Wednesday 9 September 2009

Iftar di Masjid


Bermula Isnin yang lalu, aku jejaki semula masjid utama di bandar Glasgow.. Sengaja kunjungan ke sana dibuat bila memasuki pertengahan Ramadhan, apatah lagi waktu berbuka puasa kini menghampiri ke pukul 8.00 malam berbanding 8.30 malam pada hari pertama Ramadhan.

Sepanjang 2 minggu berpuasa.. rasanya tempat aku beriftar juga pelbagai.. sudah tentu banyak di rumah sendiri.. tapi boleh dikatakan sebahagian minggu itu di rumah sendiri dan selebihnya di rumah rakan-rakan. Kadang jadi rindu untuk berbuka di rumah sendiri sambil menonton tv.. walaupun tidak ada rancangan 'Nur Kasih', 'Jejak Rasul', 'Rumah Kedai', 'Cerekarama' dan pelbagai rancangan drama di tanahair sana, namun rancangan tv di UK ini juga tidak ada kurangnya apatah lagi menyaksikan rancangan 'X-Factor' & Xtra Factor' dan pelbagai movie di rangkaian sky movie.

Terasa berbeza berbuka di Masjid Utama kemarin.. Hanya aku dan rakan sahaja di kalangan bangsa Malaysia di masjid itu. Berbeza sungguh dengan tahun-tahun lepas.. sesi berbuka puasa di 'central mosque' itu meriah dengan kehadiran rakan-rakan. Aku pasti antara penyebabnya kerana waktu berbuka puasa yang agak lewat malam menyebabkan ramai lebih selesa berbuka di rumah atau di masjid Al-Farouk yang berhampiran rumah.

Tempat makan untuk kaum wanita juga hanya sebaris sahaja.. dan bilangannya juga tidak ramai, dalam lingkungan 20 orang sahaja.. dan lauk yang biasa.. Briyani ayam dan kari kambing.. Selalunya hidangan kari kambing ini sentiasa menjadi 'target' kami tiap kali ke situ. Selalunya kari ayam bersama nasi briyani adalah perkara biasa.. air juga hanya air kosong.. Berbuka di masjid di sini tidaklah semewah seperti ditanahair yang meriah dengan kuih muih dan lauk pauknya.. berbuka sedikit dengan buah kurma, buah-buahan dan air kosong. Lalu solat maghrib berjemaah dilakukan. Selesai solat barulah kami akan bergerak menuju ke dewan yang terletak bersebelahan dengan tempat letak kereta. Tahun ini dewan ini digunakan bagi menampung bilangan orang ramai yang datang berbuka di masjid. Agak sejuk lantai dewan itu. Lantainya mempunyai garisan-garisan untuk acara permainan dalam dewan. Berbeza dengan dewan yang digunakan pada tahun lepas yang berkapet nipis dan mempunyai sistem pemanasan yang selesa.

Walaupun begitu.. hidangan berbuka masih juga dinikmati dengan seadanya.. walaupun agak kesejukan tapi masih seronok kerana dapat berbuka bersama rakan-rakan. Kadang terbit juga bayangan rakan-rakan yang sering hadir berbuka puasa pada tahun-tahun lepas. Sesetengah mereka, ada yang sudah pulang ke tanahair.. Padaku.. tahun ini menyaksikan aku akan berbuka dan berhari raya kali terakhir dengan rakan-rakan rapat. Mereka akan pulang pada awal tahun depan.. andai ditakdirkan aku masih berada di Glasgow pada syawal tahun depan.. pastinya aku sendiri juga tidak tahu akan berbuka lagikah di masjid itu.. kerana sahabat baik yang sering ke sana bersama sudah tidak ada lagi di Glasgow.

Semalam pula kami iftar di SUMSA, surau universiti strathclyde. Ramai juga rakan-rakan senegara yang ada di situ.. meriah sekejap sesi iftar semalam.. masing-masing ada yang membawa potluck.. dan juadah juga pelbagai.. cuma nasi tidak ada kuah seperti kebiasaannya.. Pada aku inilah kali pertama beriftar di situ selama hampir 3 tahun di Glasgow. Selalunya setiap tahun aku lebih cenderung ke Central Mosque.. kerana ruang solat yang lebih besar.. dan kemudahan pengangkutan yang lebih mudah.

Satu pengalaman yang menarik semalam.. hanya kerana juadahnya yang ringkas dan lebih banyak kuih muih.. menyebabkan ada sesetengah anak rakan yang tidak kenyang sangat kerana bukan selera mereka.. biasalah.. dah orang melayu nie.. apa juga mesti nak nasi dan lauk.. mana cukup jika hanya makan nasi tanpa sebarang lauk pauknya.. Hingga kedengaran kata-kata seorang rakan semalam..

"Kalau hari-hari makan camnie.. boleh kurus"

Aku yang mendengar tergelak tanpa boleh ditahan-tahan lagi ;).. Harus dicuba itu.. kot-kot berjaya..

Hari ini.. rakan sudah mula mengajak beriftar di Central Mosque lagi.. walaupun hanya nasi briyani dan lauk kari.. dan air kosong tanpa kuih muih.. tapi sudah mencukupi bagi kami.. rakan juga sudah mula berpesan untuk membawa potluck juadah kuih muih.. Insyallah..

Ramadhan & Syawal tahun ini bakal menyaksikan pelbagai kenangan yang akan tercipta lagi..

7 comments:

wos said...

saya baca citer akak nih..
saya plak yg rasa sedey..
kat sini kemain banyak lauk pauk, kuih muihnyer..
tp biler berbuka bukannya boleh masok mcm2..
sudahnya nasik jugak yg di cari..
tp dlm sedey2 tu.. musti sonok gak kan?
pengalaman tu... berpuasa di negara org.. raya nanti tepek gambo bebanyak yer kak!!

azlinhasim said...

Semoga hari raya yang bakal menjelang akan memberi beribu kebahagian dan kerahmatan buat kak iina sekeluarga di sana.

Jgn sedih-sedih tau...

julietchun said...

merasa gak nasi beriani, di sini pun berbuka puasa dimasjid ala kadar saja, mungkin kerana masalah ekonomi.

DUN Behrang 2020 said...

Tak kisah la...pengalaman tu yg berharga...jd kenangan sampai bila2...

Mak Su said...

baca ni teringat plaks, nanti maksu nak hantar popiah ke surau ler, order jer... :)

Firdaus Al-Fatani said...

Selamat berbuka puasa, tak hantar gambaq masuk paper ke?

Tiap hari belek paper takut Orang Glasgow masuk salam perantau.

iina said...

Wos

Oleh sebab itu jgnlah membazir,.. kot2 ada lebih tuh ko pos ler kek sini.. Seronok pastinya seronoklah.. sebab dikelilingi rakan-rakan.. tak fikir pasal nak buat bj raya.. kuih raya.. duit raya.. hehehe mmg free mind jek.. cuma hati jelah rindu sikit2 hehehe

Azlin

Insyallah thanks ya.. sedih? takdelah.. sayu je yg ada..

Juliet

nasi briyani tuh cam dah makanan utama kat sini.. kuih muih semua bwk sendiri.. tapi tetap seronok..

Dun

setuju.. pengalaman itu mahal harganya.. tak dapat dijual beli ;)

MakSu

Alhamdullilah bersedekah bulan puasa nie kan ;)

abbi balqis

Hantar salam perantau.. entah cam tak excited jek nak hantar hehehe.. sebab thn lepas dah htr.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin