Wednesday 4 November 2009

Cukuplah


Buat renungan kita bersama (diterima daripada seorang rakan)

Cukuplah................

Ada seorang sedang mencari kerja. Ketika masuk ke bilik temuduga dia memungut sampah yang terdapat di lantai dan memasukkan ke dalam tong sampah. Penemuduga melihat perkara itu dan mengambilnya untuk bekerja.
Untuk memperoleh sesuatu bukanlah sukar, cukuplah..................... memelihara dan melaksanakan kebiasaan yang baik.

Ada seorang pemuda belajar membaiki basikal di sebuah kedai membaiki basikal. Suatu hari seorang lelaki menghantar basikal anaknya untuk diperbaiki di situ. Pemuda itu memperbaiki basikal tersebut, disamping itu dia juga membersihkan basikal itu hingga cantik berkilat. Pemuda itu ditertawakan oleh rakan-rakannya yang beranggapan membazirkan masa bekerja. Esoknya lelaki yang empunya basikal mengambil basikalnya, melihatkan keadaan basikalnya yang menjadi seperti baru. Akhirnya lelaki itu mengambil pemuda yang membaiki basikal anaknya itu bekerja di syarikatnya.
Ternyata untuk menjadi orang yang berjaya cukup mudah, cukuplah.............. dengan rugi sedikit sahaja.

Seorang anak berkata kepada ibunya: "Ibu hari ini sangat cantik".
Ibunya bertanya: "Mengapa?"
Si anak jawab: "Kerana hari ini ibu tidak marah marah".
Ternyata untuk memiliki kecantikan sangatlah mudah, cukuplah.................... hanya perlu tidak marah-marah.

Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja keras di sawah, rakan-rakan petani itu berkata: "Tidak perlu menyuruh anak kamu bekerja keras, tanamanmu tetap akan tumbuh dengan subur".
Petani itu menjawab: "Aku bukan sedang membina tanamanku, tapi aku juga sedang membina anakku".
Ternyata membina seorang anak sangat mudah, cukuplah....................... dengan membiarkan dia rajin bekerja.

Ada sebuah kedai yang lampunya selalu terang-benderang, ada yang bertanya: "Lampu jenis apa yang dipakai sehingga begitu tahan lama?"
Pemilik kedai berkata: "Mentol lampu kami juga selalu terbakar, dan diganti."

Ternyata cara memelihara supaya kedai tetap terang sangat mudah,cukup......... selalu diganti mentol yang terbakar.

Katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan: "Tempatmu terlalu berbahaya, tinggallah denganku".
Katak di tepi jalan menjawab: "Aku sudah biasa, malas untuk pindah".
Beberapa hari kemudian katak "sawah" menjenguk katak "tepi jalan" dan menemukan si katak sudah mati dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Ternyata sangat mudah menggenggam nasib kita sendiri, cukuplah................ hindari kemalasan.

Ada segerombolan orang yang berjalan di padang pasir, semua berjalan dengan berat, sangat menderita, hanya seorang yang berjalan dengan gembira.
Ada yang bertanya: "Mengapa engkau begitu gembira?"
Dia jawab sambil ketawa: "Kerana barang bawaan saya sedikit".

Ternyata sangat mudah untuk memperoleh kegembiraan, cukuplah............ tidak tamak, memiliki sedikit atau yang perlu saja.

Bagaimanakah sesuatu itu cukup untuk kita? Kebahagiaan, kesenangan, ketenangan, kegembiraan, kemewahan, keselesaan, kenikmatan, kejayaan, keseronokan dan segala perkara yang dilihat oleh manusia antara yang mahu dikecapi dalam kehidupan.

Cukuplah..... kesederhanaan, berilmu, beramal, berfikiran dan masih mampu berbuat kebaikan..

Cukuplah..... bagi anda pula bagaimana???

8 comments:

arapink said...

Kadang-kadang untuk menjadi seorang yang bertuah tidaklah sesukar mana, cuma dengan usaha boleh menjadi...

Yang penting tau bersyukur :-)

Kaktiny said...

sentiasa bersyukur pada apa yang diperolehi saat ini dan ketika ini.. setiap waktu dan setiap masa..

ujian, dugaan, rahmat dan kifarah.... semuanya adalah anugerah-Nya..

maka.. berlapang dada menerima anugerah Allah.. agar di sana nanti DIA turut melapangkan ruang syurga bagi kita..

semoga.. amiinnn...

(wah.. rasa bersemangat pulak baca entri ko ni..hihihi)

aNIe said...

iina...cerita2 pendek yang sungguh bermakna...dan terselit cerita yang patut kita renungkan...

Cukuplah...dengan apa yang ada pada kita...kerana harta dunia selagi dicari selagi itulah tidak mencukupi...

Lady of Leisure said...

thanks for sharing..
sungguh bermakna..

julietchun said...

aku suka citer basikal tu. balik nanti nak kilatkan semula basikal, nak keliling kg sambil keluarkan peluh.

aku ikut kwn je gi jenjarom,kalo ko suruh aku gi sensorg rasanya tak sampai kot :D nanti ko buleh tjk jln yek.

anjang said...

Memang best dan mengesankan cerita tersebut, mampu menyentuh hati-hati yang keras dan mencairkan keegoan kita sebagai seorang hamba Nya

iina said...

Ara

Setuju dik ;) Beryukur dengan apa yang ada.. tapi tetap berusaha selagi terdaya ;)

Tiny

Teruslah bersemangat jangan asyik bermalasan dengan bahagia jek hehehe

Kak Anie

Kadang kita memang rasa tak cukup dengan apa yang kita ada dan kita nak lagi dan lagi.. kdg terlupa dengan sedikit perkara kecil juga mampu membuatkan kita gembira ;)

Lady

Same2 dear ;)

Juliet

Kalau ko kilatkan basikal dan bawak meronda tuhh aku muskil sikit niat ko tuh.. adakah ke taman yg selalu ko p jogging tuh?? hehehe cam aku tak tau siapa yg ko nak tggu kat situ hehehe..

wokey sok aku balik.. aku jmput ko dtg kg aku leh lepak2 mkn rambutan

Anjang

Mula2 saya baca pun begitu juga kdg tak terfikir suatu yang kecil juga ada impak yang cukup besar ;)

faqir said...

syukur Alhamdulillah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin