Sunday 31 May 2009

Cerita 2 hujung minggu..

Minggu lepas aku berjalan menziarah rakan taulan..

Singgah di Blackpool

Manchester

Sheffield

Birmingham

York

Bradford

Skipton

Minggu ini pula.. ada acara Malaysia Fair 09


Aku letih.. Minggu depan pula aktiviti Hari Keluarga & BBQ kampung Govanhill & Pollokshields..

Makin letih nampaknya setiap hujung minggu nie ;)


Friday 29 May 2009

Aku yang tak letih..


Selesai sudah misi utama hari ini..

Setelah berpenat lelah..
Berlari-larian..
Bergaul-gaulan..
Berpicit-picitan..
Bertekan-tekanan..
Berleyek-leyekan..
Berpukul-pukulan..
Berpegang-pegangan..
Berasa-rasaan..
berhidu-hiduan..

Akhirnya...

Letih??? Tak!! Tak!! Tak letih pun..

Buat lagi pun tak letih..

Sungguh tak letih..

Yeke.. pesal mata aku dah kuyu semacam jek nie..

Haha.. dah masuk waktu asar rupanya..

Perlu berhenti rehat mandi dan solat seketika..

Oh ya.. yang aku duk sibuk kat dapur tadi..

Inilah hasilnya..

Kek pisang aku dah siap..

Tinggal bungkus untuk esok hari..

Sapa nak??

Buat sendiri ya.. hehehehe


Thursday 28 May 2009

Ingatan itu datang lagi


Tadi ketika cuba melelapkan mata dan merehatkan badan yang seram sejuk serasa mahu demam ini.. Aku tidak dapat lena.. Haba panas dari badan dia di sebelah membuatkan aku semakin tidak selesa apatah lagi ditambah dengan bahang haba dari badan sendiri.

Secara perlahan-lahan ingatan dan kenangan lama seolah berdesup-desup singgah meminta aku mengenangkan semua itu. Entah mengapa hati terasa sayu seketika.. Kali ini ia datang bersama dengan bayangan.. walau cuba aku lenyapkan.. bayangan itu tetap datang dalam ingatan aku..

Rumah itu masih kukuh dan gagah berdiri di tanah setengah ekar itu. Jarak yang hanya dipisahkan oleh sebuah rumah sahaja dari rumah mak dan ayah.. Memudahkan kami untuk saling menjengah antara satu sama lain.. Sejak umur aku 9 tahun lagi aku sering berulang alik ke situ dari rumah mak.. Setiap petang sering juga kami bertandang ke tanah itu untuk bermain ting-ting.. baling selipar.. menjerat pepatung.. memanjat pokok rambutan gading.. memetik daun 'so' buat ulam.. berkejaran di sekeliling tanah sambil bermain polis entri.. mandi di perigi lama di sudut kiri rumah itu.. berehat dan berbual di bawah rumah dimana ada perbaringan kecil yang dibuat dari kayu... duduk diberanda sambil memerhatikan sepupu bermain layang-layang.. atau hanya bersantai di tangga rumah itu..

Rumah itu sudah lama ku kira.. dibesarkan sejak ayah masih bujang lagi.. ketika itu kata ayah.. rumah itulah antara yang paling besar di kampung itu.. duit gaji ayah yang disimpan digunakan untuk membuat rumah itu.. Asalnya rumah itu kecil sahaja.. maklumlah rumah kecil habuan mereka yang meneroka tanah di kampung itu. Seingat aku.. ayah pernah menceritakan yang mereka sekeluarga berpindah dari johor ke selangor untuk meneroka tanah di situ.. dan setiap mereka mendapat habuan tanah untuk mendirikan rumah.

Aku sendiri tidak tahu mengapa secara tiba-tiba beberapa kenangan lama datang.. semuanya berkaitan dengan arwah atok dan nenek.. entahlah mungkin berita pemergiaan yang baru sahaja di terima ahad yang lalu masih meninggalkan kesan pada aku.. Mungkin juga ia minta untuk dicoretkan di sini buat bacaan dan pengkongsian.. ahh.. aku sendiri tidak tahu.. mengapa..

Lewat kepulangan yang lepas.. aku singgah semula ke rumah itu.. sudah jauh berbeza rumah itu.. dapurnya sudah diluaskan.. tidak ada lagi kerusi kayu panjang dan meja panjang di sudut tengah dapur itu.. dulu di kerusi panjang berkayu itulah kami duduk beramai-ramai ketika pagi raya.. menikmati rendang, ketupat dan kuah kacang hasil tangan arwah nenek.. atau mak lang atau mak ngah andai mereka tiba lebih awal ke kampung. Di meja itu jugalah pastinya akan ada kopi hitam manis dalam teko besi di susun dalam dulang bersama cawan-cawan kaca. Tidak pernah tidak ada kopi itu di atas meja.. setiap kali kunjungan pastinya kopi itu akan diletakkan di situ buat tegukan sesiapa yang datang.

Berhampiran dengan susunan meja dan kerusi kayu itu juga, terdapat sebuah bilik air yang bersambung dengan dapur.. pintunya dibuat daripada zink dan disendikan dengan kayu berat. Kolam dalam bilik air itu ditutup dengan zink juga dan air sentiasa ditadah untuk memastikan kolam itu penuh. Ada kepala paip kecil di bahagian bawah kolam itu. Di situ pastinya ada beberapa besen merah besar kecil untuk menadah air buat mandian atau membasuh pinggan mangkuk andai ruangan sinki dapur itu tidak cukup. Bersebelahan dengan bilik air disebelah kanannya, ada pintu kecil. Di situlah terletaknya dapur arang kayu.. kadangkala juga digunakan untuk memasak air atau apa sahaja. Jarang sekali ia digunakan.. tapi bekas-bekas para arang kayu itu masih ada.

Berhampiran dengan pintu itu terletaknya sinki dapur.. dan di atasnya ada para-para yang dibuat daripada kayu untuk menyimpan segala barangan dapur.. baik dari periuk.. kuali.. pinggan.. mangkuk.. cawan.. gelas.. dan sebarang perkakasan yang lain.. di tepi sudut itu pula terletaknya dapur 2 tungku yang menggunakan gas. Di hadapannya adalah 2 tingkap kayu yang perlu ditolak dari dalam untuk membukanya..

Ruang dapur itu tidaklah luas.. tapi juga tidaklah sempit.. bersimen yang menggerutu dan ada juga tempat-tempat tertentu simen itu kelihatan sudah pecah sana sini.. di ruangan sinki itu sering diletakkan kertas surat khabar bagi mengalas air yang tumpah dari basuhan pingan mangkuk. Bersebelahan kiri bilik air itu juga ada pintu.. mudah untuk keluar masuk dari sudut kanan rumah itu.. di situlah selalunya arwah tok akan membuat kerja-kerja tukangnya.. Dulu bila sahaja selipar atau kasut tercabut tapak atau putus ikatannya.. Pada arwah toklah kami akan pergi untuk memintanya membaiki selipar atau kasut kami. Di situ jugalah aku sering memerhatikan dia mengasah parang.. cangkul.. sabit.. untuk persediaan ke kebun untuk mengait kelapa bali (kelapa sawit) dan kadangkala juga dia ambil peluang untuk memotong kayu buat membaiki apa sahaja yang perlu....

Beberapa tahun selepas pemergian arwah tok.. arwah nenek sendirian bersama 2 orang sepupuku.. sejak mereka dari kecil.. mereka telah tinggal bersama dengan mereka.. mereka adalah anak-anak mak lang.. 3 beradik semuanya.. ketiga-tiga mereka lelaki.. Ketika arwah tok meninggal sepupuku yang sulung itu telah berkahwin dan tinggalkan 2 beradik lagi yang masih tinggal bersama arwah nenek..

Anak yang kedua mak lang itu adalah sepupuku yang paling rapat.. hingga kini jika sekali sekala bertemu pastinya perbualan kami akan bertambah rancak mengimbas semua kenangan lama bersama.. manakan tidak.. kami membesar bersama.. bermain bersama.. kadangkala belajar bersama.. hanya laluan pendidikan kami sedikit berbeza namun itu tidak pernah menjarakkan hubungan kami.. masih bujang.. aihh.. bila agaknya dia nak kawin ya.. selalu sangat aku ingatkan berkali-kali.. hahahha.. rasanya sudah bertahun aku tak bertemu dengannya.. masih di IJN lagikah? atau sudah berpindah kerja agaknya..

Di kerusi dan meja kayu itu jugalah aku sering duduk bersama arwah nenek melayannya bercerita tentang kisah-kisah lama zaman remaja dan mudanya.. kisah zaman perang jepun.. kesengsaraan mereka zaman itu.. kisah ayah.. mak ngah.. mak lang dan pak usu semasa mereka kecil juga kadangkala dijadikan bahan bualan kami.. selalu juga arwah nenek menceritakan kisah ayah pada aku.. zaman kecil ayah.. zaman muda.. zaman remajanya.. tiapkali jika aku pulang ke rumah mak.. pastinya petang itu juga aku akan terus berjalan kaki atau kadangkala menaiki kereta ke rumah itu.. bukan jauh pun.. tapi kadang-kadang tu.. sengaja mahu membawa kereta.. hahahaha.. sampai diperli oleh sepupu yang lain.. "dekat sepelaung pun nak bawak kereta ke??"

Teringat semasa aku baru pulang dari Edinburgh.. aku sampai ke rumah mak petang dalam lingkungan pukul 4.. 5 petang begitu.. tidak lama arwah nenek sampai berjalan kaki.. dia tahu kami sampai kerana diberitahu oleh adik.. ketika itu kaki arwah nenek sudah mula berdengkut-dengkut jalannya.. dia datang kerana mahu berjumpa dengan cucunya.. Aku sambut tangan arwah nenek dan menciumnya.. itu sudah menjadi adab kami sekeluarga.. Selesai berbual panjang.. ayah meminta adik bongsu lelakiku untuk menghantar arwah nenek pulang dengan menaiki motor.. masih jelas di ruangan mataku.. bagaimana arwah nenek naik di belakangnya dan menghilang dari pandangan..

Entah mengapa aku sukar untuk membuang imbasan bayangan rumah itu saat ini.. masih segar lagi bentuk rumah itu pada ingatan aku.. Walaupun telah diubahsuai hiasan dalamannya.. namun kedudukan asal dan ciri-ciri asal itu tetap ada.. Pokok rambutan gading di sebelah sudut kiri rumah sudah lama ditebang.. di situlah solat jenazah untuk arwah nenek dilakukan.. di beranda rumah itu jugalah aku dan mak memandikan arwah nenek.. hanya kami berdua sahaja dari kelompok keluarga yang memandikannya.. baik mak lang... mak ngah.. keberatan untuk memandikan arwah nenek. Kali ini imbasan itu datang lagi.. seolah baru semalam sahaja ia terjadi.. seolah masih terasa basahnya baju jubahku dek air mandian itu.. Masih lagi ternyiang-nyiang.. suara rakan-rakan mak yang menyuruh kami menjirus dan mengosok perlahan bahagian badan arwah nenek.. Masih jelas juga wajah arwah nenek dalam pandangan mataku.. dan akhirnya dibalut kemas dengan kain putih yang setiap kita akan pakai bila sampai masanya..

Kini yang masih tinggal hanya uwan di sebelah mak kanda sahaja.. Pastinya berita pemergian arwah tok sebelah ayahnya itu sedikit mengusik hatinya.. Apatah lagi mereka adalah adik beradik.. ya mak dan abah adalah sepupu.. sebab itu keluarga kanda rapat.. Kadangkala menjengah wan bila balik ke kampung jelebu mengingatkan aku pada arwah nenek.. kedua-dua mereka suka bercerita.. sama sahaja rasanya orang tua.. kebanyakannya suka bercerita kisah silam mereka..

Namun sedikit sebanyak juga.. kehilangan ini pada aku tidak dapat ditandingi dengan mereka yang hilang ibu ayah serta adik beradik.. mahupun anak sendiri.. pastinya kehilangan itu lebih terasa pedihnya.. apatah lagi jika kehilangan itu adalah ayah dan ibu yang rapat dengan mereka.. pastinya rasa kehilangan itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata..

Harapnya dengan coretan ini.. dapat aku tutup semua kisah lama.. dan aku simpan buat memori.. Setiap kita akan pergi.. setiap kita akan bertemu dengan pencipta.. Allah s.w.t.

Cuaca yang tidak menentu sekarang ini juga sedikit sebanyak mungkin mempengaruhi keselesaan badan waktu ini.. selsema.. batuk.. dan bahang-bahang panas demam sudah mula terasa.. Dah nak habis lemsip yang dibeli.. Agaknya bila badan tidak menentu begini.. mudah sangat fikiran turut sama terawang-awang..

Malam ini operasi buat kek pisang... Ada sapa-sapa nak tolong ke?? Jangan tolong makan jek.. tolong buat sekali ler ;)

Wednesday 27 May 2009

Tanyalah dirimu sendiri


Jangan bersedih, Tanyalah dirimu sendiri tentang Hari ini, kemarin dan esok

Tutuplah pintu besi masa lalu dan masa depan, dan hiduplah dalam detik-detik hari ini.

1. Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan kebun yang indah di esok hari?

2. Apakah saya harus menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dengan membayangkan hal-hal yang telah terjadi di masa lalu, yang telah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?

3. Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk menggunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah yang sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam ke depan?

4. Apakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian detik demi detik dalam kehidupan hari ini?

5. Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Minggu depan? esok? Atau, hari ini?



Hari-hari akan terus berputar

Diriwayatkan bahawa Ahmad bin Hanbal Rahimallahu pernah mengunjungi Baqi' bin Mukhallad yang sedang terbaring sakit lalu menyapa Baqi': "Wahai Abu Abdur Rahman, bergembiralah dengan ganjaran yang Allah janjikan, baik pada hari-hari sihat ketika tidak ada rasa sakit di dalamnya mahupun pada hari-hari sakit ketika tidak ada lagi kesihatan di dalamnya..."

Maksudnya, pada saat merasakan sihat tidak pernah terlintas dalam benak manusia akan adanya masa sakit. Hal ini menyebabkan semangat manusia menjadi semakin kuat, harapannya semakin banyak, keinginan yang hendak dicapai semakin tinggi. Sebaliknya, pada saat merasakan sakit, tidak pernah terlintas akan menjadi sihat. Hal ini menyebabkan jiwa diliputi harapan yang tidak berdaya, semangat yang melemah, dan keputusasaan. Perkataan Imam Ahmad ini berdasarkan pada firman Allah

Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku", sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga. Kecuali orang-orang yang sabar(terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar
(Hud:9-11)


Berjalanlah di Bumi Allah yang luas ini

Seorang bijak bestari mengatakan: "Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan berbagai kesedihan."

Al-hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang dapat diperolehi darinya. Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu, bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut:

"Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara (untuk menuntut ilmu) mengetahui betapa ni'matnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan keni'matan yang dirasakan oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanafaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru,

pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saat mengenal bentuk muka baru, pada saat melihat keajaiban berbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat istirehat di bawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid, minum di lembah-lembah dan tidur dimana pun saat malam tiba; pada saat berteman dengan siapa saja yang dicintainya kerana Allah tanpa memandang faktor kerabat dan keluarga;

ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan, dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat denan apa yang dia inginkan, kerana tercapainya maksud yang dia dambakan, kerana keberhasilannya menembus majlis yang dia dambakan, dan kerana kemampuannya menaklukkan semua rintangan.

Semua ini memberikan pelajaran kepadanya bahawa keni'matan dunia ini terhimpun dalam keindahan semua peristiwa itu, dalam kemanisan pemandangan-pemandangan itu, dan kemampuan mengambil semua faedah yang ada. Semua itu bagi orang yang gemar mengadakan perjalanan, nilainya jauh lebih indah daripada bunga-bunga yang sedang mekar di musim semi, dan lebih berharga daripada segudang emas murni, yang tidak boleh dirasakan oleh si tukang cela itu dan orang-orang yang memiliki pandangan sepertinya:
"

Singkir semua tandu dari kumpulan manusia
yang membuat engkau terhina
Jauhi pula kehinaan
sebab kehinaan memang seharusnya dijauhi


Petikan dari La-Tahzan (Jangan bersedih) buat muhasabah diri saat berada kejauhan dari keluarga dan tika melalui apa jua cabaran dan dugaan dalam kehidupan..

Perjalanan menuntut ilmu ini ibarat perjuangan mendidik hati, fikiran, jiwa semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.. Jihad menuju kecemerlangan ilmuan sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

Kadangkala mengembara juga menjadi terapi muhasabah diri.. tatkala melihat keindahan alam ciptaan tuhan hati lantas terdetik betapa agung dan besarnya kekuasaan tuhan.. Kadangkala manusia mudah membuat tafsiran yang bukan-bukan tentang perjalanan dan tujuan kita.. Yang utama niat kita.. usah dipeduli apa juga kata orang.. kerana yang rugi mereka dan bukan kita.. Yang baik diteruskan dan yang buruk ditinggalkan.. Yang mencerca.. menghina.. mengutuk.. abaikan.. walaupun kadangkala hati sedikit terasa tersentuh.. itu lumrah sebagai manusia yang punya perasaan.. Yang utama.. bagaimana kita membawa diri.. dan bagaimana kita menentukan perjalanan dan tanggungjawab kita yang sepatutnya.. Insyallah...

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita semua.. Insyallah..

Sedikit tazkirah diri yang aku baca dari buku La-Tahzan untuk dikongsikan bersama..


Tuesday 26 May 2009

Sedetik ingatan


Terima kasih atas semua ucapan takziah.. Berita itu sedikit mengejutkan buat kami.. dan pemergiannya jua atas kehendak Allah s.w.t

Aku dapat berita itu ketika bangun pagi di rumah sahabat di Birmingham... cuti selama 3 hari aku berjalan menziarahi sahabat handai di merata tempat di UK..

Ketika itu juga wajah arwah tok terus terbayang di ruangan mata.. kali terakhir kami bertemu dengannya ketika aku pulang ke kampung bandar tinggi jelebu tahun lepas. Syukur kerana kami berpeluang bertemu dengannya.. Masih kuat lagi badan tok walaupun sudah agak uzur.. masih petah bercakap dan bermesra dengan anak cucu seperti biasa.

Ya.. pemergian yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Setiap manusia akan kembali bertemu denganNya.. Hanya masa dan ketika sahaja kita tidak tahu..

Secara tiba-tiba juga aku teringatkan arwah tok yang pergi semasa raya haji 9 tahun yang lalu. Sebenarnya aku ada rasa terkilan dengan pemergian arwah tok.. Ada sesalan yang hingga kini masih tersisa bila dikenangkan.. Dia meninggal sehari selepas hari raya haji.. Itulah satu-satunya hari raya haji yang aku tidak jengah ke rumah arwah tok & nenek.. kebetulan petang itu aku harus bertolak pulang ke shah alam atas urusan kerja. Langsung terbit rasa terkilan yang amat sangat dan dalam perjalanan pulang ke kampung tengahari itu.. Aku menangis dalam bas.

Arwah tok pergi tanpa arwah nenek ada di sisi pagi itu. Dia meninggal dalam tidurnya pada hari jumaat. Insiden itu terjadi ketika arwah nenek mengikuti rombongan kampung ke langkawi. Arwah nenek tiba sebaik selesainya urusan pengebumian itu.

Masih aku ingat wajah arwah nenek bila sahaja sampai ke perkarangan rumah.. wajahnya sudah cemas semacam.. Mak Ngah, Mak Lang dan Mak Usu semuanya melarikan diri kerana tidak tahu menjawab pertanyaan nenek yang bertalu-talu.. Ayah dan Pak Usu pula kebetulan pula ke lapangan terbang untuk menunggu arwah nenek di sana.

Yang membuatkan aku sentiasa ingat peristiwa ini.. kerana bila sahaja masuk ke muka pintu.. akulah satu-satunya cucu dan orang pertama yang dia tanya..
"Kau beritahu nenek Na.. mana atok??"

"Nie mesti atok dah takde nie.. kau baik beritahu nenek Na.."

Aku pandang wajah nenek dengan wajah yang sedih dan mengangguk perlahan.. Airmata aku sudah tidak dapat ditahan lagi.. dan aku hanya mampu berkata perlahan
"Sabarlah nek.. Atok dah takde"

Ketika itu jugalah arwah nenek jatuh terduduk dan menangis sepenuh hati.. Aku sambut badan arwah nenek dan aku pujuk nenek dalam pangkuan aku.. Kami saling mengalirkan airmata.. Akan aku ingat peristiwa itu sampai bila-bila pun.. Puas juga kami memujuk arwah nenek untuk menerima pemergian arwah tok.. tapi kami tahu walau bagaimana pun hati dan perasaan arwah nenek hanya Allah sahaja yang tahu dan selama berbulan-bulan itu juga arwah nenek hilang selera makan .. hingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali.. Sehinggakan ketika persandingan kami juga nenek tidak dapat hadiri kerana berada di hospital dan.. selesai sahaja majlis persandingan kami.. Kami dengan pakaian pengantin menjengah arwah nenek di sana..

Sebenarnya sejak itu aku menjadi rapat dengan arwah nenek.. Kerana aku sering menjenguknya setiap kali pulang ke kampung.. Sememangnya sejak dulu aku rapat dengan arwah nenek.. namun pemergian arwah tok menjadikan kami lebih rapat.. Apatah lagi aku cucu perempuan sulung dari anak sulungnya (Ayah)..

Sebenarnya aku dapat selami perasaan pakwe apabila berita pemergian itu diberitahu padanya.. walaupun nampak tenang... tetapi semasa dia memberitahu berita itu pada aku.. suaranya kedengaran bergetar sedih.. aku tahu dia menahan sebak..

Ya aku akui sedikit sebanyak pemergian ini terkesan padaku.. Seketika teringat pemergian arwah tok dan nenek.. Aku rasa setiap kematian pastinya memberikan kesan yang mendalam kepada mereka yang rapat dengannya.. Walaupun bertahun ia telah berlalu.. tapi ingatan pada mereka tetap kekal dalam kenangan. Kadang masih terbayang-bayang lagi detik pertemuan.. bicara.. perbualan.. tegur sapa mereka lewat masa itu.. Rasa terkilan juga kadangkala singgah pada diri..

Semoga roh arwah tok Yahaya..tok Mustamam, tok Ibot dan nenek Napsiah.. dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..

Semoga Allah menjagamu hingga akhir dunia.
Perpisahan denganku itu pasti
dan tempat tinggalku
adalah lubang yang paling sempit
Allah akan memberikan ganjaran kepadamu
sebaik yang kau inginkan
Dia telah memberikan yang terbaik untukmu
sejak kau masih kecil

Sesungguhnya ubat yang paling mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan : Inna lillahi wa Innalaihi Rajiun.

Ertinya, kita semua adalah milik Allah, kita dalah makhlukNya, kita berada dalam kekuasaanNya dan kita akan kembali kepadaNya. DariNya kita hidup dan kepadaNya kita akan kembali. Semua perkara Dia yang mengaturkan dan kita tidak mampu melakukan apa pun yang menjadi urusanNya.

Jiwaku yang tadinya memiliki banyak hal
sekarang telah lenyap.
Mengapa aku harus menangisi sesuatu
yang telah pergi
(Petikan dari La-Tahzan)


... dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa Innalaihi Rajiun (sungguh kami adalah milik Allah dan kepada Nya kami akan kembali)
Al-Baqarah : 155-156)



Sunday 24 May 2009

Takziah

Dalam gembira ada duka
Dalam ketawa ada lara
Mata melihat dunia
Hati teringat peristiwa
Jiwa terasa sayunya
Tika teringat pertemuan lama
Dia pergi buat selamanya
Seketika ingatan menjelma
Malam tadi yassinan bergema
Al-fatihah buat tok tercinta

Tok bandar tinggi pulang ke rahmatullah malam tadi. Takziah buat kekanda, walaupun nampak tenang tapi aku tahu dia berduka.
Teringat kali terakhir berjumpa dengan tok, masih terbayang ingatan pada pertemuan itu. Hati jua teringat arwah tok sendiri yang telah pergi 9 tahun yang lalu.

Al-fatihah

Aku yang masih dalam kembara jalanan.

Friday 22 May 2009

Mentari menari-nari


Sungguh indah hari ini..
mentari panas memancar seri
inginku menari-nari
mengikut gerak tari
Isnin ini cuti lagi..
sungguh kaya raya bank di sini
selalu sangat ada hari cuti
monday bank holiday datang lagi

Apa lagi..
masa untuk rehatkan diri
di bawah sinaran mentari pagi
berjalan-jalan menikmati panas dingin berganti
harapnya tidak hujan dinihari
pastinya ganggu masa berhibernasi
merehatkan minda sememangnya dinanti
jangan dirindukan aku ini
pandai-pandailah jaga diri
jangan cemburu jangan termimpi-mimpi
nantikan sahaja aku kembali..

Pokok kesumku dah makin tinggi..
Moh kita masak asam pedas berkari.. hahaha ;)


Thursday 21 May 2009

Yang buruk itu kadangkala ada indahnya..


"Assalamualaikum" kedengaran salam diberikan.

"Waalaikumsalam" Jawabnya dengan perlahan lalu menoleh memandang ke arah suara yang memberikan salam itu. Suasana yang hingar bingar di stesen bas itu cukup menyesakkan dan cuaca yang panas juga membuatkannya sedikit gelisah.

Kelihatannya kelibat seorang jejaka yang berambut panjang hingga ke pinggang duduk di sebelahnya. Rambutnya berkerinting dan diikat kemas. Matanya bercelak. Berjaket kulit hitam dan berseluar hitam yang agak ketat. Kasutnya berkulit gelap berkilat. Dia sedikit terkejut dengan gaya jejaka itu.

"Mamat rockers mana pulak nie??" katanya dalam hati.

"Adik sorang je ke?" tanya jejaka itu..

Dia memandang wajah jejaka itu semula.. Teragak-agak untuk menjawab soalan itu.. Rupa parasnya seolah pernah dilihat sebelum ini tapi dia tidak begitu pasti di mana..

"Ahah soranglah" jawabnya dengan sedikit kasar.

"Adik nak balik mana?" tanya jejaka itu lagi..

"Balik rumahlah.." katanya lagi.

"Yelah rumah kat mana?" kata jejaka itu sambil ketawa kecil.

Dia sedikit tersenyum lantas memberitahu nama kampungnya.

Jawapan itu membuatkan jejaka itu sedikit terkejut dan memandangnya dengan renungan yang tajam. "Eh.. adik nie anak siapa?"

"Lah kenapa pulak?" dia memandang jejaka itu sambil mengerutkan dahinya.

"Yelah.. kita satu kampung rupanya" kata jejaka itu sambil tergelak..

"Patutlah macam pernah nampak jek" dia pun tergelak sama..

Perbualan antara mereka saling berlanjutan tentang diri masing-masing.. dan akhirnya diketahui siapakah orang tua mereka. Dimana mereka tinggal dan nama jalan ke rumah mereka.

Pertemuan itu sentiasa segar dalam ingatannya.. Gaya si jejaka yang rockers dan nampak kasar itu sentiasa diingatinya.. Setelah pertemuan pertama itu.. sering juga dia terserempak dengan jejaka itu.. Abang Din namanya.. Gayanya tidak jauh berbeza.. berseluar ketat dan berjaket kulit atau kadangkala kemeja.. Rambutnya tetap panjang kerinting begitu.. Jika dilihat dari jauh pastinya tidak ada sesiapa yang mahu menegurnya.. tapi padanya, dia tidak pernah rasa janggal menegur dan berbual mesra dengannya.

Suatu petang di stesen bas yang sama, dia bertemu Abang Din buat sekian kalinya. Ketika itu dia sedang duduk bersama rakan-rakannya. Sedang enak berbual mesra dengan mereka.. Kelibat abang Din tiba-tiba muncul di khalayak ramai dan tanpa ragu-ragu dia terus menegurnya dengan ramah. Rakan-rakannya mula menjeling benci memandang abang Din.. Perbualan itu hanya berlanjutan seketika sahaja kerana Abang Din seolah tidak selesa sama sekali dan dengan segera dia meminta diri.

Bila sahaja abang Din itu beredar dari situ.. bertalu-talulah soalan demi soalan singgah kepadanya.. Pelbagai soalan ditanyakan.. Mengapa berkawan dengan orang begitu.. tengoklah gayanya.. rambut panjang.. seluar ketat.. Terkejut sungguh dia dengan teguran mereka.. Namun setiap soalan itu dijawab dengan setenangnya.. "Jangan memandang orang dengan sifat luaran sahaja, kadangkala kita tidak tahu sifat diri yang sebenarnya"

Setiap hujah dan soalan-soalan itu sebenarnya mengundang pelbagai rasa untuk difikirkan. Secara umumnya manusia sememangnya akan mudah menjatuhkan satu tanggapan hanya berdasarkan pada penampilan secara fizikal. Apabila seseorang itu berpakaian kemas, segak, bersih dan bergaya. Dia dianggap sebagai seorang yang mempunyai pekerjaan yang tetap, baik tingkah lakunya, ada harta, ada masa depan dan pelbagai lagi anggapan yang baik. Manakala bila seseorang itu sebaliknya.. kotor, jijik, selekeh, busuk, memakai pakaian yang tidak berjenama, berselipar jepun dan sebagainya, begitu mudah juga tanggapan diberikan pada mereka juga. Malah ada pepatah berkata 'Don't judge book by it cover'. Mengapa ada ungkapan ini? kerana kadangkala yang terlihat indah dan molek itu tidak sentiasa indah di dalamnya.. tidak indah budi bahasanya dan tidak indah sopan santunnya jua.

Mengenali abang Din membuatkan dia sedikit kagum dengannya.. Sepanjang dia mengenalinya.. sering sahaja dia melontarkan beberapa potongan hadis berkaitan kehidupan. Siapa sangka seorang yang kelihatan begitu ganas dan brutal gayanya itu adalah seorang yang punya pengetahuan agama yang tidak kurangnya. Walaupun tidak berserban, berjanggut panjang dan berjubah labuh tetapi sedikit sebanyak hujah-hujah serta kata nasihatnya berkesan di hati. Setiap pertemuan pasti ada sahaja pesanan dan ingatan yang ditinggalkan untuknya. Lembut tutur katanya.. belum pernah lagi dia mendengarnya meninggikan suara.

Apatah lagi pada penghujung tahun 80an adalah tahun kegemilangan kumpulan-kumpulan rock ketika itu. Siapa yang tidak kenal kumpulan XPDC, BPR, febians, Damasutra, Blackrose, Dinamik, Ekamatra, CRK, Wings, May, Mega, Scarecrow, Bloodshed, Gamma, Gravity, Crossfire, Laksamana, Arrow, Junction dan banyak lagi. Pastinya gaya rocker dan GQ adalah gaya zaman itu. Berambut panjang dan berjaket kulit adalah imej yang biasa.. Tapi walaupun begitu masih ramai juga yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang penampilan yang seharusnya..

Mengenali abang Din sebenarnya sedikit sebanyak mendewasakan zaman remajanya.. Banyak juga pengalaman yang dikutip sepanjang perkenalan itu. Mak dan ayah abang Din juga dikenali rapat.. malah semua adik beradiknya juga dikenali rapat. Malah nama panggilan 'adik ' cukup sinonim dalam keluarga itu. Dia sudah dianggap sebagai adik bongsu dalam keluarga besar itu. Sekali sekala singgah bertandang ke rumah mereka sudah seperti rumah sendiri. Namun hubungan rapat itu tidak lama kerana dia terpaksa melangkah menuju ke medan perjuangan ilmu di menara gading. Haluan hidupnya masih jauh dan masih banyak yang dilakukan untuk mencapai hasrat diri.

Pernah juga abang Din berkias untuk 'mengangkat' perhubungan itu menjadi lebih serius memandangkan dia sudah diterima dengan baik oleh keluarga abang Din. Namun hasrat itu terpaksa ditolak mentah-mentah kerana hubungan 'adik-abang' itu tidak mahu dirosakkan. Apatah lagi lambaian menara gading sudah semakin jelas kelihatannya. Merasakan diri masih terlalu muda untuk suatu hubungan yang terlalu serius maka hasrat itu ditolak dengan baik. Abang Din sedikit kecewa.. tapi cinta tidak boleh dipaksa..

2 tahun selepas itu Abang Din bertemu jodoh dengan gadis kampung seberang. Dia pernah menemani abang Din untuk berhari raya ke rumah gadis itu pada tahun-tahun sebelumnya. Dia diminta untuk menemani abang Din ke rumah itu. Sungguh lucu sekali jika diingat peristiwa bertandang itu. Gadis itu sedikit terkejut dengan kunjungan kami. Secara diam-diam juga dia merasakan gembira kerana merasakan bakal mendapat kakak ipar..

Sebenarnya banyak insiden yang berlaku sepanjang hubungan mereka.. Kakak itu sebenarnya sudah bertunang ketika kami datang bertandang ke rumah mereka. Yang paling mengejutkan.. selepas sahaja kunjungan kami.. kakak itu mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya kerana merasakan kehadiran abang din itu seolah satu pertanda. Sejak kejadian itu, keluarga kakak itu telah memaksa abang Din untuk mengikat tali pertunangan dan abang Din jadi serba salah. Sebenarnya terlalu banyak insiden sedih yang berlaku sepanjang hubungan mereka.. malah semasa mereka mengikat tali pertunangan juga sudah ada titik-titik duka yang datang. Ketika itu dia sudah sibuk di universiti. Sesekali sekala menghubungi abang Din tidak banyak yang mahu diceritakan padanya..

Tidak lama mereka memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.. Sebenarnya seminggu sebelum majlis pernikahan mereka.. Dia telah diminta untuk meluangkan masa membantu abang Din untuk menguruskan majlis itu. Ketika itulah dia baru tahu tentang beberapa peristiwa yang terjadi sepanjang hubungan mereka itu. Itupun setelah diberitahu oleh kakak sulung abang Din kepadanya.. Itupun diberitahu sehari sebelum majlis pernikahan mereka. Berlinangan airmatanya pada ketika itu.. tidak dia sangka bahawa sebegitu hebat dugaan yang perlu dia hadapi.. namun tidak ada apa yang dapat dia lakukan untuk mereka.

Malam itu juga abang Din memintanya untuk mendengar semua luahan hati.. Buat pertama kalinya dia terpaksa berdepan dengan semua luahan demi luahan yang selama ini dia elak untuk mendengarnya. Malam itu juga dia ditanya tentang perasaan.. Jika dia katakan 'Ya' pastinya majlis pernikahan esok akan dibatalkan. Sampai begitu sekali permintaannya. Namun dia juga masih tahu membezakan fikiran yang waras dan sewajarnya. Seperti mana dulu.. hatinya masih tidak pernah ada rasa cinta.. hubungan 'adik-abang' masih dipelihara sepertimana dulu.. dia tidak mampu memenuhi hasrat abang Din.. dan malam itu juga menyaksikan abang Din menitiskan airmata kecewanya.. dan malam itu juga menyaksikan dia meminta abang Din untuk terus mencintai kakak itu.. membahgiakan dia.. mengembirakan dia.. walaupun hatinya berbelah bahagi.. Malam itu juga dia menyenaraikan segala keburukan dan kebaikan kakak itu.. Nyatanya.. Senarai kebaikan itu lebih banyak dari keburukannya.. Nah.. akhirnya abang Din mengalah untuk meneruskan majlis itu.

Majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan selamatnya di sebuah masjid dikampung seberang itu. Dia masih ingat hari itu.. bagaimana suramnya wajah abang din sepanjang hari tersebut.. Tidak ada sedikit pun senyuman menguntum di bibirnya.. walaupun puluhan pancaran kamera singgah ke wajah mereka. Yang pasti sepanjang majlis itu juga.. pandangan abang Din tidak pernah lepas dari memandangnya.. Satu pandangan sayu yang tidak dapat dizahirkan.. Hingga kini masih jelas terbayang pandangan itu.. Dia tahu mengapa... dan atas sebab itu jugalah dia tidak mahu berada lama di situ.. selesai sahaja majlis pernikahan dan jamuan ringan.. dia terus berangkat untuk pulang ke rumah.

Majlis persandingan mereka pada esok harinya tidak dihadiri kerana perlu menghadiri majlis persandingan adik angkatnya pula.. Kebetulan mereka memilih hari pernikahan dan persandingan pada hari yang sama.. Kedua-dua mereka meminta dia untuk hadir ke hari yang penting itu. Dia terpaksa berangkat ke majlis persandingan di kampung berlainan untuk menyaksikan majlis persandingan itu. Abang Din sebenarnya amat kecewa dan marah kerana dia tidak dapat datang menyaksikan majlis persandingannya. Namun dia tidak mampu menolak permintaan adik angkat kesayangannya.. Kedua mereka adalah orang yang dia sayang.. dan badan juga terpaksa dibahagi dua.

Entah mengapa dia teringatkan kenangan masa itu. Kali terakhir mereka bertemu semasa hari pernikahannya. Hingga kini dia tidak pernah bertemu dengannya.. Hanya kadangkala kenangan dan ingatan itu datang bertandang. Dimana agaknya mereka.. dan sudah berapakah bilangan anak mereka agaknya.. Pastinya anak sulungnya juga sudah menghampiri 15 atau 16 tahun kini.. sudah remaja.. sudah dibangku sekolah menengah..

Yang pasti rumah mak dan ayah abang Din itu masih di jalan itu.. sebuah jalan yang tidak jauh dari dewan orang ramai di kampung itu.. Masih dia ingat bentuk rumahnya itu.. Deretan pokok-pokok pinang di hadapan rumahnya.. entah masih adakah semua itu.. ya mungkin.. dan dia juga tidak pernah berhasrat untuk singgah ke situ lagi.. Hidup seharusnya diteruskan.. Mengapa ya.. Dia teringatkan abang Din secara tiba-tiba??

Ah.. ia hanya sebuah kenangan lama.. Memetik kata-kata blog si Julietchun..

"Hidup tidak selalunya indah, tapi yang indah tetap hidup dalam kenangan"

Aku pinjam kejap kata-kata ini tau ;)

Ini hanya sebuah coretan terhadap ingatan lama pada mereka yang pernah dianggap abang sendiri..
Abang angkat.. adik angkat.. kakak angkat.. hahahaha.. hingga pernah ada kata-kata.. 'mula-mula berangkat.. lama-lama terangkat' heheheheh


Wednesday 20 May 2009

Kisah Teladan.. Buat renungan..


Email ini telah lama aku terima dan baru kini.. ingin aku kongsikan bersama korang semua..

Yang buruk jadikan sempadan.. yang baik jadikan teladan..

KISAH BETUL BERLAKU DI AMPANG

Kisah betul ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran)... untuk dijadikan teladan bagi kita yang masih hidup.)

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan itu ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapa perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis. Malah dia juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengumumkan dia akan menerima teman lelaki itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, anak perempuan itu memutuskan untuk balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang rancak disediakan. Nak dijadikan cerita, semasa lelaki ini pergi membeli makanan di Ampang Point, dia telah dilanggar kereta di hadapan perempuan tersebut. Perempuan ini berlarian untuk mendapatkan lelaki itu, dipeluk lelaki itu sekuat hatinya dan akhirnya dia meninggal di pangkuan perempuan itu. Baju perempuan itu basah dipenuhi oleh darah lelaki tersebut.

Keesokan harinya, lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian itu amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum perempuan itu melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki kesayangannya. Manakala baju yang berlumuran darah itu disimpan gadis itu tanpa mahu membasuhnya langsung. Dia mahu simpan baju itu buat ingatannya kepada lelaki itu.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Seperti ibunya, ayah perempuan tersebut juga tidak mengendahkan mimpi itu.

Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan dia menceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah itu tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa..

Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu sebersihnya dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bila terjaga sahaja, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya diketuk bertalu-talu dan muncullah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru...

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "Apa nie nek...?"

Wajah nenek itu sungguh menggerunkan..

Perempuan itu jadi takut..

Amat takut..

Terlalu takut..

Dia menutup matanya dengan harapan nenek itu akan hilang dari pandangan matanya..

Dia buka matanya..

Nenek itu masih ada di depannya lagi..

Dia pandang wajah nenek itu lagi

Dia bertanya semula soalan tadi "Errrr... Aaaaa paa.. apa nie nek...?"

Akhirnya nenek itu menjawab dengan suara yang garau..

Matanya diterbeliakkan..

Mulutnya disengetkan

Tangannya mula diangkat sambil mengoyang-goyangkannya dengan sekuatnya..

Dia menghulurkan benda itu kepada perempuan itu

Lalu dia menjawab..



.................




................



...............



...............



..............


.........



......



...


..


Inilah Sabun Basuh Cap Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang...

Err.. Yang ni adalah pakej percubaan saja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..... kat Giant pun ader!!!!

.............. Ahaks!!

hehehehhhhehehehehe......



Jangan marah ahhh... Gunakanlah pencuci yang sesuai ya puan-puan wakakakah..

Selamat mencuci baju.. dan jangan lupa angkat kain di jemuran ya ;)

Sesiapa rasa-rasa nak marah aku tuh.. tahan-tahanlah rasa marah tuh ya.. nanti cepat tua tau..

Sememangnya ini kisah teladan ya.. yang boleh dijadikan renungan saat sedih.. saat masam muka.. sila lah gelak ketawa ya.. jangan marah.. nanti suruh nenek sponsor sabun basuh bebanyak ya.. kalau dia datang dalam mimpi.. aku tak nak jamin apa-apa tau ;)

Senyum-senyum selalu ya.. nanti awet muda..

Pstt... Aku dah terkena dulu dah.. so inilah peluang nak kenakan korang pulak.. ahakss


Tuesday 19 May 2009

Memilih cinta?


Sebuah kisah cinta yang aku temui dalam email-email yang aku terima..

Toshinobu Kubota, yang biasa dipanggil Shinji mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya untuk mencari hidup yang lebih baik di Amerika. Ayahnya memberinya wang simpanan keluarga yang disembunyikan di dalam kantong kulit.

"Di sini keadaannya susah," katanya sambil memeluk putranya dan mengucapkan selamat tinggal. "Kaulah harapan kami."

Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan perjalanan percuma bagi pemuda-pemuda yang mahu bekerja sebagai pengangkat batu-bata sebagai bayaran kos pelayaran selama sebulan. Jika Shinji dapat menemui emas di Pergunungan Colorado, dia merancang untuk membawa keluarganya.

Berbulan-bulan Shinji mendulang emas tanpa kenal penat lelah. Setiap ketulan emas yang ditemui memberikannya hasil yang cukup-cukup buat kehidupannya. Setiap hari ketika pulang ke pondok dua bilik itu, Shinji amat merindui dan ingin disambut oleh wanita yang dicintainya. Yang amat dikesalinya ketika menerima tawaran untuk mengadu nasib ke Amerika dia terpaksa meninggalkan Asaka. Dia belum punya kesempatan mendekati gadis itu. Keluarga mereka sudah lama bersahabat dan selama itu juga dalam diam-diam dia menginginkan Asaka sebagai isterinya.

Rambut Asaka yang ikal panjang dan senyumnya yang menawan membuatkannya menjadi puteri keluarga Yoshinori Matsutoya yang paling cantik. Shinji hanya sempat duduk di sampingnya dalam acara perayaan pesta bunga. Dia sering menciptakan pelbagai alasan remeh untuk singgah ke rumah gadis itu semata-mata untuk bertemu dengannya. Setiap malam sebelum tidur, Shinji sering membayangkan untuk membelai rambut Asaka yang perang kemerahan dan memeluk gadis itu. Akhirnya, dia menghantar surat kepada ayahnya untuk memintanya meminang Asaka sebagai isterinya.

Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram datang menyampaikan perkhabaran yang mampu membuatkan hidup Shinji menjadi lengkap. Yoshinori Matsutoya akan mengirimkan puterinya kepada Shinji di Amerika. Puterinya itu seorang yang bekerja keras dan mempunyai kemahiran perniagaan. Dia akan bekerja bersama Shinji selama setahun dan membantunya mengembangkan perniagaannya dalam tukar-beli emas. Diharapkan, setelah setahun itu keluarganya akan mampu datang ke Amerika untuk menghadiri pernikahan mereka.

Hati Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan satu bulan untuk mengubah pondoknya menjadi tempat tinggal yang selesa. Dia membeli sebuah katil sederhana untuk tempat tidurnya di ruang tamu dan menghias salah sebuah bilik tidurnya untuk seorang wanita. Sarung guni yang digunakan untuk menutup tingkap pondoknya diganti dengan
kain bermotif bunga. Di atas meja berhampiran tempat tidur, dia meletakkan sebuah pasu yang berisi bunga-bunga kering yang dipetiknya di padang rumput.

Akhirnya, tibalah hari yang dinantikannya. Dia membawa seikat bunga daisy segar yang baru dipetik ke stesyen kereta api. Kelihatan asap berkepul-kepul dan kedengaran jeritan roda besi yang kuat ketika kereta api itu berhenti di platform. Shinji melihat ke setiap jendela sambil mencari senyuman dan rambut ikal Asaka. Jantungnya berdebar kencang penuh pengharapan, kemudian secara tiba-tiba dia tersentak kecewa.

Gadis yang turun dari keretapi itu bukan Asaka, tetapi Yumi Matsutoya kakaknya. Gadis itu berdiri malu di hadapannya, dia menunduk. Shinji hanya mampu memandang dengan rasa sungguh terkejut. Kemudian, dengan tangan gementar dia menghulurkan bunga itu kepada Yumi. "Selamat datang," katanya perlahan sambil menahan rasa kecewanya. Sebuah senyuman kecil menghiasi wajah Yumi yang tidak cantik itu.

"Aku gembira bila Ayah mengatakan kau ingin aku datang ke sini," kata Yumi, sambil melirik memandang mata Shinji sebelum cepat-cepat menunduk lagi.

"Aku akan membawa barang-barangmu," kata Shinji dengan senyum terpaksa.

Bersama-sama mereka berjalan menuju ke kereta kuda. Sememangnya apa yang dikatakan oleh Matsutoya dan ayahnya adalah benar. Yumi mempunyai kemahiran perniagaan yang hebat. ketika Shinji bekerja di kawasan, dia bekerja di pejabat. Di meja sederhana di sudut ruang duduk, Yumi mencatat semua kegiatan dengan cermat. Dalam waktu 6 bulan sahaja, harta mereka telah berlipat ganda. Masakannya sedap lazat dan senyumannya yang tenang menghiasi pondok itu dengan sentuhan ajaib seorang wanita.

Tetapi bukan wanita ini yang kuinginkan, keluh Shinji dalam hati hampir setiap malam sebelum tidur kepenatan di ruang tamu. Mengapa mereka menghantar Yumi? Adakah dia akan bertemu dengan Asaka lagi? Apakah impian lamanya untuk memperisterikan Asaka harus dilupakannya?

Setahun lamanya Yumi dan Shinji bekerja, bermain, dan tertawa bersama, tetapi tak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali, Yumi mencium pipi Shinji sebelum masuk tidur. Dia hanya tersenyum canggung. Sejak itu, Yumi kelihatannya sungguh gembira apabila mereka berjalan berdua-duaan ke kawasan pergunungan atau duduk di beranda selesai makan malam.

Pada suatu petang di musim panas, hujan turun dengan deras dari sebuah bukit menyebabkan jalan masuk ke kedai mereka dipenuhi air. Shinji mengisi karung-karung pasir untuk menghalang air bukit itu. Badannya letih dan basah kuyup, tetapi usahanya sia-sia sahaja.

Tiba-tiba Yumi muncul di sisinya, dia membantu memegang karung guni yang terbuka. Shinji memasukkan pasir kedalamnya, kemudian dengan tenaga sekuat lelaki, Yumi melemparkan karung itu ke tebing, lalu dia membuka karung yang lainnya. Berjam-jam mereka bekerja dengan kaki terbenam lumpur setinggi lutut, sehinggalah hujan reda. Dengan berpegangan tangan mereka akhirnya berjalan pulang ke rumah.

Sambil menikmati sup panas, Shinji berkata, "Aku takkan dapat menyelamatkan kedai itu tanpa dirimu. Terima kasih, Yumi."

"Sama-sama," gadis itu menjawab sambil tersenyum tenang seperti biasa, lalu tanpa berkata-kata dia masuk ke biliknya.

Beberapa hari kemudian, sebuah telegram datang menyampaikan berita Keluarga Matsutoya dan Keluarga Kubota akan tiba pada minggu berikutnya. Walaupun dia berusaha untuk menyembunyikan perasaannya namun jantung Shinji kembali berdebar-debar kencang kerana dia menaruh harapan untuk bertemu dengan Asaka buat sekian lamanya.

Tibalah minggu tersebut, dia dan Yumi bergegas ke stesyen kereta api. Di hujung terminal, kelihatan keluarga mereka sedang turun dari keretapi.

Ketika Asaka muncul, Yumi menoleh kepada Shinji. "Sambutlah dia," katanya.

Dengan terkejut, Shinji berkata sambil tergagap, "Apa maksudmu?"

"Shinji, sudah lama aku tahu bahwa aku bukan puteri Matsutoya yang kau inginkan. Aku pernah memperhatikan bagaimana kau bermesra dengan Asaka dalam perayaan pesta bunga yang lalu."

Dia mengangguk ke arah adiknya yang sedang menuruni tangga kereta api. "Aku tahu bahawa dia, bukan aku, yang kau inginkan menjadi isterimu."

"Tapi..."

Yumi meletakkan jarinya ke bibir Shinji. "Ssstt," bisiknya. "Aku mencintaimu, Shinji. Aku sentiasa mencintaimu. Karena itu, yang aku inginkan hanya melihatmu bahagia. Sambutlah adikku."

Shinji menyentuh jari yumi di bibirnya lalu menggenggam tangannya. Seketika itu, Yumi memandangnya dengan sayu. Untuk pertama kalinya Shinji melihat betapa cantiknya gadis itu. Dia teringat detik ketika mereka berjalan-jalan di padang rumput, di malam-malam tenang yang mereka nikmati di depan perapian dan ketika Yumi membantunya mengisi karung-karung pasir.

Ketika itulah dia menyedari sesuatu yang selama berbulan-bulan dia tidak menyedari kebenarannya.

"Tidak, Yumi. Engkaulah yang kuinginkan." Shinji menarik gadis itu ke dalam pelukannya dan menciumnya dengan rasa cinta yang tiba-tiba membara di dalam dadanya.

Keluarga mereka berkerumun mengelilingi mereka sambil mengucapkan, "Kami datang untuk menghadiri pernikahan kamu berdua!"


Ada makna di sebalik kisah cinta ini..

Teringat kata-kata seorang rakan

'Love is blind'

'Love takes time'

Adakalanya cinta itu tidak hanya kerna terlihat indah di mata.. wajah yang cantik.. rupa yang menawan.. bentuk badan yang menggiurkan.. rupa yang kacak.. badan yang perkasa.. kulit yang cerah mulus.. itu semua hanya terlihat secara fizikal..

Malah ada juga yang memilih atas dasar material yang ada.. kehidupan dan masa depan yang dimilikinya.. yelah.. seorang yang punya masa depan yang cerah.. keluarga yang hebat.. pekerjaan yang tetap.. dan banyak lagi senarainya..

Namun yang penting.. adalah bagaimana kita melihat seseorang itu dan melihat bagaimana kita dapat menghabiskan masa depan dan tua kita bersama mereka..

Adakala rupa tidak menjanjikan kebahagiaan selama-lamanya.. tapi nilai diri.. peribadi.. itu yang pastinya akan kekal hingga bila-bila.. malah nilai agama juga antara yang utama.. Insyallah..

Nilai moralnya?? korang fikir sendiri ahh.. hehehehe

Monday 18 May 2009

Angin berangin


Angin.. Hidup di bumi Glasgow ini tidak pernah terpisah dengan angin.. saban hari berada di laluan kaki lima.. pastinya setiap langkah disertai dengan tiupan angin.. yang berbeza kederasan tiupan itu sahaja.. adakalanya kuat.. adakalanya perlahan..

Yang paling aku tidak selesa.. bila hujan turun dan pada masa yang sama angin bertiup dengan kuat.. sudah berbelas payung yang patah.. terbalik.. dan rosak akibat tiupan angin yang kuat itu.. Kalau ke tepi pantai atau tasik.. tiupan angin lebih kencang.. dan sejuknya juga lebih ketara.. kalau tak kena gaya mahu juga tumbang ditiup angin.. Kadangkala terpaksalah menadah kepala dan muka untuk bermandikan hujan dan menahan gigilan sejuk angin.. Sebab itu kini aku suka berjaket kalis hujan.. mudah andai hujan sahaja.. hanya tarik keluar penutup kepala.. Namun aku masih suka berpayung kerana tidak mahu beg basah sama..

Sejak kebelakangan ini badan aku pun dah mula asyik berangin.. hingga kepala pun turut jadi mangsanya.. pening kepala.. aduhai.. usah dikata dan badan juga mula terasa semacam.. asyik sendawa angin dan perut juga rasa tidak selesa..

Aku pun sudah mula minum air teh halia.. untuk membuang angin.. hahaha.. berjayakah? Cam takde kesan apa-apa pun.. Ada petua?? Kalau kat kampung nie.. mahu aku dah pergi berurut.. kepala dah mula semacam juga nie..

Setiap orang juga ada angin masing-masing.. maksudnya ada perangai masing-masing.. ada tahap kesabaran.. ketenangan.. kemarahan.. Jika tak kena anginnya hari itu.. memang berangin-anginlah.. siap keluar kepulan asap sekali.. api je yang belum nampak lagi.. Angin aku?? hahahaha.. tunggu dan lihat jelah.. Kalau sampai masa dan takdirnya.. memang berangin-angin..

Oklah.. Jangan berangin-angin dan kepala angin ya.. makan angin takpe.. main layang-layang atas angin pun takpe..

Jom kita makan angin.. oppsss.. Hati-hati nanti kembung perut sebab banyak sangat angin ;)

Sunday 17 May 2009

Bila tiada suara berkata..


Bila tiada suara berkata..
seketika dunia sunyi sepi
seketika hilang nada bunyi
seketika timbul teka teki
seketika prasangka hadir bagai dijanji
seketika hati ingin mengerti
seketika kepala juga mencari-cari
apa sebenarnya dibenak diri

Bila tiada suara berkata
masih ada alunan nada kata
masih ada melodi jiwa
masih ada irama bergema
masih ada goyangan kaki tangannya
cuma suara mahu berhenti rehat seketika

Bila tiada suara berkata
aku tahu kau ingin tahu
apa rasaku dan rasamu
adakah ini atau itu
adakah begini atau begitu
adakah ke sana atau ke situ
namun yang hadir hanya satu
sebuah kalimah bisu

Bila tiada suara berkata
jangan mudah menabur rasa
jangan mudah mengutip prasangka
jangan mudah menyapu bicara
jangan mudah mengusap derita
jangan mudah menyentuh ceria
kerana semua itu kadangkalanya
tidak seperti terlihat dek mata
terdetik di jiwa

Bila tiada suara berkata
lebih baik ditutup bicara
lebih baik disimpan segala
lebih baik dipendam sementara
lebih baik dipeluk seeratnya
lebih baik digenggam sekuatnya
lebih baik didiamkan keluhannya
lebih baik dihalang semangatnya

Bila tiada suara berkata
ku pandang angin lalu
ku pandang langit membiru
ku pandang daunan lesu
ku pandang segarnya hembusan bayu
ku pandang jari jemari kebas kaku
jejak itu masih baru
kesan tapak masih basah dek salju
bila tiada suara berkata sendu


Saturday 16 May 2009

Terima kasih Cikgu


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh dunia.. juga buat semua bakal-bakal guru.. bekas-bekas guru.. dan yang masih bergelar guru.. pensyarah.. tenaga pengajar..

Juga buat semua sahabat yang bergelar guru
di Sekolah Malaysia Glasgow..
Semoga semua usaha murni kita mendapat keredhaannya..

Buat semua sahabat di tanahair yang mengajar dan mendidik bakal-bakal guru..
Terutama di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi UPSI..
Tak lupa juga buat semua anak didik yang kini berada di merata pelusuk negara..
Selamat berbakti mendidik anak bangsa..
Selamat Hari Guru buat kalian semua..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Thursday 14 May 2009

Hari terakhir di Istanbul

Akhirnya masuklah hari kelima di Istanbul.. Sebenarnya kami tidak banyak masa sangat pada hari berkenaan kerana penerbangan balik ke London adalah pada pukul 4.00 petang dan perlu berada lapangan terbang Sabihah Gokcen seawal pukul 2.00 petang.

Pagi itu hujan turun renyai-renyai.. kami berjalan dalam hujan menuju ke Grand Bazaar untuk membeli barangan lain.. Tak banyak yang kami sempat belek dan membeli belah.. Aku sendiri berpatah balik ke kawasan deretan kedai-kedai yang menjual tudung dan membeli lagi beberapa helai tudung untuk dibawa pulang dan untuk hadiah pada keluarga & rakan. Agak sukar sebenarnya berkomunikasi dengan kebanyakan tuan kedai yang menjual tudung. Rata-rata mereka bercakap dalam bahasa turkish.. dan bila ditanya harga setiap tudung yang dijual pastinya diberitahu dalam dolar berbanding lira. Setiap kali harga ditanya kami terpaksa meminta tuan kedai itu untuk menyatakan harga dalam lira.

Akhirnya kami putuskan berpatah balik ke kedai yang kami singgah semalam. Lebih mudah kerana mereka boleh bertutur bahasa english dengan mudah.. dan harganya juga tidak mahal.. dalam lingkungan 5-10 lira sahaja (2.50-5.00pound)

Membeli dan membelek setiap rekabentuk warna tudung sahaja sudah mengambil masa.. Kami bepecah pada 2 kumpulan kerana aku dan rakan sahaja yang mahu membeli tudung manakala yang lain lebih berminat untuk mencari barangan lain.

Sebenarnya memang seronok membeli belah di Istanbul.. bilangan kedai yang ada di Grand Bazaar adalah 4000 kedai.. pelbagai jenis barangan ada di situ dan buat mereka yang suka membeli belah seeloknya menghabiskan masa 1 hari disitu..


Sejenak terasa nak ajak pakwe pergi marakesh di morocco pulak.. heheheh sudah berangan-angan dulu.. mana tahu kan :) ada peluang nanti.


Perjalanan ke lapangan terbang Sabihah berjalan dengan lancar.. dan kami selamat sampai ke London Luton pada lewat petang. Bermalam di sana dan mengambil penerbangan pulang ke Glasgow keesokkan harinya.

Selesailah kembara ke Istanbul.. walaupun 5 hari.. tapi tidak banyak yang kami jelajahi melainkan tempat-tempat wajib yang berada di sekitar Sultanahmet dan Sirkeci sahaja.. Sebenarnya Istanbul punya banyak masjid dan istana.. terlalu banyak.. Jika ada kesempatan lagi Insyallah ada juga hajat untuk ke sana lagi.. Jika diizinkan. Insyallah..

Wednesday 13 May 2009

Hari keempat: Hagia Sophia & Bosphorus Cruise

Sambungan kembara ke Istanbul.. ;)

Hari ke empat kami.. selesai sarapan pagi.. kami mula bergerak untuk masuk ke 'Hagia Sophia' atau juga dikenali sebagai Aya Sophia. Merupakan sebuah gereja zaman byzantine dan telah diubahsuai kepada masjid pada pemerintahan sultan mahmet 1 dan semasa pemerintahan Kamal Atartuk ia telah diwartakan sebagai muzium.

Layan jelah gambar ya.. Maleh dah nak story heheheh ;)

Hagia Sophia dari jauh

Pintu Masuk ke Hagia Sophia/Aya Sophia (sama jek.. satu dalam english.. lagik satu dalam turkish)
Senibina islam dan kristian silih berganti
Kelihatan jelas tanda salit dipadamkan dan diganti dengan lakaran
Masih terdapat beberapa sudut Hagia Sophia ini terdapat gambar-gambar bercirikan kristian
Antara photo pameran di situ


Menuju ke deretan kapal 'turyol' untuk mengelilingi selat bophorus, bayar 9 lira sahaja. Masa hampir 2 jam perjalanan
layan diri lihat lautan, air, bot, bangunan, kapal dan terik matahari.. Tiba-tiba jek terasa panas.. semua dah mengelat.. Maklumlah dah lama sangat duduk tempat sejuk ;)
Memang seronok melihat pemandangan luas terbentang


Singgah untuk solat Zohor & Asar di masjid berhampiran Spice Bazaar
Antara gerai-gerai yang ada di sini.. Nak apa?? semua ada.. tinggal cari dan pandai-pandailah tawar menawar
Kami singgah di grand bazaar untuk membeli barangan cenderamata untuk dibawa pulang.. Masa ni borong tak ingat dunia sekejap.. Pashmina.. tudung.. uihh usah dikira berapa yang dibeli.. siap ada yang kirim gik ;)

Semua kedai di grand bazzar ini tutup pada pukul 7 petang, kebetulan kami masih berada dalam bazaar itu hingga lewat pukul 7.. masa itu tawar pun diorang bagi jek harga yang kami minta sebab diorg dah nak tutup kedai.. tapi letih menawar.. penat ooo.. siap bertekak sekejap gak ler.. tak nak bagi harga yang diminta. blah terus.. tau-tau jek terus kena pujuk dan bagi harga tu terus.. hehehehe.. strategik..

Apa juga jika hendak membeli cenderamata yang murah.. eloklah ke kawasan Sirkeci kerana di sana anda boleh dapat dengan harga yang lebih murah.. cuma kadangkala rekabentuknya mungkin agak terhad sedikit.. tapi berganda murah daripada di Grand bazaar.. sebab kebanyakan penjualnya sudah maklum bahawa pelancong pastinya ramai berkunjung ke sana dan awal-awal lagi mereka dah letak harga yang tinggi..

Pashmina yang awalnya diletak harga 20 lira.. tawar boleh dapat 10 lira jek.. ada yang letak 35 lira.. terus dapat 15 lira.. itu pun setelah bergerak ke kedai lain.. barulah dapat harga tuh.. tensen betul.. penat nak bercakap dan bertegas nak harga tuh juga.. Yang pasti.. lampu meja kami dapat harga yang agak murah.. hampir 30% murah dari harga asal.. itu pun semasa pembantu itu membalut lampu itu entah berapa kali dia mengomel kecil katanya kami dapat dengan harga yang amat murah.. cukup-cukup je kos buatan.. hahahah.. ada kami kisah.. yang penting dapat dengan harga yang kami minta.. oklah.. sebab kedai lain puas tawar harga tuh.. susah betul nak dapat ;)

Kembara hari ke empat selesai dengan acara membeli belah.. dan esoknya kami akan bertolak pulang ke Glasgow dan perancangan paginya kami akan ke grand bazaar semula untuk membeli barangan yang tak sempat di beli petang sebelumnya.

Akan aku sambung cerita kembara hari kelima nanti ya..


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin