Ladang bunga kuning
23 Mei 2010 (Ahad)
-Falkirk, Scotland-
Lihatlah pohon itu
sebuah pohon yang memiliki dahan-dahan
yang berdaun rimbun
Siapakah yang telah menumbuhkan
dan menghiasinya dengan dedaunan
yang berwarna hijau?
Dialah Allah yang kekuasaannya tiada batas.
-Syeikh Abdul Hamid Kisyk-
Penyair dari Lubnan (Ilya Abu Madhi) menyairkan:
Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tidak punya apa-apa
padahal bumi, langit dan bintang-bintang
disediakan untukmu.
Begitu pula lahan pertanian
bunga-bunga yang beraneka warna
nan harum semerbak aromanya
dan burung-burung perkutut yang merdu kicauannya.
Air yang ada di sekitarmu berkilauan bak perak
dan mentari ada di atasmu
bak emas nan menyala.
Suku nomaden di lerang dan puncak bukit
membangun khemah-khemah nan indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain.
Dunia dengan segala keindahan nya
disajikan untukmu
maka mengapa engkau bermuram durja.
Dunia pun tersenyum
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum.
Jika engkau bersedih
kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali
dengan menyesalinya.
Atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya
hanya dengan bermuram durja.
Atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua
kerana sesungguhnya zaman tidak menua.
Perhatikanlah
sampai sekarang masih bermunculan dari bumi
berbagai tetumbuhan yang sangat indahnya
hingga seakan-akan berbicara kepadamu.
-Kitab La Tahzan-
11 comments:
Salam iina...betul tu...kadang kita asyik mengejar sesuatu...kita lupa apa yang ada pada kita...segala nikmat yang telah diberikan...
Semoga segala urusan iina di sana dipermudahkan...ameen
dan burung-burung perkutut yang merdu kicauannya.
.
.
camane rupa burung perkutut tu eh?? hurmmmmm
memang namanya bunga kuning atau ada nama lain?
Kak Anie
Terima kasih kak.. tulah kadang kita tak nampak apa yang kita ada.. kdg kita leka tgk apa yg kita xde
KTS
aku susek burung tut2 kot hehehe.. itu kena tanya penyair tuh ler
Juliet
Aku tak sure ler nama lain dia apa.. puas gak cari info.. lupa lak aku nak tanya tuan punya ladang tuh.. udahlah kitaorg menceroboh secara haram main masuk jek ladang tuh ambik gambar wakakakah.. aku suspek.. diorg buat minyak ler bunga kuning tuh ;)
Hello Iina, wow! Your pics here macham 3D. Like as if I am in the ladang. Beautiful.
You sure have very good eyes for such beauty. Outstanding!
Have fun and enjoy the Spring blooms, Lee.
Uncle Lee
Thanks for the compliment.. I'm happy that you can visual what I see.. and that how I see it when I'm there ;)
Have a nice day and happy spring day as well.. ;)
sajak / kata-kata yang menginsafkan, tq iina
ye ye.. benar benar..
aku bersyukur apa yg aku ada hari ini.. dan aku tak menyesal apa yg aku tak perolehi (kehendak)..
Allah dh mencukupkan segalanya bagi aku..
tapi aku tak putus ingin berusaha.. mendapatkan berkatnya dunia dan akhirat...
dlm menjalani kehidupan, aku mahu melaluinya dgn tabah...
Laa Tahzaan.. Laa Tahzaan..
Tiny
InsyAllah.. kita cuba lakukan yang terbaik dalam kehidupan kita nie.. kita usahakan.. aku doakan yang terbaik utk ko ye ;)
zaman tak tuo. yang tuo kito...
ina, ekau bilo nak balik!!!
Kak Pah
Coming soon kak.. insyAllah.. doa2kan den yo ;)
Post a Comment