Friday 18 September 2009

Menilai orang..


Semalam semasa aku sedang menunggu bas ke CIS.. Dalam sibuk-sibuk aku membelek beg sekolah yang tersandang melintang di bahu.. Kedengaran suara yang agak parau datang dari sebelah kanan aku..

"Sister.. Sister.."

Aku menoleh ke kanan dan kelihatan seorang lelaki berkulit gelap (aku syak dia bangsa africa).. berpakaian kemas lengkap ber'suit' memandang aku dengan wajah yang nampak agak sayu.

"Yes" aku jawab dengan suara yang diperlahankan antara dengar dan tidak..

"Sister.. I lost all my things and my money.. I need to be in London today.. Could you give me some money?" kata lelaki itu lagi

Riaksi aku?? Aku pandang wajah lelaki itu dengan separuh percaya.. Sebenarnya fikiran aku agak kelam kabut.. bukan apa aku sedang mengejar masa untuk berjumpa G pagi itu. Kepala masih memikirkan perkara-perkara yang harus aku laporkan. Otak aku terhenti berfikir seketika.. Yang mampu aku jawab hanyalah

"I'm sorry.. I don't have enough money"

Memang pun.. duit aku hanya ada dalam £30 sahaja.. aku tak rasa cukup untuk tambang balik ke London.. lagipun.. takkan kita senang-senang je nak bagi duit pada orang yang kita tak kenal..

Dia merayu lagi "Please sister help me"

Aku berkata lagi.. "I'm Sorry.. I really can't help you"

Lantas dia bertanya dimanakah perhentian bas yang terdekat. Lalu aku berikan penerangan bak melepaskan batuk di tangga jek.. tak sepenuhnya.. Bukan apa.. aku masih memikirkan sejauhmana kebenaran cerita jejaka itu..

Jejaka itu mengucapkan terima kasih dan berlalu dari tempat aku berdiri.. Sekali lagi aku pandang jejaka itu.. kelihatan dia mengangkat kedua-dua belah tangannya dan diletakkan ke kepala seolah-olah sedang mengeluh sesuatu yang cukup berat..

Terbit pula rasa bersalah dalam hati.. kerana seandainya cerita dia benar.. pastinya dia betul-betul berada dalam kesusahan.. Sebenarnya terbit rasa untuk bertanya lebih lanjut.. tapi kerana aku mengejar masa.. Aku putuskan untuk berhenti memikirkan tentang jejaka itu waktu itu juga... Cuma sejenak semasa berada di perut bas ke CIS.. aku kembali memikirkan persoalan itu..

Bagaimanakah untuk menilai hati budi manusia?? Bagaimana kita dapat mengetahui.. sejauh mana kejujuran seseorang itu.. Dari riak wajahkah?? intonasi suarakah? gerak gaya badankah? Semua itu ada kemungkinannya.. tapi ada juga segelintir manusia yang pandai mempergunakan semua itu untuk kepentingan diri sendiri..

Cuma yang mampu aku lakukan semalam.. Hanyalah berdoa dikala hati aku rasa bersalah.. "Seandainya.. dia benar-benar jujur dan benar.. Insyallah.. Semoga Allah akan permudahkan dan memberi jalan menyelesaikan masalahnya"

Tak mudah untuk menilai orang..

Teringat kata-kata ini "Jika kita nak bantu orang.. kita bantulah dengan niat yang ikhlas dan lakukan semampu dan sedaya mungkin.. Nanti yang diharapkan pahala.. dapat dosa pula andai kita selalu mendolak dalih dan berprasangka buruk.."

Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa saban hari.. dan sedikit sebanyak ia menjadi asam garam dalam membentuk peribadi kita ;)

6 comments:

badakbiru said...

memang susah menilai org dan hati budi manusia..especially yg jenis diam seribu bahasa. baik buruk seseorg tu hanya Tuhan yg tahu kan...
Selamat Hari Raya kak..!

arapink said...

kita tak tau mcm mana orang nilai kita kan...kalaulah kita dapat baca fikiran org....

selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin

untuk kak iina sekeluarga :-)

Tijah said...

salam aidilfitri
maaf zahir & batin

dgn ingatan tulus ikhlas
tijah, carlos & cem

Irfa said...

SALAM TUAN RUMAH..
dr blog kak wos..
selamat berkenalan.
org2 sebegini dimana2 pun ada.saya penah kena masa kat amsterdam..mmg kesian sgt tp kita pun bukan byk duit.dahlah matawangnya mahal,
takkan suka2 nak bg org yg tak dikenali cam tu jer kan.rasa bersalah tetap ada tp saya doakan ada org lain akan tolong dia kalau betul dia dlm kesusahan..

SALAM AIDILFITRI

julietchun said...

bukan keje sng nak menilai hati budi org.aku takut ngan rg africa kat sini sbb byk hal yg tak baik depa buat.tapi aku rasa ko tak susah nak menilai aku kan,hahahhaha.
slm aidilfitri teman.

iina said...

BB

Dik selamat hari raya.. enjoy raya tahun nie.. Jangan sedih2 ;)

Ara

Selamat hari raya.. mmg xmudah nak nilai org dan org pun kdg2 dgn mudah nilai kita gak ;)

Tijah

Happy Eid Mubarak.. Selamat hari raya.. mkn lomang tuh ingat2 ler kek den nie ah

HappyIrfa

Betul tuh.. kdg2 kita susah nak buat penilaian tentang niat orang.. yg penting niat kita sendiri cukuplah.. Salam Aidilfitri

Juliet

Nak nilai ko kena timbang berat kot hehehe.. Selamat hari raya ekk

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin