Monday, 31 August 2009

52 Tahun Merdeka


52 tahun negara kita Malaysia Merdeka..
Selama 52 tahun itu juga kita menyambut hari kemerdekaan..
Tapi adakah kita semua ini sudah merdeka sepenuhnya??
Ya negara Malaysia tidak lagi dijajah..
Ya negara Malaysia juga sudah tidak lagi diperintah oleh bukan rakyatnya
Tapi.. bagaimanakah dengan pemikiran & cara hidup kita?
Sudah merdekakah kita sepenuhnya?

Jika ditanya pada aku.. adakah aku sudah merdeka??

Belum!!! kerana masih ada tanggungjawab dan amanah yang perlu diperjuangkan..

Belum!! kerana sepanjang kehidupan kita pasti ada hak, keperluan, kewajiban yang perlu dilaksanakan..

Belum!! kerana selagi punya hayat dan nyawa.. pegangan dan tuntutan agama wajib dilakukan..

Belum!! kerana masih ada tanggungjawab mendidik yang akan berterusan selagi masih mampu mencurahkan ilmu & pengetahuan..

Belum!! kerana desakan dan keperluan hidup kadangkala memaksa kita terpaksa bertindak mengikut keperluan itu..

Belum!! kerana kadangkala kita juga turut terpengaruh dengan perubahan cara hidup, sosial masyarakat, mempergayakan personaliti diri, membina jati diri, mencari kepuasan hati dan memuaskan mereka yang disayangi..

Mungkinkah kemerdekaan diri akan kita perolehi??
Insyallah.. tidak ada yang mustahil..
Jika kita tidak jemu berusaha dan mencari
Salam Merdeka buat semua ;)

Ada temujanji dengan G untuk laporan research bulan ini..
Harapnya aku mampu merdeka hati walaupun sekejap hari ini..

Pagi ini aku teringatkan kampung halaman..
Mulai hari ini lagu raya mula berkumandang ;)


Friday, 28 August 2009

Bergaya


Jumaat yang sejuk kering....
Dengan bergaya..
Tiba-tiba aku senyum sengeh seorang diri..
Teringat pesanan roti sardin untuk berbuka malam nanti ;)

Wednesday, 26 August 2009

Basah!!



Cukuplah gambar menjadi bukti..
Basah.. lencun..
Tiba-tiba aku rasa aku terlebih cute bila lencun tadi..

Tuesday, 25 August 2009

Sapaan


Sejak kembali melakukan rutin harian ke universiti pada hari Isnin yang lalu.. sudah banyak teguran dan sapaan yang aku terima tentang berpuasa. Sedikit sebanyak hati aku terusik juga kerana yang bertanya dan menegur itu semuanya di kalangan mereka yang bukan beragama islam.

Pagi tadi selesai waktu kerja.. aku ditegur lagi oleh seorang rakan sekerja berbangsa Scottish 'Vyonne' namanya.. Mulanya aku sangka dia mahu bertanya tentang soal kerja.. Rupanya pertanyaan dia turut membuatkan aku sedikit sayu kerana yang ditanya

"How you getting on with Ramadhan? Everything is okay?"

Lantas aku jawab dengan senyuman dan kata-kata terima kasih.. sudah tentu sahaja jawapan aku ok sahaja.. semuanya berjalan dengan baik.. Namun sedikit sebanyak pertanyaan dari mereka itu turut memperlihatkan keramahan dan ambil peduli mereka yang cukup tinggi. Dia orang ke empat yang bertanya soalan yang sama kepadaku.

Dia bertanya lagi
"You don't eat at all aye? Is it the whole day?"

Sudah aku jangkakan soalan-soalan ini.. Pada mereka pastinya berpuasa tanpa makan dan minum itu sesuatu yang menarik dan janggal. Seperti mana jawapanku pada Camela pada minggu lepas. Aku jelaskan yang aku bukanlah tak makan langsung hanya sarapan diambil pada awal pagi dan makan malam pula pada lewat petangnya.

Kadangkala keprihatinan begini sedikit sebanyak membuatkan aku terasa diterima dikalangan mereka. Teguran dan sapaan begini selalu sahaja menjadi sebutan kami sehari-hari.. setiap hari juga ucapan 'Good Morning Lina' sentiasa menjadi sebutan di bibir mereka.. dan juga di bibir aku sendiri.. Kadangkala.. sapaan 'Hiya' juga sudah mencukupi.. Itu belum lagi bila waktu untuk pulang.. sapaan 'Goodbye, Cheerio, See ya tomorrow atau 'Have a nice weekend' sentiasa menjadi sapaan kami setiap minggu.

Pernah juga terlintas di kepala aku ini.. berapa kerat agaknya sapaan begini kedengaran di kalangan kita di tempat kerja agaknya.. Jarang sekali rasanya ketika aku bekerja dulu.. Kalau ada pun terhad pada mereka yang benar-benar rapat sahaja. Di sini sapaan begini sudah menjadi perkara biasa.. Kadangkala juga bila aku sampai ke CIS, kadangkala makcik 'cleaner' yang kebetulan sedang membersihkan bangunan Livingstone Tower itu juga aku tegur dengan sapaan biasa. Kadangkala dia yang mulakan dulu, kadangkala aku dulu.. Kadangkala bila berselisih dengan mereka yang tidak aku kenali pun.. teguran yang sama juga aku buat.. walaupun hanya sekadar berkata 'Good Morning' atau 'Hiya' sudah cukup untuk membuatkan kami saling tersenyum..

Walaupun nampak seolah perkara kecil.. tapi sapaan yang mesra, ramah tamah dan senyuman seseorang itu kadangkala mampu membuatkan hati terasa gembira dan riang pada hari tersebut. Seperti mana sapaan Vyonne pagi tadi.. Sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum seketika.

Entah mengapa aku seolah tertanya-tanya mengapa tidak ada sapaan seperti biasa yang aku terima dari seseorang itu.. walaupun hanya ucapan 'Salam Ramadhan'. Terlupakah?

Friday, 21 August 2009

Sana dan sini


Masa berjalan dengan cepat.. ya.. dia berjalan dan berlari tanpa berhenti dan menoleh ke belakang.. hatta sesaat pun.. tak dapat kita ulang semula yang terjadi pada saat itu..

Berada di negara orang.. Ramadhan kali ini dilalui dengan pelbagai rasa.. rasa baru sahaja meninggalkan tanahair.. tapi tak sedar masa sudah berjalan dengan pantas.. tahun ini tahun ke 3 berpuasa dan Insyallah berhari raya di sini.. tapi kali ke 4 aku beraya di rantau orang.. jika diambil kira pengalaman aku tahun 2001 dulu di Edinburgh..

Alah bisa tegal biasa.. itu yang aku rasa.. sememangnya ada beza berpuasa di sini.. kemeriahan berpuasa tidaklah sehebat di tanahair.. tidak semeriah seperti di sana.. aku percaya waktu ini.. pastinya ramai yang akan keluar membeli belah saat-saat akhir untuk persediaan bersahur.. dan juga memenuhkan masjid dengan solat terawih yang bermula malam ini..

Pagi tadi.. aku berpeluang berbual dengan seorang rakan sekerja yang berbangsa itali 'Camela' namanya.. Di sini istilah 'fasting' tidak begitu glemer.. tapi bila sahaja di sebut perkataan 'Ramadhan' semua mereka tahu.. mereka tahu itulah bulan umat islam akan mula berpuasa.. dan pastinya juga berderet-deret soalan demi soalan ditanya pada aku..

Pada mereka berpuasa selama sebulan itu cukup menarik kedengarannya.. apatah lagi bila soal tidak boleh makan dan minum diceritakan.. walaupun seteguk air.. mereka kata 'boleh mati' hahahaha.. aku gelak ketawa mendengar bila mereka kata.. mereka tak sanggup untuk berpuasa.. mati kerana 'dehydrate' aku gelak lagi.. aku katakan aku sudah mula berpuasa menghampiri 30 tahun.. Belum pernah lagi aku dengar ada yang mati kerana berpuasa.. Lantas aku terangkan pada mereka.. kami bukanlah tidak makan langsung.. hanya diawalkan dan dilewatkan sahaja waktu makan itu.. iaitu sebelum subuh 'before the 1st prayer time and after the 4th prayer time' serta aku tambah.. 'like having a very early breakfast in the early morning, and late dinner in the evening and you just skip lunch in between'

Itu belum lagi persoalan lain seperti.. tak kering ke mulut bila tak dapat minum seteguk air pun.. tak rasa letih ke.. lantas aku terangkan pula.. sebab itulah kami ada waktu solat 5 hari semalam.. 'before we perform the prayer we have to take the 'wuduq' to clean and fresh up the body'.. lantas dia terangguk-angguk mendengar dengan khusyuknya..

Bila kita berada di negara orang.. barulah kita terasa betapa indahnya mengerjakan ibadah dalam situasi yang jauh berbeza dengan apa yang terbiasa di negara sendiri.. dulu kita tidak pernah terfikirpun tentang semua persoalan itu.. tapi bila berada di negara orang begini.. mahu solat pun.. tidak pernah menjadi persoalan walau dimana pun.. hatta dalam kereta.. di tepi pokok.. di tepi koridor kaki lima.. di tepi bangunan.. hatta di tepi tangga solat masih mampu didirikan tanpa sedikit pun rasa susah.. tapi kadangkala bila di tanahair.. mahu solat pun kadang berkira surau atau masjid yang mahu kita singgah.. malah kadangkala bila berada di lebuhraya.. mahu berhenti di R&R pun memilih surau yang mana lebih selesa.. Sedangkan di sini.. dimana sahaja kita boleh mengerjakan ibadah.. yang utama tempat itu bersih.. dan niat kita yang utama..

Itulah kemanisannya.. bila berada jauh begini pasti banyak perkara yang menjadi kerinduan.. malah sering juga menjadi topik perbualan kami seharian.. cerita kisah kuih muih.. lauk pauk.. semua itu sudah menjadi tajuk wajib hehehehe.. mulalah kepala memikirkan nak masak apa.. teringin sahaja dek kepala.. mulalah mencari resepi dan bersedia untuk mencuba bila pulang ke rumah selesai tugasan di universiti lewat petang..

Pada aku kerinduan paling ketara adalah pada keluarga.. itu selalunya yang meruntun rasa hati aku.. makanan itu kadangkala singgah juga.. tapi kadangkala teringat pada mak dan ayah di kampung.. dan juga meriahnya raya di pagi raya nanti.. dan pelbagai kenangan lain yang turut membuatkan hati semakin rindu.. Itulah nama kehidupan kan..

Sudah ada pelbagai ajakan untuk beraya tahun ini.. ada cadangan mengajak ke beraya di 'Malaysia Hall' di London.. Cuti raya pun telah diambil lebih awal.. yelah kena mohon sekurang-kurang 3 minggu awal dari tarikhnya.. Minggu berhari raya itu juga ada seminar yang perlu aku hadiri.. Itulah tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai pelajar.. malah aku juga sudah mula membuat ajakan menjemput rakan sebilik untuk berhari raya.. hahaha puasa belum lagi... jemputan raya dah buat dulu.. Bukan apa.. sebab kebanyakan kami ini sudah ada perkara lain yang telah dirancang lebih awal.. maka semua jemputan juga perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan awal.. terutama rakan sebilik aku yang setiap bulan asyik mengembara sahaja..

Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan di mana sahaja anda berada.. Semoga Ramadhan kali ini kita mendapat keberkatan dan kerahmatan di bulan yang mulia ini.. Andai ada salah dan silap kata.. Kemaafan turut dipohon pada semua.. InsyAllah.. semoga kita berpeluang untuk menyambut 'Hari Raya' di penghujung Ramadhan nanti..

Selamat berpuasa.. Selamat bersahur dan Selamat berbuka..

Kepala masih memikirkan lauk apa nak masak untuk supper+bersahur malam ini..

Tuesday, 18 August 2009

Dia datang lagi..


Semalam..

Masih segar dalam ingatan akan detik-detik itu.. tatkala semua rakan taulan dan keluarga mula sibuk membuat persiapan akan kunjungan harinya.. Kemeriahan turut terasa meriahnya.. persiapan segala juga mula dibuat seadanya.. pasaraya.. pasar tani.. kedai-kedai mula menerima kunjungan istimewa.. Helaian kain baju turut dihantar buat tempahan untuk acara di penghujungnya.. Kuih muih juga diedar untuk tempahan bermula..

Namun pastinya kenangan yang satu itu aku sentiasa ingat selalunya.. permintaan yang seringkali aku minta tiapkali hari pertama itu tiba.. 'Baliklah awal.. nanti kita makan bersama' seringkali menjadi pesanan aku setiap tahunnya.. Harapan itu sentiasa ada.. Setiapkali peluang itu dapat diluangkan bersama.. hadirlah rasa teramat bahgia.. Nampak seolah permintaan biasa.. Namun hanya mereka yang punya rasa kasih sayang dan cinta.. itu sudah cukup untuk dikenang sebagai salah satu detik-detik istimewa..

Hadir juga ingatan pada ayah dan bonda di sana.. ingatan ketika meluangkan masa bersama mereka.. menyediakan persiapan dengan sukacita.. menikmati juadah bersama.. bergurau dan bersenda.. berbual bicara bertanya khabar berita.. melihat kerenah telatah mereka semua sekeluarga.. memeriahkan suasana.. mengamitkan ceria.. Hati hanya mampu terus mengumpul rindu agar segala ingatan dan kenangan sentiasa segar dalam jiwa seorang anakanda..

Hari ini..

Seolah sekejap sungguh masa berlalu.. Detik yang ditunggu-tunggu.. Masa yang dinanti-nanti selalu.. Hati mula terbit rasa rindu.. Rindu akan semua yang bakal dilalui.. Mengetuk pintu hati bertalu-talu.. Kali ini tidak ada rasa sendu.. Kali ini tidak ada rasa sayu.. Kali ini semuanya penuh dengan rasa gembira sepenuh jiwa bersatu..

Apatah lagi musim panas kali ini menjadi pilihan musim untuk dilalui untuk ibadah itu.. Walaupun sering juga berkumandang kata-kata kerisauan dan ketakpastian tentang riaksi tubuh badan dan kesanggupan itu.. Tentang panjangnya masa yang perlu dilalu.. Namun aku sentiasa ingat.. dalam menjalani detik-detik itu.. Allah pasti berikan kekuatan pada setiap umatNya tanpa sebarang kesukaran walau apa juga perbezaan tempat.. masa.. situasi dan waktu.. Yakinilah.. ada hikmah di sebalik semua itu..

Aku lalui sendiri 2 minggu yang lalu.. Hari pertama seolah tidak mampu lagi bertahan lama.. mata.. kepala.. badan sudah terlalu lesu.. perut juga sudah bernyanyi-nyanyi lagu pelbagai irama bersepadu.. Kiraan saat.. minit.. jam mula menjadi hitungan tanpa rasa jemu.. Alhamdullilah.. syukur.. masih mampu bertahan kekuatan hati dan fikiran yang jitu.. Ada nikmat yang indah di sebalik semua itu.. Ada rasa rindu bertamu di ruangan jiwa murni saban waktu..

Esok..

Tidak lama sahaja lagi kunjungan itu akan datang melewati hari demi hari.. Inilah yang dinanti tanpa jemu dan benci.. Hanya huluran yang jernih suci menanti di pintu hati manusiawi..

Ramadhan.. kunjungnya tak lama lagi.. mula membilang rantaian waktu berlari.. Pelbagai riaksi.. keletah.. emosi.. semuanya menyambutnya dengan senyuman di hati dan ceria di wajah berseri.. Berkelana di perantauan.. menjalani semua cabaran dan dugaan dengan penuh rasa insaf diri.. membatasi diri dengan segala perbuatan ingkar yang jelas dan tersembunyi.. memperbanyakkan amalan yang dapat meningkatkan kecintaan hati pada pencipta yang Maha Mengasihani..

Selamat berpuasa buat semua rakan taulan.. walau dimana sahaja kalian semua bermukim dan bermastautin.. Semoga Ramadhan kali ini diberikan kerahmatan yang dicari-cari..

Salam Ramadhan buat semua
Masa untuk beli kurma buat buka puasa ;)

Monday, 17 August 2009

Glasgow-Brickendonbury dalam 1 hari






Hari bergembira menyambut merdeka sebelum tarikhnya..
Merdeka Carnival 2009
15 Ogos 2009 (Sabtu)
Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury Hertford
Dari Glasgow ke Brickendonburry yang terletak hanya 45 minit sahaja lagi ke London..
Dari Scotland ke England kami berjalan..
8 jam pergi dan 8 jam balik ...
Seperti tak percaya jek boleh ke sana ;)
Macam pergi balik hari dari Tg Malim ke Kuala Trengganu jek ;)
However we really did enjoy our time..
Makan-makan.. senyum.. klik-klik..
Terciptalah satu lagi rakaman memori


Friday, 14 August 2009

Air: Tasik,Sungai & Lautan

Air itu datangnya dari pelbagai sumber..

Air itu juga menenangkan dan menyejukkan..

Air juga kelihatan dimana-mana..

Bumi ini penuh dengan sumber airnya..

Di tasik.. sungai dan lautan..

Di situlah antara kesempatan pernah dirakamkan..

Buat kenangan silam berzaman..

River Inverness

Sekitar tasik di Aviemore

Troon Beach.

Aberdeen Beach.

Stonehaven Beach.

Cullen Harbour.

Banff Beach.

St Andrew Beach

Gourock Beach

Loch Tarbet.

Loch Ness

Loch Lomond.

Inverrary.

Clyde Port.

Fort Glasgow.

Di Strathclyde Country Park, Glasgow.

River Clyde, Glasgow.

Semua lokasi tasik, pantai, sungai dan lautan ini terletak di Scotland..

Pemandangan bentuk mukabumi yang bergunung ganang.. mempunyai deretan sungai, tasik (loch), pantai dan lautan di kebanyakan tempat dan daerahnya

Sebab itu setiap kali tibanya 4 musim itu..

Aku pasti menyusuri laluan-laluan itu sekali lagi ;)

Musim sejuk tahun ini.. Mari kita main luncur salji pulak ;)

Wednesday, 12 August 2009

Aku..


Adakalanya kesejukan waktu ini..
Mampu membangkitkan kerinduan..
Pada taburan indah salji putih bersih..
Ku tulis nama atas salji lewat detik nan lalu ;)

Monday, 10 August 2009

Air, Salji & Bunga

Close-up..

Warna jernih, putih dan kelabu..

Air.. mengalir.. tenang.. berombak.. sejuk.. beku.. bersalju..

Hijau, kuning, putih dan ungu..

Warna dedaunan rumput dan kelopak mekar kuncup bunga dedalu..

Antara wajah-wajah detik-detik itu..

Semuanya telah berlalu..

Tapi rakaman ini tetap segar akan ingatan itu..



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin