Wednesday, 30 September 2009

Bila sakit & sihat


Sakit selalunya adalah sesuatu yang kurang disenangi oleh semua orang.. Mungkin ada yang suka sakit.. sakit yang dibuat-buat.. sakit yang boleh dapat MC free.. lepas tuh boleh lepas bebas berehat kepala & badan..

Tapi semasa sakit demam selama hampir 5 hari di negara orang banyak mengajar aku tentang erti hidup ini. Rentetan perjalanan yang setiapnya mengambil masa lebih 3 jam.. banyak menyebabkan aku duduk diam di dalam kereta.. tidur duduk.. tahan sakit belakang.. sakit pinggang.. dan segala macam sakit yang terpaksa dihadapi waktu itu..

Antibodi sememangnya dah takde.. ubatan yang ada hanyalah sekadar yang dapat dibeli di farmasi.. ubat panadol paracetamol dan ubat batuk.. sekali kala mengunyah ubat sakit tekak strepsil atau fishermen friends... Batuk masih berbunyi.. mula perlahan.. makin lama makin kuat..

Sepanjang berjalan.. yang aku hanya boleh nyatakan secara terperinci.. hanyalah betapa luasnya ruangan kereta citroen yang kami naiki.. betapa lamanya perjalanan dari satu negara ke satu negara.. empuknya tilam dan bantal di hotel-hotel yang kami duduki.. Selainnya.. aku sendiri seolah hilang deria pemerhati.. sekadar yang ada.. semuanya aku amati sendiri dari hasil snap klik tangan kekasih hati sendiri.

Dalam beberapa malam tidak mampu tidur dengan lena.. yang asyik terjaga dek batuk.. demam kuat.. selsema.. asthma.. Aku sampai tanya pada diri.. Bagaimanakah rasanya ketika sihat.. Ya Sihat itu bagaimana ekk.. Best ke sihat tuh.. Kerana ketika terlalu sakit itu aku sendiri seolah lupa langsung rasa sihat yang selama ini aku lalui..

Itu baru nikmati kesihatan yang ditarik dalam masa 5 hari.. aku sudah diuji dengan satu rasa yang aku sendiri tidak dapat nak luahkan dengan kata-kata.. Itu belum lagi dengan ujian setiap sendi.. urat.. tulang pada tubuh badan bila disentuh sedikit pun sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.. hatta mahu pakai 1 helai pakaian di tubuh, aku terpaksa menunggu hampir 5 minit setiapnya kerana sakit ketika mengerakkan tubuh badan untuk memakai pakaian itu.. menyentap seluruh tubuh badan.. urat di badan serasa ditarik-tarik dan dikoyak-koyak.. tiapkali itu juga aku pasti menjerit.. Paksa juga diri.. tapi bila tiba masa urat sakit itu datang.. aku sendiri tidak dapat mengerakkan diri langsung.

Dulu pernah juga semasa aku sihat walafiat.. Pernah juga soalan yang sama datang pada diri aku.. Bagaimana rasanya sakit.. kerana ketika itu seolah sudah terlalu lama tidak mengalami rasa sakit demam dan sebagainya.. Bukanlah menguji diri dan membangga diri.. tapi apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah.. satu persoalan tentang kehidupan.. Adakalanya kita sihat.. tapi kita pasti tertanya bila melihat mereka yang sakit.. kesian kita melihat mereka.. tapi pada masa yang sama.. sakit yang dilihat pada mata kita.. takkan sama dengan sakit yang dirasa oleh mereka.. Sama juga bila kita sakit.. badan kita menanggung segala kesakitan.. hingga serasa tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa.. Bila sudah terlalu sakit.. hati mula bertanya.. bagaimana pula rasa sihat.. melihat mereka yang sihat mampu ke sana sini.. berjalan bergelak ketawa.. hati turut tertanya.. alangkah bestnya bila sihat.. tapi benarkah bagai apa yang kita rasakan itu.. entah.. hanya mereka yang kita lihat itu sahaja yang tahu.. dan Allah lebih-lebih lagi tahu..

Bila sakit begini juga kadangkala aku juga jadi cemburu dengan dia.. Sebab dia sihat dan tidak sakit.. tapi pada masa yang sama.. dek kerna ada dia.. maka semua boleh dibuat dengan mudah.. cuma dia penat mengurus itu dan ini.. tapi malam hari dia mampu tidur dengan berdengkur dengan lena.. tanpa sedikit pun rasa terusik mimpi-mimpi indahnya.. Ini aku cukup sakit hati.. terutama bila masa aku kena serangan asthma yang teruk.. bayangkan hendak bernafas pun amat seksa sekali.. sekuat mana pun nafas yang disedut.. yang masuk hanya 40-60% sahaja.. Selebihnya kena sedut ikut mulut.. dan entah berapa malam juga mulut aku terlalu kering.. tekak aku bengkak berdarah.. bibir aku pecah kering.. Semuanya terpaksa dihadapi.. Ditambah dengan sakit belakang.. batuk lagi menambah kesakitan urat belakang... rasa bagai ditarik-tarik hingga ke hujung kaki.. ahhh.. itulah rasanya bila sakit.. namun bila sihat?? Adakah kita akan ingat semua ini..

Sakit asthma ini telah aku warisi sejak aku lahir lagi kata mak.. Tapi serangan serius yang pertama aku alami semasa aku di UKM dulu.. kebetulan minggu itu aku sedang jalani latihan 2 minggu intensif untuk acara sukan antara universiti.. Aku mewakili pasukan UKM.. sebelum itu sudah beberapa orang rakan mula demam.. dan aku pun terkena akibat yang sama.. entah mengapa.. ketika itu satu petang sedang sibuk membuat latihan.. hujan turun renyai-renyai.. kami masih tetap teruskan latihan.. apatah lagi aku yang memegang posisi pertahanan tetap terus bertahan menahan dan menghalang rakan-rakan yang ingin menerobos pintu gol kami.. Cuaca bertukar sejuk.. akhirnya kami berhenti sebelum senja.. dan malam itu aku mula batuk.. dan esoknya aku kena serangan asthma yang teruk. Sejak itu asthma tidak pernah tinggalkan aku.. jarang sekali dia datang sebenarnya... kecuali bila terlalu sejuk atau aku terlalu penat.. terutama bila aku mula batuk-batuk dan sejuk sangat.. ini aku cukup hati-hati.. pengalaman berperang dengan asthma setiap malam.. sudah cukup mengajar aku seksanya menahan semua sesak nafas itu.. Buat mereka yang tidak pernah menghadapinya.. seolah rasa cam tidak ada apa.. tapi sakitnya menahan sesak nafas.. dan susahnya upaya untuk tarik nafas sedalam mungkin itu.. hanya mereka yang pernah alami sahaja yang tahu..

Aku sendiri pernah banyak kali nyatakan pada dia.. kadangkala aku teringin mahu dia juga rasa sakitnya bila kena serangan asthma.. supaya dia mampu memahami kondisi diri aku ketika itu.. dia boleh tidur dengan lena di sebelah aku.. tapi tahukah dia aku sedang berjuang sedaya upaya hanya untuk mendapatkan ruangan udara bernafas yang selesa mungkin.. sebab itu dikatakan.. Asthma ini mampu menyebabkan orang mati.. Aku tidak dapat nafikan.. sebab kadangkala pernah juga terbit dalam diri.. Rasa nak mati itu sudah terlalu hampir sangat.. hampir sangat-sangat..

Namun syukur juga.. Alhamdullilah.. setiapkali serangan aku masih mampu terus bertahan.. dan tetap bertahan.. walau sesusah mana pun terpaksa dada aku hadapi.. aku hadapi juga.. walaupun dia hanya mampu melihat dan tolong urut sikit-sikit.. jadilah dari tak buat apa-apa langsung.. sebab yang mampu melegakan sakit asthma aku bila kena serangan serius.. memang kena terus sedut pam sedutan di klinik..

Di sini.. ada rawatan tertentu yang boleh juga diikuti.. tapi seperti biasa perlu ikut giliran.. dan semuanya mengambil masa.. bila kena serangan.. nak jumpa GP.. baik terus pergi hospital je.. pastu tunggulah dalam 2 3 jam sebelum jumpa GP.. sama jugalah..

Itulah sakit sebelum sihat.. dan sihat sebelum sakit.. Setiap kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil.. Kita perlu sabar dan redha.. Jangan lupa diri pula..

Asthma.. tidak ada kaitan dengan saiz badan seseorang itu.. kurus kecil besar tinggi rendah.. tidak ada kaitan sama sekali.. itu selalu sangat kritikan yang aku terima.. walhal masa aku kurus kering.. aktif bersukan dulu pun kena gak asthma gak.. so nothing to do with body size.. Just environment around you.. kena hati-hati.. masa asthma nie.. sebatu pun bau rokok aku dah leh hidu.. masa nie.. kalau dia merokok memang kena halau keluar dari rumah.. bukan apa.. aku pernah kena asthma hanya tersedut asap rokok dari dia.. sejak itu.. memang amaran keras.. ;)


Tuesday, 29 September 2009

Demam raya


Salam..

Sudah seminggu blog ini sepi.. ada sebabnya.. sudah tentu semua pun maklum dengan agenda berhari raya itu sudah tentunya sedia ada dalam senarai utama pada minggu pertama beraya.. Namun yang tidak pernah dijangka dan diagak sama sekali.. turut juga menerima satu lagi kunjungan istimewa yang menyebabkan puan punya badan pun terpaksa rela menghadapi walau sedaya upaya tenaga urat belikat segala..

Jemputan berhari raya masih lagi dipenuhi hingga raya yang ketiga.. dan pada raya yang keempat satu perjalanan telah ditempuhi memandangkan persetujuan untuk ikut serta bersama turut dibuat di saat-saat akhir.

Masih ingat senarai perkataan-perkataan 'raya' yang pernah dijadikan entri dalam blog ini? Aku tertinggal satu perkataan yang paling utama.. iaitu 'Demam raya'..

Ya satu perkataan yang tidak pernah timbul dalam diri ini.. hampir 4 hari berperang dengan suasana seram sejuk.. panas sejuk.. berangin.. batuk.. selsema.. panas membahang.. mengigil.. sakit urat belikat.. sakit belakang.. sakit pinggang.. dan yang paling teruk.. serangan asma turut melanda sekali.. syukur asma yang datang tidak terlalu krikital.. masih mampu bernafas dengan selesa.. cuma bila tiba malam hari dan berserta dengan sakit urat belakang dada.. serangan asma turut datang singgah.. dan yang paling sadisnya.. semua itu terpaksa dihadapi semasa berada di negara orang.. di 4 negara aku jatuh demam teruk.. Bermula di Netherland (Roterdam,Volendam & Amsterdam).. kemudian berlanjutan ke Germany (Frankfurt).. tumbang di Luxembourg.. akhirnya mampu bertatih sedikit di Belgium (Brussels).

Kembali ke Glasgow.. demam bersambung semula. tapi ajaibnya.. bila sahaja ubatan dari tanahair air diambil.. demam yang melanda selama 4 hari itu terus kebah dalam masa yang tidak sampai pun 1 jam.. tak ke pelik?? Nampak sangat badan aku ini hanya menerima ubat-ubatan tertentu dari tanahair sahaja.. sedangkan selama 5 hari mengembara.. walaupun banyak mana panadol.. paracetamol yang dibeli baik dimana-mana farmasi negara-negara berkenaan.. tidak ada satu pun yang serasi dengan badan aku..

Semalam.. waktu bangun pagi.. melihat muka di cermin terkejut.. kerana terlalu pucat dan cengkung dek hampir 3 hari tak makan dengan sepenuhnya.. sekadar menjamah beberapa ketul roti.. beberapa suap bubur nasi.. dan kembali ke Glasgow pun bubur nasi yang dimakan juga luak hanya beberapa sudu.. banyak jugalah sudunya.. itupun dek kerna dipaksa oleh pakwe.. walaupun entah berpuluh kali tolakan dan gelengan diberikan.. tapi paksaan dari dia buatkan diri telan juga sedikit sebanyak..

Selera makan kembali sedikit demi sedikit walaupun tidak lagi sepenuhnya.. biasalah proses untuk baik pulih mengambil masa yang agak lama.. Sisa sakit belakang.. batuk.. selsema.. asma.. keletihan.. sesak nafas sekali sekali masih terasa.. demam sudah kebah sejak ahad yang lepas.. cuma kadangkala datang bila menghampiri ke waktu malam dek perubahan suhu yang semakin sejuk..

Pagi tadi juga aku ditegur orang.. kerana kelihatan cengkung dan tidak bermaya.. Biasalah baru lepas kebah demam memang begitu kan.. takkan terus segar bugar sihat walafiat.. Tapi yang tak dapat dilupakan.. soalan ini..

"Best pergi berjalan?"

"Best mendenya.. asyik tidur.. dan sakit badan jek" kataku sambil gelak kecil..

Kadang serik pun ada juga di hati bila kembara dilakukan dalam kondisi badan yang tidak sihat langsung.. kalau tidak sihat di rumah sendiri lain ceritanya.. kita sudah biasa dengan persekitaran dan apa yang ada di dapur rumah kita.. Mahu berehat.. hanya perlu bertatih perlahan ke katil dan terus lelapkan mata hingga mata sudah tidak mampu lagi lena..

Apa jua itu adalah satu pengalaman.. Pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Lagipun siapa yang tahu semua ini akan terjadi.. sudah kehendakNya.. Dia Maha Mengetahui Segalanya..

Masih mahu mengumpul kekuatan diri.. masih perlukan 45% lagi kekuatan..

Ada kelapangan masa.. gambar-gambar kembara akan dipaparkan.. hasil tangan pakwe.. sebab aku nak pegang kamera pun dah tak larat masa tuh.. Nasib kamera digital canon kecil.. Kalau SLR atau DLR.. rasanya memang tak ambil gambar terus kot.. ;)

Salam kesihatan.. dan salam ceria.. Moga diri diberikan kekuatan seterusnya..

Aku telah terima bungkusan dari seorang sahabat itu.. terima kasih banyak-banyak ya ;)

Tuesday, 22 September 2009

Rumah Terbuka Syawal Pertama 2009

Alhamdullilah.. Rumah terbuka pada Syawal yang pertama meriah dengan kehadiran rakan-rakan sekampung. Bermula pukul 10.30 pagi.. tetamu sudah mula datang berkunjung dan selepas itu kehadiran rakan-rakan turut silih berganti hingga ke pukul 7.00 petang.

Walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara di tanahair.. Namun kehadiran rakan-rakan turut memeriahkan suasana.. Berbual dan bermesra bersama mereka dapat mengubati hati-hati yang kerinduan pada mereka di kampung.

Juadah juga berbaki sedikit dan mencukupi.. Alhamdullilah.. meraikan kemeriahan berhari raya.. Hati turut terhibur dengan kunjungan sahabat & taulan..

Jemputan rumah terbuka.. masih banyak yang perlu dipenuhi.. Insyallah.. Buat sahabat yang tidak berpeluang untuk hadir ke rumah terbuka 1 Syawal.. Jika ada masa dan peluang akan ada rumah terbuka lagi.. Masih ada beberapa rakan rapat yang tidak dapat menghadir pada 1 Syawal.. Niat sudah ada untuk mengajak mereka datang ke rumah.

Buat mereka yang masih ada di kampung.. Selamat berhari raya.. Pagi ini aku perlu ke universiti untuk urusan pengajian.. Mood bercuti dan berhari raya masih terasa bahangnya..


Moga perjuangan berkesudahan dengan kejayaan..

Insyallah..


Sunday, 20 September 2009

Aidilfitri Hujung Minggu


Ketika menyemak email pada pukul 8.30 malam semalam.. Pengumuman tarikh menyambut syawal di Glasgow telah ditetapkan pada hari ini Ahad bersamaan dengan 20hb September 2009 (1 Syawal 1430). Terkejut sebenarnya kerana setelah 2 tahun di Glasgow.. Tahun ini Syawal disambut setelah 29 hari berpuasa.. berbanding tahun-tahun sebelumnya yang genap 30 hari..

Sebenarnya kepala sudah menjangkakan syawal akan disambut pada hari Isnin.. Tiada sebarang persiapan dibuat pada petang semalam.. Sekadar mengoreng kuih muruku segera.. Apa lagi.. bila sahaja pengumuman dibuat.. kaki mula sibuk melangkah ke dapur semula untuk memulakan tugasan memasak juadah hari raya.. Satu persatu terpaksa disediakan.. Syukur juga ada pembantu setia yang tolong keluarkan ayam.. daging.. kupas bawang.. bwg putih.. halia.. serai.. Jika tidak ada dia.. rasanya mahu juga bak lipas kudung yang tak dapat diam walaupun seminit..

Bermula dari pukul 8.30 tadi aku memasak hinggalah jarum jam ke pukul 4.30 pagi yang baru sahaja berlalu beberapa minit tadi.. Sempat jugalah dalam masa itu mengemas rumah.. menggosok baju.. tukar cadar baru.. dan segala perkara yang perlu dikemaskan sekitar ruangan rumah.. penat usah dikata.. tapi masih mampu mengambil sedikit masa untuk mengemaskini entri untuk hari ini : 1 Syawal..

Insyallah.. selesai solat raya pagi nanti.. Aku pasti ramai rakan akan datang berkunjung ke rumah.. kerana jemputan untuk rumah terbuka sudah dimaklumkan sejak jumaat yang lalu.. Sebenarnya memberi laluan kepada rakan-rakan rapat untuk berpeluang beraya pada hari raya yang pertama ini.. dek kerna sudah bertahun menjadi tuan rumah terbuka di pagi syawal.


Buat semua yang ada di kampung..
Selamat berhari raya.. Maaf Zahir & Batin..

Yang Jauh dikenang sentiasa..
Yang dekat diingati bersama..
Yang rapat diraikan gembira..

Teringat kuburan arwah nenek & tok.. Hati serasa mahu terbang mengunjungi mereka.. Namun pastinya mereka juga tahu.. walau dimana berada.. mereka tetap dalam ingatan..

Masih terdengar sayunya suara mak & ayah kala mengucapkan salam aidilfitri malam semalam.. Fikiran hanya dapat membayangkan.. Betapa meriahnya suasana.. Namun.. hati perlu ditahan rasa.. Insyallah kepulangan tidak akan lama datangnya..

Mahu melelapkan mata walaupun beberapa jam seketika.. dan perlu bangun awal untuk tugasan memasak yang masih tertangguh lagi..

Saturday, 19 September 2009

2 Syawal telah berlalu


Bila menjelangnya bulan Syawal tahun ini.. Hati aku tiba-tiba teringatkan kisah lama selama 2 tahun menyambut syawal di rantau orang.. Ketika sedang asyik membuat kerja harian awal pagi tadi.. Sejenak fikiran aku melayang teringatkan kenangan 2 tahun yang lalu..

Aku bermula bekerja sambilan pada ramadhan tahun 2007. Ketika itu kerja yang lebih pada suka-suka selama 3 jam setiap hari bekerja menjadi rutin harian aku. Aku bermula dengan bekerja di sebelah petang selesai waktu belajar dan tamat menghampiri waktu berbuka puasa. Tahun 2007 menyaksikan buat pertama kali aku bekerja dengan menggunakan kaki dan tangan kerahan tenaga.. Otak tidak diperlukan sangat semasa memikul tanggungjawab itu.. Yang utama tahu membezakan yang mana bersih dan kotor, teknik-teknik pembersihan, cara-cara membersihkan.. kenal apa beza warna kain yang berbeza; merah, kuning, biru & hijau.. setiap warna kain itu mewakili kawasan pembersihan dan tidak boleh dicampur aduk sama sekali.. Pada masa yang sama aku juga memikul tugasan sebagai tutor mengajar teknologi maklumat untuk pelajar sarjana muda di Universiti. Rutin ketika itu saling silih berganti dengan kerja yang memerah otak dan kemahiran.. serta kerja yang memerah tenaga.. Penat usah dikata.. Sanggupkan juga untuk mendapat pengalaman dan tambahan kewangan..

Bekerja di bulan ramadhan sememangnya banyak mengajar aku erti kesabaran dan kekuatan. Mengerah tulang 4 kerat dengan melakukan kerja-kerja pembersihan harian itu cukup mencabar sekali.. ke hulu ke hilir.. turun naik tangga sudah cukup membuatkan tenaga aku kehabisan di saat akhir tamat waktu bekerja.. Sakit kaki.. tangan.. pinggang.. itu adalah perkara biasa.. diam tak diam kini sudah memasuki tahun ke 2 aku lalui semua itu.. Kini yang berbeza adalah lokasinya sahaja.. selama setahun aku di bangunan Legal House.. kini aku berpindah pula ke Universiti.. di waktu awal pagi.. Aku mula belajar bangun awal-awal pagi dan itu juga sudah menjadi rutin harian.. dan selesai bekerja aku lantas bergegas pula ke CIS untuk meneruskan perjuangan seterusnya..

Kini aku bakal lalui lagi syawal ke 3.. dan mungkin juga akan ada syawal ke 4 tahun hadapan.. itu pun jika perjuangan masih lagi perlu diteruskan.. tapi harapanku.. biarlah ia selesai sebelum Ramadhan tahun hadapan.. Insyallah... ketentuan masa hadapan hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui..

Selamat tinggal Ramadhan dan Selamat datang Syawal yang Mulia..

Salam Aidilfitri buat semua sahabat, rakan taulan dan pengunjung setia..

Walau di mana anda berada..

Baik di KL, Klang, Banting, Shah Alam, Tg Malim, Behrang2020, Ipoh, Kulim, Penang, Kedah, Kuantan,Temerloh, Seremban, Jelebu, K. Klawang, Johor, Senawang, Taiping, Bangi dan kawasan sekitarnya..

Tak lupa juga buat sahabat yang berada di Christchurch, Dunedin, Perth, Adelaide, Brisbane, Wollonggong dan dimana sahaja..

Buat sahabat di sekitar bandar-bandar UK ini.. London, Manchester, Birmingham, Sheffield, Bradford, Southampton, Louborough, Durham, Newcastle, Edinburgh, Glasgow, Aberdeen, Dundee dan bandar-bandar sekitarnya..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin..

Andai ada salah & silap.. Terkasar bahasa, tersilap cakap, terguris perasaan, terasa hati, termakan, terminum, terambil, ter.. ter.. apa-apa yang menyakitkan jiwa.. Harap dapatlah dimaafkan segala salah silap itu..

Makan sedap-sedap kat kampung tuh.. ketupat, lemang, rendang, kuih muih tuh.. ingat-ingatlah aku di sini ya..

Jaga diri.. Berhati-hati memandu.. yang naik bas... hati-hati juga jangan sampai tertinggal bas..

Raya pertama selesai solat Aidilfitri.. Jemputlah datang ke rumah ya.. ;)

Friday, 18 September 2009

Menilai orang..


Semalam semasa aku sedang menunggu bas ke CIS.. Dalam sibuk-sibuk aku membelek beg sekolah yang tersandang melintang di bahu.. Kedengaran suara yang agak parau datang dari sebelah kanan aku..

"Sister.. Sister.."

Aku menoleh ke kanan dan kelihatan seorang lelaki berkulit gelap (aku syak dia bangsa africa).. berpakaian kemas lengkap ber'suit' memandang aku dengan wajah yang nampak agak sayu.

"Yes" aku jawab dengan suara yang diperlahankan antara dengar dan tidak..

"Sister.. I lost all my things and my money.. I need to be in London today.. Could you give me some money?" kata lelaki itu lagi

Riaksi aku?? Aku pandang wajah lelaki itu dengan separuh percaya.. Sebenarnya fikiran aku agak kelam kabut.. bukan apa aku sedang mengejar masa untuk berjumpa G pagi itu. Kepala masih memikirkan perkara-perkara yang harus aku laporkan. Otak aku terhenti berfikir seketika.. Yang mampu aku jawab hanyalah

"I'm sorry.. I don't have enough money"

Memang pun.. duit aku hanya ada dalam £30 sahaja.. aku tak rasa cukup untuk tambang balik ke London.. lagipun.. takkan kita senang-senang je nak bagi duit pada orang yang kita tak kenal..

Dia merayu lagi "Please sister help me"

Aku berkata lagi.. "I'm Sorry.. I really can't help you"

Lantas dia bertanya dimanakah perhentian bas yang terdekat. Lalu aku berikan penerangan bak melepaskan batuk di tangga jek.. tak sepenuhnya.. Bukan apa.. aku masih memikirkan sejauhmana kebenaran cerita jejaka itu..

Jejaka itu mengucapkan terima kasih dan berlalu dari tempat aku berdiri.. Sekali lagi aku pandang jejaka itu.. kelihatan dia mengangkat kedua-dua belah tangannya dan diletakkan ke kepala seolah-olah sedang mengeluh sesuatu yang cukup berat..

Terbit pula rasa bersalah dalam hati.. kerana seandainya cerita dia benar.. pastinya dia betul-betul berada dalam kesusahan.. Sebenarnya terbit rasa untuk bertanya lebih lanjut.. tapi kerana aku mengejar masa.. Aku putuskan untuk berhenti memikirkan tentang jejaka itu waktu itu juga... Cuma sejenak semasa berada di perut bas ke CIS.. aku kembali memikirkan persoalan itu..

Bagaimanakah untuk menilai hati budi manusia?? Bagaimana kita dapat mengetahui.. sejauh mana kejujuran seseorang itu.. Dari riak wajahkah?? intonasi suarakah? gerak gaya badankah? Semua itu ada kemungkinannya.. tapi ada juga segelintir manusia yang pandai mempergunakan semua itu untuk kepentingan diri sendiri..

Cuma yang mampu aku lakukan semalam.. Hanyalah berdoa dikala hati aku rasa bersalah.. "Seandainya.. dia benar-benar jujur dan benar.. Insyallah.. Semoga Allah akan permudahkan dan memberi jalan menyelesaikan masalahnya"

Tak mudah untuk menilai orang..

Teringat kata-kata ini "Jika kita nak bantu orang.. kita bantulah dengan niat yang ikhlas dan lakukan semampu dan sedaya mungkin.. Nanti yang diharapkan pahala.. dapat dosa pula andai kita selalu mendolak dalih dan berprasangka buruk.."

Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa saban hari.. dan sedikit sebanyak ia menjadi asam garam dalam membentuk peribadi kita ;)

Thursday, 17 September 2009

Minta lagi..


Kadangkala.. bila ada permintaan begini..
Nak tolak pun tak sampai hati..
Walaupun hanya sekadar roti popia sardin..
Itu pun ada yang buat 'special request'..
Selalunya yang mudah tuh... yang paling malas nak buat.. hehehehe..
Tengok rupa cantik je kan.. Belum lagi rasanya..
Hingga menjilat jari..
Tapi.. nak makan.. buatlah sendiri ya..

Lepas nie aku nak pencen dari buat roti sardin.. murtabak.. popia basah.. kek pisang.. apam balik.. Sapa nak makan.. cari tokeh lain okey..

Monday, 14 September 2009

Ngunjung..

Ngunjung masa iftar di rumah tahun 2008.

Di kampung aku bila sahaja ada urusan kenduri kendara.. majlis perkahwinan.. gotong royong.. pastinya yang hidup dalam kelompok masyarakat di sekitarnya.. aktiviti saling bantu membantu dan tolong menolong adalah perkara biasa..

Apatah lagi bila melibatkan urusan majlis perkahwinan.. Pernah juga dikata orang.. hidup dalam masayarakat Jawa nie agak berkira sedikit bila melibatkan urusan bab-bab tolong menolong nie.. Bila sesebuah keluarga atau jiran tetangga itu mengadakan majlis kenduri kahwin.. jika kita datang menghulurkan bantuan dan menolong mana yang terdaya.. nanti bila tiba pula kenduri kendara di pihak rumah kita.. mereka juga akan berbuat seperti itu juga.. TAPI.. andai kita tidak punya masa untuk membantu mereka.. dijemput pun tak datang... kenduri tahlil pun hantar wakil jek.. nanti bila tiba giliran kenduri kendara di pihak kita.. begitu jugalah yang akan terjadi..

Aku sudah terbiasa dengan budaya begini.. bukanlah menghina atau memperkecilkan cara mereka itu.. yang dikira agak berkira.. tapi adakala ada juga logik mengapa perkara sebegitu terjadi.. yelah jika asyik kita sahaja yang bersungguh tapi satu lagi pihak tidak pernah pun mahu meluangkan masa.. timbul jugalah sungutan dan rungutan sedikit sebanyak.. Jika kita ringan tulang dan rajin membantu.. Nanti bila urusan kita juga akan dipermudahkan orang.. Ini kes yang tinggal di kampunglah.. Kampung aku masih mengamalkan urusan memasak bersama-sama.. menggunakan katering tidak glemer sangat.. pernah juga dibuat orang.. tapi biasanya jiran tetangga kurang mahu membantu sangat sebab sudah ada orang luar yang dipanggil untuk menguruskan urusan kenduri kendara.. itu pun satu hal juga.. Hidup bermasyarakat begitulah kan.. perlu bermuafakat dan bersama-sama..

Membesar di kalangan rakan-rakan berbangsa jawa di kampung.. membuatkan aku dapat memahami sedikit sebanyak adat resam mereka.. terutama bila timbul urusan kenduri kendara.. yasinan.. gotong royong.. dan sebagainya.. malah adakala cara masakan juga terpengaruh dengan cara mereka juga.. masak jagan bening.. ini sudah tentunya masakan yang glemer di kalangan masyarakat jawa di kampung aku.. itu belum lagi juadah yang lain..

Bila menghampiri ke hari raya.. adat 'ngunjung' bermula di hujung bulan Ramadhan.. Jiran sekeliling rumah akan mula menghantar juadah 'ngunjung' seperti.. ketupat.. kuah kacang.. rendang.. sambal jawa.. lodeh.. dan sedikit kuih muih.. Masa ini lauk pauk akan penuh semeja.. dan kami akan saling merasa masakan masing-masing.. masa nie aku akan bertanya dengan mak, siapa yang memberikan yang ngunjung.. mak pula akan menyenaraikan.. nie wak Mar hantar.. nie Mak Usu bagi.. nie Mak Ngah bagi.. nie Wak Menah bagi.. dan seterusnyalah senarai nama wak dan kakak jiran sekitar rumah di kampung.. lepas tuh siap komenlah cara mereka memasak juadah berkenaan.. Hehehehe.. ini biasa sangatlah..

Setelah itu akan tiba pula giliran kita untuk membalas ngunjungan itu.. Biasanya mak akan 'ngunjung' pada petang sebelum hari raya.. jika tak sempat di hantar petang itu.. biasanya awal pagi raya 'ngunjung' akan dihantar ke rumah jiran berhampiran.. Masa nielah adik-adik aku akan dikerah untuk pergi ke rumah-rumah jiran menghantar juadah 'ngunjung'.. apatah lagi 2 adik beradik ayah kini tinggal berhampiran dengan rumah ayah.. itu belum lagi sepupu-sepupu aku yang tinggal berhampiran dengan pekan banting.. olak lempit.. bt16.. yang di kampung usah dikatalah.. Seharusnya akan mendapat kunjungan itu..

Bila beraya di tempat orang.. Ini antara kebiasaan yang dirindukan.. tapi dah nak 3 tahun beraya di tempat orang 'Alah bisa tegal biasa'..

Masih memikirkan menu pagi raya.. Yang pastinya 'Pecal' kena ada pagi raya tuh ;)

Sunday, 13 September 2009

Iftar sekampung

Semalam iftar bersama rakan-rakan sekampung..

Deretan juadah iftar

Kek Pisang permintaan.. Happy birthday buat si penerima ;)

Juadah kuih muih yang pelbagai


Berkumpul begini sedikit sebanyak dapat meleraikan kerinduan di hati..

Raya pula bakal menjelma.. Hati bakal kerinduan lagi..

Thursday, 10 September 2009

Tak selamat?


Semalam semasa berbuka puasa di masjid utama Glasgow.. aku dan rakan ditanya tentang persoalan tentang kawasan tempat kami tinggal.. Sebenarnya itu bukan kali pertama aku dengar komen orang luar tentang kawasan kampung tempat kami menginap..

"Tengok area tuh cam tak selamat jek.. sebab penuh dengan kedai-kedai.. nak parking pun cam tak selamat"

Aku mendengar sedikit terkejut walaupun ia bukanlah kali pertama aku dengar tentang komen yang sama dari orang luar sebegitu..

Tak selamat?? bagaimana kita nak definisi istilah selamat itu?? selamat yang bagaimana agaknya?? Adakah kerana kita melihat persekitaran yang nampak kelam kelibut dah nama pun kawasan deretan kedai-kedai yang penuh di kiri dan kanan.. tapi adakah itu menjadi satu ukuran keselamatan..

Lantas persoalan itu aku sangkal sama sekali.. sebab kami yang dah tinggal di sini hampir 3 4 malah ada yang 5 tahun pun.. elok sahaja tanpa sebarang masalah keselamatan.. belum pernah lagi kami dengar ahli kampung kami dicederakan.. dirompak.. pecah rumah.. dipukul.. dan segala perkara yang boleh dikategorikan sebagai tidak selamat itu.. Alhamdullilah..

Aku rasa tidak adil bila kita menilai sesuatu tempat itu berdasarkan pada satu keadaan sahaja. walhal sebenarnya kita sendiri pun berada di kawasan itu tidak sampai pun 1 jam.. dan lebih parah.. tidak tinggal pun di sekitar kawasan itu.. Apa caranya nilai keselamatan itu dinilai?? semata-mata dengan melihat persekitaran yang kelam kelibut.. yang sesak dengan kenderaan yang bersimpang siur di kiri kanan jalan?? atau melihat kumpulan-kumpulan anak-anak muda golongan Chech yang berkeliaran.. sambil menyanyi-nyanyi.. mereka tidak mengganggu orang ramai.. selama 3 tahun aku di sini Alhamdullilah.. belum pernah lagi aku lihat mereka menganggu orang ramai.. yang biasanya buat hal bukan golongan bangsa itu atau bangsa asia.. tapi bangsa scottish itu sendiri sebenarnya.. kiranya merekalah gangster paling hebat di kawasan kampung tuh..

Kawasan kampung ini meliputi banyak jalan-jalan.. hampir setiap sudut jalan yang ada di sekitar kampung govanhill.. itu berpenghuni dengan bangsa malaysia.. cuma lokasinya agak sekata.. jalan-jalan yang menjadi kegemaran kami untuk menyewa rumah adalah yang berhampiran dengan laluan bas..

Bila isu keselamatan ini diperkatakan.. Aku sendiri juga merasakan lebih selamat di bumi Glasgow dari di bumi Malaysia.. cukup tidak adil jika hanya melihat sesuatu kawasan atau keadaan yang nampaknya seperti kotor dan kelam kelibut itu menjadi ukuran sesuatu keselamatan..

Bagaimana pula dengan kota KL?? aku sendiri tiap kali kalau ke KL pasti tidak akan berani membawa beg tangan yang besar.. dan lebih suka membawa yang kecil dan sentiasa berhati-hati apabila melintas jalan.. atau berjalan seorang diri.. bukan apa takut menjadi mangsa ragut penunggang motosikal.. itu belum lagi memandu seorang diri bila memasuki bandar KL.. pintu juga terpaksa ditutup & dikunci.. takut nanti dipersimpangan jalan yang berlampu merah ada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk membuka pintu dan mengambil apa sahaja yang tercapai dek tangannya.. ini pernah terjadi di depan mata aku.. malah ada juga mereka yang berani hingga ikut ke rumah.. bila sahaja pemandu keluar untuk membuka pintu rumah.. rakan si penunggang motosikal dengan sepantas kilatnya mencapai beg tangan yang terletak di tepi tempat duduk pemandu.. bayangkanlah?? Ini terjadi pada ibu mertua sahabat baik aku di sini.. Selamatkah kita?? Itu belum lagi kes rompakan besar yang terjadi pada rakan baik aku.. yang rumahnya dimasuki pencuri dan kehilangan barang-barang menghampiri 20K.. bayangkan?? Selamatkah tanahair kita??

Aku suka mengembara ke beberapa negara eropah.. semasa berjalan ke Barcelona.. walaupun bandar besar.. tapi kerisauan aku pada mereka yang meragut beg tangan adalah tinggi.. hinggakan ketika kami makan tengahari di sebuah restoran pakistan.. adik pelayan itu berkali-kali mengingatkan aku.. berhati-hati dengan beg tangan.. pastikan tidak ada barangan penting dan berharga.. bayangkanlah.. sejauh manakah keselamatan kita.. Sepanjang aku berjalan di bandar Glasgow ini.. Alhamdullilah.. belum pernah lagi aku merasa risau akan keselamatan barang-barang berharga aku..

Bagaimanakah kita nak ukur keselamatan itu.. aku rasa tidak adil dinilai dengan hanya sekadar kunjungan sebentar cuma.. seperti kawasan rumah aku.. rumah aku betul-betul di atas bank.. agak-agak kalau bank itu selalu kena rompak (lebih baik aku yang rompak dulu kan).. mesti kawasan itu tak selamat kan.. tapi bank masih beroperasi dengan baik.. kedai runcit juga masih dibuka hingga larut malam.. kedai kebab juga masih berniaga hingga pukul 2 pagi.. jalan raya masih terang dengan laluan bas dan kereta-kereta.. dan tidak ketinggalan juga polis berkereta selalu juga membuat rondaan setiap hari dan lewat malam.. Janganlah nak 'parking' sesuka hati depan area rumah aku.. silap-silap ada polis tunggu depan kereta.. dan pernah aku tengok ada kereta yang kena tarik sebab parking berkembar dengan kereta lain di sebelahnya..

Yang utama pada aku lokasi kawasan kampung yang cukup strategik.. setakat nak beli barangan makanan halal.. semua boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki tak sampai pun 5 minit.. nak beli sayuran.. buah-buahan juga murah-murah.. kadang terlupa nak beli sayur.. aku boleh turun ke kedai yang tak sampai 5 minit itu untuk beli brg.. kadang boleh suruh pakwe lari sekejap ke 'Farm Food' yang terletak tak sampai 100 meter dari rumah aku.. nak ke bandar pengangkutan bas setiap 10 minit.. dan pilihan bas untuk ke bandar juga banyak.. Jika bosan duduk di rumah boleh menikmati pemandangan alam sekitar di taman permaisuri yang tak sampai pun 5 minit berjalan.. Hendak ke hospital juga tidak jauh hanya terletak di belakang taman itu.. apa lagi.. kemudahan asas yang cukup..

Jika di Tg malim.. aku nak beli barangan mentah pun terpaksa memandu lebih kurang 10km ke pekan Tg Malim.. nak naik bas?? jangan haraplah kalau takde kereta sendiri.. nak berjalan kaki sungguh tak sesuai langsung nanti ada jadi siulan si penunggang motor dan pemandu lori tanah..

Tak selamat ke?? Pada aku di tempat yang selamat pun adakalanya tak selamat juga.. Aku juga tak nafikan ada juga sekali sekala.. berlaku juga situasi yang agak kurang menyenangkan.. tapi itu boleh dikira berapa kerat sangat berlakunya..

Yang utama bagaimana kita kendalikan situasi dan pandangan kita ;)

Bila rasa selamat.. nak tidur lena pun rasa senang kan ;)

Wednesday, 9 September 2009

Iftar di Masjid


Bermula Isnin yang lalu, aku jejaki semula masjid utama di bandar Glasgow.. Sengaja kunjungan ke sana dibuat bila memasuki pertengahan Ramadhan, apatah lagi waktu berbuka puasa kini menghampiri ke pukul 8.00 malam berbanding 8.30 malam pada hari pertama Ramadhan.

Sepanjang 2 minggu berpuasa.. rasanya tempat aku beriftar juga pelbagai.. sudah tentu banyak di rumah sendiri.. tapi boleh dikatakan sebahagian minggu itu di rumah sendiri dan selebihnya di rumah rakan-rakan. Kadang jadi rindu untuk berbuka di rumah sendiri sambil menonton tv.. walaupun tidak ada rancangan 'Nur Kasih', 'Jejak Rasul', 'Rumah Kedai', 'Cerekarama' dan pelbagai rancangan drama di tanahair sana, namun rancangan tv di UK ini juga tidak ada kurangnya apatah lagi menyaksikan rancangan 'X-Factor' & Xtra Factor' dan pelbagai movie di rangkaian sky movie.

Terasa berbeza berbuka di Masjid Utama kemarin.. Hanya aku dan rakan sahaja di kalangan bangsa Malaysia di masjid itu. Berbeza sungguh dengan tahun-tahun lepas.. sesi berbuka puasa di 'central mosque' itu meriah dengan kehadiran rakan-rakan. Aku pasti antara penyebabnya kerana waktu berbuka puasa yang agak lewat malam menyebabkan ramai lebih selesa berbuka di rumah atau di masjid Al-Farouk yang berhampiran rumah.

Tempat makan untuk kaum wanita juga hanya sebaris sahaja.. dan bilangannya juga tidak ramai, dalam lingkungan 20 orang sahaja.. dan lauk yang biasa.. Briyani ayam dan kari kambing.. Selalunya hidangan kari kambing ini sentiasa menjadi 'target' kami tiap kali ke situ. Selalunya kari ayam bersama nasi briyani adalah perkara biasa.. air juga hanya air kosong.. Berbuka di masjid di sini tidaklah semewah seperti ditanahair yang meriah dengan kuih muih dan lauk pauknya.. berbuka sedikit dengan buah kurma, buah-buahan dan air kosong. Lalu solat maghrib berjemaah dilakukan. Selesai solat barulah kami akan bergerak menuju ke dewan yang terletak bersebelahan dengan tempat letak kereta. Tahun ini dewan ini digunakan bagi menampung bilangan orang ramai yang datang berbuka di masjid. Agak sejuk lantai dewan itu. Lantainya mempunyai garisan-garisan untuk acara permainan dalam dewan. Berbeza dengan dewan yang digunakan pada tahun lepas yang berkapet nipis dan mempunyai sistem pemanasan yang selesa.

Walaupun begitu.. hidangan berbuka masih juga dinikmati dengan seadanya.. walaupun agak kesejukan tapi masih seronok kerana dapat berbuka bersama rakan-rakan. Kadang terbit juga bayangan rakan-rakan yang sering hadir berbuka puasa pada tahun-tahun lepas. Sesetengah mereka, ada yang sudah pulang ke tanahair.. Padaku.. tahun ini menyaksikan aku akan berbuka dan berhari raya kali terakhir dengan rakan-rakan rapat. Mereka akan pulang pada awal tahun depan.. andai ditakdirkan aku masih berada di Glasgow pada syawal tahun depan.. pastinya aku sendiri juga tidak tahu akan berbuka lagikah di masjid itu.. kerana sahabat baik yang sering ke sana bersama sudah tidak ada lagi di Glasgow.

Semalam pula kami iftar di SUMSA, surau universiti strathclyde. Ramai juga rakan-rakan senegara yang ada di situ.. meriah sekejap sesi iftar semalam.. masing-masing ada yang membawa potluck.. dan juadah juga pelbagai.. cuma nasi tidak ada kuah seperti kebiasaannya.. Pada aku inilah kali pertama beriftar di situ selama hampir 3 tahun di Glasgow. Selalunya setiap tahun aku lebih cenderung ke Central Mosque.. kerana ruang solat yang lebih besar.. dan kemudahan pengangkutan yang lebih mudah.

Satu pengalaman yang menarik semalam.. hanya kerana juadahnya yang ringkas dan lebih banyak kuih muih.. menyebabkan ada sesetengah anak rakan yang tidak kenyang sangat kerana bukan selera mereka.. biasalah.. dah orang melayu nie.. apa juga mesti nak nasi dan lauk.. mana cukup jika hanya makan nasi tanpa sebarang lauk pauknya.. Hingga kedengaran kata-kata seorang rakan semalam..

"Kalau hari-hari makan camnie.. boleh kurus"

Aku yang mendengar tergelak tanpa boleh ditahan-tahan lagi ;).. Harus dicuba itu.. kot-kot berjaya..

Hari ini.. rakan sudah mula mengajak beriftar di Central Mosque lagi.. walaupun hanya nasi briyani dan lauk kari.. dan air kosong tanpa kuih muih.. tapi sudah mencukupi bagi kami.. rakan juga sudah mula berpesan untuk membawa potluck juadah kuih muih.. Insyallah..

Ramadhan & Syawal tahun ini bakal menyaksikan pelbagai kenangan yang akan tercipta lagi..

Tuesday, 8 September 2009

Raya?

Banyak sungguh perkataan yang berkaitan dengan raya..

Bunga raya..

Jalan raya..

Lebuh raya..

Balai raya..

Amanah raya..

Kaya raya..

Pudu raya..

Bandaraya..

Masjid raya..

Hantu raya.. eeee.. tatutnya..

Merdeka raya..

Hari raya..


Baju raya..

Tudung raya

Mercun raya..

Meriam raya..

Kuih raya..

Duit raya..

Kad raya..

Aku tak nak benda lain..

Aku nak 3 benda yang terakhir tuh jek..

Ingat tau.. Pesanan istimewa nie ;)

Mungkinkah akan ada kad raya istimewa tahun ini??
Atau mungkinkah aku sudah dilupakan??


Sunday, 6 September 2009

Pendaftaran SMG 2009/10

Sesi persekolahan Sekolah Malaysia Glasgow (SMG) sudah bermula..




Semoga semua guru-guru akan tetap bersemangat mendidik anak-anak bangsa Malaysia..

Saturday, 5 September 2009

Iftar; Break fast


Kemarin aku singgah ke rumah seorang rakan dengan hajat untuk memberikan murtabak hasil tangan sendiri.. Mulanya sekadar mahu singgah seketika.. lantas aku diajak berbuka puasa bersama mereka.. Memandangkan jarak rumah kami yang hanya berselang 4 pintu sahaja.. Maklumlah sudah dekat menjadi jiran tetangga.. Aku terima ajakan itu dengan tangan terbuka.. Segan tidak ada dalam kamus hidup aku antara aku dan dia.. yelah rumah aku pun dia dah biasa tidur makan.. apatah lagi rumah dia hehehe..

Berbuka alah kadar.. biasalah berbuka di perantauan begini.. walaupun kedengarannya seolah sedih berada jauh dari tanahair.. takde pasar ramadhan.. tapi pada aku kemeriahannya lebih-lebih lagi dari di tanahair.. Hampir setiap minggu ajakan berbuka puasa di rumah rakan-rakan adalah perkara biasa.. kadangkala aku sendiri buat berbuka puasa.. yang datang kadang lebih 10 keluarga.. dan seperti tahun-tahun lepas.. terlintas juga untuk mengajak rakan-rakan yang lain.. tapi bila dihitung-hitung semua.. menghampiri 20 keluarga semuanya.. bukan apa.. semua itu rakan-rakan seuniversiti.. sekerja.. AJK kampung.. cikgu-cikgu SMG.. nak buat berperingkat-peringkat aku malas.. lagipun bila ada acara berkumpul beramai-ramai begini inilah peluangnya untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang masing-masing sibuk dengan urusan belajar dan kehidupan..

Tahun ini jiran tetangga sekitar blok rumah aku juga bertambah.. aku ada 4 jiran baru.. semuanya berdekatan.. dulu di blok itu hanya rumah aku sahaja.. kini.. sudah bertambah 4 keluarga dalam tempoh 2 bulan ini sahaja.. malam raya bertakbir juga akan meriah sama.. nak beraya pun apatah lagi.. lepas rumah aku.. boleh ke rumah jiran-jiran yang berdekatan..

Berhari raya juga meriah.. amat meriah.. dari satu rumah ke satu rumah.. bermula lepas solat raya.. tamat hingga ke tengahmalam.. bayangkan di sekitar sini sahaja ada 45 46 keluarga melayu.. untuk ke semua rumah itu memang tak sempatlah.. kadang dah pergi ke 10 buah rumah perut dah mula terlalu kenyang.. tapi kaki tetap juga melangkah berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain..

Itu belum lagi rakan-rakan di kawasan kampung yang lain.. kadang dalam masa 1 hari sahaja jemputan berbuka puasa sampai 5 6 rumah.. seperti tahun lepas.. hampir setiap minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka.. tahun ini?? walaupun ramai yang menjangkakan sambutan agak kurang meriah kerana ramai yang balik ke tanahair.. tapi buat masa ini hanya 4 keluarga sahaja yang ada di sana.. bakinya masih dalam lingkungan 40 buah keluarga.. Cuma.. minggu pertama berhari raya, ramai rakan-rakan mengambil peluang tambang murah untuk bercuti keluar negara.. menjelajah negara-negara europah.. Malah ada 2 keluarga juga yang akan beraya di London.. Aku?? masih setia untuk beraya di Glasgow.. apatah lagi ada beberapa rakan rapat akan menyambut raya kali terakhir di Glasgow.. tahun hadapan mereka dah pulang ke tanahair..

Inilah nikmatnya beraya dirantau orang.. walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara.. tapi kehadiran rakan-rakan dan sahabatlah yang menjadikan suasana meriah dan seronok.. Pakwe pun sudah mengambil cuti panjang untuk raya tahun ini.. dapatlah kami beraya bersama tanpa terkejar-kejar.. dan minggu pertama berhari raya itu juga pastinya penuh dengan pelbagai agenda harian..

Walaupun tidak ada juadah berbuka puasa di pasar ramadhan.. dan majlis berbuka puasa di hotel-hotel.. cukuplah dengan jemputan berbuka puasa ke rumah rakan-rakan.. sudah cukup memenuhi rutin harian kami.. sejak hari pertama berpuasa.. alhamdullilah.. sudah ada jemputan berbuka puasa.. Seronok kerana dapat berbuka dengan rakan-rakan rapat..

Yang di Malaysia takde yang nak menjemput berbuka puasa?? KTS?? Juliet?? Kak Pah?? Ara?? ;) Janganlah malu-malu ya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin