak sentap tadi.. hahaha!!

Selamat hari Raya kak!!
saya mintak maaf kalo gurauan saya membuatkan akak terasa ker..

insyaallah, lepas solat raya nanti saya gi umah akak..
ikot highway PLUS exit kat mana kak?
ahaks!

Semuga akak bergumbira di hari lebaran nih :)

iina said...

Jane

Selamat hari raya.. Insyallah saya halalkan semua ilmu yang telah saya berikan.. semoga terus mendidik dengan sabar dan cemerlang.. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup kita ini..

Wos

Kalau ko nak dtg umah akak senang jek.. ko exit M8.. kat east kilbride ye exit.. pastu ko carik jln victoria.. ko jumpalah umah akak.. guna navigator yo.. sonang..
Selamat hari raya woss..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin