Aku letakkan tanganku di tengah dadanya.. Terdengar dengan perlahan degupan jantungnya.. berdegup mengikut saat.. dup dup.. Telapak tanganku sengaja dibiarkan di situ buat beberapa ketika.. Selama ini aku tidak pernah pun ambil peduli dengan bunyi degupan itu walau entah berapa ribu kali pernah aku letakkan tanganku di situ... Cuma malam ini aku mahu mendengarnya sendiri dengan deria rasa yang aku ada.. Ya dengupan itu masih ada.. turun naik nafasnya juga masih terasa.. matanya sudah lama dipejamkan.. lena tidurnya juga sudah agak lama.
Aku gerakkan sedikit telapak tangan itu.. sekadar meninggikan jari jemari dan mengusap perlahan dadanya.. Halus dan lembut kulitnya.. Kembali aku luruskan tapak tangan itu.. Aku mahu mendengar kembali bunyi degupan itu... ya masih berdegup perlahan.. indah sungguh bunyi dengupan jantungnya.. Ya sijantung hati.. bak bait lagu-lagu yang pernah berkumandang dulu..
Terfikir sejenak.. andai satu hari dengupan itu tidak lagi berbunyi seperti ini.. Dapatkah aku menerima hakikat itu.. Mati.. itu sudah tentunya suatu yang cukup pasti dan akan dilalui.. Hanya masa sahaja yang tidak kita ketahui.. Aku matikan fikiranku tentang mati itu.. Aku tidak mahu memikirkannya.. Biarlah aku nikmati bunyi degupan jantung ini.. ibarat laguan istimewa dari dia untuk aku.. Akan aku ingati bunyi degupan satu per satu itu.. Indah.. ya sungguh indah.. Istimewa.. ya amat istimewa.. Sayang.. ya aku sayangi dia.. Cinta.. ya aku cintai dia..
Hati.. ada apa pada hati kita?? Di situ letak segalanya.. pelbagai rasa mampu berkumpul di hati.. terluka hati dek emosi dan perasaan lebih pedih dari terluka hati secara fizikal.. Terasa hati dek perbuatan dan sikap manusia.. juga amat pedih sekali.. ibarat ditusuk sembilu yang paling tajam berduri..
Namun bila hati dibuai dengan rasa gembira.. tenang dan bahagia.. serasa dunia ini dipijak dengan kemewahan dan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya dengan dunia yang sedia ada.. Bila kegembiraan memenuhi ruangan hati.. rasa tidak ada apa yang mampu merobek dan merosakkan hati itu.. Ya siapa yang tidak suka dengan gembira.. siapa juga yang suka sentiasa sedih dan berduka..
Semoga hati dan jantung itu akan terus berdegup dengan irama yang senada.. Semoga kita juga diberikan kesihatan diri yang baik untuk terus mengharungi kehidupan.. Semoga hati kita juga akan sentiasa gembira dan berbahgia.. Walau sehebat mana dugaan dan cabaran yang perlu dilalui.. baik perit.. pahit.. sakit.. duka.. laluilah dengan hati yang penuh rasa redha.. tenang dan tawakal..
Buat mereka yang tidak pernah mendengar dengupan jantung si dia yang disayangi.. lakukanlah.. bunyi itu sungguh istimewa.. ;)

13 comments:
gosh! u kat mana di glasgow? glasgow uni? terexcited plak. belajar kat sana during the 90's.
aku dok pikir nak letak tangan kat dada sapa nih? Errr...ada sapa2 yg sudi ? kekekekekeke
wah, begitu menyentuh rasa sampai ke dada ku juga..
ibarat edward cullen dgn bella swan je...hehe
Hi iina, just live your life with no excuses, love with no regrets....
Our life today is not a dress rehearsal....have fun. Best regards, Lee.
Sokong 100% sbb bunyi itu sangat indah dan istimewa...
dengor pakai stetoskop ngeri juga bunyinya, sekali berhenti dia akan terus berhenti tiada cara untuk memulihkan jantung kita. Sayangilah ia, kadar biasa denyutan jantung 60-80 seminit
Mariam
Yup I study kat glasgow.. but at strathclyde uni.. bkn glasgow uni..
Juliet
Letaklah kat dada sesiapa hehehe.. nak aku tolong iklankan?? nak?? nak??
BB
Dik aikkk lain mcm jek bunyinya wakakakah.. adalah lebih kurg gitu wakakakah... ;)
Uncle Lee
yeah I agree.. live life as it is.. if we do mistake.. that is part of living the life.. if we do good.. then it something that we should carry on doing.. If we love.. hopefully loving will always be around us.. Thanks ya ;)
Dun
Betul tuh ;)
Anjang
Uihh belum penah gik nak try dgr ikut stetoskop tuh.. hehehe takat dgr ikut deria telinga n tapak tangan jek.. tggu sapa2 ler jadik dr.. kita leh p try test
Mak Su
yeah ;) kita senyum2 jelah ;)
iina...ada kata2 yg mengatakan...dalam diri manusia itu ada segumpal darah yg dipanggil hati...jika hitam hati itu...hitamlah sifat manusia itu...
hati tgh sakit.. hati tgh gumbira.. ku tetap bersyukur..
sbb jantung aku ttp berdegup.. tanda aku masih bernyawa... =)
okeh.. malam ni gak aku try..
(psstt... tapi.... sejak laki aku tukar keje nih, aku yg asyik terlena dulu daripada dia.. CAMNO TUUUHHHH????!!!!... huhuhu... hahahhaa)
Kak Anie
Betul tuh kak.. hati nie segumpal darah.. camna kita nak dia jadi.. jadilah ia camtuh kan ;)
Jard
Dik.. yup I agree totally.. but living life not just ourself.. sometimes.. it worth as well living it n enjoying it with everyone that we love ;)
Tiny
Hahahaha.. alah cam xde time lain nk dengar wakakakah.. dgr degup si nureen ngan zakuan pun dah ok pe hehheehe ;)
kak...dogup gantung den tak bunyi langsung..nape eh hehehehehe..nnt aku nk dongar laa dogup jantung aweks aku..kok ekau yg suruh kan kan
Faqir
kalau ekau xdo degup jantung akak muskil camno ko leh bernafeh time nie.. amboi2 kot2 ye pun nak buek jgnlah langgar tatasusila agama dik oii.. nak kono sosah yo!!!
Post a Comment