Tuesday 22 September 2009

Rumah Terbuka Syawal Pertama 2009

Alhamdullilah.. Rumah terbuka pada Syawal yang pertama meriah dengan kehadiran rakan-rakan sekampung. Bermula pukul 10.30 pagi.. tetamu sudah mula datang berkunjung dan selepas itu kehadiran rakan-rakan turut silih berganti hingga ke pukul 7.00 petang.

Walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara di tanahair.. Namun kehadiran rakan-rakan turut memeriahkan suasana.. Berbual dan bermesra bersama mereka dapat mengubati hati-hati yang kerinduan pada mereka di kampung.

Juadah juga berbaki sedikit dan mencukupi.. Alhamdullilah.. meraikan kemeriahan berhari raya.. Hati turut terhibur dengan kunjungan sahabat & taulan..

Jemputan rumah terbuka.. masih banyak yang perlu dipenuhi.. Insyallah.. Buat sahabat yang tidak berpeluang untuk hadir ke rumah terbuka 1 Syawal.. Jika ada masa dan peluang akan ada rumah terbuka lagi.. Masih ada beberapa rakan rapat yang tidak dapat menghadir pada 1 Syawal.. Niat sudah ada untuk mengajak mereka datang ke rumah.

Buat mereka yang masih ada di kampung.. Selamat berhari raya.. Pagi ini aku perlu ke universiti untuk urusan pengajian.. Mood bercuti dan berhari raya masih terasa bahangnya..


Moga perjuangan berkesudahan dengan kejayaan..

Insyallah..


6 comments:

ibundo said...

ina, selamat hari raya ina. Rasa-rasa kapah nak pergi berayo kek ghumah ko tapi teket kapaltorbang dah habih pulak hik..hik..

iina said...

Kak pah..

Selamat raya kak.. takpo kak sok raya haji lopeh balik nbuek haji sok leh singgah yo kak ;)

fa10 said...

selamat hari raya ina, maaf zahir batin. raya tetap meriah walau pun tanpa sanak sedara

arapink said...

cantik kak iina :-)

selamat hari raya kak

faqir said...

mano anok2 eh

iina said...

Fa

selamat hari raya ya ;)

Ara

Thanks ;)

Faqir

Akak malas nak jwb soklan ko

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin