Masa berjalan dengan cepat.. ya.. dia berjalan dan berlari tanpa berhenti dan menoleh ke belakang.. hatta sesaat pun.. tak dapat kita ulang semula yang terjadi pada saat itu..
Berada di negara orang.. Ramadhan kali ini dilalui dengan pelbagai rasa.. rasa baru sahaja meninggalkan tanahair.. tapi tak sedar masa sudah berjalan dengan pantas.. tahun ini tahun ke 3 berpuasa dan Insyallah berhari raya di sini.. tapi kali ke 4 aku beraya di rantau orang.. jika diambil kira pengalaman aku tahun 2001 dulu di Edinburgh..
Alah bisa tegal biasa.. itu yang aku rasa.. sememangnya ada beza berpuasa di sini.. kemeriahan berpuasa tidaklah sehebat di tanahair.. tidak semeriah seperti di sana.. aku percaya waktu ini.. pastinya ramai yang akan keluar membeli belah saat-saat akhir untuk persediaan bersahur.. dan juga memenuhkan masjid dengan solat terawih yang bermula malam ini..
Pagi tadi.. aku berpeluang berbual dengan seorang rakan sekerja yang berbangsa itali 'Camela' namanya.. Di sini istilah 'fasting' tidak begitu glemer.. tapi bila sahaja di sebut perkataan 'Ramadhan' semua mereka tahu.. mereka tahu itulah bulan umat islam akan mula berpuasa.. dan pastinya juga berderet-deret soalan demi soalan ditanya pada aku..
Pada mereka berpuasa selama sebulan itu cukup menarik kedengarannya.. apatah lagi bila soal tidak boleh makan dan minum diceritakan.. walaupun seteguk air.. mereka kata 'boleh mati' hahahaha.. aku gelak ketawa mendengar bila mereka kata.. mereka tak sanggup untuk berpuasa.. mati kerana 'dehydrate' aku gelak lagi.. aku katakan aku sudah mula berpuasa menghampiri 30 tahun.. Belum pernah lagi aku dengar ada yang mati kerana berpuasa.. Lantas aku terangkan pada mereka.. kami bukanlah tidak makan langsung.. hanya diawalkan dan dilewatkan sahaja waktu makan itu.. iaitu sebelum subuh 'before the 1st prayer time and after the 4th prayer time' serta aku tambah.. 'like having a very early breakfast in the early morning, and late dinner in the evening and you just skip lunch in between'
Itu belum lagi persoalan lain seperti.. tak kering ke mulut bila tak dapat minum seteguk air pun.. tak rasa letih ke.. lantas aku terangkan pula.. sebab itulah kami ada waktu solat 5 hari semalam.. 'before we perform the prayer we have to take the 'wuduq' to clean and fresh up the body'.. lantas dia terangguk-angguk mendengar dengan khusyuknya..
Bila kita berada di negara orang.. barulah kita terasa betapa indahnya mengerjakan ibadah dalam situasi yang jauh berbeza dengan apa yang terbiasa di negara sendiri.. dulu kita tidak pernah terfikirpun tentang semua persoalan itu.. tapi bila berada di negara orang begini.. mahu solat pun.. tidak pernah menjadi persoalan walau dimana pun.. hatta dalam kereta.. di tepi pokok.. di tepi koridor kaki lima.. di tepi bangunan.. hatta di tepi tangga solat masih mampu didirikan tanpa sedikit pun rasa susah.. tapi kadangkala bila di tanahair.. mahu solat pun kadang berkira surau atau masjid yang mahu kita singgah.. malah kadangkala bila berada di lebuhraya.. mahu berhenti di R&R pun memilih surau yang mana lebih selesa.. Sedangkan di sini.. dimana sahaja kita boleh mengerjakan ibadah.. yang utama tempat itu bersih.. dan niat kita yang utama..
Itulah kemanisannya.. bila berada jauh begini pasti banyak perkara yang menjadi kerinduan.. malah sering juga menjadi topik perbualan kami seharian.. cerita kisah kuih muih.. lauk pauk.. semua itu sudah menjadi tajuk wajib hehehehe.. mulalah kepala memikirkan nak masak apa.. teringin sahaja dek kepala.. mulalah mencari resepi dan bersedia untuk mencuba bila pulang ke rumah selesai tugasan di universiti lewat petang..
Pada aku kerinduan paling ketara adalah pada keluarga.. itu selalunya yang meruntun rasa hati aku.. makanan itu kadangkala singgah juga.. tapi kadangkala teringat pada mak dan ayah di kampung.. dan juga meriahnya raya di pagi raya nanti.. dan pelbagai kenangan lain yang turut membuatkan hati semakin rindu.. Itulah nama kehidupan kan..
Sudah ada pelbagai ajakan untuk beraya tahun ini.. ada cadangan mengajak ke beraya di 'Malaysia Hall' di London.. Cuti raya pun telah diambil lebih awal.. yelah kena mohon sekurang-kurang 3 minggu awal dari tarikhnya.. Minggu berhari raya itu juga ada seminar yang perlu aku hadiri.. Itulah tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai pelajar.. malah aku juga sudah mula membuat ajakan menjemput rakan sebilik untuk berhari raya.. hahaha puasa belum lagi... jemputan raya dah buat dulu.. Bukan apa.. sebab kebanyakan kami ini sudah ada perkara lain yang telah dirancang lebih awal.. maka semua jemputan juga perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan awal.. terutama rakan sebilik aku yang setiap bulan asyik mengembara sahaja..
Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan di mana sahaja anda berada.. Semoga Ramadhan kali ini kita mendapat keberkatan dan kerahmatan di bulan yang mulia ini.. Andai ada salah dan silap kata.. Kemaafan turut dipohon pada semua.. InsyAllah.. semoga kita berpeluang untuk menyambut 'Hari Raya' di penghujung Ramadhan nanti..
Selamat berpuasa.. Selamat bersahur dan Selamat berbuka..
Kepala masih memikirkan lauk apa nak masak untuk supper+bersahur malam ini..
13 comments:
Ara pun sedang berfikir bagaimana rasanya pengalaman bersahur, berpuasa dan berbuka di rantau orang...
Pastinya indah untuk dikenang nanti..
Selamat Berpuasa Kak Iina :-)
teringat masa berpuasa di perantauan dulu... seronok... walaupun duk jauh dari keluarga... errr sejauh 30km... hihihi
.
.
.
.
.
.
.
.
jauh kan perantauan aku... setengah jam boleh smpi... :P
selamat berpuasa..
maaf zahir batin..
pssttt.. aku dah maafkan keslhn ko yg menimbun kat aku tu... hikhikhik
Ara
Selamat berpuasa.. pengalaman tuh memamng manis utk dikenang dan diingati sampai bila2 ;)
KTS
Ceh takat 30km.. apa kes.. aku sejak dari zaman universiti.. jarak aku ngan kg lebih 100km.. nie skrg beribu2 dan berjuta km dah..
Salah?? terima kasih kerana memaafkan.. ko tak nak minta maaf kat aku lak ke.. kesalahan ko ada berbillion nie.. ;)
selamat berpuasa. blk kolo klawang tak sok nih? hehe
Jah..
Balik.. kek dlm mimpi yolah.. tggu pilot jet peribadi den dtg ambik.. buek maso nie.. dio ambik coti raya sebulan ler jah..
Selamat berpose kak iina..:)
ala ina, poso ngan rayo samo yo samoado kek ghumah kito ko ke tompek orang ko. Cumo kek tompek orang ni takdolah moriah...
takdolah poi rumah sodaro maro kan?
buko apo harini.
selamat berpuasa dan beribadat iina..
dan tumpang lalu sat...Woit KTS:..jauh nyer ko merantau, ekkk?.ha ha ha
salam ramadhan..
aku doakan cepat ko settle semuanya utk cepat balik mesia.. amiinn...
itulah indahnya Islam, kan... kena alami dan rasai, baru nikmati
BB
Dik selamat berpuasa ;)
Kak Pah
Meriah kak.. thn lepas den berayo lobih 20 buah rumah.. tak larat de nak makan lagik.. idaknya umah kekwn sesamo kek area den nie pun dah 44 family.. bygkan yolah,.. itu baru kek area2 umah.. kek tompek lain.. uihh.. Ari nie den nak buek chicken tikka masala.. n balance sup ekor pakwe den buek utk sahur semlm ;)
Cikgooden
KTS tuh mmg.. klu 10km pun dh kira jauh.. selamat berpuasa ya..
Tiny
Insyallah.. amin.. semoga dipermudahkan ;)
Mak Su
betul tuh.. bila kita berada di negara org barulah kita sedari makna menjalani ibadah itu kerana persekitaran kita yang jauh berbeza dengan budaya dan agama di sekitar kita.. disitulah kita dapat muhasabah diri ;)
indahnye Ramadhan..kedatanganmu ditunggu..pergimu ditangisi
Faqir
Hadirnya ramadhan mmg dinanti.. perginya dirindui ;)
Post a Comment