Tuesday 10 November 2009

Nilai Sahabat



Aku rasa jika topik ini dijadikan satu perbincangan pastinya banyak isu yang akan diketengahkan. Pasti juga banyak perkara yang akan dibangkitkan.. Pengalaman sendiri.. pengalaman orang.. pengalaman keluarga sendiri.. sudah tentu menjadi asas pada diri untuk menilai sebuah ikatan persahabatan.

Kita mula berkawan sejak dari kecil.. bermain bersama.. belajar bersama.. ada yang kita suka berkawan.. ada yang kita tak suka.. ada yang kita kejap suka dan kejap tak suka.. Tapi nyatanya.. semasa kecil dulu.. kita berkawan dengan orang kiranya kita ikhlas jugalah.. bila suka kita cakap terus terang.. tak suka pun kita cakap juga.. kalau tidak takkan ada ungkapan 'tak nak kawan awak' kedengaran setiap kali kita merajuk atau tak suka dengan seseorang itu..

Best jek kan sebut 'tak nak kawan' hahahahha... bila mendengar ungkapan tersebut dari mulut anak-anak kecil.. kedengarannya sungguh melucukan.. merajuk dalam nada mengada-ngada.. mahu dipujuk.. bila rajuk itu berjaya dipujuk.. yang tak nak kawan tadi.. terus boleh jadi kawan.. bermain dan bergelak ketawa kembali bersama-sama..

Itu kisah budak-budak.. jiwa mereka halus dan lurus.. takde rasa selindung atau tersembunyi.. dan takde juga rasa memendam dan berdendam.. ikhlas.. jujur.. dan telus..

Tapi berbeza pula bila nilai persahabatan di kalangan orang dewasa.. Bersahabat pada usia begini sungguh mencabar sekali.. Bila dia kata suka.. kadang-kadang itu maknanya dia tak suka.. kadang dia kata tak suka.. tapi rupanya dia suka pulak.. payah nak tafsirkan kejujuran hati manusia.. kadang kejujuran hati sendiri pun susah nak nilai juga kan..

Ada sahabat yang telah menjadi rakan baik bertahun lamanya.. kini sudah pun menjadi lawan.. dulu baik bukan main.. kini tak baik pun bukan main juga.. Dulu tak kisah.. sekarang amatlah kisah.. dulu tak berkira.. sekarang amat berkira hatta beberapa ringgit pun berkira ya amat.. ohhh ini antara salah satu kisah sedih.. hingga hari ini pun masih ada kesan-kesan luka itu.. Tak sangka kan.. Semua itu bila difikir-fikir balik.. memang tak pernah terlintas dalam fikiran dan hati.. kesanggupan dan kejadian sebegitu boleh terjadi.. tapi tidak ada yang mustahil di muka bumi ini.. semuanya mustahil.. tidak ada yang muskil..

Kadang susah kita nak nilai keikhlasan hati orang.. Kadang yang tak pernah baik dengan kita.. tiba-tiba jadi amat baik.. Ahhhh.. ini kadang kena hati-hati sikit.. sebab ditakuti mempunyai niat yang lain.. Ada juga yang dulu memang baik... sekarang dah tak berapa baik.. Pada aku mudah.. siapa nak berkawan kita kawan.. siapa tak nak kawan.. Takpe.. mungkin esok-esok jelah kita kawan.. kalau esok-esok pun tak nak kawan.. kita kawan lusa-lusa.. lusa-lusa pun tak nak kawan.. takpe tulat ada.. kalau tulat pun tak nak kawan.. tahun depan jelah dan tahun-tahun akan datang.. takkan nak paksa hati dan perasaan orang nak kawan pada hari ini juga.. Mana aci camtu kan.. so let it be fair and square..

Kawan datang dan pergi.. Kalau diingat-ingat kawan-kawan yang kita ada sejak kecil hinggalah usia kini.. berapa orang agaknya yang masih kekal menjadi sahabat baik.. walau bertahun usia kita bertambah hingga kini masih jadi sahabat baik.. Best ada sahabat yang begini. Dia kenal kita dari kita kecil.. hinggalah kita berubah seperti sekarang.. Walaupun telah berkeluarga.. bercucu dan cicit.. tapi tetap setia.. Alhamdullilah masih kekal mahu bersahabat.. Namun ada juga sahabat yang baru kita kenal.. tapi dah baik cam bertahun kita kenali dia.. pun Alhamdullilah juga.. cuma kita pandai-pandai menjaga hati.. dan menjaga persahabatan..

Pada aku ikatan persahabatan itu tidak ada batasan... walaupun agama.. bangsa.. negara.. warna kulit.. kita bebas berkawan dengan sesiapa sahaja.. Seorang tidak mahu berkawan dengan kita.. tak perlulah kita risaukan.. kerana masih ada jutaan kawan-kawan lain di muka bumi ini yang menunggu peluang untuk berkawan dengan kita yang mungkin kita akan temui di masa hadapan..

Semoga Allah berikan pada kita insan-insan yang baik sebagai sahabat.. dan jauhi mereka yang berniat buruk pada kita.. Sebab itu jangan kita sedih andai ada yang tidak mahu berkawan dengan kita.. Mungkin telah ditakdirkan untuk berjauhan dengan kita kerana mungkin dia ada niat buruk yang tidak kita ketahui.. Andai terbit juga cakap-cakap belakang.. fitnah atau umpatan.. biarlah.. kerana bukan mulut kita yang menyebutnya.. walaupun mungkin telinga kita yang panas membahang mendengarnya.. Bukankah itu perkara biasa.. Nabi Muhammad saw juga di fitnah.. apatah lagi kita ini yang hanya manusia biasa..

Enjoy life.. Gembirakan hati.. Lapangkan dada.. Tenangkan fikiran.. dan senyum selalu.. Aku tahu.. dalam ramai sahabat-sahabat aku.. pastinya ada yang terbaik di kalangan mereka.. dan aku bersyukur kerana ditemukan dengan mereka dalam hidup aku..

Terima kasih sahabat.. Semoga yang baik-baik sahaja akan terus kekal menjadi pegangan kehidupan..

Banyak-banyak nilai..
Aku suka Nilai 3 dan Nilai 1..
Boleh enjoy shopping barang dan kain baju..
Dokek yo ngan kampung halaman..
Ada sapa-sapa nak ikut??
Kita set janji lagi 1 tahun..
Hehehehe ;)

14 comments:

Kaktiny said...

Betul kan iina... dulu masa kecik senang.. hari ni cakap tak nak kawan.. esok esok bertenggek sama2 jugak.. sbb hati kanak2 begitu tulus dan mulus..

tapi bila dh besar dewasa ni.. walaupun sebut 'kawan' tapi.. mak aii... dugaan dan cabaran.. Innalillah... sebabnya.. keikhlasan dan maksud tersirat hanya terpisah dengan satu garisan halus yang senipis kulit bawang.. mmg sukar ditafsir..

bagi aku.. sekarang ni.. TAK PENTING SAPA IKLHAS ATAU TIDAK NAK KAWAN DENGAN AKU...

APA YANG PENTING.. aku lapangkan dada untuk menerima sesapa yang sudi berkawan dengan aku.. hati org, kita tak buleh paksa dan nilai.. jadinya.. KITA NILAI HATI SENDIRI.. selebihnya.. tawakal tu alallah..

Tijah said...

umang aih. lamo eh kono set appt. hehh

aNIe said...

iina...akak suka baca entry ini...betul kata iina...kalau ada orang yang tak mau menjadi sahabat kita...biarkanlah...kerana itu hak dia...masih ramai lagi diluar sana yang sudi...

Dan...bagi akak juga...akak ikhlas berkawan dengan siapa sahaja...tak mengira bangsa dan agama...semoga kita akan mendapat sahabat2 sejati yang ikhlas dan mau bersama2 dalam susah dan senang

lupekanje said...

salam ina...ok pulak bukak kat opis nih...nnt terai kat rumah...mungkin flock browser problem...
Suka dgn tajuk nih...
mang smua akan mengalami smua perkara yang di katakan itu.
Tapi acik anggap itu semua asam garam dalam kehidupan...
ader kesah???
Kalu amek kisah sgt....mawu sakit jewa dibuatnyer...
malas la nk pikir dah..
Tapi nak habaq... waktu berkawan, adalah waktu yang paling indah.

badakbiru said...

emm..ingtkan saya sorg berfikiran begini.
tp zaman skang, susah nk jmpa yg btol2 ikhlas.kdg kwn yg baik sejak kecil pun bole tikam dr blkg.
yg dikatakan btol2 ikhlas ialah seorg yg akan sanggup dtg di tgh2 mlm bila kita call dan bitau kete kite rosak di tgh2 jalan ke,walaupun time tu dia bz ke.
cemana nk bergumbira kalo takde org nak kawan dgn kite..huhu.
life is bored without friends..

iina said...

Tiny

Kau tahu dan aku pun tahu.. sakit dan perit bila kena hadapi semua tuh.. tapi semua itu juga menjadikan kita kuat.. aku setuju yang penting hati kita.. buat apa nak pening2 fikir hati org kan.. yg penting kita kawan dengan siapa sahaja.. dan ikhlas terima dia sebgi kwn bkn atas sesuatu sebab tertentu ;)

Tijah

Yolah.. kalau den dokek ari nie jugak kito poei nilai3.. shopping kain.. dah jauh konolah buek apptm hehehe

Kak Anie

Betul tuh kak.. mula2 bila tau cerita2 yang xbest ttg kita.. rasa berdesing gak telinga.. tapi lepas tuh fikir balik.. biarkan jelah.. Semoga kita jumpa kwn yg betul2 ikhlas dan baik dalam hidup kita.

Acik

Mmglah acik.. maso berkawan tuh mmg best yo.. maso bercinto lagik best.. tapi maso gadoh mmg sakit jiwa hehehehe... maleh nak stress2 nie buang karen yolah cik.. baik layan buek bondo lain lagik bgus.

BB

Dik.. mmglah susah nak nilai hati org.. kdg nak nilai hati sendiri pun belum tentu senang.. hidup takde kwn mmg boring.. tapi walaupun beribu kawan kita ada.. yang baik dan amat baik penyudahnya mungkin 1 atau 2 jek ;)

anjang said...

semakin meningkat usia sebenarnya kita semakin kurang kawan yang rapat dengan kita. Tambahanlah bagi mereka yang dah menjadi warga emas. Kawan-kawan pun dah ramai yang meninggal.
Sukarnya sekarang ini mencari sahabat sejati dalam susah dan senang.

faqir said...

aku penah dgr bdak2 gaduh...lpas tu biler kawan mintak maaf..kawan yg sorang lagi bleh ckp..."nnt kite PK dulu, kite nk kawan ke tidak ngn dia"..hahahahahaaa adoiyaii nk pecah pwuts aku...hai kanak2..hatimu terlalu tulus

iina said...

Anjang

Betul tuh.. bila tgk ada kwn2 yg dah pergi dulu.. terasa kejap diri makin muda opps tua hehehe.. mmg susah nk dpt kwn yg betul2 baik.. tapi tak mustahil antara ramai kwn2 itu ada yg terbaik ;)

Faqir

best betul ayat tuh.. lainkali akak pun nak gunalah bila ada org kata dia tak nak kawan dengan akak.. bestt.. menusuk kalbu yo donga..

Abam Kie said...

Salam ziarah. Blog iina sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Nak tak? Thanks.

daddy zuki

iina said...

Daddy zuki..

Terima kasih kerna sudi dtg ke blog saya.. Boleh jek no problemo ;)

Mak Su said...

maksu ni skrg berpendapat, kawan takat lite2 udah ler.... masing2 ada life masing2... iyaler, lite2 udah ler... :)

ASTraveller said...

salam, iye. sama2. tulisan awk mmg best. salam ukhuwah =]

iina said...

Mak su

Setuju kdg bila dah makin muda nie.. berkawan pun alah kadar jek.. sebab kita byk spend masa utk keluarga kan ;)

ShbtMusleem

Thanks dear ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin