Monday, 8 March 2010

Cinta di pagi hari

Kelihatan seorang gadis bertudung merah sedang memeluk mesra seorang jejaka berkumis. Satu ciuman diberikan di dahi gadis itu. Pelukan itu tidak lama, sekadar pelukan mesra di awal pagi. Lambaian mesra dan berulang kali diberikan. Mata masih lagi merenung pasangan itu. Terbit serentak ketawa pendek dari kami yang memandang. Masing-masing tersenyum sengih melihatkan gelagat itu.

10 minit sebelum itu, sedang berjalan kaki dengan perlahan ke arah pintu 'Botani Gate' kelihatan sepasang wanita dan jejaka separuh umur berjalan seiringan bersama. Tiba di pintu masuk ke bangunan di sebelah kiri, satu kucupan pantas diberikan oleh jejaka kepada wanita itu. Satu lambaian segera diberikan. Kedua-duanya berlalu untuk memulakan urusan harian masing-masing.


Satu pagi yang penuh cinta dan kasih sayang..
Ciuman dan pelukan..
Tanda kasih mesra..


Loch Lomond, Scotland.
19 Februari 2010
9.05 pagi
Pagi yang sejuk beku berkabus


Aku??
Setiap pagi..
Ciuman..
Tercium bau kopi enak di dapur universiti..
Pelukan..
Memeluk erat beg sekolah yang padat penuh kertas dan makalah..
Senyuman..
Sekadar tanda ikhlas terima kasih untuk pemandu bas no 44..
Cinta untuk aku..
Setiap hari keluar rumah bersama..
Pulang berbeza..
Dia..
Aku tinggalkan seharian..
7 jam dan 5 hari seminggu..
Di rumah bernombor 15 ;)


What is love?
It is the morning and the evening star.
Sinclair Lewis

Sebenonya n3 nie, nak tyg gmbr tuh jek
Ahaks ;)
Gambar heater; Pergunungan Scotland yang dipenuhi salji


13 comments:

ibundo said...

cantik ar gambar tu.

peluk2 cium2 sayang2, kok laki bini takpo hal. Yang bolum sah ni yang naik moluat mato mandang.

ekau botul ko hari2 moluk beg yo keh..keh..

DUN Behrang 2020 said...

Suka sgt tgk gambar tu...alangkah bahagia andai berada di sana pada saat itu...suasana yg bisa mengundang rasa cinta di waktu pagi....

julietchun said...

aku, juga takde sapa yang peluk
aku, juga takde sapa yang cium
aku, masih gadis yang sopan santun,kekekekekekeke.

aku feeling dok berlari atas gunung tu.

Kaktiny said...

kalu laki aku terlupa nak bagi morning kiss, sungguh aku ungkit 10 keturunan.. kehkehkeh...

iina said...

Kak Pah

Ari2 poei sekolah.. moluk beg yo kak.. apo nak buek.. nak moluk org2 krg kena saman hahahaha.. pakwe den moluk time blik kojo yo..

Dun

Terpana kejap tgk ayat jiwang nie hehehe.. masa nie salji baru turun dalam 2 hari.. kebetulan kami lalu dlm perjalanan bercuti.. memang indah sungguh pemandangan masa tuh ;)

Juliet

Aku tahu ko cium anak buah ko selalu
Aku tahu ko peluk si teddy bear yg comot tuh
Aku tahu ko memang gadis buat2 malu
Boleh ler ko berangan menari industan kat atas gunung tuh ekk

Tiny

Hahaha.. bagus22.. amalan mulia tuh wakakakah... aku ikut mood skrg nie.. nak cium ke peluk ke tgk aku ye mood.. klu berserabut tuh hahaha jgn ler kacau mmg kena.. tp apa2 pun sebelum tido mesti kena cium dulu.. esok nak bgn awal pg wakakakah.. ;)

KTS said...

aku sungguh bercinta nak mandi di pagi hari

.
.


hihihi..... rahsia tau... jgn bg tau sesape...

tp sejuk2 pun aku ttp mandi :P

jha said...

salam kenal

iina said...

KTS

His222.. itu kat mesia yang sah2 pagi tuh tak sejuk.. pun ko malas nak mandi.. kalau duk sini yg memang sejuk beku.. aku rasa mau sethn ko xmandi kot wakakakah..

Mandi nie jgn malu2 bercinta.. nnti jtuh cinta xnak mandi.. ko juga yg susah

JHA

Salam kenal juga.. Terima kasih kerana singgah ye :)

Lee said...

Hello Iina, Interesting posting....
Can't help but bring this out specially for you....
Angin mendera menolak awan,
Awan berarak hingga ke senja;
Mula berkenal lalu berkawan,
berputik pula rasa cinta.

Dari mana punai melayang?
Dari paya turun ke padi.
Dari mana datang sayang?
Dari mata turun ke hati.

Bagaimana menangkap landak?
Diasap pintunya degan api.
Bagaimana mula berkehendak?
Dari mata turun ke hati.

You have a nice day and keep asong in your heart, Lee.

Mak Su said...

cinta? kasih? saya pun tak tahu, apakah ia wujud?

tapi gambar yang dipaparkan mmg cantik. artistik

iina said...

Uncle Lee

Wahh siap berpantun lagik ler.. It show that you still value the beauty of malay language..

Mula berkenal lalu berkawan,
berputik pula rasa cinta,
Mula bercinta lalu berteman,
Bersatu jiwa seia sekata.

Dari mana datangnya suka,
dari mata turun ke jiwa,
dari mana datangnya cinta
dari jiwa membara hangat sentiasa.

Mak Su

Cinta sentiasa wujud dalam jiwa manusia.. jika tak cinta bagaimana kita mahu mengenal tuhan kan ;)

Thanks.. gbr tuh mmg unik.. tuan punya bdn pun xsangka hehehe ;)

Yayasan Ilmu said...

Assalamualaikum, saudari. Alhamdulillah saudari bernasib baik dapat melihat dari dekat persekitaran bumi Allah di tempat lain. Baguslah. Mudah-mudahan akan mendatang keinsafan yg lebih untuk menysukuri nikmat Allah dan mengkagumi kuasa Allah. Mungkin menjadi titim tolak untuk lebih ingin mendekatiNya. Sila layari: yayasan-ilmu.blogspot.com insya Allah baik untuk saudara dan rakan-rakan lain.

iina said...

yayasan ilmu..

Waalaikumsalam.. terima kasih kerana singgah ke sini.. Insyallah ada kesempatan masa saya singgah nnti ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin