Salam di tahun baru.. 2010..
Sekejap betul masa berlalu.. Rasanya baru sahaja kaki melangkah menjejaki lapangan terbang Glasgow 3 tahun yang lalu.. Masih jelas terbayang di mata rasa dan perasaan bila melihatkan bumi UK buat kali kedua selepas hampir 5 tahun meninggalkannya pada penghujung tahun 2002 dulu..
Masih jelas lagi sambutan tahun 2002 yang disambut dengan meriah pada malam Hogmanay di Edinburgh tahun itu.. Namun sejak berada di sini 3 tahun ini tidak pernah pun aku pergi menyambut tahun baru di dataran George Square pada malam Hogmanay.. Cukuplah aku rasa kemeriahan malam tahun baru di Edinburgh dulu.. Bagi aku.. sambutannya sama sahaja di mana-mana.. Sesak dengan manusia.. Yang bersorak.. Yang mabuk.. Yang menari di sana sini.. Yang terhuyung hayang.. Yang saling berpelukan dan berciuman..
Kenangan malam tahun baru juga pernah aku rasakan dulu.. di Dataran Merdeka.. Zaman bercinta dulu.. cuma bezanya mungkin di tanahair.. sambutannya agak tertib sikit kot.. namun masih aku ingat melihat beberapa remaja yang mabuk di hadapan KLCC selepas sambutan tahun baru itu.. Jalan terhuyung hayang ke sana ke mari seolah hilang arah.. Sejak itu aku jadi malas mahu keluar di malam tahun baru.. Lebih selesa duduk di rumah.. Paling tidak pun menonton wayang lewat malam bersama tersayang lebih bermakna..
Tahun 2010.. sejak masuknya abad ke 21.. kini sudah 10 tahun kita dalam abad itu.. Zaman teknologi berkembangan dengan pesatnya.. Seperti mana kata seorang rakan dalam perbincangan kami.. semakin tinggi dan pesatnya pembangunan teknologi.. Akhlak, nilai, sikap manusia juga berubah seiring dengan pembangunan teknologi itu.. Peribadi manusia berubah.. Ada yang menjadi lebih maju.. ada yang menjadi lebih teruk.. ada juga yang menjadi lebih baik.. Kerosakan akhlak juga menjadi-jadi.. Jenayah juga meningkat.. Ya seiring dengan perkembangan teknologi kan..
Umur juga bertambah lagi.. Dulu aku datang ke UK pada usia pertengahan 20an.. dan Datang semula pada usia awal 30an.. Beberapa tahun lagi nak masuk 40 tahun dah.. waa.. wa.. Sekejap sahaja ku rasakan usiaku masih 17 tahun..ehemm.. ehem... Namun yang utama.. kemudaan masih terserlah hehehe.. walau apa jua usianya.. Yang utama kita tahu apa yang mahu kita gapai dan cari dalam kehidupan..

11 comments:
sekilas pandang ko bermain salji aku dah tau ko merendah diri orangnya, dan mungkin juga rendah kaki..errr..berapa tinggi ko? 5 kaki?hehehehe
selamat tahun baru 2010 & 1431H daripada;
Ibu Kesuma
kak kalo ko masih mudo...aku lagi lagi lagi lagi laaa mudo yo hahahahahaha
tapi sejuk2 gitu kulit sentiasa firm je kan.. tu yg best tu.. agaknya may be sbb tu org dok negara sejuk awet muda hehe..

hogmanay tu sambutan amender??
salam iina,
lama tak dtg sini.
selamat tahun baru jugak.
syoknya main salji, ini impian aku yang belum tercapai
Juliet
Aku rasa ko pun takdelah tinggi bebeno pun kan ahakss
Ibu Kesuma
Selamat thn baru ya ;)
Faqir
Mulalah perasan tuh.. :P
Lady
Not really.. bila terlalu sejuk kulit jadi kering dan berkedut.. memang buruk kalau tgk.. kat sini umur 25 dah mula ada kedutan sebab faktor suhu yang kering kadar kelembapan yang rendah.. Mostly mereka kat sini susah nak agak age kita sebab kulit kita yg jenis tan dan tegang.. ckp umur dah 30+ mostly tak percaya.. mereka semua ingat masih awal 20an hehehe ;)
Acik
Sambutan thn baru ler cik.. diorg sebut hogmany
Cikgu zue
Selamat thn baru ;)
Anjang
Insyallah ada tuh nanti ;)
La.. ekau tukar yolah namo kau ina. Kau bubuh namo kau MUDA. gerenti sampai tuo pun kau muda..kehkeh..
selamat nyambut 2010
Kak Pah
Nak buek camno kak.. omak den tak bokonan namo tuh maso den lahir dulu.. so den ikut yolah guno namo yg ado hehehe.. ;)
Post a Comment