Tuesday, 28 December 2010

Bila mata tengok 'bling.. bling' poket pulak bunyi 'ting.. ting'

Semalam..

Suhu masih sejuk..

Kaki lima penuh berais..

Jalan amat licin..

Entah berapa kali tergelincir..

Alhamdullilah.. Masih belum jatuh bergaya..

Kepala sudah nekad mahu menjejak kaki di tengah kotaraya..

Ramai sungguh manusia..

Tengok kiri.. Tengok kanan..

Pelbagai tanda % ada di sini sana..

Kuatkan juga kudrat kaki dan tangan segala..

Itupun masih belum habis dijejaki semuanya..

Hari ini...

Rutin semalam berulang lagi..

Cuma kali ini sejuk sudah mula kurang terasa..

Jalanan kaki lima sudah mula mencair dek hujan rintik-rintik..

Destinasi bukan lagi kotaraya..

Tapi di satu destinasi yang tak kurang hebatnya..

Tanda % juga masih ada dimana-mana..

Kepala sudah mula mencongkak segala yang diangan-angankan..

Teringat tuntutan janji lewat June yang ku buat-buat lupa..

Akhirnya hari ini terpaksa dek cinta buatnya..

Dia minta tanpa banyak dolak dalih bicara..

Tiba-tiba poket ku berbunyi 'ting.. ting' sahaja..

Esok..

Masih ada yang perlu dicari lagi..

Pastinya kena menjejakkan kaki buat sekian kali..

Ada yang perlu dicari-cari..

Bukan untuk diri sendiri..

Tapi untuk penyelia di CIS yang belum lagi diberi..

Lagipun ini untuk terakhir kali..

Bershopping sakan di  jualan 'boxing day' dan 'New Year' ini..

Mata sudah cukup berpinar melihat tanda 'bling.. bling' berulang kali

Poket sekali lagi bakal berbunyi 'ting.. ting' lagi..

26hb Disember dikenali sebagai 'Boxing day'  iaitu hari membeli belah selepas X'mas..

Hampir kebanyakan penduduk di sekitar UK (termasuklah aku.. ini pengakuan jujur ikhlas)  keluar membeli belah barangan dengan diskaun yang cukup menarik..

Cuma sediakan sahaja duit dan kad sahaja..

Berkenan.. ambik dan bayar aje..

Dah penat shopping 2 hari nie.. Kaki pun dah tak larat berjalan..

Tapi masih ada yang perlu dicari lagi..

Ada yang nak join???

Jom.. Jom..

Tiba-tiba rindu musim bunga..
 Takpe.. Tak lama lagi pun..
 Coming soon..




9 comments:

absolutely emy said...

hahahaha... sungguh puitis ayat tuanhamba.. syahdu sungguh kurasa.. niat dihati nak join juga.. tapi bunyi kaching2 poket disini sangat lah kuatnya.. (-_-)y

I amsterdam said...

Salam perkenalan,

I was blogwalking and ended here. Been reading a few of yr entries, found that i like your writing, poetic sometimes esp this N3 :) I wonder whether is it possible to xchange links? I'm not a good writer though.. :D

iina said...

Emy

Hehehehe... walaupun tak dapat dpt ke sini.. kat malaysia pun boleh join sekali ;)

I Amsterdam

Your welcome dear.. Yeah sure we can exchange link.. I just write whatever things cross my mind.. of course I'm happy to have you around hehehe ;)

peah @ peps said...

mencanak2 sales ya...jarang ada org buat poem pasal shopping ni..haha..

sangat poetic..

New Topic: "Coupling" Trend

peah @ peps said...

oo by the way iina...that tulip pictures of yours...sangatttt cantikkk

New Topic: "Coupling" Trend

kakpah said...

shoping sakan kau. Jangan lupo coklat kakpah tu hahahaha...

arapink said...

poket ara pon dah ting...ting...ting licin habis soping brg kawin krismas lepas...uwaaaaaaa

kak Erna said...

iina..he he..mesti dah banyak borong tu..sampaikan poket dah bunyi ting ting..
iina..cantiknya bunga..

iina said...

Peah

Sales mmg byk sana sini.. ikut hati semua nak hehehe.. that tulips taken last spring at Cardiff wales.. Hope to see some soon ;)

Kak Pah

Nak coklat ke?? Nanti den belikan ok.. InsyAllah

Ara

Takpe.. untuk hari yang penting.. belanje lebih sikit takpe kan ;)

Kak Erna

Borong tuh takdelah kak.. beli sikit2 jek mana yang belum sempat.. kena budget2 gak nie.. tak leh ikut sangat hati ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin