Thursday 10 September 2009

Tak selamat?


Semalam semasa berbuka puasa di masjid utama Glasgow.. aku dan rakan ditanya tentang persoalan tentang kawasan tempat kami tinggal.. Sebenarnya itu bukan kali pertama aku dengar komen orang luar tentang kawasan kampung tempat kami menginap..

"Tengok area tuh cam tak selamat jek.. sebab penuh dengan kedai-kedai.. nak parking pun cam tak selamat"

Aku mendengar sedikit terkejut walaupun ia bukanlah kali pertama aku dengar tentang komen yang sama dari orang luar sebegitu..

Tak selamat?? bagaimana kita nak definisi istilah selamat itu?? selamat yang bagaimana agaknya?? Adakah kerana kita melihat persekitaran yang nampak kelam kelibut dah nama pun kawasan deretan kedai-kedai yang penuh di kiri dan kanan.. tapi adakah itu menjadi satu ukuran keselamatan..

Lantas persoalan itu aku sangkal sama sekali.. sebab kami yang dah tinggal di sini hampir 3 4 malah ada yang 5 tahun pun.. elok sahaja tanpa sebarang masalah keselamatan.. belum pernah lagi kami dengar ahli kampung kami dicederakan.. dirompak.. pecah rumah.. dipukul.. dan segala perkara yang boleh dikategorikan sebagai tidak selamat itu.. Alhamdullilah..

Aku rasa tidak adil bila kita menilai sesuatu tempat itu berdasarkan pada satu keadaan sahaja. walhal sebenarnya kita sendiri pun berada di kawasan itu tidak sampai pun 1 jam.. dan lebih parah.. tidak tinggal pun di sekitar kawasan itu.. Apa caranya nilai keselamatan itu dinilai?? semata-mata dengan melihat persekitaran yang kelam kelibut.. yang sesak dengan kenderaan yang bersimpang siur di kiri kanan jalan?? atau melihat kumpulan-kumpulan anak-anak muda golongan Chech yang berkeliaran.. sambil menyanyi-nyanyi.. mereka tidak mengganggu orang ramai.. selama 3 tahun aku di sini Alhamdullilah.. belum pernah lagi aku lihat mereka menganggu orang ramai.. yang biasanya buat hal bukan golongan bangsa itu atau bangsa asia.. tapi bangsa scottish itu sendiri sebenarnya.. kiranya merekalah gangster paling hebat di kawasan kampung tuh..

Kawasan kampung ini meliputi banyak jalan-jalan.. hampir setiap sudut jalan yang ada di sekitar kampung govanhill.. itu berpenghuni dengan bangsa malaysia.. cuma lokasinya agak sekata.. jalan-jalan yang menjadi kegemaran kami untuk menyewa rumah adalah yang berhampiran dengan laluan bas..

Bila isu keselamatan ini diperkatakan.. Aku sendiri juga merasakan lebih selamat di bumi Glasgow dari di bumi Malaysia.. cukup tidak adil jika hanya melihat sesuatu kawasan atau keadaan yang nampaknya seperti kotor dan kelam kelibut itu menjadi ukuran sesuatu keselamatan..

Bagaimana pula dengan kota KL?? aku sendiri tiap kali kalau ke KL pasti tidak akan berani membawa beg tangan yang besar.. dan lebih suka membawa yang kecil dan sentiasa berhati-hati apabila melintas jalan.. atau berjalan seorang diri.. bukan apa takut menjadi mangsa ragut penunggang motosikal.. itu belum lagi memandu seorang diri bila memasuki bandar KL.. pintu juga terpaksa ditutup & dikunci.. takut nanti dipersimpangan jalan yang berlampu merah ada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk membuka pintu dan mengambil apa sahaja yang tercapai dek tangannya.. ini pernah terjadi di depan mata aku.. malah ada juga mereka yang berani hingga ikut ke rumah.. bila sahaja pemandu keluar untuk membuka pintu rumah.. rakan si penunggang motosikal dengan sepantas kilatnya mencapai beg tangan yang terletak di tepi tempat duduk pemandu.. bayangkanlah?? Ini terjadi pada ibu mertua sahabat baik aku di sini.. Selamatkah kita?? Itu belum lagi kes rompakan besar yang terjadi pada rakan baik aku.. yang rumahnya dimasuki pencuri dan kehilangan barang-barang menghampiri 20K.. bayangkan?? Selamatkah tanahair kita??

Aku suka mengembara ke beberapa negara eropah.. semasa berjalan ke Barcelona.. walaupun bandar besar.. tapi kerisauan aku pada mereka yang meragut beg tangan adalah tinggi.. hinggakan ketika kami makan tengahari di sebuah restoran pakistan.. adik pelayan itu berkali-kali mengingatkan aku.. berhati-hati dengan beg tangan.. pastikan tidak ada barangan penting dan berharga.. bayangkanlah.. sejauh manakah keselamatan kita.. Sepanjang aku berjalan di bandar Glasgow ini.. Alhamdullilah.. belum pernah lagi aku merasa risau akan keselamatan barang-barang berharga aku..

Bagaimanakah kita nak ukur keselamatan itu.. aku rasa tidak adil dinilai dengan hanya sekadar kunjungan sebentar cuma.. seperti kawasan rumah aku.. rumah aku betul-betul di atas bank.. agak-agak kalau bank itu selalu kena rompak (lebih baik aku yang rompak dulu kan).. mesti kawasan itu tak selamat kan.. tapi bank masih beroperasi dengan baik.. kedai runcit juga masih dibuka hingga larut malam.. kedai kebab juga masih berniaga hingga pukul 2 pagi.. jalan raya masih terang dengan laluan bas dan kereta-kereta.. dan tidak ketinggalan juga polis berkereta selalu juga membuat rondaan setiap hari dan lewat malam.. Janganlah nak 'parking' sesuka hati depan area rumah aku.. silap-silap ada polis tunggu depan kereta.. dan pernah aku tengok ada kereta yang kena tarik sebab parking berkembar dengan kereta lain di sebelahnya..

Yang utama pada aku lokasi kawasan kampung yang cukup strategik.. setakat nak beli barangan makanan halal.. semua boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki tak sampai pun 5 minit.. nak beli sayuran.. buah-buahan juga murah-murah.. kadang terlupa nak beli sayur.. aku boleh turun ke kedai yang tak sampai 5 minit itu untuk beli brg.. kadang boleh suruh pakwe lari sekejap ke 'Farm Food' yang terletak tak sampai 100 meter dari rumah aku.. nak ke bandar pengangkutan bas setiap 10 minit.. dan pilihan bas untuk ke bandar juga banyak.. Jika bosan duduk di rumah boleh menikmati pemandangan alam sekitar di taman permaisuri yang tak sampai pun 5 minit berjalan.. Hendak ke hospital juga tidak jauh hanya terletak di belakang taman itu.. apa lagi.. kemudahan asas yang cukup..

Jika di Tg malim.. aku nak beli barangan mentah pun terpaksa memandu lebih kurang 10km ke pekan Tg Malim.. nak naik bas?? jangan haraplah kalau takde kereta sendiri.. nak berjalan kaki sungguh tak sesuai langsung nanti ada jadi siulan si penunggang motor dan pemandu lori tanah..

Tak selamat ke?? Pada aku di tempat yang selamat pun adakalanya tak selamat juga.. Aku juga tak nafikan ada juga sekali sekala.. berlaku juga situasi yang agak kurang menyenangkan.. tapi itu boleh dikira berapa kerat sangat berlakunya..

Yang utama bagaimana kita kendalikan situasi dan pandangan kita ;)

Bila rasa selamat.. nak tidur lena pun rasa senang kan ;)

8 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Aiii komplen pasal Tg Malim nampak...org Tg Malim tak suka naik bas kot...hahahaha!

arapink said...

kat mana-manapun sama. kalo ara pi KL pun rase tak selamat. melihar adik tinggal kat apartment di Rawang juga hati risau...Temerloh pun....

bila berjalan dlm bandar, tangan kuat memegang handbag. hati curiga kalau direntak dari belakang...

bila dah merantau mcm kak iina, dpt dibezakan keselamatan di setiap tempat yg kak iina pegi kan...harap glasgow selesa utk didiami dan kak iina gembira di sana :-)

julietchun said...

di Kl ni pun pagar rumah perlu sentiasa berkunci. anak2 tidak boleh lepas bebas bermain kalau tiada org dewasa menemani kerana dah byk berlaku kes culik. Sungguh rasa tak selamat.

psttt: bulan poser ni pun ko ada gak suruh pakwe berlari2 pi beli barang ke?hhahaaahaaa.

faqir said...

kasim selamat tade dah skang...hhehehe,,yang ada mas selamat muahahahhaha

iina said...

Dun

bukan complain.. hakikat.. ko bygkan jelah kalau aku jln kaki dr rumah aku kat behrang2020 tuh ke upsi camno gaya ye?? tak ke aku kena ngorat.. idak pun terpaksa jln tepi rumput sebab keta lori semua berdesup2.. bas tuh mmg lmbt pun.. kwn aku pernah naik dari slim river ke TM.. jenuh tunggu bas

Ara

Isu keselamatan nie dah lama jadi akak ye kerisauan.. sebab akdar jenayah amat tinggi kat malaysia.. skrg nie.. org merompak pun dah sampai masuk rumah.. kdg bukan sekali.. tapi diulang berkali2.. sampai 2 3 4 kali.. tak ke teruk camtu.. kat sini Alhamdullilah.. rumah kat sini grill tingkap pun xde.. klu kat mesia ler tingkap kaca camtu.. rasanya dah lama kena pecah dah

Juliet

Yelah kes kena culik pun dah banyak.. macam2 hal.. kebykan bangsa asing punya keje.. pastu skrg sibuk nak ganyang mesia lak.. nie aku marah sungguh..

nak masak punya kes.. nak tak nak kenalah dia lari p beli brg... takkan aku lak sebab tgh masak kan kan hehehe ;)

Faqir

siapa itu orang.. akak cam tak kenal jek.. ko ada skandal ngan mas selamat ekkk ;)

Tijah said...

tak blk kolo klawang ko taun ni? hikhik

iina said...

Tijah

ayat ko menusuk kalbu tau.. sudah ko tahu jawapan ye ko saje tanye yo.. den blik thn dopan.. leh raya sakan wakakakah

MARIA said...

Salam Iina...!! apa kabar yer.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT IINA DAN KELUARGA.

Kalau cuti balik Malaysia...jgn lupa senaraikan singgah umah tokma seminit.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin