Sebenarnya semenjak khamis minggu lepas lagi bumi Glasgow sudah mula dihujani kepingan salji.. tapi hujung minggu lepas kepingan salji yang turun lebih lebat dan kali ini mampu kekal lama hinggalah ke hari ini..
Semalam kepingan salji turun dengan lebatnya lagi.. kali ini hampir semua permukaan alam dipenuhi salji memutih.. lewat petang hinggalah membawa ke malam hari, kepingan salji itu masih turun perlahan-lahan..
Seronok!!! Sudah tentunya bila melihatkan kepingan salji yang turun dengan lebatnya.. dan putihnya alam bila kepingan itu saling bertindihan antara satu sama lain..
TAPI!!! yang tak seronok.. mengharungi kesejukan yang kini sudah melebihi takat beku.. jalan yang licin dengan ais yang keras.. kasut boot yang aku pakai sudah beberapa kali hampir membuatkan aku terlentang di jalan (tidak ada pilihan kasut lain sebab kasut itu yang tahan lasak menahan sejuk) dan entah berapa kali juga aku tergelincir.. Sakit kaki usah dikatalah sebab terpaksa menahan hentakan kaki yang lebih perlahan supaya setiap langkah yang dihayun lebih kemas dan berjaga-jaga..
Semalam adalah hari yang sungguh meletihkan.. Keluar dari CIS pada pukul 4.00 petang. Selepas singgah membeli sedikit makanan di Tesco.. Aku berjalan kaki menuju ke perhentian bas.. Jalanan kaki lima di sepanjang Argle Street mula basah dengan ais yang mencair dan ribuan tapak kaki manusia.. Di situ juga aku entah berapakali tergelincir.. rasa nak buka kasut pun ada masa tuh.. Berjalan dengan rasa nak tergelincir sepanjang masa adalah sungguh menakutkan.. bahu kanan menyandang beg sekolah.. tangan kiri pula memegang barangan yang baru dibeli.. Nasib juga aku tidak memegang payung di tangan kanan memandangkan waktu itu salji turun dengan amat lebatnya.. Risaukan andai aku tidak dapat mengimbangkan badan..
Menunggu bas sungguh menyeksakan.. Bas no 66 yang aku tunggu tiba selepas 20 minit menunggu tidak berhenti langsung di hentian bas itu. Bas itu sendat dan amat penuh dengan penumpang. Hampir kebanyakan bas tertangguh perjalanannya dek salji yang turun petang semalam.. Perkhidmatan keretapi juga tergendala hingga ramai pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke rumah.. Aku menunggu bas hampir sejam semalam.. badan dah mula mengigil menahan kesejukan.. kaki juga dah mula kebas beku..
Hampir setiap hentian bas penuh dengan manusia.. Bayangkan bila hampir sebahagian pengguna yang selama ini menggunakan keretapi turut sama menggunakan bas.. Sudah tentu bilangan pengguna bas bertambah.. hentian bas pun sudah sendat dan padat dengan manusia hingga beberapa meter daripada hentian bas itu sudah mula berderet dengan manusia.. Nak menjengah melihat no bas yang lalu pun susah.. kepala terpaksa ditinggikan.. itupun tak nampak-nampak juga..
Akhirnya setelah hampir sejam menunggu aku ambil keputusan untuk ke hentian bas yang lain untuk mengambil bas no 44.. Rezeki aku.. kerana sampai sahaja ke hentian bas tersebut.. terdapat 3 buah bas no 44.. manusia yang berebut nak naik pun amatlah ramai.. ketiga-tiga bas itu padat dan sendat dengan manusia.. Syukur aku berjaya juga mendapat tempat duduk di bahagian belakang bas.. berhimpit-himpit dengan orang lain di kiri dan kanan.. Jadilah.. setelah berdiri di bawah hujan salji selama 1 jam.. dapat duduk selesa sedikit pun dah kira baik..
Perjalanan yang selalunya mengambil hanya 10-15minit ke hentian bas berhampiran rumah semalam mengambil masa hampir 45 minit.. Jam jem teruk kerana banyak jalan yang terpaksa ditutup dan kebetulan juga waktu balik kerja.. Kaki juga dah mula kebas kerana terpaksa menahan himpitan orang di kanan dan hadapan.. Serik sekejap rasanya bila tergolong antara manusia yang terpaksa bersesakan semalam..
Harapnya hari ini.. kejadian semalam tidak terjadi lagi.. Apatah lagi petang ini aku bakal balik lewat lagi.. Salji memang indah.. tapi kesan dan akibatnya pada masa panjang amatlah menyeksakan...
Oh ya.. Hingga kini.. Sakit kaki aku masih terasa lagi..
Esok aku mula bercuti X'mas hingga awal tahun 2010..

14 comments:
cantiknya... bila lah lagi nak boleh main salji... bulan 3 ni i ll be going to tampa,florida tapi time tu tak sure tgh musim apa.. never been there b4...skrg ni dok cari info sesikit hehe...
haritu u kata nak pi skii kan? when is it? best nya....suka i masuk blog u ni... bila u tukar2 header ikut musim i pun mcm terasa jugak.. hehe.. tgk header u skrg, i leh rasa kesejukkan winter smp ke sini.. hehe ngengada kan i..
ngeee..
:D
iina...cantiknya gambar atas tu...iina ambil sendiri ye...
Susah sungguh ye nak mengharung salji yang tebal tu...
Tapi pemandangan memang cantik memutih lah ye iina...
semua yg dilalui sangat berharga memang takkan jumpa di Msia. Kalau sayalah tak tahu macam mana nak tahan sejuk tu, sejuk aircond pun dah tak tahan.nak kata takde lemak, punyalah banyak.
kok meniago cendol laku tak tu? hikhik
ambil periuk steambot grill... ambil fishball fishcake ketam udang sate sayur sayuran daging ayam marinate mee meehoon soon..
grill dan celup dan makaaan panas panas.. yum yum.. layanzzzz....
hahaha....
takpe.. hang bali sini, sure aku bawak punyalah..
yay! tercapai hajat saya nak tengok gambar george sq...dalam hati terdetik bila la you nak tepek gambar hehehe
dulu pernah freak weather kat glagow was -16 degrees ..river clyde beku even air paip beku huhuuh..I refused to go out!
keep warm ya iina.
Lady
Buat masa nie memang snow agak tebal juga skrg nie.. Ski plan dlm bulan 2 nie Insyallah.. coming soon hehehe ;) Hope u enjoy the journey tuh.. Thanks sebab enjoy my blog dear ;)
Kak Anie
Yup saya ambil malam tadi ontway nak p tunggu bas ;) Masa snow dah tebal atas tanah tuh mmg best jek tgk.. tapi jalan kat atas tuh n kena pulak dah tebal.. seksa sekejap
Zany
Alah bisa tegal biasa kot.. dah 3 thn kat sini dah lali dengan musim sejuk nie ;) Mula2 memang tak tahan lama2 oklah ;)
Tijah
Ontahlah jah.. den pun takleh nak kabo.. kalau ekau nak try niago ok yo
Tiny
Ini statement buat aku jeles nie.. terutama time sejuk2 nie tau hehehe.. tuhlah kumpul azam cepat2 dtg sini ;)
Mariam
Sebenarnya ada banyak lagik.. tapi mostly banyak saya letak dalam facebook dlm blog quota nk upload gmbr dah exceed ;)
syoknya suasana ini, rasa macam nak ke sana merasai suasananya
wah salji salji salji..! ( eksited jap..haha)
camni baru meriah sambut x-mas.x mcm sesetgh manusia di mesia ni. yg bkn menymbut x-mas plak eksited melebih.yg menyambut tu..relax jek..
hepi holiday kak..
mesti sakit kalo tergelincir, sakit badan dan sakit hati,ehhehehe.
Anjang
Mana tau ada peluang nanti ;)
BB
Dik sini memang dah meriah nak sambut xmas.. akak pun tumpang happening gak.. happening sebab tgh byk sales hehehe ;)
Juliet
Aku sentiasa hati2.. kalau terjatuh pun buat2 senyum maniss jelah ;)
selamat bercuti cikgu...
assalamualaikum tuan rumah!!
Tongah main salji ko tu.
Cikgooden
Selamat bercuti hujung minggu ;)
Kak Pah
Waalaikumsalam.. wahh.. kak pah dah balik dari Mekah ya.. Alhamdullilah.. harap semuanya sihat2 dan baik hendaknya ;)
Post a Comment