Monday, 20 December 2010

Salji sana sini lagi..

Dah lama tak bercerita dalam blog nie.. Selalunya lebih banyak letak gambar atau duk layan mood asyik teringat jek.. Bukan apa.. agak sibuk dengan tugasan harian.. ditambah dengan mood nak bercerita pun kadang ada kadang takde..

Sejak pertengahan bulan November lagi.. bumi Scotland sudah mula diselubungi salji tebal.. Sabtu dan Ahad ini, salji turun dengan lebatnya.. Tahun ini musim sejuk disambut dengan kehadiran salji tebal yang agak luar biasa.. seperti tahun lepas.. ramai sudah menjangkakan X'mas kali ini.. kembali sebagai 'White X'mas' iaitu sambutan X'mas yang ideal dengan kehadiran salji putih.. Selalunya setiap tahun mereka menantikan kehadiran white X'mas.. ramai yang seronok.. tapi yang tak seronoknya.. bila salji terlalu tebal.. pengangkutan awam terpaksa dihentikan.. jalan raya ditutup.. sekolah ditutup.. malah stok makanan juga terhad.. Selepas pengalaman salji yang lebat pada minggu lepas.. yang melumpuhkan hampir kebanyakan aktiviti harian di sini (hingga menteri pengangkutan pun letak jawatan). Kehadiran salji kali ini pihak kerajaan mula mengambil langkah berjaga-jaga.. Alhamdullilah dalam 2 hari ini.. pengangkutan awam masih bergerak dengan lancar.. Harapnya keadaan akan bertambah baik dalam masa beberapa hari ini.. cuma perlu berjaga-jaga bila melangkah.. takut jatuh tergolek lagik..

Lagi seminggu nak X'mas.. Kedai-kedai dah mula dengan pelbagai sales.. diskaun.. setiap hari ramai manusia yang sibuk berkunjung ke bandar untuk membeli belah di saat-saat akhir.. Masa inilah peluangnya nak membeli belah kerana banyak pilihan dan jualan murah di sana sini.. Sebenarnya lebih pada nak join semangat sales jek.. seronok bila tengok banyak kedai-kedai mula ada sales.. lagipun ambil peluang masuk kedai ambil angin panas selepas layan rasa sejuk beku kat luar...

Salji turun lagi..
Berhati-hati semasa melangkah ye..
Kalau nak join main baling snow..
Moh kita bertemu dan berentap..
Ada berani??? 
Ahaks ;)

11 comments:

Ku Tak Sempurna said...

ikutkan hati, nak jek aku ke sana skrg ni.. nak sopping. ... nasib aku tak tahan sejuk (baca: nasib bajet takde)



hihihi

julietchun said...

setakat ko tu aku tiup je dah melayang. ada hati nak ajak lawan baling salji.

KAKTINY said...

aku main salji kt snow house genting je la.. huhuhuhu...

iina said...

KTS

kita shopping x'mas kat sogo jelah tahun depan nak?? hehehe

Juliet

Ecehh.. eksen ye ko.. mehlah dtg sini kita berentap hahaha.. tgk siapa menang siapa kalah

Tiny

Hehehehehe... kalau xde masa.. main ice snow dlm peti sejuk pun boleh hehehe ;)

kak Erna said...

salam iina..amboi..dah tau jauh..siap tanya ada berani?...he he,,
kalau akak kan..siang2 akak dah cakap tak sanggup..sejuk..tak tahan sejuk..
tapi kan ..akak suka tengok gambar salji yang iin selalu ambil dan paparkan diblog ni..

iina said...

Kak Erna

Hehehehe kalau dekat main baling air je kot hehehe.. paling tidak pun baling2 daun rambutan hehe ;) Thanks ye kak sebab sudi layan blog saya nie

Mak Su said...

saya nak saya nak saya nak!

fatt said...

salam iina,
rindu tul nak blogwalk macam dulu...aiseh...wah, kirim la sikit snow kat queenstown..cni panas le..tekak pun dah pedih ni..hihi...btw i dah up request kat fb..cekidaut ek! :)

kak Erna said...

salam iina..maaf ye..saja nak bagi tau..akak dah tag iina..boleh kan..

iina said...

Mak su

ok.. ok.. esok kita berentap ok ;)

Fatt

Okie dokie.. udah add.. kalau boleh aku htr angin sejuk salji kat sana.. tapi apakan daya.. tak cukup kuat nak tiup hahaha.. bestlah summer time.. sini dah kebas beku dah.. tiap hari now -ve jek.. walhal dedulu... nak nmpk byg salji amatlah susah.. skrg pejam celik.. anywhere..

Kak Erna

InsyAllah kak.. sempat saya jawab ekk

lupekanje said...

kat sini klu gi sopping duk lelama dlm kedai sbb nak sejukkan badan...
dalam aircond..
kat sana pulak nk panaskan badan kan..biakan aku terus hangat di sini...hehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin