Dulu bila aku tanyakan pada pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah aku.. apa istimewanya pekan tempat mereka menuntut ilmu.. kebanyakan mereka memandang aku dengan satu pandangan yang kosong.. Bila aku tanya kembali apa yang menarik di sekitar pekan itu.. mereka sekali lagi memandang aku dengan muka yang berkerut.. Bila aku tanya lagi dimanakah pemandangan yang indah sekitar pekan dan kampus.. sekali lagi mereka memberikan aku pandangan yang cukup 'poyo' atau bahasa rocknya 'muka seposen'.. Bila ditanya lagi apa yang menarik di pekan ini.. sekali lagi mereka memandang aku dengan pandangan bosan tapi kali ini disertai dengan jawapan pelajar wanita yang begitu pasti 'kain.. tudung'.. hahaha aku pasti akan tergelak bila mengingati setiap raut muka mereka itu..
Aku kira tidak ada bezanya juga apa yang aku rasa buat pertama kalinya bila aku menjejakkan kaki ke kampus itu.. Tahun 2000 menyaksikan aku memulakan kerjaya sebagai seorang 'tutor' di situ. Nama Tanjong Malim itu cukup sinonim dalam hidup aku kerana di situlah ayah pernah menuntut ilmu perguruan. Di Maktab Perguruan yang cukup terkenal itu.. malah sijil-sijil ayah juga pernah aku tatap dan lihat di sebalik laci almari kayu lama di bilik mak..
Malah ketika berada di alam persekolahan.. dalam bab-bab tertentu matapelajaran sejarah.. pastinya nama Maktab Perguruan Sultan Idris cukup dekat dan terkenal kerana pernah melahirkan ramai tokoh-tokoh akademik.. terpelajar.. politik.. bahasa.. yang cukup terkenal dan berkaliber pada tahun-tahun kegemilangannya..
Menjejaki semula tanah 'ibu kandung suluh budiman' mengamit banyak kenangan silam.. Kedudukan pekan yang strategik.. pemandangan gunung ganang dan banjaran titiwangsa yang menyambut kedatangan setiap pelajarnya cukup mempesonakan.. Jika tidak percaya.. bila sahaja melepasi 'exit' Tg Malim/UPSI.. berikan tumpuan mata pada banjaran titiwangsa yang terletak di belakang pondok bayaran tol.. Di situlah salah satu lokasi pemandangan yang cukup mempesonakan.. deretan banjaran itu seolah tidak ada putusnya.. dan membangkit pelbagai rasa dalam jiwa..
Pekan itu kecil sahaja.. yang istimewa lagi.. Pekan ini terletak selepas sebuah jambatan kecil yang memisahkan sempadan negeri Selangor dan Perak.. Bila sahaja mahu melintasi jambatan ke pekan itu pastinya kelihatan tugu besar berwarna putih tertera perkataan 'Perak' dan 'Selamat Datang' menyambut anda dengan mesranya.. Sahlah selepas anda menyeberangi jambatan itu.. anda kini sudah memasuki negeri Perak.. cukup dramatis kan.. kerana mudah ke 2 buah negeri pada hari yang sama dengan hanya melintasi jambatan sungai bernam.. malah ramai juga rakan yang menyewa dan mempunyai rumah di sebelah negeri Selangor dan bekerja di sebelah negeri Perak..
Teringat cerita ayah dulu.. ketika pengistiharan syawal hendak dibuat pada sekitar tahun yang aku lupa bila.. ketika itu belum ada lagi pengisthiharan yang sama selaras bagi seluruh negara.. Setiap negeri punya kuasa untuk mengistiharkan ketentuan berpuasa dan berhari raya.. Kebetulan pada ketika itu.. di sebelah Perak mengistiharkan raya sehari awal.. manakala di sebelah Selangor keesokan harinya.. Kerana penduduk di sekitar Tg Malim tinggal berhampiran dengan sempadan selangor dan perak.. bila sahaja melintasi jambatan ke pekan Tg Malim.. mereka akan berbuka puasa kerana di Perak semua penduduknya sudah berhari raya.. namun bila melintas balik ke negeri Selangor.. mereka terpaksalah sambung semula berpuasa.. Nasib juga kini sudah diselaraskan seluruh negara.. Teringat kes berhari raya yang berbeza di London, Edinburgh dan Glasgow.. selalunya mesti Glasgow raya sehari lewat dari London & Edinburgh.. walhal edinburgh tuh hanya 45minit perjalanan.. kalau yang duduk sempadan Edinburgh Glasgow tuh.. mesti boleh lompat daerah.. masuk daerah nie puasa.. masuk daerah sana raya.. hahahaha..
Apa ada di sana??
Pada aku di sana ada banyak anak-anak sungai dan kawasan air terjun.. kerana dikelilingi kawasan berbukit dan bergunung-ganang.. malah dulu aku sering mengambil air mata air di sebuah kawasan perumahan.. air itu jernih dan tidak keruh.. Aku dan Mashi pasti akan ke sana membawa tong-tong air untuk menadah air tersebut.. yang seronok.. airnya laju dan proses menadah dapat dilakukan dengan cepat..
Pemandangan banjaran titiwangsa yang cukup memukau mata.. ada beberapa sudut di sekitar pekan dan kampus itu yang mengamit pemandangan yang indah itu.. antara lokasinya..
Di tengah-tengah jambatan yang menghubungkan pekan Tg malim dan kampus UPSI. Dari pekan Tg Malim.. naiki jambatan menuju ke arah Slim River.. Di tengah-tengah jambatan itu terbentanglah deretan banjaran titiwangsa.. seperti mana yang sempat aku rakamkan dalam entri sebelum ini..
Sebelum dan selepas memasuki pondok bayaran tol Tg Malim..
Dalam kampus juga ada beberapa sudut yang sering menjadi perhatian aku.. (gambar takde ya tak berkesempatan untuk dirakamkan)
Pemandangan di belakang bangunan Suluh Budiman..
Dari sudut tingkap terbuka di sayap sebelah kanan dimana-mana tingkat bangunan canselori.. di situ menyajikan pemandangan deretan gunung-ganang.. Ketika pejabat dan bilik-bilik pensyarah masih di bangunan canselori.. aku sering ke tingkap terbuka di sayap sebelah kanan untuk menikmati pemandangan itu..
Di tengah-tengah jalan yang memisahkan Kompleks Malim Sarjana dan pondok pengawal pintu selatan..
Ada lagi.. rasanya.. tapi ingat-ingat lupa.. mungkin juga sudut pemandangan itu sudah berubah kini???
Apa ada di sana?? Setiap kita pasti punya kenangan pada tempat yang dibesarkan.. bermain.. bersekolah.. menuntut ilmu.. mencari rezeki.. Setiapnya ada kelebihan masing-masing..
Entri ini tidak ada kena-mengena dengan rasa ingin balik ke tanahair ya.. sebab masa untuk kembali tuh dah tak lama.. Hanya harapan dan doa sahaja yang aku pinta untuk kalian doakan aku pulang dengan kejayaan.. Insyallah
6 comments:
rindu bebenor ler tu ye
gayer penceritaan tu cam dah ada kat mesia je taw..acik ingatkan iina da ader kat sini...
salam perkenalan dari ara utk kak iina :-)
setiap malam bertamu di Glasgow :-)
Faqir
Rindu mmglah benar.. xkan palsu lak wakakakah
Acik
Hahaha.. ada kat situ dlm mimpi yolah acik.. kalau bebetul ado.. den dah tulis entri laei dah cik.. lagik detail.. nie main ingat2 3 thn lepas ye memori..
Ara
Thanks sebab sudi singgah ke Glasgow ;)
Abah akak lulusan mpsi. Selalu dia cerita tentang maktab kebanggaan dia ni. Abah antara batch terawal, sama dengan ghafar baba.
Ekau ni memang sah lah ina toragak bona nak balik kampung. Poso dah dokek ni. kek glasgow takdo pasar ramadhan ko keh..keh..
Kak Pah
Tingat yo.. rindu ado sikit2 yo.. pasar ramadhan kek umah sendiri lah kak
Post a Comment