Monday 28 December 2009

Paras rupa atau budi bahasa?


Beberapa hari ini aku ditanya dengan persoalan ini?? Tentang realiti kehidupan masa kini yang lebih mementingkan paras rupa dan kemewahan dunia.. atau mungkin dilihat juga pada budi bahasa dan sikap peribadi.. Yang mana lebih penting antara keduanya??..

Dari mata turun ke hati.. itu kata pujangga cinta.. cinta bermula dari mata.. lantas keindahannya dirasai meresapi ke hati.. Tapi benarkah begitu hakikatnya?? Ya kita melihat menggunakan deria penglihatan 'mata' yang dianugerahkan oleh Allah S.w.t tetapi selain dari deria mata yang kita ada.. kita juga melihat dengan mata hati.. dan di sinilah kadangkala kita mampu melihat lebih jauh seseorang itu.. yang tidak hanya terlihat secara fizikal.. tapi jua menerobosi jiwa dan peribadinya jua..

Pada aku tidak ada yang lebih penting dari 'kejujuran dan keikhlasan'. Paras rupa itu satu anugerah.. tapi tanpa kecantikan peribadi ia tidak membawa makna sama sekali.. biarlah ia cacat sekali pun.. Apa maknanya jika ia tidak mampu membuatkan aku selesa.. gembira.. tenang dan bahagia.. Apa ertinya punya banyak duit berjuta.. kemewahan dunia yang nyata.. kacak.. lawa dan bergaya tapi jauh di sudut hati.. peribadi yang terlihat amat keji.. ahh.. rasanya semua orang begitu pada pandangan aku.. tapi kadang ada juga yang mengaburi mata peribadi.. untuk semata terus gembira dengan deria mata paras rupa.. yang indah terlihat lebih nyata dari yang indah tersembunyi..

Aku kira setiap yang serba kekurangan dari segi fizikal mungkin mengandaikan dan menganggap semua manusia akan begitu.. memandang diri mereka dengan kecacatan yang ada.. menghina atau paling tidak bersimpati dengan apa yang mereka miliki.. Tapi sayang kadangkala mereka juga terlupa.. tidak semua manusia begitu.. tidak semua mereka yang bergelar sahabat begitu hina pemikirannya.. tidak semuanya melihat dengan hanya mata paras rupa.. adakalanya.. mereka juga melihat dengan mata hati.. melihat jauh ke dalam sifat peribadi.. Ya mungkin mereka tidak tahu.. dan mungkin juga mereka tidak mahu ambil tahu..

Bagaimana aku?? Rasanya aku tidak mahu menegaskan pendirian aku.. Aku tidak mahu memberikan satu janji.. Aku juga tidak mahu mengucapkan sesuatu hanya semata untuk menyedapkan hati.. Aku juga tidak mahu memujuk dengan berkata.. "Ya aku terima apa sahaja tentang dirimu."

Keikhlasan dan kejujuran itu kadangkala tidak perlu diucapkan.. kadang tidak perlu diperlihatkan.. tidak perlu ditonjolkan.. nilailah sendiri dari perbuatan dan tindakan.. kerana dari situ kita tahu yang mana benar dan yang mana palsu..

Antara paras rupa dan budi bahasa... Aku sentiasa ingat pesanan bonda.. "Tidak ada yang lebih penting dalam dunia ini.. Hanya sifat manusia yang mencerminkan peribadi.. walau semiskin dan sehina mana pun manusia itu.. Siapalah kita untuk menghina ciptaan Tuhan Yang Maha Kaya"

Semua kita punya kekurangan diri.. Ada yang terlihat secara fizikal.. Ada yang terlihat secara peribadi.. Ada juga yang terlihat tanpa disedari.. Ada juga terlihat dek sesuatu yang tidak dapat kita miliki.. Apa beza kita semua ini.. Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan diri..

16 comments:

ibundo said...

salam ina. kalau cantik tapi buruk perangai, tak guno gak. tapi kalau porangai okay tapi buruk bona-bona selalu e orang pike banyak kali gak.
Kiro2 rupo tu main peranan gak lah tapi takdolah nak pilih yang macam model. Cukup sifat, okay2 dan orang tak toleh duo tigo kali sobab buruk amek.
he..he..
sojuk ko tu..

I'm Seri said...

Salams sis


Saya pilih yang sama-sama dengan saya.

hehehe

Best entri nih

Lady of Leisure said...

to me yg penting dalaman(hati dan budi pekerti), luaran(rupa) ni kalau ada hanya lah bonus..
:)

badakbiru said...

I vote for budi bahasa..hehe
tapi kalo dua2 cantik..lagi bagus.
rasanya zaman skang agak susah lah nk jumpa yg cenggitu.

anjang said...

ssbenarnya daripada segi perubatan herba setiap kerosakan dihati akan tergambar dimata. Iridology banyak meningkap hakikat ini

Kaktiny said...

aku tetap aku..

bak kata siti nurhaliza..

"baiknya aku, buruknya aku..
terimalah aku apa adanya.."

cheh.. tetiba jer.. hihihi...

aNIe said...

Kita ini manusia ..dan manusia tidak ada yang sempurna...

iina said...

Kak Pah

Kak sojuk gilos skrg nie.. dah -ve darjah dah skrg nie.. betul tuh kak.. yang penting sedap mata yang memandang.. penting mata sendiri yang memandang bukan mata org.. Kacak dan lawa itu bonus.. tapi budi pekerti tetap jadi pilihan den..

Iris

Hehehe ;) pilihan yang bijak dik ;)

Lady

Rasanya semua begitu.. pilihan sememangnya dari peribadi.. tapi pandangan mata kali pertama tuh yang kdgkala jadi ukuran juga.. betul kan ;)

BB

Dik.. hehehe memang nak dapat yang dua2 camtu susah sikit.. ada tapi biasanya mesti lack either one.. manusia tak semuanya sempurna kan ;)

Anjang

Wah tak pernah tahu lak pandangan dari iridology nie.. mesti menarik nie.. nnti saya nak buat carian pasal nie ;) thanks ya

Tiny

Hehehe.. ye betul ler tuh.. terimalah aku seperti mana aku.. tidak usah berpura-pura dan tak perlu berlakon semata wakakakah..

Kak Anie

Yup kak betul tuh.. kita makhluk yang serba kekurangan cuma kadangkala ada yang menilai berdasarkan fizikal yang ada sebab itu sifat yang nyata dan jelas.. sifat2 peribadi nie kan tersembunyi.. nampak juga kesannya tapi tidaklah secara langsung.. semua kita ada kekurangan masing2 kan ;)

faqir said...

ko memang hensssss henssss hensss kak hahahaha...

iina said...

faqir

Ekau nie kan.. cakap yolah akak ko nie lawa.. memalu lak

KTS said...

aku suka kekanda brunei tu sbb budi bahasanya laaaa...

hahahahaha...
sila percaya :D

ummi ida said...

salam ziarah.Kecantikan fizikal hanya pada pandangan manusia,tetapi Allah melihat pd hati.Segala yg ada di dunia ini hanyalah sementara,begitu jualah kecantikan.

iina said...

KTS

aku sentiasa percaya walaupun aku tahu itu dusta semata hehehe

Ummi Aida

Betul tuh tidak ada yang kekal di dunia ini.. cantik lawa buruk semuanya sementara je.. yg penting hati dan niat ;)

BOM321 said...

dua2 perlu :)

bom321.blogspot.com

Anonymous said...

hi iina..
cantiknya gambar2 di Glasgow...
salam kenal!!
:)

iina said...

Bom321

xleh nafikan ;).. thanks singgah

Ibusinga

Thanks sebab singgah.. salam kenal juga ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin