Friday 21 May 2010

Adakala ketawa bersama.. Tidak bermakna menangis juga akan bersama


Ketawa.. Gembira.. Seronok.. Berseloka.. Gelak.. Suka.. itu semua yang sering kita lalui setiap hari.. Adakalanya bersama sahabat handai.. kadang bersama keluarga.. kadang bersama binatang peliharaan.. kadang juga hanya dengan diri sendiri..

Tapi bila sedih.. duka.. kecewa.. marah.. bengang.. sakit hati.. tension.. tepusi(tepu+tensi).. menangis.. tidak semuanya kita akan lalui bersama sahabat handai dan keluarga.. selalunya kita sering hadapinya seorang diri.. kadang kita lebih tenang menangisi semua rasa itu bersama Allah s.w.t kerana dia lebih mengetahui atas semua yang terjadi itu..

Melihat dengan mata di kepala.. takkan sama dengan melihat dengan mata hati.. Yang kita lihat hanya yang seronok.. yang gembira.. yang best.. yang menarik.. tapi yang sebaliknya.. sedih.. duka.. susah.. payah.. itu tidak terlihat dek mata kepala.. melihat dengan mata hati juga kadang tidak terlihat langsung.. Yelah kadang tak semua dapat diluah dengan bicara mulut.. kadang hanya mampu terluah dengan bicara hati sahaja..

Itulah lumrah kehidupan kan.. Adakalanya hari-hari kita penuh dengan kegembiraan.. suka.. seronok.. kadang datang pula hari-hari yang penuh tekanan.. sakit hati.. tensi.. geram.. begang.. Asal jangan jadinya menyalahkan ilahi.. Asalkan jangan juga mencari mati.. Nauzubillah.. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah s.w.t.. Sentiasalah bersangka baik dengan semua yang telah ditakdirkan terjadi.. Sentiasalah juga terus berusaha dan jangan putus asa.. Sentiasalah mengadu pada Yang Esa.. Hanya Dia sahaja yang tahu luar dalam yang terselit di hati dan fikiran kita..

Hidup di bumi orang ini memang banyak cabarannya malah hidup di tanahair tumpah darah sendiri pun banyak cabarannya juga kan.. Kadang kita sendiri tidak pernah menjangkakan akan menyusahkan orang lain atas tindakan yang kadang bukan langsung di bawah kawalan kita.. Kadangkala ada yang rasa terbeban dengan apa yang perlu dilakukan.. Janganlah diungkit-ungkit semua itu.. takut nanti timbul rasa tidak ikhlas dan kurang pahalanya.. Bila tidak ikhlas nanti.. mula pula rasa tak puas hati dan geram.. Kata-kata yang keluar juga kedengaran tidak sedap dan mampu menimbulkan bibit-bibit tak seronok..

Dalam hubungan sesama manusia juga begitu jugakan.. ini lebih komplek lagi.. yang mana mahu menjaga hati sendiri.. jaga hati mereka.. jaga hubungan kita.. jaga tingkah laku bual bicara dengan mereka.. Adakala kita terlepas kata.. Adakala kita tersasul bila berbicara.. Adakala terluah dengan terpaksa.. Adakala terkata bila berseloka.. Adakala terkeji bila bergurau senda.. Kadang kita tak terniat pun begitu semasa melakukan semua itu.. tapi kadang mulut pantas berkata tanpa sempat dihentikan bunyi nada suara..

Kadang bila pulang ke rumah baru kita mula 'compile' semula segala yang terluah semasa berbicara.. Kalau program komputer.. bila kita 'compile' ada error.. bolehlah kita edit semula skrip atau program yang berjela-jela beribu kata itu.. kita run lah program itu berjuta kali pun... selagi ada error.. selagi itu kita masih mampu mengedit dan membetulkan error itu.. tapi kalau ada error semasa berbicara.. ye.. kita boleh minta maaf tapi sudah ada hati yang terluka.. memaafkan.. ye mungkin dia mampu memaafkan.. tapi ambil masa juga untuk melupakan..

Bersahabat begitulah.. Semua kawan kita boleh ketawa bersama.. tapi tidak semua boleh kita ajak untuk sedih bersama.. menangis bersama.. malah dengan pasangan sendiri pun kadangkala kita tak dapat nak luah untuk kongsi rasa hati itu.. Hidup di muka bumi ini.. kalau sorang-sorang best ke?? Tak bestkan.. Mestilah kalau boleh kita nak berkawan dengan semua orang.. bukan takat kawan dengan orang.. dengan haiwan.. dengan pokok-pokok pun kita nak kawan juga.. sebab kawan dengan binatang kita dapat berseronok dan melayan kerenah mereka.. dan paling utama dapat dijadikan bahan makanan (ini cth ayam ke.. itik ke.. kobau ke.. lembu ke.. jgn pulak kucing ke tikus ke.. hamster ke korang nak buat makan lak).. Kalau kawan dengan tumbuh-tumbuhan pulak.. Kita boleh nikmati buah-buahan yang manis.. Sayuran dan ulaman yang baik untuk kesihatan.. Bunga-bunga berseri yang kembang cantik.. Hati jadi seronok.. Senyuman jadi menawan.. Ada yang boleh dibuat ubat.. Ada yang boleh dijadikan petua.. Ada yang boleh dijadikan hiasan.. Ada yang boleh dijadikan sumber kewangan..

Berkawanlah dengan sesiapa sahaja.. Asalkan kita tahu membezakan yang mana baik dan mana buruknya.. InsyAllah.. Kita akan mendapat manafaat daripadanya..

Andai kita menjadi sahabat pula (khusus untuk diri sendiri nieh).. Pandailah membezakan yang mana boleh dikata dan tidak.. Jagalah hati sesama manusia.. Jagalah hubungan.. Sentiasalah mendengar dan membantu yang termampu dek diri.. kalau tak dapat bantu.. dapat tolong dengar pun Alhamdullilah.. A shoulder to cry on ;) InsyAllah kita akan sentiasa diberkati..


Berat mata memandang..
Berat lagi bahu yang memikul..
Ringan mata memandang..
Tak tentu ringan juga bahu yang memikul..

No good friends, no bad friends; only people you want, need to be with. People who build their houses in your heart”
-Stephen King-

Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity.
-Kahlil Gibran-

True friendship multiplies the good in life and divides its evils.
Strive to have friends, for life without friends is like life on a desert island..to find one real friend in a lifetime is good fortune; to keep him is a blessing.
-Baltasar Gracian-


9 comments:

KTS said...

errr.. kenapa?? ko nak nangis bersama aku ke??

.
.
boleh je... tapi pastikan ingus tu ko tak selet kat bahu aku.
.
.
.


:P :P :P

ibundo said...

teringat pulak kata-kata Richard Templar dalam bukunya The Rules of Wealth. Dia cakap Friends are for
-caring
-loving
-supporting
-nurturing
-helping
-advising and getting advice from
-comforting
-having fun with
-sharing

Friends are many but good friends are hard to find. Kau monangih pun bolum tontu den monangih samo and so is the other way round.
and sometimes we like and chose to cry alone..
ceh.. aku lak yang emo ni apohal...

aNIe said...

iina...betul tu...kawan2 yang benar2 sahabat sejati sukar kita dapati...tapi yang pasti...diantara ramai kawan2...ada yang mau bernangis bersama...kerana biarpun ramai yang berkawan dgn kita ketika saat kita ketawa...pasti ada sorang dua yang ikhlas menjadi sahabat ketika saat kita susah...

julietchun said...

Tudung periuk pandai menari
Menari tarian putera mahkota
Kain yg buruk berikan kami
Buat menyapu si airmata

iina said...

KTS

Bila lagik nak merasa hingus aku wakakakakah.. dr nangis kat bahu ko.. baik ler aku nangis kat bahu pakwe aku lgik best ;)

Kak Pah

Betul tuh kak.. kwn time happy ramai yo.. time nangis tak semua sanggup nangis samo2 kan.. thanks kak bgus quote tuh.. ;)

Kak Anie

Setuju kak.. memang betul kan walaupun ramai kwn time senang.. kita tetap ada gak kwn time susah.. walau pun sorg 2 tapi dialah yg paling faham hati kita ;)

Juliet

Tetiba jek aku teringat lagu tudung periuk nyanyi tan sri p ramlee nie.. apakata ko nari sikit leh gak aku senyum2 ;)

Kaktiny said...

Aku suka kata2 Dr. Aidh Abdullaj Al-Qarni (dlm mutiara kata Al-Qarni)..

"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda"...

sungguh aku teringin menjadi sahabat sedemikian.. tapi.. masih jauuuhhh rasanya nk mempraktikkannya!!... huhuhu...

iina said...

Tiny

InsyAllah.. setiap kita mampu menjadi sahabat yang baik.. cuma kadangkala kita tak mampu nak jadi sahabat yg baik setiap masa.. tapi kita masih berpeluang untuk mencuba.. manusia mana tidak pernah melakukan kesilapan kan.. oleh itu kita belajarlah dari kesilapan itu.. ;)

Lady of Leisure said...

kawan menangis tu ada cuma mungkin agak susah nak ketemui..

iina said...

Lady

I agree.. kawan susah senang nie mmg ada.. cuma nak dapatkan kadang ambil masa bertahun baru jumpa ;) tapi kdg ada juga kawan susah senang sama2 dulu.. bila makin tahun berubah terus jadi sombong ada gak nie.. I dah penah kena camnie ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin