Thursday, 31 December 2009

Awal yang bermula..


Hari ini hari terakhir tahun 2009. Kini tahun 2010 bakal menjelang dalam masa beberapa jam lagi.. Buat mereka di tanahair waktu ini aku percaya sudah mula masuk ke tahun 2010 dengan beza 8 jam terdahulu dari kami di sini.

Menulis entri ini aku teringat tarikh hari ini.. 31 Disember.. Setiap tahun pastinya ada yang menyambut hari ini dengan agenda istimewa.. Mungkin juga waktu ini masih ramai insan manusia di dataran merdeka atau dimana sahaja untuk menyambut datangnya tahun baru.. Walau dimana jua kita berada.. Semoga ia memberikan kekuatan seterusnya untuk kita hadapi nanti..

Sekejap sungguh masa berlalu.. Kini 3 tahun aku berkelana di bumi asing ini.. Laluan hidup masih panjang InsyAllah.. Kini tahun hadapan adalah tahun perjuangan seterusnya.. Harapan masih tebal untuk digapai.. Masih lagi kekal dengan impian dan azam yang sama seperti 3 tahun yang lalu.. Cuma kini mimpi lewat di tanahair sudah semakin menjadi igauan rindu yang tidak tertahan.. Cuma hati sahaja masih gagah meneruskan dengan menahan segala rasa yang terbelenggu di jiwa..


Buat Sahabat baik 'Tiny'
Selamat Hari Lahir buatmu.. Moga semua impian menjadi kenyataan..

31 Disember sentiasa dalam ingatan aku..
Ada pertemuan pada tarikh ini.. Kini sudah 5 tahun sejak pertemuan itu..

Selamat tahun baru 2010..
Yang penghujung kini bakal berakhir..
Yang awal kini bakal bermula..
Semoga ia memberikan sinar kekuatan dan kebahgiaan buat kita semua..

5 comments:

Lady of Leisure said...

happy new year...
mcmana sambutan new year di sana?
:)

anjang said...

nampak ke blue moon kat sana?

iina said...

Lady

Rasanya kat dataran sini meriah.. sebab semlm tgk ramai btul yg mabuk2 n lepak2 kat luar pub dekat2 sini..

Anjang

Blue moon? kabus ada ler.. sejuk -ve darjah

faqir said...

ada hati yang tertinggal...masih berbaki sisa diriku bersamanya..ooohhh alangkah..

Kaktiny said...

time kasih..
salah satu impian aku..
- nak ko cepat habis belajar.. complete your PhD dan cepat balik mesia.. tahun ini jugaks.. hehehhee... buleh kan kan kan...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin