Sunday 20 September 2009

Aidilfitri Hujung Minggu


Ketika menyemak email pada pukul 8.30 malam semalam.. Pengumuman tarikh menyambut syawal di Glasgow telah ditetapkan pada hari ini Ahad bersamaan dengan 20hb September 2009 (1 Syawal 1430). Terkejut sebenarnya kerana setelah 2 tahun di Glasgow.. Tahun ini Syawal disambut setelah 29 hari berpuasa.. berbanding tahun-tahun sebelumnya yang genap 30 hari..

Sebenarnya kepala sudah menjangkakan syawal akan disambut pada hari Isnin.. Tiada sebarang persiapan dibuat pada petang semalam.. Sekadar mengoreng kuih muruku segera.. Apa lagi.. bila sahaja pengumuman dibuat.. kaki mula sibuk melangkah ke dapur semula untuk memulakan tugasan memasak juadah hari raya.. Satu persatu terpaksa disediakan.. Syukur juga ada pembantu setia yang tolong keluarkan ayam.. daging.. kupas bawang.. bwg putih.. halia.. serai.. Jika tidak ada dia.. rasanya mahu juga bak lipas kudung yang tak dapat diam walaupun seminit..

Bermula dari pukul 8.30 tadi aku memasak hinggalah jarum jam ke pukul 4.30 pagi yang baru sahaja berlalu beberapa minit tadi.. Sempat jugalah dalam masa itu mengemas rumah.. menggosok baju.. tukar cadar baru.. dan segala perkara yang perlu dikemaskan sekitar ruangan rumah.. penat usah dikata.. tapi masih mampu mengambil sedikit masa untuk mengemaskini entri untuk hari ini : 1 Syawal..

Insyallah.. selesai solat raya pagi nanti.. Aku pasti ramai rakan akan datang berkunjung ke rumah.. kerana jemputan untuk rumah terbuka sudah dimaklumkan sejak jumaat yang lalu.. Sebenarnya memberi laluan kepada rakan-rakan rapat untuk berpeluang beraya pada hari raya yang pertama ini.. dek kerna sudah bertahun menjadi tuan rumah terbuka di pagi syawal.


Buat semua yang ada di kampung..
Selamat berhari raya.. Maaf Zahir & Batin..

Yang Jauh dikenang sentiasa..
Yang dekat diingati bersama..
Yang rapat diraikan gembira..

Teringat kuburan arwah nenek & tok.. Hati serasa mahu terbang mengunjungi mereka.. Namun pastinya mereka juga tahu.. walau dimana berada.. mereka tetap dalam ingatan..

Masih terdengar sayunya suara mak & ayah kala mengucapkan salam aidilfitri malam semalam.. Fikiran hanya dapat membayangkan.. Betapa meriahnya suasana.. Namun.. hati perlu ditahan rasa.. Insyallah kepulangan tidak akan lama datangnya..

Mahu melelapkan mata walaupun beberapa jam seketika.. dan perlu bangun awal untuk tugasan memasak yang masih tertangguh lagi..

1 comment:

Daffodil said...

salam aidilftri mgejut hehe.. kami nk dtg serbu! teringat2 pecal yg enak itu.. maaf zahir & batin ya kak. satgi dtg ahmad's utk collect duit raya yohoooo

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin