Semalam..
Masih segar dalam ingatan akan detik-detik itu.. tatkala semua rakan taulan dan keluarga mula sibuk membuat persiapan akan kunjungan harinya.. Kemeriahan turut terasa meriahnya.. persiapan segala juga mula dibuat seadanya.. pasaraya.. pasar tani.. kedai-kedai mula menerima kunjungan istimewa.. Helaian kain baju turut dihantar buat tempahan untuk acara di penghujungnya.. Kuih muih juga diedar untuk tempahan bermula..
Namun pastinya kenangan yang satu itu aku sentiasa ingat selalunya.. permintaan yang seringkali aku minta tiapkali hari pertama itu tiba.. 'Baliklah awal.. nanti kita makan bersama' seringkali menjadi pesanan aku setiap tahunnya.. Harapan itu sentiasa ada.. Setiapkali peluang itu dapat diluangkan bersama.. hadirlah rasa teramat bahgia.. Nampak seolah permintaan biasa.. Namun hanya mereka yang punya rasa kasih sayang dan cinta.. itu sudah cukup untuk dikenang sebagai salah satu detik-detik istimewa..
Hadir juga ingatan pada ayah dan bonda di sana.. ingatan ketika meluangkan masa bersama mereka.. menyediakan persiapan dengan sukacita.. menikmati juadah bersama.. bergurau dan bersenda.. berbual bicara bertanya khabar berita.. melihat kerenah telatah mereka semua sekeluarga.. memeriahkan suasana.. mengamitkan ceria.. Hati hanya mampu terus mengumpul rindu agar segala ingatan dan kenangan sentiasa segar dalam jiwa seorang anakanda..
Hari ini..
Seolah sekejap sungguh masa berlalu.. Detik yang ditunggu-tunggu.. Masa yang dinanti-nanti selalu.. Hati mula terbit rasa rindu.. Rindu akan semua yang bakal dilalui.. Mengetuk pintu hati bertalu-talu.. Kali ini tidak ada rasa sendu.. Kali ini tidak ada rasa sayu.. Kali ini semuanya penuh dengan rasa gembira sepenuh jiwa bersatu..
Apatah lagi musim panas kali ini menjadi pilihan musim untuk dilalui untuk ibadah itu.. Walaupun sering juga berkumandang kata-kata kerisauan dan ketakpastian tentang riaksi tubuh badan dan kesanggupan itu.. Tentang panjangnya masa yang perlu dilalu.. Namun aku sentiasa ingat.. dalam menjalani detik-detik itu.. Allah pasti berikan kekuatan pada setiap umatNya tanpa sebarang kesukaran walau apa juga perbezaan tempat.. masa.. situasi dan waktu.. Yakinilah.. ada hikmah di sebalik semua itu..
Aku lalui sendiri 2 minggu yang lalu.. Hari pertama seolah tidak mampu lagi bertahan lama.. mata.. kepala.. badan sudah terlalu lesu.. perut juga sudah bernyanyi-nyanyi lagu pelbagai irama bersepadu.. Kiraan saat.. minit.. jam mula menjadi hitungan tanpa rasa jemu.. Alhamdullilah.. syukur.. masih mampu bertahan kekuatan hati dan fikiran yang jitu.. Ada nikmat yang indah di sebalik semua itu.. Ada rasa rindu bertamu di ruangan jiwa murni saban waktu..
Esok..
Tidak lama sahaja lagi kunjungan itu akan datang melewati hari demi hari.. Inilah yang dinanti tanpa jemu dan benci.. Hanya huluran yang jernih suci menanti di pintu hati manusiawi..
Ramadhan.. kunjungnya tak lama lagi.. mula membilang rantaian waktu berlari.. Pelbagai riaksi.. keletah.. emosi.. semuanya menyambutnya dengan senyuman di hati dan ceria di wajah berseri.. Berkelana di perantauan.. menjalani semua cabaran dan dugaan dengan penuh rasa insaf diri.. membatasi diri dengan segala perbuatan ingkar yang jelas dan tersembunyi.. memperbanyakkan amalan yang dapat meningkatkan kecintaan hati pada pencipta yang Maha Mengasihani..
Selamat berpuasa buat semua rakan taulan.. walau dimana sahaja kalian semua bermukim dan bermastautin.. Semoga Ramadhan kali ini diberikan kerahmatan yang dicari-cari..
Salam Ramadhan buat semua
Masa untuk beli kurma buat buka puasa ;)

14 comments:
Slm Ramadhan gak...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...
salam ramadhan kak :)
kat sana nanti kena posa baper jam kak?
*sebok nak taw jugak..hahaha ;)*
aku dh beli sekotak kurma ahad lepas.. semalam dh tinggal satu baris jer..
camner nak tunggu utk ramadhan nih.. nampak gayanya sebelum posa aku kena pi beli lagi weh.. hihihi...
kalo keadaan cuaca terus berjerubu rasanya kurang enak nak bersantai di pasar ramadan. ditambah lagi dgn kes H1N1 yg terus meningkat ku rasa puasa tahun ni kurang meriah.
selamat berpuasa dan selamatkan pusasa anda...
pose thn lopaih dh abih ganti ke kak??
Dun
Insyallah.. lebih berkat.. lebih muhasabah diri
Wos
Dari kul 3pg sampai ler kul 8.45mlm.. ko kira ler.. dekat nak 17 18 jam heheheh.. ko nie tetanya nak try ke?
Tiny
Tuler aku pun nak kena beli bekalan kurma nie.. pastu nak beli gak brg2 nak masak sahur n buka pose.. 2 mggu lepas aku jek yg pulun pose.. dia tukang gelak.. hahaha skrg nie.. dia lak rasa hehehe
Juliet
Aku pun cam setuju ngan ko ler.. mesti kurang sikit meriahnya.. tapi bab2 membeli belah nie aku rasa mesti ramai gak.. eloklah ko masak jelah sendiri jimat belanje ;)
Cikgooden
selamat berpuasa.. pusasa tuh mende ye yg nak diselamatkan ;)
Faqir
Dah ganti.. akak ko nie kan cemerlang gemilang terbilang ahaks ;)
Alhamdulillah dpt lagi kita menyambut ramadhan kali ini...
Selamat menyambut bulan yang penuh berkat ini iina...
selamat menyambut ramadhan ina dan suami. semuga ramadhan kali ini lebih bermakna drpd yang lepas2.
sedapnya ai makan aiskrim asamboi, next week dah takleh makan lagi dah time camni kat opis.
selamat menyambut ramadhan di perantauan
Kak Anie
Salam ramdhan kak.. semoga ramadhan kali ini lebih berkat dan dirahmati ;)
Kak Pah
samalah kita kak pah.. uwan pah tahun nie celebrate raya ngan faris ;)
Kak zany
hehehehe.. pose sebulan nnti lepas raya leh smbung lagik. sama2 ;)
lom beli kurma lagik nih..tawon lps nyer tk abih lagikk..
iina, selamat menymbut Ramadhan...
semoga segala amal di terima. Doa moga ini bukan Ramadhan terakhir kita.
Acik
Jgn lupo boli kurma cik.. selamat menyambut ramadhan cik.. insyallah semoga diberkati hendaknya
Salam ramadan, semoga berbahagia selalu
Post a Comment